Assalamualaikum semuaaa..
Oh ya, gambar dekat atas tu gambar pintu gerbang depan UiTM Kampus Bertam. (update: Gambar terpaksa aku buang sebab naik error dekat post ni, sorry) Gambar ni diambil ketika aku bawak kawan terbaikkk aku, CJC jalan2 area kampus ni. Erm.. Nak cerita apa ye pasal kampus aku ni? Well, kampus ni memang baru saja lagi dibuka. Aku dan lain2 dah sempat 2 sem dekat kampus sini tapi sampai sekarang masih belum perasmian lagi. Dan aku sendiri pun taktau lah bila perasmian tu. Pernah jugak la aku tanya lecturer2 aku, tapi diorang pun banyak geleng2 ja. So, aku dah malas nak tanya-tanya lagi. Hihi. Tunggu sajalah ye bila diumumkan nanti. :) Err. Dah alang-alang aku buat entry pasal jalan2 area kampus ni, so rasanya better aku cerita semualah pasal kampus Bertam ni sebab ada orang pernah request kt fanpage FB haritu untuk buat pasal kampus ni.
Okey, seperti yang sedia maklum kampus Bertam ni merupakan salah satu cawangan daripada kampus induk, UiTM Pulau Pinang selain dari kampus Balik Pulau. Di kampus Balik Pulau, tak besar sangat sebabnya hanya untuk penempatan para pelajar Pra-Diploma. Manakala untuk kampus Bertam ni pula merupakan penempatan untuk para pelajar dari Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan. Setakat ini, memang hanya ada dua buah fakulti ini sahaja. Taktau la ke hadapan ni nak tambah pulak kan. Dalam 2 buah fakulti ni, ada 3 course kesemuanya iaitu Diploma Farmasi, Diploma Kesihatan Persekitaran, dan Diploma Teknologi Makmal Perubatan. InsyaAllah, dengar kata tak lama lagi akan ada lagi course2 yang akan turun ke Bertam ni. Just wait and see, okay? ^__^
Err. Nak tahu apa lagi ye? Rasanya tak banyak sangat lagi yang boleh cerita sebab aku pun baru dua sem duduk di sini. Dan satu yang perlu tahu, kami semua tak tinggal di Bertam. Kolej kami a.k.a asrama kami di Permatang Pauh. Jadi kiranya pagipagi kami akan naik bas pergi Bertam yang akan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Nak kata letih kena ulang alik tu memanglaah, tapi itu bukannya alasan untuk kita tak leh berjaya. Kawan aku boleh ja dapat 4 flat ulang alik dari Permatang Pauh ke Bertam. Itu dah cukup membuktikan yang semua ini bukanlah halangan untuk score yang the best punya. Hihi. Oh, bas pukul berapa? Bas paling awal pukul 6.50 pagi. Kalau rasa2 macam malas nak berebut akhir2 nanti, silalah get ready awal2. Haha. Erm, dah penat bebel2 panjang2, jadi kita tengok dululah gambar2 yang ada sekitar kampus ni.
Tempat menunggu bas di UiTM Bertam.
p/s: bas ni dah kurang dah since UiTM dah ada bas baru. :p |
Blok Pentadbiran yang agak jauh dari Blok Akademik. |
Depan bahagian Library. ^_^ |
Bangunan Makmal. Makmal kat sini banyak, so siap buat bangunan lagi. :) |
Jalan nak masuk bangunan makmal. |
Area ni banyak budak2 pharmacy punya lab. |
Oklah, rasanya gambar2 yang itu saja yang boleh letak sebab yang lainlain masih dalam carian. Entah, lupa dah letak kat mana. Yang ni pun banyak sumbangan dari rakan2 FB dan blog. Erm.. Kalau nak tanya apa2 lagi, just comment kat bawah. InsyaAllah, kalau ada pa2 yang aku boleh jawab, aku jawab. :)
Oooops, sebelum terlupa, kalau2 lah kan ada junior2 yang dapat tawaran untuk Diploma Farmasi, selamat datang aku ucapkan. Jangan risau, belajaq farmasi ni best. To be honest, memanglah susah tapi biasalah nama pun belajaq kan. Mana tak susah. Don't worry okay? ^__^ Apa yang penting, kuatkan diri, betulkan niat, insyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar. So, dak takdak apa2 kot nak cerita. Jumpa lagi. Babai. :)
p/s: SOPHYS stands for Society of Pharmacy Students.
p/s: Aiman, pinjam gambaq nuh. Jangan marah. =)
Update: Maaf banyak gambar naik error dan tak boleh di baca di post ni. Jika ada apa apa pertanyaan boleh email atau tinggalkan komen di sini. Sedikit update yang aku tahu; sekarang tak silap dah boleh duduk di Kolej Kediaman yang disediakan di Kampus Bertam. Selamat datang ke UiTM Kampus Bertam dan juga ke program Diploma Farmasi. Semoga berjaya !
20 ulasan:
Beso ek tmpt dia
as salam kak , sye dpt uitm ni nnt , mmg kne ulang alik ke dri permatang tu ngn uitm bertam ?
@Zie Madini
sis, besar la juga. boleh la tahan. hihi. :)
@syira
waalaikumsalam. buat masa skrg, akak boleh cakap yes. sb tiada lagi makluman terbaru dr pihak atasan.
salam. saya dapat uitm ni. tapi kos kesihatan persekitaran. jadi kalau berulang alik tu, boleh tak yang baru sem 1 ni bawak kereta ye?
@shilla
waalaikumsalam. xboleh lagi sebab masih MB(mahasiswa baru). kalau sem 2 dan ke atas, boleh cuba apply stiker kenderaan. insyaAllah, boleh.
weh kolej kediaman kat bertam bila siap\?
@Anonymous
maaf. xdapat dipastikan lagi. sb saya sendiri pun masih belum tahu lgi.
wahh.. lastly, i got the info about uitm bertam.. thanks kak.. btw. i will become ur junior.. dip farmasi kot.. nerbes lah nk p sana.. huhu
@eramni zulkifli
u're welcome. :) btw, welcome to uitm bertam, junior ! :)
Assalamualaikum kak Alyaa . Saya dapat tawaran ke sini :) firstly thank you for the informtion, huh, lega jgk ade org bercerita psl kampus ni. Kita nk tnya, loker utk asrama tuh besar ke ? dan bju putih utk malam destini siswa tu utk apa ? blh bercorak ke mmg kena plain putih ? maaf tnya bnyk soalan, sya nervous nak bwk apa dah ni, apa2 pun, thank you kak alyaa ^^
assalamualaikum kak alyaa :) tq for the information, huh, lega gak ade jgk org bercerita psl kampus ni. Akak sy nak tanya, loker utk asrama tu besar ke ? dan bju kurung putih tu kalau kurung moden boleh ke ? and mmg kena plain mcm bju sekolah atau blh bercorak2? maaf bnyk tnya soalan, saya nervous dah taktau apa nk bwk. Apa2 pun, terima kasih kak alyaa ^^
assalamualaikum kak alyaa :) tq for the information, huh, lega gak ade jgk org bercerita psl kampus ni. Akak sy nak tanya, loker utk asrama tu besar ke ? dan bju kurung putih tu kalau kurung moden boleh ke ? and mmg kena plain mcm bju sekolah atau blh bercorak2? maaf bnyk tnya soalan, saya nervous dah taktau apa nk bwk. Apa2 pun, terima kasih kak alyaa ^^
Kampus sy jugak, nmpk jer besar, tp kecik jer kann..
For ur information, skrang kampus ni da ade kolej. Saye batch pertama, kolej baru lgi 😉
Tpi utk pelajar perempuan je kolej tu, pelajar lelaki masih ulang alik dri pauh ke bertam
Sis . Kolej aka asrama kat bertam dah siap ke kak ? Sekadar bertanya .
Salam...skrg pon masih lgi ulang alik ke?
@Anis Syamimi
Kolej di Bertam sudah siap tapi hanya untuk siswi. Siswa masih di kolej pmtg pauh :)
@Anonymous
Ulang alik hanya utk siswa sahaja
Catat Ulasan