Memaparkan catatan dengan label UiTM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UiTM. Papar semua catatan

Isnin, 30 Julai 2018

Tamat Belajar...

Assalamualaikum dan selamat malam semua

Yahooooo i'm backkk !!! Hahaha alhamdulillah kembali menaip di blog tercinta ni setelah sekian lamaaaaaa ditinggalkannnn hiks 😝😝😝 Rindunyaaaa rasa nak menaip panjang panjang di blog ni, berkongsi kisah suka duka diriku acece gitteww. Dulu rancangnya nak menaip aktiviti sepanjang aku belajar di semester akhir degree kannn, tapi itulah hanya mampu merancang, ada benda yang terjadi makanya haruslah diletakkan tepi blog ini buat seketika. InshaAllah, dengan izinNya lepasni rajiinlah update blog sebab aku dah mula bercuti panjanggg hehe 😋😋😋 Doakan aku rajin menaip lagi banyak entry dekat sini ya ! Amin

So, entry kalini aku sajalah nak update bahawasanyaaaaaa aku dah tamat belajar secara tidak rasminyaaaa dengan Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) yey 🎓🎓😍 Alhamdulillah, keputusan peperiksaan utk semester terakhir aku baru ni dah pun keluar. Keputusan ni keputusan tak rasmi yang dikeluarkan oleh fakulti aku khusus untuk pelajar tahun akhir sahaja. Keputusan rasmi seluruh UiTM inshaAllah akan dikeluarkan pada 17 Ogos 2018 ni. Keputusan semester ni jatuh sedikit dari semester lepas, tapi apa2 pun aku bersyukur semuanya LULUS dan status TAMAT belajar akhirnya keluar 🎉🎉🎉 Aku akui semester ni aku banyak lagha dan tak fokus dan selalu balik Penang haha biasalah keluarga lagi penting dari segalanya gituu. 

Last paper struggle is real 😂
Apa perancangan lepas belajar? InshaAllah jika ada rezeki, aku nak kerja part time dulu sebagai pembantu farmasi, itupun kalau ada kekosongan lah haha kalau tak tengoklah kerja apa lagi yang sesuai sementara tunggu panggilan kerja. Sekarang pun tengah giat mencari kerja cuma belum rezeki aja lah haha jeles sikit la kekadang tengok rakan2 yang lain murah betul rezeki dapat kerja 😅😅 Tapi iyalah, rezeki lain2 kan, lambat sikit mana tahuuu haha doakan moga dapatlah ya kerja part time taklah lama sangat menganggur nya poket tipis teruk dah niii 💀💀 Dan doakan lah juga agar dapat placement PRP cepat sikit bolehlah kumpul duit nak bawak mak abah pi konvokesyen tahun depan haha berangan habis yaaa. Takpa, berangan tuuu percuma takyah bayaq hiks 😁😁😁 

Study group yang terakhir 💦
Tempat yang selalu dikunjungi, PTAR Palam 💓

Jadinya sebelum dapat kerja kat mana2 ni, aku cubalah isi masa yang ada sebaiknya termasuklah update blog tercinta ni dengan kisah2 throwback supaya nanti bila stress PRP dapat lah belek balik blog ni baca kisah betapa seronoknya zaman belajar kemudian menyesal sebab dah habis belajar eh tiberr hahaha. Okaylah sebelum lagi banyak aku melalut tak tentu hala dalam entry ni, baiklah aku mengundur diri duluu, inshaAllah next entry menyusul esoknya 😚😚😚

Kesayangan saya 💋
Jumpa lagi di lain entry bye !

Salam sayang,
Alyaa 💓

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 14 Februari 2018

Peperiksaan Kelayakan Mengamal Farmasi..

Assalamualaikum dan selamat pagi !

Hai, bertemu lagi kita sekali lagi. Hehe. Tiba2 terasa macam ada benda nak berkongsi dekat sini harini. Seperti tajuk di atas, aku nak berkongsi cerita pasal Peperiksaan Kelayakan untuk Mengamal Farmasi yang aku dah duduki pada 8 November 2017 yang lalu. Haha, untuk mereka yang bergelar pelajar jurusan farmasi macam aku mesti faham pasal peperiksaan ni kan betapa peritnya persediaan demi satu exam yang berdurasi 3.5 jam :')

Ok, sebenarnya peperiksaan kelayakan ni PENTING untuk aku dan mereka yang bergelar pelajar farmasi ni sebab Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) dan tetapkan syarat untuk lulus peperiksaan kelayakan ni sebagai salah satu syarat untuk mendaftar Provisionally Registered Pharmacist (PRP) / Fully Registered Pharmacist (FRP). Ringkasnya, kalau tak lulus peperiksaan ni, tak boleh nak mohon untuk PRP langsung. Tak boleh mohon PRP, tak boleh la nak train jadi pharmacist, tak boleh la nak ada license dan tak laku lah degree kami, haaa lebih kurang gitulah analoginya. Haha

5 buku yang penting untuk peperiksaan kelayakan mengamal farmasi aka forensik exam :)

Jadinya, sebab aku dah masuk tahun akhir kan, kenalah ambik peperiksaan ni, lagi awal ambik lagi bagus sebab kalau gagal boleh terus repeat terus. Kalau diikutkan, mula dari tahun tiga lagi dah boleh mula ambil, tapi di UiTM tahun tiga adalah tahun yang agak sengsara sebab kami buat final year project (FYP) kami pada waktu tu. Jadi, waktu yang sebaiknya adalah sewaktu di semester 7 ni lah. Dan kebetulan juga, di semester 7 ni kami ada belajar subject Ethics and Legislative Pharmacy yang mana format dia memang sebiji sama dengan yang dijalankan oleh LFM. Jadi untuk subjek ni, memang kami ada kelas tutorial khas yang ajar kami terus cara untuk tackle soalan dan teknik study yang betul untuk ambil peperiksaan ni. 

Jujurnya, bagi aku kelas yang dibuat ni sangatlah berguna dan membantu untuk buat kami lulus dalam percubaan pertama :) Terimakasih Fakulti Farmasi UiTM sebab jemput En Azman dan Mr Robin untuk ajar kami bagi subjek ni dan juga Prof ABAM serta Dr Faiz. Percayalah, dalam setiap kelas ni ada benda2 baru yang kita akan belajar. Cuma mula2 tu rasa macam kekok sikit la sebab tak biasa dengan semua buku rujukan yang ada kan HAHA. Ingat lagi masa kelas pertama dengan En Azman, semua terkapai kapai taktahu nak cara kat mana jawapan dalam buku Poison Act dengan DDA tu termasuklah akuu :P

Macam mana FORMAT forensik exam ni? Okey, bermula November 2016 (kalau tak silap aku la), LFM dah tukar format baru untuk forensik exam. Dengar kata nanti akan ada format lain lagi taktahu lah LFM nak ubah macam mana pulak. InshaAllah, apa2 nanti aku akan update balik dekat entry ni ya :) So far, format dia lebih kurang macam dalam gambar dekat bawah ni: 

Format baru (Boleh dirujuk di laman web Lembaga Farmasi Malaysia)

Format baru dari LFM bermula November 2016 (Sumber: Google)

Alhamdulillah, result forensik exam ni keluar sebulan lepas tu iaitu pada 8 Disember 2017. Pagi tu memang tak tenang lah hati ni nak tahu lulus ke gagal haha satu batch menunggu pukul 9 pagi sebab nak semak result dekat laman web LFM. Sekali, tahu apa jadi? Rupanya LFM dah tak keluarkan lagi result forensik dekat laman web diorang. LFM akan hantar result ke fakulti dan semakan boleh di buat di pejabat. Nak dijadikan cerita pula, 8hb tu adalah hari Jumaat dan fakulti ada buat program petang Jumaat tu. So, nak taknak kena turun petang tu semata nak tengok result forensik ni haha, pandai tau En Iqbal kenakan kami semua sebab malas nak angkat call dekat pejabat HAHAHA, sabar jelah tauuu.

Setelah satu fasa hati yang bergolak gempita nak tunggu pukul 2.30 petang tu, akhirnya dapat lah result. Alhamdulillah, aku LULUS :') Perasaan masa tu rasa macam nak menangis, sebak semua ada haha tapi tahanlah sebab nak masuk dewan dengan ceramah kan :P Rasa segala pengorbanan tak cukup tidur, pergi kelas En Azman selama 4 jam untuk dua hari (hujung minggu), habiskan masa bersama semua buku2 dan soalan2 tahun2 lepas termasuk mengorbankan masa untuk tak study untuk test 1 sekitar waktu tu, berbaloi sangat2 hehe :) Syukur, rezeki dari Allah. Peratusan lulus untuk calon dari UiTM pun agak tinggi (bagi aku la haha) dalam sekitar 76%. Seronok berganda sebab rakan2 yang lain pun sama2 jugak lulus dengan sekali percubaan ni. Memang ituuu aim kami semua bila Dr Faiz bercerita waktu kelas pertama duluu hahaha. 

Ni sebenarnya waktu nak prepare for Ethics paper yang formatnya lebih kurang forensik exam macam aku cerita kat atas tu. 
Namun begitu, ada juga la beberapa kawan aku yang aku kenal yang tak lepas kali pertama ni. Bagi aku, its okay je kalau tak lepas sebab masih boleh mengulang selagi belum habis belajar. Lagipun, exam ni diadakan 3 kali dalam setahun. Pada pendapat aku, exam forensik ni yang penting adalah teknik yang menjawab dengan betul. Bila kena dengan caranya, inshaAllah boleh lulus dengan izinNYA. Yang penting juga, jangan putus asa, percaya pada rezeki Allah dah tetapkan dan jangan berhenti berusaha, dan percaya pada janji Allah. Aku doakan kawan2 aku yang bakal mengulang pada 7 Mac 2018 nanti semuanya akan lulus dengan jayanya macam kami semua yang lain, inshaAllah amin :) 

Tarikh2 untuk peperiksaan kelayakan farmasi untuk tahun 2018. Boleh rujuk sini untuk maklumat lanjut :)

Okeylah rasa sampai sini dulu aku update, ni pun dah rasa panjang sangat dah, bukan ada orang nak baca pun nanti kan, diri sendiri saja yang baca HAHAHA. Sebelum aku tutup entry ni, terima kasih aku pada Allah SWT atas rezeki yang diberikan, kepada pihak fakulti terutama tenaga pengajar yang terlibat membantu kami, kawan2 juga atas perkongsian ilmu dan juga kepada kedua2 mak dan abah aku yang selalu percayakan aku untuk teruskan dengan course ni :) 

Sampai sini dulu untuk kalini, doakan aku terus berjaya di masa depan demi menjadi seorang pharmacist yang bertauliah okayy?! Hehe AMIN. Jumpa lagi di lain entry, BYE ! 

Alyaa Ibrahim


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 13 Disember 2016

Setelah 3 bulan :')

Assalamualaikum, selamat pagi


Alhamdulillah akhirnyaaaaa aku punya kekuatan untuk buka blog tercinta ni setelah sekian lama aku biarkan dia usang di sini. Sejuta kemaafan aku pohon kepada mereka yang tinggalkan komen2 yang tidak berbalas berbulan lamanya. Bukan niat di hati nak abaikan tapi kesibukan yang dialami dengan masa yang tidaklah banyak untuk melalui minggu2 sebagai seorang pelajar ni membuatkan aku terpaksa meletakkan perkara yang paling utama untuk diberi perhatian oleh aku buat masa sekarang ni. 

Sekarang, waktu aku taip entry, jam menunjukkan hampir 3.30 pagi. Aku masih punya banyak kerja dan benda untuk dibaca tapi aku memilih untuk luangkan masa sebentar di sini. Rindu sangat rasa, rindu nak taip luahan perasaan kat sini. Terlalu banyak yang terbuku di hati ni. Tapi dek kerana ketiadaan masa yang panjang buat aku untuk menaip di sini, aku biarkan rasa hati itu terpendam sendirinya di dalam hati dengan harapan ianya akan berlalu pergi tanpa meninggalkan sedikit kesan pun. 

Seperti yang aku pernah bagitau dalam entry yang lepas, aku sekarang dah pun jadi pelajar tahun 3 Sarjana Muda Farmasi di UiTM Puncak Alam. Dengar macam gah kan, tapi azabnya hanya kami pelajar di sini saja yang tahu. HAHAHA. Apa2pun alhamdulillah walaupun tak terbilang perasaan nak putus asa tu tiap kali rasa susah belajar, tapi masih lagi boleh bertahan sampai ke harini. 

Bakal pengubat hati awak :P

Apa yang best jadi pelajar tahun tiga? Tiada apa yang best langsung sepanjang dah hampir 13 minggu semester 5 ni melainkan yalah, dah turun jawatan, dan tak sibuk dengan mesyuarat sana sini. HAHA. Sebab apa tiada yang best? Sebab hang dah mula sibuk namateyyy sampai rasa macam tiada masa untuk diri sendiri, kawan-kawan malah keluarga pun. Masa ni lah hang rasa menyesal sangat tak luangkan waktu dengan keluarga betul2 masa cuti semester. Haha, serius tak tipu perasaan tu. Rasa macam dahsyat sangat bila dah masuk tahun tiga. Minggu 2 kami dah mula sibuk dengan assignment, lab report, draft sana draft sini ibarat bagaikan tiada esok hari hah gituu punyalah nak gambarkan betapa sibuknya kami :P 

Dah letak jawatan yeay!

Hampir setiap minggu bila dah masuk tahun tiga ni, punyalah susah nak rasa nikmatnya ada hujung minggu sebab hujung minggu diisikan dengan kerja2 untuk minggu depan mahupun minggu ke depan lagi dek kerana tangguh kerja sangatlah tidak digalakkan bila dah masuk tahun tiga ni sebab anything can happens bila time hang nak buat kerja hang ataupun masa nak kerja dateline oleh pensyarah contohnya sakit. Memang kita paling tak jangka walaupun kita nampak macam kita sihat saja kan :')

Ku sangkakan panas ke petang rupanya hujan di tengahari

Dalam banyak2 benda yang tak best, adalah satu benda yang best buat aku untuk semester ni. Alhamdulillah, tahap kesihatan aku sangat baik sepanjang waktu aku sibuk2 ni. Terimakasih Ya Allah :') Tak sangka semester ni tak melawat langsung Unit Kesihatan tercinta nun di sana tu hehe. Diuji dengan ujian sangat hebat waktu cuti semester haritu, aku nampaklah hikmahnya sekarang. Memula tu perit bila kena sakit yang dah lama tak singgah tapi patuh dengan doktor cakap dan dengan izinNya, alhamdulillah sampai sekarang aku sihat walau stress macam mana pun aku minggu2 yang lalu. Moga aku terus sihat sampai peperiksaan akhir yang akan menjelang tak lama lagi dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik amin.

Tempat favourite bila serabut kerja banyak tak siap!

Wahhh boleh tahan panjang jugak taip kalini. Lepas gian ke apa ni HAHA. Mungkin sebab dah terbiasa taip panjang2 sejak jadi senior kat sini ni hiks. Okey dah, sebelum aku terus merepek tanpa hala tuju, baiklah kiranya aku berhenti sampai sini dulu. Pesanan terakhir dari aku, kalau ada soalan yang penting nak tanya pada aku, boleh terus email aku ke aliyaa93@gmail.com. InshaAllah lagi baik dari komen di sini sebab lepasni dah habis minggu kuliah dan masuk minggu peperiksaan lagi susah aku nak masuk jengah sini, percayalah hehe. Dan kepada mereka yang mengenali aku di luar, silalah tegur dan perkenalkan diri, bolehlah kita berkenal. Jangan risau, aku nampak ja muka garang macam nak telan orang, tapi baik2 saja HAHAHA masuk bakul angkat sendiri dah ni. Okey jumpa lagi di lain entry inshaAllah :) Doakan kejayaan aku untuk semester ni tau, terimakasih :P

In case kalau terjumpa mana2, senyumlah dekat aku HAHAHA


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 19 Ogos 2015

Cuti Semester

Assalamualaikum, selamat pagi.

Haiii semua, apa khabar? Akhirnyaaaaa aku kembali lagi haha setelah menyepi hampir sebulan lamanya dari dunia blogging ni. Oklah sekurang kurangnya sebulan sekali aku update jugak kan hiks. Maaflah sebab aku terlalu sibuk banyak urusan sangat hah. Itu yang buatkan aku jarang ada masa nak update blog ni. 

Macam macam aku buat sebenarnya dalam tempoh sebulan aku menyepi ni hah. Jadi ayuhlah baca serba sedikit tentang apa yang aku buat bila menyepi dari blogging selama ni. Oh tak panjang pun summary cerita saja sebenarnya hehe. 

1) Ziarah Raya
Semestinya lah kan sebab dah nama pun Hari Raya kan, ziarah menziarahi itu perlu dilakukan setiap tahun. Alhamdulillah tahun ni aku beraya agak sakan lah jugak sebab cuti panjang sikit kan hee ditambah pulak kawan kawan yang study oversea ramai balik Malaysia hah jadinya meriah lah sikit. Dekat raya ke 11 jugak aku beraya lepastu baru rehat untuk beri laluan puasa enam Syawal haha. 


Open house rumah Aqilah. Mini reunion bersama rakan sekolah rendah ;)
Open house rumah aku haha. Terimakasih sudi mai meriahkan rumah aku :)

2) Lepak
Lepastu, aku juga rajin melepak sekarang ni. Hahahah. Tak sopan betui guna perkataan lepak kan tapi lebih kepada berjumpa dan bersembang sebenarnya hee. Lepak dengan kawan adalah benda paling best dapat buat cuti ni sebab nanti bila masing2 dah sibuk, susah nak kumpul jumpa balik hii. Lepak juga dengan satu satunya adik angkat aku, Alya. Tahniah dik dapat further degree semoga berjaya ;) Well basically lepak tak perlu pun sampai 3,4 jam cukuplah memadai dalam 1,2 jam untuk bertukar tukar cerita haha.   


Untuk lepak, takperlu lepak tempat tempat yang hipster. Cukup sekadar beli air sorang satu lepas tu pergi santai kat taman semudah ABC :)
3) Outing dengan kawan
Outing dengan kawan adalah antara aktiviti yang aku paling suka buat sepanjang cuti semester ni. Hihi. Syukur jugak ada kawan yang baik sudi nak bawak ke sana ke mari. Habaq ja teringin nak pi situ nak pi sini inshaAllah adalah rancangan dia sekian sekian nanti :') Teriimakasih kawan. Cepat sikit balik dah tak sabaq nak pi food hunting lagi haha. Alang2 outing tu kami suka jugak buat food hunting ohh hobi kami kan suka makan ;) 
Outing ke Perlis dan Padang Besaq. Semestinya best hahaha
Outing ke Monkey Beach. Mandi laut yeay!

4) Kenduri kahwin
Sebab dah hobi suka makan, kiranya pi kenduri kahwin ni jugak antara yang hobi jugak sebenarnya haha. Nak kata banyak tu taklah tapi boleh tahan. Apa2pun tahniah dan selamat pengantin baru buat semua yang baru mendirikan rumah tangga :) 



Majlis perkahwinan anak Sir Nadzmi, Nurul Azzah :)
5) Melawat Kampus Bertam
Ok, ni kelakar. Padahal rumah dekat sangat dengan kampus. Ini sebabnya aku bawak kawan aku dari Pahang jumpa lecturer kat sini. Sajalah lepas rindu jumpa lepastu gelak gelak apa semua bergossip sikit tukar tukar cerita sikit hee. Sebenarnya ada lagi beberapa aktivti yang aku buat tapi rasa macam malas nak menaip dah. Haha boleh takkk. Mentang2 dah lama tak menaip, rasa kemain malas lagi hah. Hiks. 
Wefie dengan pensyarah tersayang tercinta acecce
Ok sebenarnya kan aku baru balik dari program dua hari lepas dan masih dalam mood rehat lagi ni. Almaklumlah dekat program jadual penuh sangat, tak terdaya rasa haha. So balik kena rehat dulu. Nanti aku kongsi kan program yang aku pergi tu dekat lain entry k. InshaAllah kalau rajin hee.

Setakat ni dulu serba sedikit tentang cuti semester aku. Masih berbaki 2 minggu. Semoga aku dapat manfaatkan dengan sebaiknya. Amin. Doakan aku jumpa lagi lain entry bye ! :) 


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 5 Februari 2015

National Pharmacy Sports Carnival (NPSC) 2015

Assalamualaikum selamat malam

Alhamdulillah masih berpeluang untuk menaip entry lagi harini. Sebenarnya dah dua tiga hari aku fikir nak upkan entry yang mana dulu, dan akhirnya aku pilih untuk up kan entry mengenai NPSC 2015 ni, Yeay ! 

Ok, masih ingat kah yang aku menghilang minggu lepas tu? Yang aku cakap ada kerja tu kan? Haha, inilah yang nak ceritanya. Sebenarnya aku pergi ke event NPSC 2015 ni lah. Alhamdulillah, berpeluang untuk join event kalini. First time join program besar ni sebagai seorang pelajar BPharm. Terimakasih Ya Allah atas peluang ni, sungguh banyak pengalaman yang dapat sepanjang kat sini. Alhamdulillah :)


NPSC ni apa? NPSC 2015 stand for National Pharmacy Sports Carnival (NPSC) 2015. NPSC 2015 ni merupakan salah satu program MyPSA (Malaysian's Pharmacy Society Association) yang melibatkan hampir kesemua IPTA dan IPTS yang ada di Malaysia ni yang ada program Bachelor of Pharmacy (Hons.) So far yang aku tahu, NPSC ni diadakan setiap tahun di universiti yang telah ditetapkan. Untuk tahun ni, NPSC diadakan di USM Penang. Haha. Dekat negeri tercinta ku, Pulau Pinang =* 


Kontinjen RX UiTM :)
Penyertaan NPSC 2015 tahun ni melibatkan 12 buah universiti termasuk tuan rumah, USM Penang. Antara universiti lain yang sertai NPSC tahun ni adalah :

1) UiTM
2) IIUM
3) UKM
4) UM
5) AIMST University
6) TAYLOR
7) CUCMS
8) UniKL
9) SeGi
10) NOTTINGHAM
11) AMU


Majlis pembukaan di Stadium USM.
Belon dilepaskan sebagai tanda event dirasmikan dan bermula !
Event ni berlangsung selama 4 hari bermula dengan ketibaan para peserta pada hari Khamis. Since aku dah ada kat Puncak Alam sejak dari Ahad lagi, jadinya aku bertolak dari sana terus lah dengan peserta yang lain. Well, janganlah tanya kenapa aku balik awal ke Puncak Alam yer HAHA malas nak jawab :P Kami bertolak awal pagi dan sampai lebih kurang pukul 3 macam tu. Boleh dikatakan antara kontinjen paling awal sampai sebenarnya haha. Acah2 semangat gittew.

Untuk mereka yang kenal aku, mesti pelik macam mana aku boleh join NPSC ni kan? Hahaha, almaklumlah aku kan punya bentuk fizikal yang agak besar jadinya macam mana boleh tetiba nak join as atlit sukan kan. Haha. Sabar jap sabar jap aku cerita. Sebenarnya, aku join NPSC 2015 sebagai atlit untuk sukan petanque saja. Haha. Alhamdulillah, rezeki dapat join walaupun baru 1st year. Act, sukan ni baru diperkenalkan NPSC tahun ni sebab tuan rumah USM Penang ada tempat untuk bermain petanque ni.  Bagi aku, nak main petanque ni nak kena ada skill sama macam main bowling. Oh tapi main bowling rasanya lagi best dari petanque, hihi. Moga untuk next NPSC masih ada game petanque ni, bolehlah join lagi, kalau tak, tahun ni memang tahun pertama dan terakhir aku join NPSC, haha. 


Petanque ;)
Disebabkan team Petanque kami pergi tanpa training, jadinya kami hanya mampu bertahan sampai suku akhir saja. Haha. Untuk team wanita lah, tapi bagi team lelaki mereka berjaya rangkul sampai pingat gangsa. Memang tak dapat dinafikan team lelaki main lagi bagus dari kami walaupun tak training, haha. Dengar kata diorang memang player petanque so no doubt lah boleh menang ;p Tapi apa2pun bersyukur sebab tak kecundang terlalu awal hihi.


Team petanque di majlis penutup. Kurang seorang lagi ,boss. Haha.
Secara keseluruhannya, UiTM berjaya mengekalkan kedudukan ke 2 daripada 12 buah universiti yang sertai dengan pungutan pingat 5 emas, 4 perak dan 2 gangsa. Alhamdulillah walaupun jauh ketinggalan dengan pungutan pingat emas dengan USM, sekurang2nya dapat mengekalkan kedudukan top 3 kita. InsyaAllah ada rezeki, kita jadi juara pulak untuk NPSC seterusnya, amin. Tahniah buat USM atas kejuaraan merangkul Piala NPSC untuk tahun ni. 
  

Sepanjang event, aku rasa semuanya berjalan dengan lancar. Daripada opening ceremony di stadium USM sampailah ke closing ceremony di Dewan Tuanku Syed Putra. Tahniah dan terimakasih buat semua ahli jawatankuasa USM Penang. Walaupun di penghujung event sewaktu closing ceremony di dewan terdapat sedikit kekacauan tercetus namun semuanya dapat dilaksanakan dengan begitu baik sekali. Syabas dan tahniah. Dengan setulus hati, kami juga memohon maaf andai ada salah dan silap dari kami. Serius, masa penutup tu memang ada orang yang sengaja nak provok supaya yang lain berkelakuan begitu. Semoga di event yang lain perkara seperti ini tak berlaku lagi ya. 

Cuma satu yang aku kurang berpuas hati sikit lah. Satunya, masa main petanque tu, asalnya dikatakan main ikut point sampai 13 point tapi sebab 1st game team yang lain drag masa lama sangat jadinya untuk kami yg main 2nd game ni terpaksa main ikut masa. Serius cakap, main ikut masa ni tak best sebab sapa yang lead masa tu dikira sebagai menang. Kira macam tak fair untuk kami yang kena main 2nd game ni. Sepatutnya kalau nak main masa, biarlah dari awal lagi main masa, lepastu start suku akhir ke atas main point. Sebab dah betul nak kejar masa kan. Tapi mungkin pihak pengurusan petanque pun tak mampu nak buat apa sebab tak expect boleh drag lama kan. Takpalah, semoga dimasa depan dapat diperbaiki lagi :)

Maaf andai ada yang terbaca entry ni dan rasa nak emosi bagai. Ini hanyalah pendapat peribadi dari aku dan ini adalah blog aku. Apa2 yang aku taip hanyalah luahan dari hati kecil ku ini. Jangan simpan dalam hati sebab nanti hati boleh mati haha okey gurau. :P

Sekian entry panjang untuk harini. Berjam jam jugak ambik masa nak publish entry ni haha risau kalau ada ayat yang menyentuh sensitiviti mana2 pihak kan. Semoga dapat berjumpa lagi untuk event yang akan datang duhai bakal pharmacist sekalian :) 


Selfie dari team petanque wanita ;)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 11 Disember 2014

Pulau Pinang

Assalamualaikum selamat malam semua,

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menaip di blog kesayangan hati ini. Haha. Ok, bagi yang masih ingat, dalam entry yang lepas, aku ada bagitau yang aku akan pulang ke Penang bukan? Oh yeahhh, alhamdulillah dapat bertemu sua jua dengan famili tercinta setelah hampir 2 bulan tak berjumpa. ;) Walaupun penuh dengan onak dan duri sebelum tiba di Penang, namun semua itu aku ketepikan dulu, haha. Malas nak cerita dekat sini, kang tak pasal2 aku meroyan lagi pasal cerita bas E ni kat blog. Cukup2lah aku meroyan kat twitter, kahkah. Maaf pada sesiapa yang terpaksa baca ayat meroyan aku haritu yeap ;P

Berbalik pada cerita asal, tujuan aku balik ke Penang hujung minggu lepas bukan saja nak bertemu dengan famili tercinta (ayat skema baq hang, haha) tapi aku ke pulang untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM ke 81 yang diadakan di UiTM Pulau Pinang. Haha, alhamdulillah aku kini sah pemegang Diploma Farmasi UiTM ;) Sukar nak gambarkan perasaan gembira dan puas tu macam mana, haha. I did it yeayyy ! :P 

Rehearsal Istiadat Konvokesyen UiTM ke 81, UiTM Pulau Pinang
InsyaAllah aku akan ceritakan dengan lebih lanjut berserta dengan gambar yang banyaakk dalam gallery phone aku ni untuk next next entry. Haha. Semangat nak blogging kembali dah meresap sedikit demi sedikit dalam jiwa ini haha tak padan dengan sibuk dengan assignment untuk minggu minggu akhir kuliah ni, hahaha. 

Untuk dipendekkan entry harini, aku sekarang telah selamat berada di UiTM Puncak Alam setelah bercuti hampir 5 hari. Hahaha. Aku rasa aku sorang yang ambik cuti paling lama walaupun ada test Organic Chem masa hari Rabu baru ni, kuikui. Memang masa jawab test tu aku main taram sajalah jawapan, dah dengan tak study dah takpaham topik tu, kahkah. Dah tu aku balik UiTM SEJAM sebelum ambik test, memang tak sempat lah nak khatam semua kan :( Maafkan saya Dr Sadia sekiranya saya gagal dalam test kalini. Janji tak buat lagi, hihi. Saya bukan sengaja nak balik lambat lambat tau, tapi saya ada sebab haha sebab yang nanti lah saya cerita. Harap2 Dr tak baca blog saya ok, hehe.

Salah satu sebab saya nak cuti lama. Penang is good youu knoww. Especially fr the food haha.
Oh sebelum tu nak dipendekkan cerita lagi nya, harini hari Khamis, negeri Selangor cuti sebab harini Hari Keputeraan Sultan Selangor, haha seronoknyewww rasa ditambah lagi dengan esok hari Jumaat kelas dua2 batal, takdak kelas esok. Haha sangat besttt you knowww takdak kelas. Cuma yang tak bestnyaaa, last2 week ni la banyak assignment nak kena submit, sobsob. 

Orait, sampai sini dulu coretan aku. Jumpa lagi di lain entry, bubyeee ! Nah, seperti biasa, belanja selfiee satu kali untuk hampa ;)  Muah ciked :*

Salah satu sebab kenapa aku cuti panjang jugak hahaaha. Nanti aku cerita ok

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 8 Julai 2014

Permohonan Kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sesi Akademik 2 2014/2015

Assalamualaikum, selamat petang

Entry ringkas di petang harini. Ok, entry ini untuk perhatian para lepasan SPM 2013 yang masih tidak berpeluang untuk menyambung pengajian ke mana-mana pusat pengajian tinggi (IPT). Juga untuk mereka yang sedang mengikuti program professional di UiTM dan yang sewaktu dengannya (boleh rujuk poster di bawah)

Bermula 30 Jun 2014 -18 Ogos 2014, UiTM telah membuka permohonan baru untuk sesi akademik 2 2014/2015 yang dijangkakan untuk kemasukan pada bulan November 2014 (Lepasan SPM)/ Januari, Mac 2015 (Professional) 

Jadi pada mereka yang ingin memohon, bolehlah membuat permohonan di http://online.uitm.edu.my  dengan membeli PIN no di BSN cawangan yang terdekat bernilai RM10.00 (Lepasan SPM), RM17.00 (Professional).

Untuk sesi akademik 2 2014/2015, kebanyakan kursus (untuk Lepasan SPM) ditawarkan kecuali untuk 

ASASI SAINS, 
ASASI TESL, 
ASASI KEJURUTERAAN, 
DIPLOMA FARMASI dan 
DIPLOMA dari FAKULTI SAINS KESIHATAN.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk gambar di bawah :





Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 26 Jun 2014

Job Hunting

Assalamualaikum selamat malam


Biasanya, kita dengar orang sebut pasal food hunting kan? Aku pun antara salah sorang yang suka buat food hunting tapi harini bukanlah isu food hunting yang ingin aku ketengahkan tapi mengenai job hunting. Haha.

Seperti yang semua sedia maklum (bagi mereka yang ikuti aku di Insta mahupun Twitter), aku sekarang merupakan seorang penggangur terhormat di rumah setelah kontrak sebagai guru sandaran selama 3 bulan telah pun tamat. Haha. Alhamdulillah, tanaman agak berjaya di dalam perut, silalah percaya semua. 

Tapi kalau nak diikutkan aku tak sampai seminggu pun lagi jadi penganggur ni tapi dah tak senang duduk. Rasa macam semacam kalau tak bekerja. Bukan kat rumah ni tak dak kerja, ada tu ada, tapi itulah jiwa dan raga ni rasa nak bekerja luar lagi, begitulah ceritanya, haha.


Dipendekkan cerita, aku pun mula buat job hunting dalam dua hari lalu.  Kelmarin, lepas selesai clearance di Kampus Bertam, aku pun query nak tanya pasal SKP dekat UiTM Kampus Bertam. Agak mengecewakan sebenarnya bila seolaholah macam takdak SKP yang kosong dekat Bertam. Aku pilih Bertam sebab senang dan dekat dengan rumah. SKP ni Skim Khidmat Pelajar, macam kerja jugak sebenarnya, upah taklah banyak tapi bolehlah daripada duduk saja kat rumah kan, hohoho. 

Misi aku nak cari kerja kalini kalau boleh nak yang kerja waktu pejabat 8pagi - 5petang ja. Sebab tu kerja kerja di mall, dan klinik aku tolak awal2 dari senarai job hunting sebabnya sekarang kan dah nak dekat bulan puasa, jadinya aku taknaklah kerja malam hari, mau ikut abah dan mak pergi terawih, hehe. Nak buat penuh tahun ni insyaAllah moga Allah permudah :)

Cuba nasib :)
Lepas kecewa di Bertam aku pun lalu membawa diri buat permohonan di UiTM Pulau Pinang Kampus Induk di Pmtg Pauh. InsyaAllah, aku harap ada rezeki aku dekat Pmtg Pauh. Cuma cabaran sikit lah jika dapat kat sini sebab macamm agak jauh dari rumah aku. Takpalah, nak cari pengalaman punya pasal, sanggup aku redahi hingga ke Pmtg Pauh, haha. Mak abah pun tak kisah kalau ada rezeki aku dapat kerja ni kan. Itu yang penting bagi aku, restu abah mak untuk aku bekerja. 

Rasa macam nak mengajar balik pun ada. Haha
Semoga sempena kedatangan bulan Ramadhan dalam beberapa hari lagi ni, Allah bukakkan rezeki seluas-luasnya buat aku dan keluarga, insyaAllah amin :) Samasama kita doakan. 

Sepanjang aku buat job hunting ni, barulah aku tau betapa susahnya nak cari kerja pada zaman sekarang ni. Persaingan terlalu banyak, sebab dah banyak graduan yang ada sekarang ni. Tapi bagi aku, aku sentiasa percaya yang rezeki Allah itu luas dan dimana mana. :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 11 Jun 2014

Rezeki Allah itu luas :')

Assalamualaikum, selamat malam.

Alhamdulillah, berpeluang untuk update harini setelah sibuk melanda diri baru2 ni sampai tak sempat nak update blog langsung, haha.

Ok, malam ni rasa macam nak berkongsi sesuatu. Tentang peluang yang aku dapat tapi aku abaikan begitu sahaja. Sebenarnya kan, beberapa hari selepas keputusan semester akhir keluar, UiTM ada hantar offer untuk apply Dana Kecemerlangan Perubatan UiTM- UNHAS untuk yang berkelayakan. Email masuk waktu aku tengah mengajar, jadinya masa balik baru dapat baca.

Dipendekkan cerita, ya aku apply dengan isi satu borang yang boleh didapati dalam laman web UiTM. Masa hantar tu pun dah last2 minute jugak sebab 19 Mei baru aku suruh abah aku pos laju. Permohonan tutup 20 Mei, haha.

Tawakal ja samada borang tu sampai atau tak. Tup2 tiba2 dapat panggilan interview untuk ke program ni. Interview pun panggil by email jugak. Aku tau ini salah satu peluang untuk aku sambung tapi disebabkan passion aku bukanlah more to medic, tapi lebih kepada pharmacy, makanya aku tolak tawaran untuk hadiri interview tu.



(Surat Interview)

Tempoh masa diberi untuk aku buat keputusan untuk hadiri atau tak. Aku bagitau mak abah pasal ni, semestinya mak abah sedikit happy dan nak aku pergi interview tu. Tapi selepas berbincang rapi dan atas sebab2 lain, kami sepakat untuk takpayah pergi interview tu. Perit jugaklah aku rasa bila terpaksa lepaskan peluang untuk ke interview ni walaupun peluang dah ada depan mata.

Tapi aku percaya yang rezeki Allah itu luas. Dan aku berharap agar masih ada tawaran lain buat aku untuk sambung degree lepasni, insyaAllah amin. Lagipun, ini baru panggilan interview kan, belum tentu dapat, ayat sedapkan hatii, haha.

Seriusly, memang passion aku lebih kepada pharmacy dari medic. Susah nak jawab bila orang tanya "kenapa farmasi?". Entah, lain orang lain passion nya, lain arah tuju hidup nya. Aku sangat2 berharap agar dapat sambung Bachelor of Pharmacy (Hons) di UiTM. Itu impian aku, impian mak dan abah aku. Aku nak capai impian itu demi mak abah aku. Aku nak depa gembira dengan kejayaan aku supaya aku boleh sentiasa lihat senyuman depa nanti. InsyaAllah, sama2 doakan, amin :')



posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 5 Jun 2014

Selamat menjadi warga UiTM . . .

Assalamualaikum, selamat malam

1 dan 2 Jun yang lepas, mahasiswa/mahasiswi baru sudah pun selamat mendaftarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada anak didik UiTM. Alhamdulillah, setinggi tinggi tahniah diucapkan kepada semua. Tahniah juga kepada pelajar2 yang telah mendaftarkan diri ke Matrikulasi, Tingkatan 6, Persediaan Luar Negara dan lain lain lagi. 

Selamat menempuh alam universiti, alam remaja, dan alam barunakkeluar darikepompong , HAHA. Selamat maju jaya dan semoga dapat biasakan diri dengan keadaan persekitaran yang baru. Selamat bergelumang dengan assignment a.k.a kerja sekolah, event2 yang kena handle dan kena hadiri, tutor, presentation dan yang paliiing penting adalah bergelumang dengan EMOSI. Haha. Emosi bergaduh dengan kawan lah, konflik dengan pensyarah lah, terasa hati dengan kawan sebilik lah, dengan kawan serumah lah dan lain2 lagi. Percayalah, semua ini adik2 akan rasa paling kurang sekali seumur hidup. Akak dah rasa adik2 hoi, faham sangat dah dengan perangai2 orang ni. Lagipun, lain orang lain perangainya, ye dak?

Makanya, sentiasalah positifkan diri, tabahkan diri menghadapi dan mengenali pelbagai jenis perangai manusia dan kawan2 adik2 di sekeliling ya. Yang penting, jangan silap pilih kawan dan juga jangan terlalu memilih kawan. Itu dua perkara yang penting. Hehehe. InsyaAllah semoga kawan2 yang dipilih jadi penyunting semangat untuk kita terus belajar. Peringatan ni untuk aku jugak sebab aku pun akan sambung belajar nanti, insyaAllah jika diberi peluang, haha. 


Apa2pun, ingat tujuan asal kenapa masuk belajar ni. Ingat, niat tu penting, niat kerana Allah, untuk dapatkan ilmu. Alhamdulillah, aku pun dah boleh fikir dengan lebih matang sikit, semoga aku lebih matang terus ke depan, dan lebih gigih untuk belajar kelak bila dapat sambung belajar. hehe. Semoga UiTM masih sudi terima aku untuk menjadi sebahagian dari warga UiTM dihatiku, insyaAllah amin. ;)

Dan pesanan aku lagi, jangan terlalu leka dan terlalu yakin yang kita mampu score sebab keyakinan yang terlampau juga mampu membunuh kita sewaktu peperiksaan akhir nanti. Boleh nak yakin, tapi jangan terlampau yakin tau? :P Sebab aku dah pernah kena jugak tau, confident kau boleh dapat A subjek tu, last2 subjek yang kau tak target tu boleh score dan subjek yang confident tu hampeh. Hmm. Aku memang lebih suka buat entry berdasarkan pengalaman, sebab benda tu aku dah rasa. Hoho. 

Akhir kataaaaa, selamat maju jaya adik adik semua ! Kepada junior2 yang dapat masuk Diploma Farmasi, beribu ribu tahniah kerana telah membuat pilihan yang tepat. InsyaAllah, Diploma Farmasi akan berikan satu gambaran yang sebenar sebagai seorang pelajar universiti, hehe. Jumpa nanti di Bertam jika berkesempatan, amin ;)

posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 25 Mei 2013

Tiada alasan lagi . .

Assalamualaikum, selamat petang . .

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur hingga ke hari ini. Bersyukur padaNya. Harini aku nak kongsikan satu artikel yang aku dapat masa blogwalking tempoh hari. Semoga ianya sama sama memberi manfaat kepada kita semua. :) InsyaALLAH. 



Tahniah kepada anak kepada pembantu pasar raya ni. Semoga terus cemerlang di masa hadapan. Jujur cakap, aku macam jeles sikit sebab tak dapat nak bagi Anugerah Naib Canselor dekat mak abah. Takpelah, harapnya ada rezeki masa degree nanti. Amin ~ ~ :)

Kepada adik adik yang baru masuk belajar, jangan main main dari awal. Usaha sehabis baik okay. Semoga berjaya ! :)) Dan ingatlah tiada alasan lagi untuk berjaya walaupun datang dari keluarga yang berpendapatan sederhana atau rendah.


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 23 Mei 2013

Barang apa yang perlu dibawa ke UiTM ? . .

Assalamualaikum, selamat pagi + malam . . .



Yeah, time2 macam ni memang masa aku untuk melayan bebudak dekat group lepasan SPM tu hah. Sesaja tolong mana yang patut. Yang termampu saja aku tolong, yang sesusah aku bagi orang lain jawabkan

Okey, direct kepada tajuk entry asal. Ada yang tanya aku barang apa yang nak kena bawak kak ke UiTM ? Cuba senaraikan. Perghhhh. Mau nak tercabut tangan kalau taip satu satu bukan. So, aku cadangkan satu blog ni, senang nak buat semakan barang barang kalau ada yang terlepas pandang ka apa ka. Mudah. Tetambah kalau mak atau mama kita jenis yang risaukan kita takut ada tertinggal barang dan sebagainya, hah bagi ja senarai barang2 yang ada dalam blog Kak Mysara ni . Boleh dikatakan lengkap jugak. Haha



So, bagi adik adik yang nak masuk ke UiTM pada 2/3 Jun nanti, bolehlah follow ke blog sini. 


Khususnya, untuk pelajar yang akan mengambil jurusan Diploma Pentadbiran Awam (DPA). Blog ni sangatlah bagus, siap bagitau macam mana nak skor dalam setiap semester. Jangan lupa follow ya ! :)



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 17 Mei 2013

Diploma Farmasi UiTM . . .

Assalamualaikum dan selamat pagi

Okay, disebabkan tak lama lagi akan keluar keputusan UPU untuk lepasan SPM, makanya aku rasa nak buat entry ni sebagai salah satu panduan untuk mereka iaitu adik adik yang nak masuk dalam bidang Diploma Farmasi dan mendapat tawaran ke UiTM dalam pilihan UPU. 

Sebelum tu, alhamdulillah aku dah pun berjaya menamatkan pengajian untuk tempoh teori dalam diploma farmasi ni dan sekarang, InsyaAllah akan meneruskan pengajian untuk tempoh praktikal di Hospital Seberang Jaya selama setahun bermula awal bulan Jun ni. Sama sama doakan aku agar berjaya dengan jayanya praktikal di sana nanti. Amin.

So, secara kasarnya diploma farmasi ni korang akan belajar banyak sangat pasal ubat ubatan. Sampai kekadang tu rasa nak muntah baca, hafal dan faham ubat ubatan ni. Haha. Serius cakap sampai kekadang tu dah taknak belajar farmasi ni *aku lah tu*. HAHA. Tapi semua tu masa sem 3 dan ke atas lah. Masa sem 2 ni banyak akan belajar basic basic dulu. Tapi basic basic pun mahu mengah jugak belajar. Tak percaya? Tanya sesiapa yang pernah berada dalam field diploma farmasi ni. Apa yang boleh aku gambarkan, Diploma Farmasi ni tak boleh nak disamakan dengan mana mana diploma yang ada yang rata2 akan kata diploma ni rileks, belajar cool, apa semua tu. Tak relak mana pun hah. Penat, tenat semua ada. Tak percaya boleh selongkar entry2 aku yang lepas. Ada jugak yang aku ceritakan. Hehe. But after all, korang still boleh survive jika belajar dan fokus betul betul. 

Ok, dah puas pongpang pongpang, sekarang berbalik kepada tujuan asal entry ni dibuat. InsyaAllah, aku akan cuba kongsikan apa yang boleh aku kongsikan di sini. Kalau tak dapat capai tahap fahaman korang, silakan rajin2kan diri bertanya ya. :) Untuk makluman korang, UiTM adalah satu satunya IPTA yang menawarkan diploma farmasi ni dan ianya berpusat di UiTM Pulau Pinang kampus Bertam. Jadi kalau cek2 keputusan dan dapat diploma farmasi UiTM, memang sini lah tempatnya korang akan sambung belajar. 




Takmau nak panjangkan entry, sekarang teruskan dengan subjek2 yang akan dibelajar sepanjang tempoh di UiTM ni. Macam cliche rasa kan benda2 ni, tapi nanti akan ada yang tanya. Percayalah. Haha. Tak apa, aku faham rasa tu macam mana, aku dulu pun macam tu jugak, merata cari maklumat tapi tak jumpa sangat. Makanya, aku harap entry ni sedikit sebanyak dapatlah bantu adik2 yang baru nak masuk universiti ni. 

Semester 1
Nampak tak gambar kat atas tu? Boleh besarkan untuk nampak dengan lebih jelas. Ya, aku tahu banyak kan. Yessss. Sangat banyak, ada 8 subjek semuanya. Tapiiii jangan risau. Korang masih boleh dan mampu bagi keputusan yang baik kepada parents untuk semester 1 ni. Berdasarkan apa yang aku observe untuk batch aku dan batch junior, alhamdulillah kebanyakannya mampu untuk score 3.5 dan ke atas.

Untuk sem 1 ni, subjek paling senang nak score bagi aku adalah ICT for Pharmacy tu. Serius senang dan aku suka sangat3. Haha. BEL, CTU, HBU itu memang wajib ambik sampai semester 3. MAT 133, Pre Calculus ni bagi aku suam suam kuku lah. Tak susah mana, cumanya kena banyak buat latihan, carry marks kena kumpul betul2 la. PHC 112, Life Sciences ni lebih kurang biology SPM. Boleh score lah kan. PHC 113, Introduction to Pharmaceutics ni macam tough sikit sebab baru nak kenal2 dekat pharmacy kan. Last sekali, PHC 114, Chemistry ni macam lebih kurang Chemistry SPM. Hah, sebab tu aku cakap boleh score sebab mostly banyak basic2 lagi. *menyesal takdapat result mantap dulu. hehe*

Semester 2
Yeahh, welcome to the most nightmare and disaster semester ever ! Semester yang sangat menjadi igauan dulu, kini dan selamanya. Haha. Semester ni boleh dikategorikan sebagai zaman kejatuhan untuk kebanyakan pelajar2 dalam diploma farmasi ni. Sebab apa? Sebab subjek2 dalam semester ni mampu membuatkan anda taktidur malam, mata panda, gangguan emosi dan sebagainya. Dan peringatan awal, terimalah apa saja keputusan yang anda dapat dalam semester ni kerana sesungguhnya di sinilah zaman kejatuhan kita. Hahaha. Rasa macam jahat pulak gelak gelak ni. Ok, to be honest memanglah semester ni menakutkan sikit TETAPI ada je ramai yang boleh score dengan baik dan maintainkan pointernya. Aku bukan nak menakutkan ka apa, cumanya kalau boleh semester dua ni buatlah baik baik. Jangan start akhir2 baru nak belek apa semua. Kes naya tu.

Aku pernah alami semua benda ni dan juga pernah rasa betapa peritnya dan sakitnya bila pointer boleh jatuh keduuubumm macam buah durian yang jatuh di dusun tu. Sampai rasa nak berhenti belajar pun ada. Tak percaya, boleh refer entry lepas2. :) Walaupun aku katakan semester 2 ni zaman kejatuhan, tapi alhamdulillah, ada ja kawan2 aku yang dapat naikkan pointer. Contoh roommates aku, sem 1 tak dapat DL, tapi sem 2 dapat DL. InsyaAllah, kalau usaha, bolehlah buat yang terbaik.

PHC 121, PHC122, PHC123 adalah antara subjek yang boleh buatkan kita menangis sangat2. Haha. Thriller sikitlah subjek2 ni. Kena start study bebetul dari awal. PHC 124 pun lebih kurang boleh menggugurkan jantung kita ni sebabnya subjek ni 4.0 kredit hours. Belajar subjek ni seronok tapi nak score macam tak tercapai mana lah. Diingatkan, kalau nak dapatkan 3.5 ke atas semester ni, subjek ni kenalah score A sekurang kurangnya. Goodluck okay ! :)

Sem 1 dan sem 2 memang ada lab. Jadi jangan lupa lab coat ya adik adik.



Semester 3
Sem 3 ni adalah sem yang agak banyak melibatkan kita dalam lab. Sebab sem ni dah lebih fokus ke arah membentuk kita ke arah seorang pembantu farmasi. Semester ni memang makin mencabar lah . Tapi macam semester2 sebelum ni, memang kena start dari awal sebab anda akan jumpa lebih kurang 50++ nama ubat, brand ubat, MOA, ADR dan sebagainya. Kita jumpa dan semestinyalah kena hafal. Haha. Untuk semester ni memang aku malas nak ulas banyak2 dah, sebab kena alami sendiri baru tahu macam mana. Yang paling mencabar bagi aku semester ni ialah PHC 213, PHC 214 dan PHC 215. Sangat3 mencabar. 

Semester 4
Untuk semester 4 ni aku taknak taip kat sini lagi, sebab memang dah plan nak buat entry lain iaitu entry penghargaan kepada pensyarah pensyarah aku sempena hari guru ni. Memang dalam perancangan tapi aku publishkan entry yang ni dulu. Kalau rajin nanti, godek godek lah blog aku untuk akan datang. Haha. 

Phewwww. Aku rasa macam dah panjang sesangat dah entry ni. Okey, habis part subjek dalam diploma farmasi. Rasanya takat ni benda ni perkara yang penting bagi aku dan korang juga. Kalau ada apa2 soalan lagi, bolehlah tanya aku. Takpun bolehlah search2 lagi pasal diploma farmasi kat UiTM ni. 

Kepada kawan2 aku ataupun junior2 yang baca, janganlah nak condemn lebih lebih ya. Aku buat entry ni main tembak tembak ja. Direct ja main taip2, takmau edit edit dah. Malas sebab panjang benar rasa entry ni. Hahaha. So, jumpa lagi nanti ya. Nak menghupdate entry pasal sem 4 pulak ni.

So, kalau rajin bolehlah jenguk2 entry yang aku attachkan dekat sini untuk makluman tambahan :-












Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM