Memaparkan catatan dengan label PRP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRP. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Januari 2019

Januari 2019

Assalamualaikum dan selamat malam semuaaa

Wahhh rasa lain betul nak menaip malam ni. Sebab dah lama sangat dah tinggal blog ni. Haha. Terlalu banyak benda yang aku nak share dalam blog ni. Tapi macam kesempitan masa yang ada. Jadinya mana yang sempat aku update dulu lah malam ni hehe 😄

So, kemana menghilang duhai Alyaa? Aku ada saja, menjalani kehidupan seperti biasa. Cumanya sekarang ni fokus dah bertukar dari seorang pelajar kepada seorang pekerja. Acece gitteww 😂 Sebelum aku tulis lebih panjang, alhamdulillah sekarang ni kita dah masuk tahun baru 2019. Selamat tahun baru buat semuaaa ! 🎉 Semoga dengan kehadiran tahun baru ni dapat kita rancang dengan sebaiknyaa dan didoakan semoga perkara yang baik2 saja yang berlaku dengan izinNya inshaAllah amin. Pejam celik pejam celik bulan Januari pun dah nak sampai ke penghujung nya, kan? Haha cepat betul masa berlalu kannn. Semestinya tiada apa yang indah berlaku dalam bulan ni melainkan hanya kerja, kerja dan kerja haha 😜

Jadii berbalik kepada soalan kemanakah aku menghilang 3 bulan lebih daripada menaip entry disini adalah disebabkan aku dah pun memulakan tugas hakiki aku sebagai seorang Provisional Registered Pharmacist (PRP) di sebuah hospital kerajaan. Entry lepas ada dalam bulan 10 kan? Bulan 11 aku dapat tawaran untuk masuk kerja. Waktu tu macam huru hara sikit la sebab hujung bulan 10 aku kena pilih penempatan, 2 minggu lepas tu kena pi kursus dan kemudian lapor diri ke hospital. Jadinya memang kelam kabut sikit kehidupan aku waktu tu. Alhamdulillah sekarang dah boleh katakan agak stabil sikit lah. 

Penyeri hidup aku di hospital 💋
Apa perasaan dah dapat kerja ni? Mixed feelings 😫 Pelbagai perasaan bercampur baur. Seronok dan gembira sebab akhirnya dapat penuhi cita2 yang diimpikan dari sekolah, tapi dalam masa yang sama sedih jugak sebab dah takda cuti yang panjang HAHA 😂😅 Bila dah masuk kerja lagi lah rasa nak cuti lagi, menyesal tak manfaatkan betul2 cuti 3 bulan tu dan sebagainya lah. Haha. Dah masuk kerja ni komitmen dah jadi lain sikit lah. Kena cepat adapt dan belajar banyak benda dalam satu2 masa. Tak boleh main2 dah. Kena serius bekerja sebab bila tak serius, kesalahan berlaku dan boleh melibatkan nyawa pesakit. Huhu. Salah satu risiko kerja bidang ni adalah can't afford any mistake gitulah lebih kurang peribahasanya 😣

Rakan2 seperjuangan yang lebih senior 😂😇
Sekarang dah hampir 2 bulan lebih bekerja, so far okay. Even if tak okay pun, kena adapt dan cepat2 move on. Haha, biasalah saya budak baru belajar, masih banyak benda perlu tahu dan kena ambil tahu. InshaAllah, harapnya by the time habis PRP, aku dapat grab as much knowledge as I can untuk jadikan aku seorang pegawai farmasi yang bukan saja baik ,tahu buat kerja tapi juga berilmu luas. InshaAllah amin, dengan izinNya 😇

Rakan2 seperjuangan satu batch intake. Belum cukup korum lagi 💓
Aku rasa sampai sini dulu entry pembukaan aku untuk tahun 2019 ni. InshaAllah lepasni aku nak up satu lagi entry berkaitan recap/highlight sepanjang tahun 2018. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang aku rasa perlu aku lakarkan disini sebagai kenangan di masa depan kelak. Doakan aku rajin ya dah alang2 cuti lebih sikit minggu ni HAHA 😎

Jumpa lagi di lain entry,

Salam sayang,
Alyaa 💓

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 30 Julai 2018

Tamat Belajar...

Assalamualaikum dan selamat malam semua

Yahooooo i'm backkk !!! Hahaha alhamdulillah kembali menaip di blog tercinta ni setelah sekian lamaaaaaa ditinggalkannnn hiks 😝😝😝 Rindunyaaaa rasa nak menaip panjang panjang di blog ni, berkongsi kisah suka duka diriku acece gitteww. Dulu rancangnya nak menaip aktiviti sepanjang aku belajar di semester akhir degree kannn, tapi itulah hanya mampu merancang, ada benda yang terjadi makanya haruslah diletakkan tepi blog ini buat seketika. InshaAllah, dengan izinNya lepasni rajiinlah update blog sebab aku dah mula bercuti panjanggg hehe 😋😋😋 Doakan aku rajin menaip lagi banyak entry dekat sini ya ! Amin

So, entry kalini aku sajalah nak update bahawasanyaaaaaa aku dah tamat belajar secara tidak rasminyaaaa dengan Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) yey 🎓🎓😍 Alhamdulillah, keputusan peperiksaan utk semester terakhir aku baru ni dah pun keluar. Keputusan ni keputusan tak rasmi yang dikeluarkan oleh fakulti aku khusus untuk pelajar tahun akhir sahaja. Keputusan rasmi seluruh UiTM inshaAllah akan dikeluarkan pada 17 Ogos 2018 ni. Keputusan semester ni jatuh sedikit dari semester lepas, tapi apa2 pun aku bersyukur semuanya LULUS dan status TAMAT belajar akhirnya keluar 🎉🎉🎉 Aku akui semester ni aku banyak lagha dan tak fokus dan selalu balik Penang haha biasalah keluarga lagi penting dari segalanya gituu. 

Last paper struggle is real 😂
Apa perancangan lepas belajar? InshaAllah jika ada rezeki, aku nak kerja part time dulu sebagai pembantu farmasi, itupun kalau ada kekosongan lah haha kalau tak tengoklah kerja apa lagi yang sesuai sementara tunggu panggilan kerja. Sekarang pun tengah giat mencari kerja cuma belum rezeki aja lah haha jeles sikit la kekadang tengok rakan2 yang lain murah betul rezeki dapat kerja 😅😅 Tapi iyalah, rezeki lain2 kan, lambat sikit mana tahuuu haha doakan moga dapatlah ya kerja part time taklah lama sangat menganggur nya poket tipis teruk dah niii 💀💀 Dan doakan lah juga agar dapat placement PRP cepat sikit bolehlah kumpul duit nak bawak mak abah pi konvokesyen tahun depan haha berangan habis yaaa. Takpa, berangan tuuu percuma takyah bayaq hiks 😁😁😁 

Study group yang terakhir 💦
Tempat yang selalu dikunjungi, PTAR Palam 💓

Jadinya sebelum dapat kerja kat mana2 ni, aku cubalah isi masa yang ada sebaiknya termasuklah update blog tercinta ni dengan kisah2 throwback supaya nanti bila stress PRP dapat lah belek balik blog ni baca kisah betapa seronoknya zaman belajar kemudian menyesal sebab dah habis belajar eh tiberr hahaha. Okaylah sebelum lagi banyak aku melalut tak tentu hala dalam entry ni, baiklah aku mengundur diri duluu, inshaAllah next entry menyusul esoknya 😚😚😚

Kesayangan saya 💋
Jumpa lagi di lain entry bye !

Salam sayang,
Alyaa 💓

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM