Memaparkan catatan dengan label student pharmacy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label student pharmacy. Papar semua catatan

Rabu, 28 Februari 2018

Latihan Sangkutan Komuniti dan Industri UiTM Farmasi Bhg 2 (Community and Industry Attachment UiTM Pharmacy) Part 2

Assalamualaikum dan selamat pagi semuaaaa ~

Bertemu lagi kita dalam entry yang baruu yey alhamdulillah masih lagi gigih menaip di sini untuk tatapan di masa hadapan 😀Jadi, dalam entry kalini aku akan buat sambungan sikit lagi dari entry yang lepas iaitu mengenai Latihan Sangkutan Komuniti dan Industri akuu yang dah selamat dijalankan pada tahun lepas (2017).

Okay, untuk Latihan Sangkutan Industri juga kami diberi pilihan untuk pilih mana2 saja company yang bersesuaian dengan kursus kami, atau dalam erti kata lain; kami perlu ber latihan sangkutan di syarikat/kilang farmaseutikal (pharmaceutical company) sebolehnyaa lah. Sebab tujuan latihan sangkutan industri ni adalah nak dedahkan kami, para pelajar farmasi terhadap dunia pembuatan uba-ubatan di kilang-kilang di Malaysia ni. Supaya kami boleh tahu dengan lebih jelas dan lihat sendiri segala proses dan gerak kerja di kilang sebabnya secara teorinya kami dah belajar dalam subjek Pharmaceutical Industry sewaktu di semester 6 (latihan sangkutan diadakan pada waktu cuti semester 6). 

Namun begitu, kelonggaran diberikan kepada kami sekiranya tak dapat buat latihan sangkutan di sektor farmaseutikal, ialah kan dalam Malaysia ni berapa saja farmaseutikal yang ada, lepastu tak cukup nak menampung jumlah kami yang ramai ni. Belum termasuk ada syarikat yang taknak terima pelajar untuk berlatihan sangkutan di syarikat mereka atas sebab2 tertentu. Jadinya, kami boleh cari mana2 kilang yang ada yang terlibat dengan Good Manufacturing Practice (GMP) macam kilang buat produk herba, tradisional kampung, kosmetik dan lain-lain lagi. 

Okayyy, dipendekkan cerita, aku sendiri telah memilih Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang sebagai tempat untuk aku ber latihan sangkutan selama 6 minggu. Itupun setelah beberapa usaha dilakukan untuk dapat dekat tempat lain, tapi tiada rezeki maka menapak lah aku ke sini. Jujurnya, aku rasa aku buat keputusan yang sangat tepat haha. Pengalaman yang aku dapat dekat sini sangatlah berharga dan tak ternilai. Pengalaman dan ilmu yang dapat dekat sini sebenarnya lebih kepada clinical dan bukan industri (pembuatan) sebab fokus utama penubuhan IPPT ni pun sebenarnya sebagai Clinical Research Centre (CTC). Tempat ni ibarat macam mini hospital, haaa gituu cuma ward ada satu ja dengan jumlah katil lebih kurang 20 buah katil. 

(Ehsan: Google)
Selama 6 minggu berlatihan sangkutan di sini, aku belajar banyak benda, dan juga terokai benda baru dalam bidang Farmasi ni, iaitu Farmasi Nuklear (Nuclear Pharmacy). Tak silap aku, IPPT ni adalah institusi kedua yang menawarkan rawatan farmasi nuklear ni selepas Institut Kanser Negara (IKN). Salah satu cabang farmasi yang menarik minat aku walaupun laluan nak menjadi seorang nuclear pharmacist tu bukanlah semudah yang disangka HAHA. InshaAllah ada rezeki di masa depan, bolehlah ceburkan diri dalam bidang ni inshaAllah dengan izinNya hehe. Okay, mesti tertanya aku buat apa dekat sini kan? 😎 Lepas lapor diri di Pusat Penyelidikan Haiwan (Animal Research Centre), aku dan tiga lagi kawan aku terus bergerak ke Pusat Penyelidikan Klinikal (Clinical Research Centre) di bangunan hadapan IPPT, macam yang boleh nampak dalam gambar tu, itu bangunan CRC, bangunan ARC di belakangnya jauh sikit dari CRC. 

Sewaktu berada di unit Farmasi Nuklear berkesempatan berjumpa bersama pesakit bersama pegawai, En Ikhwan
En Iskandar adalah pegawai farmasi yang bertanggungjawab menjaga kami sepanjang kami ber latihan sangkutan dekat sini. Baik orang nya HAHA. Disebabkan tadi dekat atas aku dah bagitau yang IPPT ni lebih kurang mini hospital kan, jadi unit yang ada pun lebih kurang macam persekitaran hospital, ada Unit Stor, Unit Farmasi Bekalan Wad, Unit Farmasi Bekalan Luar (Farmasi Satelit), Unit Farmasi Nuklear dan juga Unit Farmasi Onkologi. Kami diberikan jadual dan melalui setiap unit farmasi yang ada selama 5 hari kecuali Unit Farmasi Nuklear yang mana bila ada kes baru kami dipanggil pergi. Apa yang best dekat sini? Jujurnyaaa, staff dekat sini semua bebaik, staff nurse yang aku jumpa pun baikk, tegur ramah ja dekat surau hehe, cumanya biasalah bila jadi pelajar berlatihan sangkutan dekat sini, tugas yang dapat dilakukan pun taklah banyak sangat di unit2 yang kecil macam unit farmasi bekalan wad, almaklumlah tadi kan dah kata, ada pun satu wad yang bilangan katil pun hanya 20 hehe 😋 Tetapi di unit macam unit Stor seronok sebab selalu ada makan2 hiks dan juga bila ada indent tu boleh banyak belajar pasal item bukan ubat contohnya drip line, jarum yang ada banyak gauge tu, dan banyak lagi lah nak senarai memang banyak hihi. Di unit Farmasi Satelit pun best sebab dapat bergaul dengan ubat2, acece macam mengimbau zaman2 praktikal diploma dan waktu di OPD Hospital Putrajaya (kalau rajin nanti aku update pasal Hospital Putrajaya k) 😆 

Hari terakhir kami di IPPT bersama staff Unit Stor, Abg Izzat dan Kak Yati 😘
Dann unit yang paling berdebar nak masuk tapi menyeronokkan adalah di unit Farmasi Onkologi. Hahaha, berdebarnya sebab dengar kawan-kawan yang sebelumnya cerita pasal kena masuk bilik bersih (clean room) untuk buat preparation untuk ubat kemoterapi. Kena buat sendiri hokayyy dengan pemantaun staff dalam bilik tuuu. Alhamdulillah, satu pengalaman baru jugak bagi aku. Dulu masa praktikal diploma, aku dah pernah bantu buat sebenarnya, cuma dah lama tak berapa ingat sangat dan sebelum ni ada orang akan hulur tangan untuk bantu, tapi masa kalini memang sensorang ja buat dengan tangan sendiri saja yang boleh lolos sarung tangan isolator tu HAHA. Memula tu rasa nak menangis jugak la sebab skill memang serius ke laut terus, tapi lama2 rasa seronok bila buat dan kalau boleh nak buat lagi hari2. Over nauuu 😜 Semoga di masa depan adalah rezeki jadi oncologist pharmacist acece gituu HAHAHA inshaAllah sama2 kita doakan amin 🙏

Masa dekat bilik persalinan (changing room)

Ada lah juga gambar sekeping sebagai kenangan hehe 😇
So, apa lagi nak cerita ya? Rasanya macam dah banyakk dan panjang jaa entry kalini HAHA. Bukan selalu rajin buat entry panjang2 gini, tak gitu 😝 Apa2pun, alhamdulillah aku bersyukur sangat sebab module/silibus Farmasi UiTM ni buat latihan sangkutan ni untuk kami sebagai pelajar. Memang lah bila dapat tahu akan ada latihan sangkutan waktu cuti semester rasa macam berat sangat, maklumlah pelajar lain bercuti kami kena pula berlatihan sangkutan AHAHA. Tapi bila dengar cerita dari rakan2 baru dari USM, UKM masa dekat IPPT ni, rasa bersyukur sangat sekurang2nya kami dapat lalui latihan sangkutan aka praktikal ni di dua tempat yang berbeza selain dari hospital. Tapi, yalah belajar degree farmasi ni di mana2 pun okay, semua silibus ada pro and cons yang tersendiri, sebagai pelajar ambik mana yang baik sajalah, yang tak baik letaklah tepii 😄

Farmasi UiTM X Farmasi UKM bersama pegawai farmasi, Puan Nora dan kakak2 PPF yang sporting habis; Kak Aishah, Kak Nad dan Kak Syima
Sewaktu pensyarah melawat ke IPPT. Bersama En Ikhwan dan Dr Mizaton 😚
Baiklahhh, rasanya sampai sini duluuu penutup untuk entry kalini dan juga untuk bulan Februari ni.  InshaAllah, kalau rajin lagi lepasni, aku update lagi. Walaupun tiada orang yang nak baca, kurang2 nanti masa kerja kalau aku bosan2, bolehlah baca blog ni balik hehe 😋 Sekian saja dari akuu untuk perkongsian cerita kalini, jumpa lagi di lain entry, bye ! 😘

Alyaa Ibrahim

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 5 Oktober 2017

Pharmafiesta 2017

Assalamualaikum, selamat malam

Haiii, bertemu lagi kita di ruangan blog malam ini. Haha, macam mimpi kan aku kembali menulis lagi :P Moga tahap kerajinan nak update ni akan selalu datang untuk aku terus menaip walaupun takda orang nak baca sangat pun hahaha. Its okay, untuk tatapan aku di hari tua nanti, gituuu 

So, seperti tajuk di atas, malam ni aku nak berkongsi cerita mengenai program yang aku join semalam di fakulti tercinta aku di UiTM Puncak Alam ni. Secara ringkas, program Pharmafiesta merupakan program tahunan fakulti aku di bawah kelolaan SOPHYS (Society of Pharmacy Students). Istimewanya program kalini adalah sebab ianya merupakan program terakhir untuk kami, para pelajar tahun akhir BPharm UiTM yang akan menamatkan pengajian setahun lagi :') So memorable la this event sebab join dari first year, dari orang belakang takbir sampai jadi supporters, tak pernah miss. Jadi, untuk yang kali terakhirnya ni pun, semestinya lah join jugak haha lepasni dah takda dah nak join Pharmafiesta ni :( 


Pharmafiesta dekat DK500 tercinta
I had fun last night. Sing along to almost all the performances walaupun sepatutnya tema yang diberikan adalah bertemakan patriotik atau semangat kemerdekaan. HAHA. Tak tercapai sangat mungkin objektifnya sebab masa ucapan Pengarah Program, katanya nak terapkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar gitu, tapi aku rasa macam dah pergi konsert semalam hehe. Whatever it is, memang sangat seronok dan enjoy dengan semua performances. We can see that we're seriously getting older sebab persembahan junior2 aku semua memang mind blown jugak, memang macam Generasi Y betul lah hehe. Thankyouu buat semua sebab put so much effort to ensure the whole programme run smoothly. *thumbs up*


Persembahan RX13

Biggest congratulations and thankyou too to my batchmates #Rx13FlyHigh for the effort to participate in this final performances. Im so proud with all of them :') Limited time that they had but still they fully utilize it to perform the best. I guess it just the matter of luck. The performances was awesome, simple yet the meaning is still there, for all of us to appreciate the fighters. I feel it so much till my few drops of my tears fall down last night (too emotional i guess haha). Ada satu benda lagi yang buatkan aku rasa bangga dengan barisan artis yang terlibat dalam kalangan batch aku ni ialah diorang punya komitmen. Bayangkan baru minggu lepas pengumuman Pharmafiesta dibuat, Isnin cabut undi dan rangka jalan cerita, hari Rabu malam dah perform. Sungguh la terbaikk. Tahniah korang walaupun kita takdapat JUARA, tapi aku percaya persembahan korang dah menarik minat para penonton semalam :) Dibawah ni aku sertakan beberapa gambar dan sinopsis cerita semalam.


Nenek berkongsi cerita dengan cucuuu

Kampung yang amat harmoni pada ketika ituuu

Tapi diserang dengan tiba2 oleh 'tentera Jepun'

Anak Melayu disarankan untuk pergi berjuang membela negara

Atok pergi berjuang meninggalkan nenek tercinta demi negara

Penantian yang panjang namun hanya jasad yang pulang

Penutup yang sangat menusuk. Mengingati pahlawan yang terkorban dengan membina Tugu Negara
Terimakasih juga kepada penganjur yang merencanakan program semalam serta barisan para juri. Sepanjang 4 tahun ni, aku rasa malam semalam adalah paling ramai jumlah juri yang ada iaitu di kalangan pensyarah serta paling ramai jumlah penonton sampai melimpah2 keluar haha. Harapnya nanti waktu AGM pun gitulah yeeee :P

Penutup semalam adalah sesi bergambar beramai-ramai satu batch. Sedih juga bila tengok balik gambar sebab kami jarang dapat ambik gambar satu batch, almaklumlah ramai sangat sampai tak muat nak guna kamera biasa hahaha gituu. So, rasanya sampai sini dulu aku bercerita, kang panjang2 pun orang malas nak baca, tak gituu hehe. Kepada RX 14, RX 15, dan edisi terbaru Fakulti Farmasi, adik adik RX 16, terimakasih juga untuk semua persembahan semalam. Korang pun awesome macam senior korang *ehem* HAHA. I know we might not know each other yet, but Im sure our path will cross someday in future :)


See you when I see you, Pharmafiesta ! RX13 officially signing out from this one wonderful event :')

Alyaa Ibrahim


Cubaan masukkan semorang sampai ada yang nampak kepala je HAHA. Sayang semorang :')


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 24 September 2017

Tahun Akhir...

Assalamualaikum dan selamat petang

Alhamdulillah akhirnya setelah hampir 7 bulan menyepikan diri dari dunia blog ini, akhirnya kini aku kembali yey. Ya Allah, rindu tak keruan lah dekat blog ni, tempat aku mencurahkan segala perasaan dari zaman sekolah lagi haha. InshaAllah, moga kembali kalini dengan semangat yang baru nak aktif menaip sekiranya berkesempatan. (tbh, ayat ni aku ulang hampir 10kali tiap kali aku buat entry baru tapi tak pernah nya nak kesampaian sobs)

Apa boleh buat, aku perlu berikan fokus kepada benda yang lebih penting dulu iaitu pelajaran aku. Acece gitu punya skema haha. Sebenarnya sepanjang aku menghilang diri dan tak punya masa nak menaip dekat blog adalah disebabkan oleh kekangan masa dengan jadual aku yang maha sibuk dekat universiti. Serius dia punya sibuk tu sampai satu tahap hari2 nak menangis sebab tak tahan :') Well said, i did survived the two most toughest semester ever yey ! *pat to myself* HAHAHA. Aku dengan rasminya telah berjaya menamatkan tahun 3 Sarjana Muda Farmasi pada 15/8/2017 sejurus keputusan peperiksaan diumumkan. Ya lah, kalau tak lepas subjek kan tak merdeka lagi dari tahun 3, tak gitu hehe. 

One of the highlights on 3rd Year. Submission of our thesis :)
Jujurnya, tahun 3 adalah tahun pengajian yang menguji pelbagai aspek dan sudut. Tapi alhamdulillah, Allah sentiasa ada, mak ayah, adik beradik, kawan-kawan pun, tiap kali rasa mental breakdown tu. Sungguh, nampak mudah tapi kalau tersilap langkah dan cara, boleh berhenti belajar ooo janganlah memain emosi masa tahun 3 ni HAHA.  

Dan sekarang, 24/9/2017, alhamdulillah aku dah pun mulakan pengajian sebagai pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Farmasi. Dan inshaAllah juga, jika dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan, tiada aral melintang, aku dan rakan2 bakal menamatkan pengajian pada Julai 2018. Rasa macam nak menangis terharu pulak bila menaip ni sebab perjuangan hampir 7 tahun dalam School of Pharmacy UiTM ni bakal berakhir tak lama lagi haha. Melihat senior2 RX12 yang dah habis belajar haritu, rasa macam inshaAllah aku pun dah tak lama haha. 

Another higlight during 3rd Year: Presentation FYP
Best ke dah final year ni? Haha, so far biasa2 saja. Yang best tu cuma tak banyak sangat dah kelas nak kena pergi macam tahun2 sebelumnya hiks. Jadi, dekat sini kena pandai urus masa supaya tak lagha banyak sangat haha sbb nya walaupun dah tak banyak kelas, tapi sem ni aku ada 2 subjek yang kredit hour nya adalah 4. Allahu. Berat laaa subjek bila dah final year ni. Harap2 tak terbabas teruk sangat demi misi sebelum grad gitu :P

Okaylah, untuk harini rasanya cukup sampai disini saja dulu. Hehe. Almaklumlah baru nak panaskan enjin nak menaip semula. Jadi idea tu kekadang berhenti tiba2 aja. Gitteww. InshaAllah, kalau aku sihat esok lusa, aku update lagi entry baru. (sebab sekarang tengah tak berapa nak sihat tapi ada hati nak menaip jugak). Lepasni pun nak kemaskan blog ni, lama sangat dah tak diubahsuai, banyak yang nak kena buang sebab dah expired haha. Semoga ada sejuta kerajinan buat Alyaa nanti. Amin. Jumpa lagi di lain entry bye !

Alyaa Ibrahim


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 3 September 2016

September !

Assalamualaikum selamat pagi


Alhamdulillah harini diberikan sedikit kerajinan setelah hampir 2 minggu abaikan blog kesayangan ni, HAHAHA. Sebenarnya aku ada 2, 3 entry yang masih dalam draft tunggu masa untuk dipublishkan sebab tu lama tak ada entry baru dekat sini. Sibuk buat entry yang entah bila nak dipublishkan hehe. Semoga diberikan kerajinan yang terlebih untuk publish kan entry2 tersebut. Amin.

Okey, berbalik kepada tajuk, nampaknya kita sudah pun memasuki bulan ke 9 dalam tahun 2016 ! Wahh, cepatnyaaa masa berlalu, rasa macam baru sangat lagi masuk tahun baru 2016 huu. Alhamdulillah, dalam turun naik kehidupan yang telah direncakan oleh Allah, aku masih lagi di sini, masih berdiri teguh untuk meneruskan hidup di dunia ini. Dan ya, masih lagi bergelar sebagai seorang pelajar di kala kawan-kawan yang lain sedang meraikan kejayaan menghabiskan sarjana muda, ada yang sudah bekerja dan ada juga yang sudah berumah tangga. Tak kurang juga yang telah menyambung lagi pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Mula-mula fikir bila tengok semua orang bergembira, rasa down sekejap, tapi sekejap sajalah sebab sedar kemampuan diri sendiri macam mana, sekarang pun terumbang ambing lagi tak stabil ada hati nak maju lagi dari orang lain eh HAHA, dah mula merepek dah ni hihi.

Ketika di Sabah (belum update entry lagi)
Jadi, apa yang ada dalam bulan September ni? Ya, ya, dan yaaa, dah masuk bulan September ni maknanya habislah sudah cuti beronok-ronok aku selama ni di rumah. Bakal kembali ke Puncak Alam tercinta pada esok pagi. Macam tak percaya cuti dah habis, rasa macam sekejap sangat tau cuti sedih betul huu. Nasib baik lah masuk seminggu ja lepastu cuti raya haji seminggu pulak sekali dengan Hari Malaysia. Jadi taklah rasa terkilan sangat nak balik hah gittu. HAHA. Tunggu lah nanti lepas cuti raya haji tu, dua bulan lebih takkan balik ke Penang ni sebab tiada cuti dah sampai lah bulan November hmm, baiklah saya redha :( 

Trip Sabah 2016 
Aku harap semester baru ni akan bagi sinar baru dalam hidup aku setelah beberapa kali tewas dalam perjuangan, inshaAllah sama2 lah kita doakan semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang 14 minggu kuliah dan 3 minggu peperiksaan, amin. Semoga aku juga akan rajin untuk jenguk-jenguk blog ni walaupun sibuk teramat nanti. Cukuplah sekadar jenguk update entry ringkas supaya tak adalah suram sangat blog aku ni, tak begitu? HAHA.

Oh btw, alhamdulillah aku sekarang dah masuk tahun ketiga. Tahun ketiga tahun di mana kesibukan di alam kampus akan menghantui dirimu sentiasa hah, Semua benda di padatkan dalam satu tahun ini demi nak bagi rehat di tahun akhir nanti, inshaAllah semoga baik-baik saja. 

Okey, sebelum entry ni jadi lebih panjang dan mengarut, lebih baik kiranya aku update sampai di sini dulu, kang panjang-panjang langsung orang taknak baca. Aku pun dah nak kena tidur dan kemas barang lagi haha. Doakan semoga perjalanan aku balik ke Puncak Alam selamat hendaknya, amin :)

Rindu sama kamu Sabah (doakan aku rajin update pasal Sabah hehe)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 10 Ogos 2016

Cerita NoGAPS 2015

Assalamualaikum dan selamat malam !

Hai, Alyaa kembali menaip entry pada harini. HAHA. Alhamdulillah diberi kerajinan sikit pada kalini untuk buat new post :P Okey, untuk entry baru harini aku nak bercerita tentang NoGAPS yang aku pergi pada tahun lepas. Ya, tahu dah setahun berlalu tapi memandangkan tahun ni punya NoGAPS aku takdapat sertai, jadi macam nak buat cerita throwback sikit lah dalam entry harini haha, rasa taknak baca bolehlah skip yer. Sajalah nak update sambil sambil mengimbau memori lalu. Nanti bila bila bosan, boleh go through semua entry yang aku dah buat ni. Rasa menyesal sikit lah sebab tak banyak entry yang aku update sejak masuk degree ni, bila bukak dashboard tengok post2 lepas banyak yang tahun 2015 punya. Harap2 dah masuk bulan 8 tahun 2016 aku rajinlah nak menaip banyak2, takda lah sepi sangat nampak blog ni kan HAHA. Okay, dah banyak melalut ke tempat lain dah ni, kang penuh cerita lain daripada cerita yang sepatutnya .

Sebagai permulaan, NoGAPS adalah National Gathering of Pharmacy Students iaitu dalam bahasa mudahnya ialah perhimpunan pelajar pelajar farmasi seluruh Malaysia dalam satu tempat, hah gitu. Masa aku pergi tahun lepas, lebih kurang 16 atau 17 universiti yang hantar penyertaan. Ada yang tak dapat nak hantar sebab tengah final exam, kuliah dan sebagainya. NoGAPS 2015 telah diadakan di AIMST University, Semeling, Kedah Darul Aman. Disebabkan lokasi agak dekat dengan rumah aku, jadinya aku tak perlu balik ke PALAM macam aku buat masa aku pergi NPSC 2015 tu. Tapi aku mintak abah hantarkan aku dekat rumah Sal dekat Sungai Petani ja sebab kalau abah terus hantar pergi Semeling kang, aku tinggal sensorang tak tahu punca dan arah tuju HAHA. Alhamdulillah, nasib baik Sal baik bagi tumpangkan sekali dalam satu kereta sebab kebetulan Sal bawak kereta ke sana. 

Program diadakan selama 5 hari 4 malam termasuk perjalanan pergi dan balik. Yuran penyertaan yang dikenakan asalnya adalah sebanyak RM 200 tapi alhamdulillah sangat sangat, murah rezeki masa tu, beberapa minggu sebelum pergi program, dimaklumkan bahawa kami dapat sponsor dari pihak fakulti hehe. Terus masa ni rasa macam tak sia2 aku register nama last2 minute nak join program ni walaupun kena bayar mahal hiks :P Sebab kan aku cuba untuk memendekkan jalan cerita, kita terus kepada aktiviti2 yang diadakan masa program ni yer. Kebanyakan program yang dirancang semuanya best2, banyak perkongsian yang dapat walaupun masa pergi tu baru habis first year degree HAHA.

Selepas pendaftaran, terus dapat tag nama kita serta details grouping
Mengikut tentatif, pendaftaran peserta adalah pada petang hari, jadinya aktiviti secara rasmi bermula pada sebelah malamnya iaitu Welcoming Party. Welcoming party ni lebih kepada aktiviti dalam kumpulan untuk mengenali ahli kumpulan masing2 yang datang dari pelbagai universiti, kemudian ada aktiviti bersama kumpulan untuk bina bendera (logo) serta slogan untuk kumpulan. Juga terdapat aktiviti berkumpulan untuk kreativiti bersama. Masa aku pergi haritu, kena bina menara paling tinggi dan stabil menggunakan kertas surat khabar. Hah, punya susah lah fikir macam mana nak buat bagi dia kukuh. Kumpulan aku dapat lah bagi menara tu tinggi tapi tak berapa stabil, sekejap dah runtuh HAHA :')

Bersama ahli kumpulan Lysine dan bendera kami. Alahai, rindu betul dekat diorang semua 
Masuk hari ke 2, ada Opening Ceremony sebelah paginya pada 9 pagi. Disebabkan sarapan disediakan dekat kawasan pendaftaran kira2 5 minit berjalan dari hostel tempat kami tinggal, jadinya bersiap awal sikitlah kan. Berkumpul dalam satu dewan bersama semua bakal pamasis ni bahang dia terasa lain macam sikit sebab yang lain nampak macam sangatlah gah berbanding kita ni, tetambah bila tengok yang dari USM, UM, UKM, rasa macam tertinggal belakang terus HAHA. Selepas habis ucapan perasmian NoGAPS 2015, kami diberi rehat sebentar dalam 10 minit sebelum ke aktiviti seterusnya iaitu Symposium. 

Wakil dari UiTM :)
Selepas majlis penutup bersama mereka :)



Depan kami adalah pelajar dari UM, hah tergugat kan nampak muka2 pintar itu HAHA :')

Nak tergugat lagi? Nahhh bergambar bersama semua peserta selepas majlis. Nampak takk betapa ramainyaa yang ada?

Symposium ni lebih kurang macam forum yang mana ada beberapa ahli panel di pentas dan menceritakan dan membahasakan mengenai tajuk yang dipilih. Untuk program NoGAPS kalini, Symposium bertajuk Dispensing Right Separation, bertepatan dengan isu semasa yang hangat pada waktu itu. Sekarang ni pun isu ni masih lagi hangat tapi taklah sehangat masa symposium ini dilaksanakan. Speaker yang terlibat masa symposium adalah Mr John Chang (Immediate Past President of FAPA), Mr Amrahi Buang (Vice President of MPS), dan Prof Mohd Azmi Ahmad Assali (Deputy Dean of Students Affairs, USM). Alhamdulillah, banyak ilmu baru yang dapat bila dengar symposium ni. Dapat tahu macam mana reaksi para doktor mengenai isu ini, dapat tahu bidang tugas kita yang sebenarnya adalah lagi luas dan besar, dapat tahu pandangan pengguna mengenai isu ini dan lain lain lagi. Banyak sangat yang dapat dan apa yang boleh disimpulkan, farmasi masih mahu hak untuk mengasingkan pendispenan ubat dari klinik bagi menjamin kualiti ubat yang diberikan kepada pesakit dan mahu elakkan dari medication error yang mana mampu mengancam nyawa pesakit dan banyak lagi.  


Panel yang hadir untuk Symposium: Dispensing Right Separation 

Para peserta yang hadir


Disebabkan hari kedua kami adalah hari Jumaat, jadinya kami yang perempuan dapat rehat lama sikit sementara yang lelaki pergi menunaikan solat Jumaat (yang beragama Islam). Kemudian, kami terus masuk ke aktiviti Workshop 1. Dalam aktiviti ni, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan sebab dalam satu workshop ni ada beberapa ceramah (talk). Masa pendaftaran, kami diberi kelonggaran untuk kami pilih tajuk yang kami minat untuk ikuti. Antara tajuk yang ada untuk Workshop 1 adalah Malaysian physician expectations towards Malaysian pharmacist (1), Respiratory system - clinical and therapeutic - COPD and asthma (2), Problems faced by pharmacist in opening retail pharmacy (3) dan Traditional med vs alternative med (4). Aku dengan kawan-kawan yang pi sekali ambik tajuk no 1 sebab nampak macam menarik sajakan HAHA :P Alhamdulillah, banyak juga ilmu yang dapat terutamanya dekat bahagian bagaimana nak bezakan ahli farmasi dengan doktor di hospital. Aku suka penceramah dia, nampak santai dan sporting walaupun macam tegas sikit, tak silap dia adalah pensyarah di AIMST sendiri.

Nampak tak acah2 macam khusyuk masa dalam bengkel :P


Untuk Workshop 2, terbahagi kepada empat jugak iaitu "Kenali Ubat Anda" Workshop (1), Dosage Form Design Preparation - Lab (2), Respiratory (3) dan ECG (4). Kami pilih tajuk yang last sekali iaitu ECG, disampaikan oleh penceramah yang sama dari workshop 1 tadi, terkejut jugak masa masuk dewan seminar tu bilik tengok penceramah sama ja. Hehe.

Aku tiada dalam gambar sebab duduk sebelah sana HAHA :P
Habis workshop ni, kami semua dibenarkan pulang ke hostel untuk berehat dan makan malam sebelum turun ke tempat perjumpaan untuk aktiviti seterusnya iaitu Briefing for PHC. PHC stands for Public Health Campaign. PHC ni dah kira macam sinonim dengan pelajar farmasi sebab setiap tahun setiap universiti akan ada PHC kempen masing-masing, cumanya yang kalini diorang buat untuk versi NoGAPS yang ada semua universiti bergabung :) Semua peserta yang telah dipecahkan kepada 20 kumpulan kemudiannya dipecahkan lagi kepada dua kumpulan besar kerana PHC yang dianjurkan melibatkan dua tempat iaitu satu di SK Sungai Layar, Sungai Petani untuk Carnival ABC (Active Burn Calories) dan satu lagi dekat Tesco Selatan Sungai Petani untuk Kempen Kesedaran Diabetes dan Kempen Derma Darah, 

Jadinya, untuk aktiviti malam tu, kami diminta untuk sediakan bahan2 untuk program keesokan harinya. Kumpulan aku termasuk dalam kumpulan untuk ke SK Sungai Layar. Disebabkan program esoknya bakal melibatkan permainan dan pameran kesihatan, kami diarahkan untuk menyediakan sendiri bahan2 untuk adik2 di sekolah tersebut. Kami juga dibahagikan kepada kumpulan untuk mural lukisan (yaa, aku disini hiks), untuk gotong royong sekolah, dan juga untuk buat demonstrasi ubat - ubatan. Secara kasarnya, itulah aktiviti pada malam ke dua kami di AIMST. Seronok sebab dapat tolong sama2 diorang yang tak cukup ahli nak buat kerja ataupun yang perlukan ahli untuk buat kerja yang kecil2 macam mengunting dan menampal gambar. 

Syafura ni ahli kumpulan aku dari UKM, dia pandai melukis

Senyum lebar lebar sebab kami tak banyak kerja malam tu HAHA

Ini yang daripada group untuk persediaan ke Tesco
Esoknyaaa, program kami Public Health Campaign (PHC) berjalan seperti yang dirancang oleh pihak urusetia. Alhamdulillah, kami enjoy sangat buat program ni :) Bagus jugak program program macam ni diteruskan untuk masa masa depan sebagai salah satu langkah nak upgrade skill kami bila berhadapan dengan orang ramai hehe.

Tugasan kami yang sebenarnya masa hari kejadian, terasa macam lukis mural zaman sekolah dulu hehe

Awal pagi tu ada sesi aerobik dulu tapi kami bergambar duluu HAHA

Pameran kesihatan dan demonstrasi ubat
Ahli kumpulan aku jugak, paling aktif dan meriah dalam kumpulan

Phewww, lap peluh :P

Kempen derma darah di Tesco Selatan SP

Kempen Kesedaran Diabetes
Balik dari aktiviti PHC dan dah makan lunch semua, kami terus pergi ke dewan untuk Poster Presentation (PHC). Poster presentation ni adalah presentation aktiviti PHC yang universiti masing2 dah buat. Kiranya datang NoGAPS ni untuk persembahkan aktiviti2 yang telah dilakukan. Alhamdulillah, UiTM dapat best award untuk event PHPC :)

Serius muka dengar orang present poster

Dua orang bidan terjun yang kena present poster senior sebagai wakil UiTM

Poster UiTM walaupun kurang menarik nampak tapi sangat kemas okey hahaha :P
Kami diberi rehat selama 10 minit sebelum meneruskan workshop yang terakhir kami di sini iaitu Workshop 3. Workshop ni lebih kepada menguji kreativiti para peserta dan ada tiga kumpulan iaitu Quiz (1), Patient Counselling (2) dan TV show (3). Aku pilih yang TV show sebab rasa macam menarik sangat HAHAHA. Ramai budak UiTM pilih yang ni jadi tak lah rasa kekok sangat hah gituu :P

Malamnyaaa pula adalah aktiviti Interaction Night. Lebih kurang macam Welcoming Party punya aktiviti tapi best dan menarik jugak. Yang paling best bila kena hias seorang dari ahli kumpulan kita sebagai model guna bahan bahan yang disediakan. Ada juga aktiviti yang buatkan korang kena cari orang untuk penuhi kriteria yang ditetapkan dalam kertas permainan korang, kena ada well communication skills kat sini tauu sebab kena mingle dengan everyone to know that they meet the criteria HAHA nak tergelak pulak fikir main game malam tu.


Model daripada setiap kumpulan berkumpul untuk buat catwalk

Yang paling tinggi Mr Dino menang malam tu

Yang perempuan adalah model daripada kumpulan aku 

Yaa, tengah khusyuk tu kami buat kerja HAHA
Masuk hari keempat, acara pagi tu adalah Pharmazing Race, tapi atas sebab sebab tertentu aku tak join aktiviti pagi tu. Tapi kumpulan aku berjaya dapat tempat kedua HAHA hebat betul mereka, kalau aku masuk mesti kalah wekk :P Lepas tu ada aktiviti bebas sampai lah acara kemuncak pada malam harinya iaitu Gala Night.

Tablemates  :)

Hiasan atas meja

Berposing dengan perut yang penuh HAHA 
Selesai Gala Night bersama PJS mate
Alhamdulillah, overall aku sangat berpuas hati dengan NoGAPS tahun lepas kecuali masa untuk solat sebab banyak aktiviti mula awal habis lambat jadinya terkejar kejar nak tunaikan solat. Makanan, penginapan dan lain lain semua terbaik. Terimakasih AIMST university sebab sudi jadi host untuk 10th NoGAPS. Untuk tahun ni, gabungan 3 universiti iaitu KPJUC, Lincoln University dan Taylor's University, bertempat di KPJUC, Nilai. Atas sebab2 tertentu aku tak dapat join NoGAPS tahun ni, sedih tuu memang tak terkataa tapi apakan dayaa HAHA. Kepada peserta NoGAPS tahun ni, do have fun okayy nanti mesti korang rindu nak pergi lagi macam aku huu. 

Okaylah sampai sini dulu aku taip setelah panjang lebar punya entry kalini. Semoga yang baca dapat manfaat dan yang tak baca pun takpa, aku cuma nak jadikan ia sebagai salah satu kenangan manis dalam blog ni yang boleh aku kenang kelak bila dah habis belajar. Doakan semoga aku berpeluang lagi nak join NoGAPS yang seterusnyaa amin ^-^ 

Sebelum pulang ke rumah masing masing. Thankyou AIMST University !

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM