Yahooooo i'm backkk !!! Hahaha alhamdulillah kembali menaip di blog tercinta ni setelah sekian lamaaaaaa ditinggalkannnn hiks 😝😝😝 Rindunyaaaa rasa nak menaip panjang panjang di blog ni, berkongsi kisah suka duka diriku acece gitteww. Dulu rancangnya nak menaip aktiviti sepanjang aku belajar di semester akhir degree kannn, tapi itulah hanya mampu merancang, ada benda yang terjadi makanya haruslah diletakkan tepi blog ini buat seketika. InshaAllah, dengan izinNya lepasni rajiinlah update blog sebab aku dah mula bercuti panjanggg hehe 😋😋😋 Doakan aku rajin menaip lagi banyak entry dekat sini ya ! Amin
So, entry kalini aku sajalah nak update bahawasanyaaaaaa aku dah tamat belajar secara tidak rasminyaaaa dengan Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) yey 🎓🎓😍 Alhamdulillah, keputusan peperiksaan utk semester terakhir aku baru ni dah pun keluar. Keputusan ni keputusan tak rasmi yang dikeluarkan oleh fakulti aku khusus untuk pelajar tahun akhir sahaja. Keputusan rasmi seluruh UiTM inshaAllah akan dikeluarkan pada 17 Ogos 2018 ni. Keputusan semester ni jatuh sedikit dari semester lepas, tapi apa2 pun aku bersyukur semuanya LULUS dan status TAMAT belajar akhirnya keluar 🎉🎉🎉 Aku akui semester ni aku banyak lagha dan tak fokus dan selalu balik Penang haha biasalah keluarga lagi penting dari segalanya gituu.
Last paper struggle is real 😂 |
Apa perancangan lepas belajar? InshaAllah jika ada rezeki, aku nak kerja part time dulu sebagai pembantu farmasi, itupun kalau ada kekosongan lah haha kalau tak tengoklah kerja apa lagi yang sesuai sementara tunggu panggilan kerja. Sekarang pun tengah giat mencari kerja cuma belum rezeki aja lah haha jeles sikit la kekadang tengok rakan2 yang lain murah betul rezeki dapat kerja 😅😅 Tapi iyalah, rezeki lain2 kan, lambat sikit mana tahuuu haha doakan moga dapatlah ya kerja part time taklah lama sangat menganggur nya poket tipis teruk dah niii 💀💀 Dan doakan lah juga agar dapat placement PRP cepat sikit bolehlah kumpul duit nak bawak mak abah pi konvokesyen tahun depan haha berangan habis yaaa. Takpa, berangan tuuu percuma takyah bayaq hiks 😁😁😁
Study group yang terakhir 💦 |
Tempat yang selalu dikunjungi, PTAR Palam 💓 |
Jadinya sebelum dapat kerja kat mana2 ni, aku cubalah isi masa yang ada sebaiknya termasuklah update blog tercinta ni dengan kisah2 throwback supaya nanti bila stress PRP dapat lah belek balik blog ni baca kisah betapa seronoknya zaman belajar kemudian menyesal sebab dah habis belajar eh tiberr hahaha. Okaylah sebelum lagi banyak aku melalut tak tentu hala dalam entry ni, baiklah aku mengundur diri duluu, inshaAllah next entry menyusul esoknya 😚😚😚
Kesayangan saya 💋 |
Salam sayang,
Alyaa 💓
2 ulasan:
Assalamualaikum akak, boleh saya tahu kalau kita sambung diploma farmasi di uitm memang ada peluang untuk sambung degree farmasi di uitm atau akan dilihat semula result spm?
@Anonymous
Waalaikumsalam, akan dilihat semula result SPM kerana bila nak ke Degree Farmasi, akan dikawal selia oleh Lembaga Farmasi Malaysia. Pointer dan result SPM mainkan peranan :)
Catat Ulasan