Khamis, 30 Disember 2021

Ceritera Blok 1, Semester 1

Assalamualaikum dan selamat petang semuaaaa

Alhamdulillah akhirnyaaaa aku punya kekuatan untuk bukak blog dan update entry haha. Setelahh sekian lama aku dok berkira kira bila agaknya masa yang sesuai untuk menaip entry baru. Alang alang harini rasa macam malas nak belajar (hari hari malas sebenarnya eh 😜) , jadinya aku curi masa sat nak update blog ni. Ikutkan tahun ni nak aktif balik main blog tapi sesungguhnya kita hanya lah mampu merancang, tak gituu? Haha. Padahal banyak jee entry dalam draft aku tapi tak terpublish lagi. Lepasni la aku publish sikit sikit berhabuk dah pa duduk dalam folder draft lama sangat ahaks.

So, apa perkembangan terkini? Haha, masih lagi menjadi seorang pelajar. Masih struggle. Dah lama sebenarnya tinggal belajar dan exam ni jadinyaaa faham faham lah nak pickup balik mood tu macam mana hihi. Alhamdulillah, aku sudah pun tamat separuh masa pertama (haha dah macam main bola pulak yaa 😂) untuk semester 1 pada November lalu dan pada awal bulan haritu (10/12/2021) adalah paper exam terakhir aku dalam Blok 1, Semester 1 ni. Sebelum ni ingat sempat lah nak update blog sesambil belajar kan, bolehlah jadikan sebagai kenangan tapi kesibukan yang melanda terpaksa lah tunda niat tu. Mungkin boleh mula balik untuk Blok 2, Semester 1 sekarang ni HAHA, moga Alya rajin. 


Aku dapat banyakkkk soalan dari rakan rakan terdekat akuu kenapa aku dok sebut sebut ada blok 1 dan blok 2 ni? Belajar master ni macam mana? Haha. Baiklah, mari aku ceritakan serba sedikit dalam entry kalini. Sebenarnya, sebelum masuk program ni pun, aku tak pernah tau macam mana cara orang postgraduate belajar; untuk coursework lah, kalau research tu kita dah boleh bayang lah jugak kan. Tambah dengan kos aku ambil, yang duluu aku selalu rasa amaze betul dengan orang yang sambung speciality ni (sebab aku tauuu mmg susah uhuk), tapi bila aku sendiri yang hadap memang patutlah orang akan look up to people yang ambik bidang ni; susah huuuui haha 😅 (Marilah doakan seorang Alya berjaya harungi ya hihi) 


Ok sebelum aku terus mengarut, marilah ke soalan yang sebenar haha. Disebabkan COVID-19 yang masih belum pulih sepenuhnya, maka Fakulti Farmasi mengambil keputusan untuk buat kursus kami fully online. (Kalau perasan intake postgrad bulan Oktober kan, waktu ni Menteri IPT dah beri kebenaran untuk pulang ke kampus pada 15 Oktober, dan UiTM pula keluarkan kenyataan secara berperingkat untuk pelajar pulang ke kampus). Jadinya, to be on the safe side, team pensyarah semua dah tetapkan untuk buat semua secara atas talian cumanya jadi a bit susah la bila libatkan kursus aku yang perlukan hospital attachment. Oleh sebab itu, untuk batch aku sahaja (setakat ni lah makluman yang dapat), kesemua subjek teori dibawa ke semester 1 dan semua aktiviti melibatkan attachment (latihan lanjutan) di bawa ke semester 2 dan seterusnya dissertation projek pada semester 3. 

Dipendekkan cerita, disebabkan jumlah subjek teori yang kena ambil sepanjang pengajian master ni adalah 5 subjek dengan jam kredit sebanyak 4.0 untuk setiap subjek, makanya terpaksalah dipecahkan kepada 2 blok demi untuk tidak membebankan otak kami sebagai pelajar ni haha. Bayangkan lah nak carry subjek semua dalam satu semester dan nak exam semua serentak fuh lemas babe, postgraduate punya level pulak bukan calang2 tauuu (ya, aku pun baru tau bila dah masuk alam postgrad ni haha 😂). Jadinya bila dah pecah kepada dua blok ni, dapatlah kami fokus dulu pada 3 subjek untuk blok 1 dan selebihnya pada blok 2. Untuk blok 1 libatkan 9 minggu, begitu juga dengan blok 2. Kami punya cuti, test, assessment semua memang agak berbeza sedikit dari kursus postgrad yang lain. Cuti sem punn seminggu sajaa; itupun akan struggle siapkan projek haha 😆 

Susah tak belajar ikut blok ni? Susahhhh juga la bagi aku sebab silibus semua cramp dalam satu blok tu, sebab selalunya stail UiTM akan kena belajar untuk 14 minggu kan, tapi untuk kami semua PnP dalam 6 minggu sajaa. Haha, susah tapi tak mustahil. Penat sikit lah sebab jadual aku memang pack betul sejak masuk belajar ni; jenuh selit aktiviti bersama keluarga kalau tidak memang depan laptop sajalah akuuu haha. Alhamdulillah, apa2pun selesai dah blok 1 punya final exam. (Please doakan kami lulus semuaa subjek blok 1 tuuu). 

Dan sekarang, tengah hadapi blok 2. Aku sedang berada di minggu 12 mengikut kalendar UiTM (Ikut sistem blok kami, aku di minggu 3 blok 2, semester 1). Masih mencari rentak. Untuk blok 2 ni lain sikit stail para pensyarah, jadi memang kena betul betul cepat tangkap dan belajar sendiri, kalau tidak memang tertinggal, sunggah tak tipu. Lepasni inshaAllah kalau aku rajin, aku update penilaian kami macam mana dan juga cara kami menjawab final exam hihi moga Alya rajin. Kalau ditambah cerita sini memang panjanglah entry kalini haha. 

Tak banyak pun nak cerita pasal blok 1 semester 1 ni sebab basically memang hari hari kelas dari pagi sampai petang, malam pun ada sekali dua ataupun ada discussion malam2, takpun sambung study untuk next class, tidur, bangun pagi, kelas lagi dan ulang ulang sampai habis kuliah untuk blok 1. In between tu adalah asssessment yang kami kena buat kan untuk continuous assessment (penilaian berterusan). Overall untuk blok 1, semester 1 ni memang struggle tapi Alhamdulillah dikurniakan dengan classmates yang sangat membantu jadi rasa perit tu bukan kita sorang tapi bersama sama hahaha

Secara ringkasnya, aku setuju bila orang kata dunia postgrad ni dunia belajar yang agak sunyi haha, nak dibandingkan dia punya excitement tu tak sama macam zaman undegraduate dulu (Degree, Diploma). Tapi overall, kalau dapat classmates yang membantu, inshaAllah akan fun fun juga postgrad life korang. Lagipun sekarang kan belajar online, jadi dia punya level of sunyi, boring tu  another level sikit sebab hang basically berkawan dengan laptop saja di rumah ahaks. Memang kena pandai urus masa sendiri supaya tak ter over stress dengan belajar, projek dan sebagainya. Ada masa memang kena keluar jalan2, ambik angin luar, pi weekend getaways ka ikutlah mana mana asalkan dapat keluar sekejap dari tempat yang korang duduk di rumah tuu, gituuu. 

Aku rasa sampai sini dulu aku update entry harini. Esok inshaAllah kalau rajin aku up lagi satuu entry sebagai penutup 2021 ni. Kira macam rumusan terus tentang perjalanan hidup aku sepanjang 2021 ni hahaha macam orang kisah pulak kan tapi takpelah nanti aku boleh baca balik suatu hari nanti mana tau kot ada tercerita wishlist yang tidak kesampaian lagi ahaks. 

Jumpa lagi di lain entry.

Salam sayang,

Alyaa 💓


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM