Memaparkan catatan dengan label pharmacy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pharmacy. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Oktober 2013

Future

Future,


think about it,

seriously scared me off !

But, somehow,

i'm waiting for it, because i want

to know who am i going to be soon,

to know whom am i going to married to,

to know where am i at this stage of life 

and almost everything i want to know.

And for this,

i'm fully rely to Him, Allah S.W.T to make the best story line for my life and my future

i put my confidence and trust to Him as i know Allah will never let us down.

I just need to pray that one day , 

all my dreams will come true,

insyaAllah. :)


And not to forget,

i'm so eager to know who is their soul mates , to my both lovely "big brother" 

i just can't wait for it, and of course

my prayer always for both of you guys ! 

As i know both of them are too choosy ! Haha



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 17 Mei 2013

Diploma Farmasi UiTM . . .

Assalamualaikum dan selamat pagi

Okay, disebabkan tak lama lagi akan keluar keputusan UPU untuk lepasan SPM, makanya aku rasa nak buat entry ni sebagai salah satu panduan untuk mereka iaitu adik adik yang nak masuk dalam bidang Diploma Farmasi dan mendapat tawaran ke UiTM dalam pilihan UPU. 

Sebelum tu, alhamdulillah aku dah pun berjaya menamatkan pengajian untuk tempoh teori dalam diploma farmasi ni dan sekarang, InsyaAllah akan meneruskan pengajian untuk tempoh praktikal di Hospital Seberang Jaya selama setahun bermula awal bulan Jun ni. Sama sama doakan aku agar berjaya dengan jayanya praktikal di sana nanti. Amin.

So, secara kasarnya diploma farmasi ni korang akan belajar banyak sangat pasal ubat ubatan. Sampai kekadang tu rasa nak muntah baca, hafal dan faham ubat ubatan ni. Haha. Serius cakap sampai kekadang tu dah taknak belajar farmasi ni *aku lah tu*. HAHA. Tapi semua tu masa sem 3 dan ke atas lah. Masa sem 2 ni banyak akan belajar basic basic dulu. Tapi basic basic pun mahu mengah jugak belajar. Tak percaya? Tanya sesiapa yang pernah berada dalam field diploma farmasi ni. Apa yang boleh aku gambarkan, Diploma Farmasi ni tak boleh nak disamakan dengan mana mana diploma yang ada yang rata2 akan kata diploma ni rileks, belajar cool, apa semua tu. Tak relak mana pun hah. Penat, tenat semua ada. Tak percaya boleh selongkar entry2 aku yang lepas. Ada jugak yang aku ceritakan. Hehe. But after all, korang still boleh survive jika belajar dan fokus betul betul. 

Ok, dah puas pongpang pongpang, sekarang berbalik kepada tujuan asal entry ni dibuat. InsyaAllah, aku akan cuba kongsikan apa yang boleh aku kongsikan di sini. Kalau tak dapat capai tahap fahaman korang, silakan rajin2kan diri bertanya ya. :) Untuk makluman korang, UiTM adalah satu satunya IPTA yang menawarkan diploma farmasi ni dan ianya berpusat di UiTM Pulau Pinang kampus Bertam. Jadi kalau cek2 keputusan dan dapat diploma farmasi UiTM, memang sini lah tempatnya korang akan sambung belajar. 




Takmau nak panjangkan entry, sekarang teruskan dengan subjek2 yang akan dibelajar sepanjang tempoh di UiTM ni. Macam cliche rasa kan benda2 ni, tapi nanti akan ada yang tanya. Percayalah. Haha. Tak apa, aku faham rasa tu macam mana, aku dulu pun macam tu jugak, merata cari maklumat tapi tak jumpa sangat. Makanya, aku harap entry ni sedikit sebanyak dapatlah bantu adik2 yang baru nak masuk universiti ni. 

Semester 1
Nampak tak gambar kat atas tu? Boleh besarkan untuk nampak dengan lebih jelas. Ya, aku tahu banyak kan. Yessss. Sangat banyak, ada 8 subjek semuanya. Tapiiii jangan risau. Korang masih boleh dan mampu bagi keputusan yang baik kepada parents untuk semester 1 ni. Berdasarkan apa yang aku observe untuk batch aku dan batch junior, alhamdulillah kebanyakannya mampu untuk score 3.5 dan ke atas.

Untuk sem 1 ni, subjek paling senang nak score bagi aku adalah ICT for Pharmacy tu. Serius senang dan aku suka sangat3. Haha. BEL, CTU, HBU itu memang wajib ambik sampai semester 3. MAT 133, Pre Calculus ni bagi aku suam suam kuku lah. Tak susah mana, cumanya kena banyak buat latihan, carry marks kena kumpul betul2 la. PHC 112, Life Sciences ni lebih kurang biology SPM. Boleh score lah kan. PHC 113, Introduction to Pharmaceutics ni macam tough sikit sebab baru nak kenal2 dekat pharmacy kan. Last sekali, PHC 114, Chemistry ni macam lebih kurang Chemistry SPM. Hah, sebab tu aku cakap boleh score sebab mostly banyak basic2 lagi. *menyesal takdapat result mantap dulu. hehe*

Semester 2
Yeahh, welcome to the most nightmare and disaster semester ever ! Semester yang sangat menjadi igauan dulu, kini dan selamanya. Haha. Semester ni boleh dikategorikan sebagai zaman kejatuhan untuk kebanyakan pelajar2 dalam diploma farmasi ni. Sebab apa? Sebab subjek2 dalam semester ni mampu membuatkan anda taktidur malam, mata panda, gangguan emosi dan sebagainya. Dan peringatan awal, terimalah apa saja keputusan yang anda dapat dalam semester ni kerana sesungguhnya di sinilah zaman kejatuhan kita. Hahaha. Rasa macam jahat pulak gelak gelak ni. Ok, to be honest memanglah semester ni menakutkan sikit TETAPI ada je ramai yang boleh score dengan baik dan maintainkan pointernya. Aku bukan nak menakutkan ka apa, cumanya kalau boleh semester dua ni buatlah baik baik. Jangan start akhir2 baru nak belek apa semua. Kes naya tu.

Aku pernah alami semua benda ni dan juga pernah rasa betapa peritnya dan sakitnya bila pointer boleh jatuh keduuubumm macam buah durian yang jatuh di dusun tu. Sampai rasa nak berhenti belajar pun ada. Tak percaya, boleh refer entry lepas2. :) Walaupun aku katakan semester 2 ni zaman kejatuhan, tapi alhamdulillah, ada ja kawan2 aku yang dapat naikkan pointer. Contoh roommates aku, sem 1 tak dapat DL, tapi sem 2 dapat DL. InsyaAllah, kalau usaha, bolehlah buat yang terbaik.

PHC 121, PHC122, PHC123 adalah antara subjek yang boleh buatkan kita menangis sangat2. Haha. Thriller sikitlah subjek2 ni. Kena start study bebetul dari awal. PHC 124 pun lebih kurang boleh menggugurkan jantung kita ni sebabnya subjek ni 4.0 kredit hours. Belajar subjek ni seronok tapi nak score macam tak tercapai mana lah. Diingatkan, kalau nak dapatkan 3.5 ke atas semester ni, subjek ni kenalah score A sekurang kurangnya. Goodluck okay ! :)

Sem 1 dan sem 2 memang ada lab. Jadi jangan lupa lab coat ya adik adik.



Semester 3
Sem 3 ni adalah sem yang agak banyak melibatkan kita dalam lab. Sebab sem ni dah lebih fokus ke arah membentuk kita ke arah seorang pembantu farmasi. Semester ni memang makin mencabar lah . Tapi macam semester2 sebelum ni, memang kena start dari awal sebab anda akan jumpa lebih kurang 50++ nama ubat, brand ubat, MOA, ADR dan sebagainya. Kita jumpa dan semestinyalah kena hafal. Haha. Untuk semester ni memang aku malas nak ulas banyak2 dah, sebab kena alami sendiri baru tahu macam mana. Yang paling mencabar bagi aku semester ni ialah PHC 213, PHC 214 dan PHC 215. Sangat3 mencabar. 

Semester 4
Untuk semester 4 ni aku taknak taip kat sini lagi, sebab memang dah plan nak buat entry lain iaitu entry penghargaan kepada pensyarah pensyarah aku sempena hari guru ni. Memang dalam perancangan tapi aku publishkan entry yang ni dulu. Kalau rajin nanti, godek godek lah blog aku untuk akan datang. Haha. 

Phewwww. Aku rasa macam dah panjang sesangat dah entry ni. Okey, habis part subjek dalam diploma farmasi. Rasanya takat ni benda ni perkara yang penting bagi aku dan korang juga. Kalau ada apa2 soalan lagi, bolehlah tanya aku. Takpun bolehlah search2 lagi pasal diploma farmasi kat UiTM ni. 

Kepada kawan2 aku ataupun junior2 yang baca, janganlah nak condemn lebih lebih ya. Aku buat entry ni main tembak tembak ja. Direct ja main taip2, takmau edit edit dah. Malas sebab panjang benar rasa entry ni. Hahaha. So, jumpa lagi nanti ya. Nak menghupdate entry pasal sem 4 pulak ni.

So, kalau rajin bolehlah jenguk2 entry yang aku attachkan dekat sini untuk makluman tambahan :-












Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 22 April 2013

Pahit Manis Semester 4 Bahagian III

Assalamualaikum.


Bersambung lagi kita ya untuk entry ketiga Pahit Manis Semester 4. Ahhhhh hah, mesti semua pakat bosan baca entry Pahit Manis aku ni ya dak ? Haha. Butang pangkah duk tersedia ada atas tu, klik saja. Aku taip ni untuk simpanan aku saja manatau boleh jadi kenangan untuk baca baca balik nanti. Jadi, senanglah kan. :) Btw, aku taip ni pun bukan macam nak buat essay 350 ptatah perkataan hah, saja taip sikit sikit sekali letak gambaq. Sapa sapa yang baca harap seronok la nuh. :P

So, lets proceed untuk aktiviti seterusnya.

22 Februari 2013 : Pharmacy Discovery Day


Overall, alhamdulillah Pharmacy Discovery Day yang dibawah seliaan Sir Fauzi untuk part 4 students berjalan dengan lancar sekali. Semua lecturer yang hadir masa tu berpuas hati lah kiranya dengan hasil usaha senior dengan junior ni.

Ok, sebenarnya Pharmacy Discovery Day ni adalah di mana kami akan membuat pembentangan untuk subjek kami iaitu PHC 225 - Social Pharmacy and Public Health manakala junior untuk subjek PHC122 - Microbiology. Ini macam lebih kurang sebahagian daripada assignments untuk carry marks kami ler. Uhuk3.

Untuk part 4, setiap group akan dapat satu penyakit dan kami akan presentlah penyakit yang kami dapat tu nanti. Alhamdulillah, walaupun tak menang apa2 on that day, tapi sangat berpuas hati sebab i did enjoy the exhibition made by us. Sebabnya aku teroka habis satu laman tu pergi setiap booth. Hehe. Besttt sangattt2 tauu. Haha

Untuk group aku, kami dapat tajuk Menopause. Urghh, memang pusing kepala jugaklah sebenarnya nak fikir nak hias apa. Last minute punya idea, ah lantaklah cantik tak cantik asal berhias. Hehe

Persiapan booth. 

Designer yg sangat dikagumi

Sebahagian dari ahli group

Taraaaa. Booth menopause. Tak cantik ? Ahh, janji berhias. Hehe


Jiran depan kami. Halitosis

Madam Wong a.k.a PA kami ! :)

Sir Azwandi yang begitu kagum dengan ovari tersebut. Haha

Faizahhh, mish you already. :(


Jiran sebelah. Eye disease




Booth junior. :) Diorang sangat sangat kreatif tau !



Gambar ni sangat sweet okayy. Haha

Aiman Terengganuuu



Saya dah mula rindukan mereka. :(


Dimana ada kami, disitu ada booth. Dimana ada booth, mesti ada gambar. Hehe. (:


Ahli group. Terimakasih awak untuk gambar ni. :')

Junior + senior + lecturerss. :) :)
Ini saja untuk entry kali ni . Walaupun penat jalan sini sana tapi seriusly, i did enjoy myself that day. Jalan sana sini dengan Tiqah, ambik gambaq merata rata. Haha. Setiap booth kenal kami. Suka benar ah ambik gambaq kan. Hehe. So, berjumpa lagi untuk entry yang terakhir nanti. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 13 Februari 2013

Safely arrived Penang. :-)



Alhamdulillah, safely arrived Penang semalam pada pukul 5.30 petang. Oh,perjalanan yg sungguh lama ku rasakan. Namun, syukur Allah permudahkan perjalanan kami. :-)

So, aku nak update pasal Kuala Lumpur dan Kelantan nanti. Arghhh. Percutian yg best aku rasakan. Sangat2. Terimakasih Ya Allah kerana eratkan kasih antara kami sekeluarga. Syukur2, kerana doaku termakbul malah lebih dri apa yg aku doakan. Alhamdulillah. :-)

Okey, aku taknak update banyak2 lagi sebabnyaa aku ada kerja yg perlu dilangsaikan dulu. Pastu, nanti aku update ya. Nak update paling lambat pun petang nanti ah, sebabnya malam nanti dan hari2 seterusnya kena study. Sobsob. Banyak dah tertinggal, org lain dah habis study dah pun. Uhuk3.

Babai, jumpa lagi nanti. :-P


posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 9 Januari 2013

Hectic week gonna end soon !

*laplap blog* Phewww. Dah lama jugak terabai blog ni. Last post pasal kembali ke sekolah, minggu ni dah masuk minggu ke dua dah pun budak2 bersekolah. Macam manalah gamaknyaa mereka ya. Haha. Oh ya, Assalamualaikum, selamat petang. 

Harini curi curi masa sikit untuk update blog usang ini. Oh, rindunya nak menaip pepanjang, mengadu kat blog ni. Bukannya takdak internet connection, cumanya masa yang ada amat terhad untuk aku menaip dengan gembira dan sukanyaa. Almaklumlah, dah jadi pelajar semester akhir kat sini ni, memang banyak benda nak kena settlekan. Kuikui.

*Google Images*
So, apa benda yang hecticnya minggu ni ? Ermm, first of all, minggu ni aku ada 2 TEST dan satu QUIZ dan perghhh, sangatlah awesom bagi aku. 2 test tu pulak memerlukan aku untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada lecture notes yang tidak setebal yang korang bayangkan. Cukuplah bayangkan notes yang mengandungi beberapa jenis ubat, mechanism, side effects, pathophysiology dan lain2. Memang juling lah mata kan baca semua benda , dengan banyaknyaa penyakit yang tak silap hampir ada 10 disease kot. *banyak tak, banyak tak* Kiranya tiap2 hari akan aku belek notes tu semua selagi belum tiba hari testnya. HAHA. dan yeahhhhhhhhhhhhh.. semuanyaa dah berakhir dua hari yang lalu. dua hari yang penuh penderitaan, tekanan perasaan, sakit, menangis dan sebagainyaa. itu baru test ah, belum final lagi. Memang tak buleh nak bayang ah kan nant. Mohon jangan bayang bagaiman keadaan aku masa tu, memang terrible sesangat. Kahkah. 

Apa yang mampu aku rumuskan setelah kesemuanya selesai, adalah sangat TERRIBLE. sangatlah sedih dan teramat sedih bila benda yang selama ni kena hafal, hafal dan hafal, akhirnya bila masuk exam, kita jadi BLANK. sedih weh, sedih. tapi apa2 pun aku ingatkan diri aku yang apa2pun yang terjadi, mesti ada hikmahNya. mungkin ada hikmah kenapa Allah tak jelmakan jawapan kepada aku kala aku jawab test tu. Mungkin Dia taknak aku score bebanyak, nanti dapat markah banyak, lepastu aku jadi bongkak, sombong dan sebagainya. *mintakdijauhkan* So, aku ambik the positive side of it on the first day punya test. Then, come the second test. Night before, malam lepas habis first test tu, aku sangatlah letih dan akibat keciwa teramat time tu kan, lepas Maghrib terus pup! tidur. Sampai pukul 11 malam kao ! HAHA. So, bangun tidur, terus solat Isyak then bukak notes. Malam tu berjaga sampai 3.45 a.m then bangun balik pukul 6.15 a.m.  Memang seriuslyy tak cukup tidur but i manage to go through all the notes. Such a succes to me ! Kahkah.

*GI*

*GI*

Namun, malangnyaaa, perkara yang sama berlaku pada aku iaitu aku tak mampu nak ingat apa yang dah aku hafal dengan baik. Bayangan jawapan tu mai sekerat sekerat saja. Sangat menyakitkan hati, tapi aku pasrah. Tapi, compared to first paper tu, paper second ni senang sedikit. Ya, aku memang dapat jawab. Tapi, banyak yang salah kau ! Sadis sangat bila teringat balik. Tp ianya satu pengajaran buat aku. Jangan confident lelebih time jawab tu. Dan sekali lagi, aku ambik positive side just like the first paper before. :)

Dan sekarang ni, setelah habis semua benda ni, aku hanya perlukan TIDUR yang cukup. Maknanya malam ni memang akan ku tidur awal lah. Kehkeh. Almaklumlah, lepas habis test2 tu, aku ada kerja lain yang menanti di belakang seperti lab dan juga assignment. See ? Banyakk busyy ma. Huhu. So, aku rasa sampai sini dulu aku taip dan tulis. Nanti2 ada masa, aku update lagi ya. Kalau banyak masa free, banyak entry akan terhasil. Kalau busy, tiada langsung ataupun only one short entry. Lagipun, just taknak biarkan blog ni sepi tanpa kata. Kesian dia. Haha. Biarlah orang tidak sudi untuk membaca dan menjenguknyaa. Kuikui.

Akhir kata, jagalah diri, kesihatan, akhlak dan juga jagalah iman. :) Babai. Jumpa lagi. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM