Saturday, January 19, 2019

Januari 2019

Assalamualaikum dan selamat malam semuaaa

Wahhh rasa lain betul nak menaip malam ni. Sebab dah lama sangat dah tinggal blog ni. Haha. Terlalu banyak benda yang aku nak share dalam blog ni. Tapi macam kesempitan masa yang ada. Jadinya mana yang sempat aku update dulu lah malam ni hehe πŸ˜„

So, kemana menghilang duhai Alyaa? Aku ada saja, menjalani kehidupan seperti biasa. Cumanya sekarang ni fokus dah bertukar dari seorang pelajar kepada seorang pekerja. Acece gitteww πŸ˜‚ Sebelum aku tulis lebih panjang, alhamdulillah sekarang ni kita dah masuk tahun baru 2019. Selamat tahun baru buat semuaaa ! πŸŽ‰ Semoga dengan kehadiran tahun baru ni dapat kita rancang dengan sebaiknyaa dan didoakan semoga perkara yang baik2 saja yang berlaku dengan izinNya inshaAllah amin. Pejam celik pejam celik bulan Januari pun dah nak sampai ke penghujung nya, kan? Haha cepat betul masa berlalu kannn. Semestinya tiada apa yang indah berlaku dalam bulan ni melainkan hanya kerja, kerja dan kerja haha 😜

Jadii berbalik kepada soalan kemanakah aku menghilang 3 bulan lebih daripada menaip entry disini adalah disebabkan aku dah pun memulakan tugas hakiki aku sebagai seorang Provisional Registered Pharmacist (PRP) di sebuah hospital kerajaan. Entry lepas ada dalam bulan 10 kan? Bulan 11 aku dapat tawaran untuk masuk kerja. Waktu tu macam huru hara sikit la sebab hujung bulan 10 aku kena pilih penempatan, 2 minggu lepas tu kena pi kursus dan kemudian lapor diri ke hospital. Jadinya memang kelam kabut sikit kehidupan aku waktu tu. Alhamdulillah sekarang dah boleh katakan agak stabil sikit lah. 

Penyeri hidup aku di hospital πŸ’‹
Apa perasaan dah dapat kerja ni? Mixed feelings 😫 Pelbagai perasaan bercampur baur. Seronok dan gembira sebab akhirnya dapat penuhi cita2 yang diimpikan dari sekolah, tapi dalam masa yang sama sedih jugak sebab dah takda cuti yang panjang HAHA πŸ˜‚πŸ˜… Bila dah masuk kerja lagi lah rasa nak cuti lagi, menyesal tak manfaatkan betul2 cuti 3 bulan tu dan sebagainya lah. Haha. Dah masuk kerja ni komitmen dah jadi lain sikit lah. Kena cepat adapt dan belajar banyak benda dalam satu2 masa. Tak boleh main2 dah. Kena serius bekerja sebab bila tak serius, kesalahan berlaku dan boleh melibatkan nyawa pesakit. Huhu. Salah satu risiko kerja bidang ni adalah can't afford any mistake gitulah lebih kurang peribahasanya 😣

Rakan2 seperjuangan yang lebih senior πŸ˜‚πŸ˜‡
Sekarang dah hampir 2 bulan lebih bekerja, so far okay. Even if tak okay pun, kena adapt dan cepat2 move on. Haha, biasalah saya budak baru belajar, masih banyak benda perlu tahu dan kena ambil tahu. InshaAllah, harapnya by the time habis PRP, aku dapat grab as much knowledge as I can untuk jadikan aku seorang pegawai farmasi yang bukan saja baik ,tahu buat kerja tapi juga berilmu luas. InshaAllah amin, dengan izinNya πŸ˜‡

Rakan2 seperjuangan satu batch intake. Belum cukup korum lagi πŸ’“
Aku rasa sampai sini dulu entry pembukaan aku untuk tahun 2019 ni. InshaAllah lepasni aku nak up satu lagi entry berkaitan recap/highlight sepanjang tahun 2018. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang aku rasa perlu aku lakarkan disini sebagai kenangan di masa depan kelak. Doakan aku rajin ya dah alang2 cuti lebih sikit minggu ni HAHA 😎

Jumpa lagi di lain entry,

Salam sayang,
Alyaa πŸ’“

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, October 27, 2018

Saya Kembali Menaip !

Assalamualaikum dan selamat malam semua !

Alhamdulillah akhirnya setelah hampir sebulan lebih menyepikan diri dari blog ni, aku kembali pada harini untuk menaip sebuah entry baru yey πŸ’ƒπŸ’ƒ Banyak benda yang berlaku dalam hidup aku sepanjang aku menyepi dari dunia blogging ni. Bukan kata blog saja, media sosial yang lain seperti FB dan Instagram juga agak sendu sebab tak berapa ada mood nak update haha. Twitter tu boleh tahan jugak lah asyik bukak sebab situ tempat luahan perasaan akuu acece gituu. Dan di Twitter jugaklah banyak drama yang berlaku sampai kekadang rasa mcm serabut jugak ada banyak media sosial ni HAHAHA 😝😝 

So, basically entry harini hanyalah untuk update kehidupan semasa aku, gituu dah macam artis pulak rasa nak kena update kehidupan semasa hiks. Ingat lagi entry aku yang lepas iaitu Menganggur? Haaa, sejurus selepas aku publish saja entry tu, aku pun dapat offer kerja. Haha. Tapi kerja biasa biasa saja, tak kerja dalam bidang farmasi pun. Sebenarnya, aku dah dilamar awal lagi untuk kerja kat tempat aku kerja sekarang ni cumanya lepas dilamar tu, terus senyap tak khabar berita, so aku ingatkan aku tak payah la kerja situ. Tup2, petang sikit lepas publish entry tu, aku diberitahu untuk masuk kerja hari berikutnya. Haha gelabah jugak lah sebab masa tu aku masih bersenang lenang merehatkan diri, almaklumlah 'cuti panjang' katakan πŸ˜†πŸ˜† Dipendekkan cerita, dekat 7 minggu jugak lah aku dah kerja sekarang ni. Alhamdulillah, gaji pertama kerja part time pun dah rasa haritu walaupun tak banyak mana ahaha bolehlah nak beli dan belanja diri sendiri dan ahli keluarga πŸ˜‹πŸ˜‹


Aku kerja apa? Haha nanti lah ada masa lebih nanti aku up entry baru sambil cerita pengalaman2 aku semasa kerja part time ni. At least nanti bolehlah baca kalau stress bila dah masuk kerja hakiki uhuk3 πŸ˜…πŸ˜… Semoga seorang Alya ni rajin untuk on laptop dia lagi dan update entry baru lepasni haha, nak taip dekat phone tak berapa feel sangat alahai masalahnya sungguh kan bila orang malas ni, macam2 alasan bagi 😜😜

Btw, dah alang2 update entry harini, sajalah nak share yang 22 September yang lepas, aku ke Putrajaya untuk menghadiri Program Re-orientasi Graduan Perubatan, Pergigian dan Farmasi JPA 2018. Masa memula dapat jemputan tu, tak plan pun nak pergi sebab macam jauh jeee kan dari sini. Tup2, plan situ plan sini dengan kawan aku maka pergi lah jugak ke Putrajaya tu. Syukur kawan aku banyak gila tolong beli tiket semua, aku hanya bayar duit sajaa hehe. Pergi pun naik public transport sajoo. Naik bas dari Sungai Petani sebab nak turun di Putra Sentral. Dari Butterworth takda route nak ke sana. Ambik tiket tengah malam, lepak dulu sat dekat rumah kawan aku tu sambil gegosip opps 😏😏 Sampai dalam 7 pagi, tunggu kawan aku lagi sorang yang duduk Gombak tu datang ambik pastu terus ke MOF untuk berprogram. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan kami dua dari awal hinggalah akhir. Balik ke Butterworth dgn SP naik ETS. Haha, what a day ! Seronok walaupun penat sebab dapat spent time dengan girlfriendss iolls 😍😍

Paling sayang πŸ’“
Fuhh, aku rasa macam dah panjang dah ni menaippp. Kemain banyak benda nak share bila dah lama sangat tak bukak blog ni dan update entry HAHA πŸ˜‚πŸ˜‚ Ada lagi benda nak share lepasni, inshaAllah jumpa lagi di lain entry dalam satu ke dua hari lagi. Moga Alya masih rajin lagi untuk menaip lepas ni hehe. Gerak lu pape roger ! πŸ˜˜πŸ˜‡

Salam sayang, 
Alyaa πŸ’“

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, September 12, 2018

Menganggur...

Assalamualaikum dan selamat pagi semua

Akhirnya aku merajinkan diri untuk menaip entry baru pada bulan September ni HAHAHA. Almaklumlah seronok sangat bercuti katakannn sampai lupa diri oppss πŸ™ˆπŸ™ˆ Aku ada banyak benda nak cerita dekat sini tapi itulah jari jemari ni sangatlah malas untuk menaip sejak sejak akhir ni, aku pun taktahulah kenapa. Nak kena bukak laptop lagi satu hal menyebabkan aku tersangatlah malas nak update entry baru gituu. Dan memandangkan jumlah viewers aku yang agak sendu zaman kini lagi lah tahap kemalasan aku tu memuncak naik hahaha. Kata kunci dekat sini sebenarnya aku MALAS πŸ˜‚πŸ˜‚ Mungkin lepasni kena rajinkan diri untuk pergi blogwalking dekat blog yang masih wujud untuk tinggalkan jejak mengenai blog aku ni yang masih bernyawa dan tidak pupus lagi hiks

Oklah panjang pulak mukadimah untuk harini. Okay, sebenarnya entry kalini berkisar tentang status aku sekarang ni, acece acah macam artis sangat ada orang nak tahu pasal hang Alyaa oii. Tapi itulah, sebabkan ini blog aku jadinya aku terasa nak berkongsi di sini ajalah, kalau cerita dekat orang pun bukan ada sesiapa yang memahami pun gitu hahaha. Seperti tajuk di atas, aku kini secara rasminya telah menjadi seorang PENGANGGUR TEGAR di rumah ini untuk beberapa bulan akan datang huu πŸ™†πŸ™† Jujurnya, ini bukan sebahagian dari rancangan hidup aku. Dari sebelum aku habis belajar lagi, aku dah ada target yang sebolehnya aku nak kerja dulu sementara tunggu posting PRP. PRP tu apa dan kenapa aku kena tunggu PRP ni aku akan cerita dalam entry lepasni, doakan aku rajin menaip k πŸ˜„πŸ˜„



Tapi, sebagai seorang manusia biasa, aku hanya mampu merancang. Atas sebab2 tertentu, aku terpaksa tangguh niat nak cari kerja aku buat seketika atas kehendak keluarga. Aku okay sajalah sebab sekurang-kurangnya aku dapatlah berehat puas2 duluu. Sampailah aku dapat green light semula untuk mula cari kerja. Masa ni memang habis-habisan aku cari kerja dekat facebook, lepastu download apps kerja, message potential employer tanya status kerja kosong dan sebagainya. Dan akhirnya dapat lah beberapa panggilan interview seperti yang aku rencanakan πŸ’ͺπŸ’ͺMasa dapat panggilan interview pertama, aku langsung tak bersedia sebab masa yang diberikan untuk aku bersedia sangatlah singkat, pukul 12 tengahari dapat panggilan, pukul 2 dah kena interview. Masa tu memang redha habis lah dan end up aku tak perform langsung pun interview tu dan the worst interview everlah sebenarnya bagi aku tapi itu semua pengalaman buat aku di masa hadapan 😫😫


Dipendekkan cerita, sampai ke harini, tambah tolak dah dekat 5 interview kerja aku pergi dan semuanya aku kena reject dengan alasan aku tak mampu kerja lama. Pahit jugak aku nak telan semua ni pada awalnya tapi aku positifkan diri aku sajalah yang bahawasanya rezeki aku belum sampai untuk kerja. Masa ni memang aku dah putus harapan habis dah untuk cari kerja 😩😩Sebab kalau tanya aku sendiri, aku pun tak mampu nak bagi jawapan lama mana aku mampu nak bekerja. Adakah sebulan, dua bulan, tiga bulan? Jadinya, aku pun mengambil keputusan untuk tidak lagi mencari kerja dan cuba untuk menikmati cuti-cuti aku yang ada ni dengan sebaiknya. Doakan semoga aku mampu merancanakan cuti aku ni dengan sebaiknya tauuu huu πŸ™πŸ™



Tipulah kalau aku tak cemburu tengok kawan-kawan aku macam senang ja nak dapat kerja dekat tempat tinggal mereka 😭😭😭Tapi ya sekali lagi aku cuba positifkan diri aku untuk terima semua ni yang bahawasanya rezeki aku belum sampai lagi. Jadi, aku kena bersabar. Itu saja yang aku mampu sekarang ni selain menadah tangan memohon doa padaNya agar dimurahkan rezeki aku sekeluarga. InshaAllah, aku percaya yang rezeki takpernah salah alamat. Cuma cepat atau lambat saja. Moga yang baik2 saja lah hendaknya buat aku untuk beberapa bulan akan datang ni amin.


So, itulah serba sedikit cerita ringkas yang agak panjang bagi aku untuk entry kalini hahaha. Rasa macam emosi semacam pulak bila menaip entry kalini uhuk2. Aku harap bila dah banyak masa lapang ni aku rajin2kan diri aku untuk menambah entry2 baru di blog ni untuk tatapan di hari mendatang. Lepasni inshaAllah aku nak update throwback entry seperti yang dijanjikan duluuu. Itu saja untuk kalini, terimakasih sudi baca, jumpa lagi di lain entry 😘

Salam sayang,
Alyaa πŸ’“

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM