Memaparkan catatan dengan label uitm puncak alam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label uitm puncak alam. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Februari 2018

Latihan Sangkutan Komuniti dan Industri UiTM Farmasi (Community and Industry Attachment UiTM Pharmacy)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua !

Wehuuu ~ Alyaa kembalii lagi setelah 10 hari menghilang tak update blog. Haha, macam mana lah nak capai azam 2018 untuk menjadi seorang penulis blog yang tegar 😋 Ok, secara ringkas nya, ada beberapa perkara yang berlaku dalam tempoh 10 hari ni sampai buatkan aku hilang mood, minat, semangat dan kekuatan. Bunyi macam poyo sikit lah, tapi ini memang serius sobs, nampak benda yang berlaku macam kecil di mata orang lain tapi di mata aku sangatlah besar kesannya. InshaAllah ada kekuatan nanti aku taiplah dekat sini nak berkongsi walaupun aku confirm bakal kena gelak dengan kawan2 aku yang baca blog ni HAHA 😂

Alright, basically tujuan entry kalini bukanlah nak cerita apa yang berlaku dalam tempoh 10 hari lepas. Cumanya, aku nak update sikit mengenai Latihan Sangkutan Komuniti dan Industri (Community and Industrial Attachment) yang dah selesai aku laluinya tahun lepas (2017). Dah lama sebenarnya terlintas nak update pasal benda ni tapi itulah asyik bertangguh saja kan 😅 Ini pun gigih jugak nak menaip sebab FB buat throwback last day community attachment tahun lepas dan alang2 junior aku pun, batch Rx14 dah selamat selesaikan attachment mereka kalini, jadi aku pun sesaja nak menaip dekat sini.

Sebelum aku mulakan, maafkan aku andai kata ada bahasa rojak dalam entry kalini. Aku cuba sehabis baik untuk tak campur adukan bahasa, aku cuba okay haha kalau tak mampu capai tahap yang diharapkan, maafkan dakuu 😨 

Baiklah, aku mulakan dulu dengan Latihan Sangkutan Komuniti. Latihan Sangkutan Komuniti ni tujuannya nak dedahkan para pelajar kursus farmasi terhadap cara kerja sebenar di farmasi komuniti (retail pharmacy) atau dalam bahasa mudahnya di kedai-kedai farmasi yang kita selalu nampak dekat signboard kedai XXX Pharmacy, haaa gitulah. Tempoh diberi selama sebulan (4 minggu) dan tempat pilihan untuk latihan sangkutan komuniti ni boleh pilih dimana yang pelajar nak, samada dekat atau jauh dari rumah. Untuk aku, semestinya aku pilih yang dekat di rumah, atas beberapa faktor lah terutamanya nak selalu ada dengan family aku incase ada apa2 yang berlaku kan, acece padahal malas nak sesusah duduk jejauh 😝 Aku pilih untuk ber latihan sangkutan di Siang Pharmacy cawangan Kepala Batas. Dekat sangat dengan rumah aku tapi takdalah dekat sampai jalan kaki tu taklah, masih kena memandu ke sanaa HAHA 🙈 

Alhamdulillah, banyak pengalaman dapat masa dekat sini, dari buat housekeeping sampai bagi ubat dekat pesakit. Cabaran yang paling ketara bila berada di farmasi komuniti ni adalah kemahiran berkomunikasi (communication skill) terutamanya dalam menterjemah medical term/jargon kepada layman terms (bahasa yang mudah difahami) kepada pelanggan/pesakit. Jujurnya, aku tabik kepada farmasis (pharmacist) yang menceburi bidang komuniti farmasi ni. Sangat mencabar bagi aku dan tak semua orang mampu buat. Sebulan aku di sana, macam2 ragam yang aku jumpa dan tengok, kekadang terhibur sendiri bila teringat balik HAHAHA 🙆

Antara salah satu lagi cabaran sebagai ahli farmasi di farmasi komuniti.
Tengok gambar atas ni pun aku rasa nak tergelak haha sebab teringat kalau di farmasi komuniti selalu sangat lah ada pesakit/pelanggan yang akan cari ubat tapi bagi hint macam " Ala, ubat bulat2 tu warna putih, pakcik lupa nama ubat, tapi pakcik ingat kotak dia, rupa ubat dia" Nahhhh, itulah antara lagi cabarannya sebagai farmasis di farmasi komuniti yang aku belajar masa sebulan tuu. Kalau pakcik gini bertuah, dapatlah dikenalpasti oleh farmasis yang berada di situ, kalau tak dukacitanya kebanyakannya tak berani nak jual sebab takut risiko tersalah bagi ubat. Besar kesannya tau kalau farmasis di farmasi komuniti ni tersalah jual ubat dekat pesakit/pelanggan, jadi jalan selamat untuk tak jual dan minta pesakit/pelanggan untuk datang semula dengan nama ubat yang betul ataupun bawak bekas ubat/strip ubat yang dah habis tu. 

Jadi harapnya kalau ada sesiapa yang terlintas membaca entry aku ni, silalah ya, bawa bersama dengan anda nama ubat yang anda makan dan juga kekuatan ubat tu sebab ada ubat yang ada dua kekuatan; macam contoh Atenolol 50mg dan Atenolol 100mg. Lagi baik, bawak terus bekas/strip ubat (macam dalam gambar) yang ada details mengenai nama ubat dan sebagainya tu, alternatifnya kalau taknak, boleh snap gambar simpan dalam galeri gambar atau email, lagi memudahkan. Sekarang kan zaman teknologi, kenalah gunakan sebaiknya hehehe 😊 Cara ni lagi berguna daripada hafal bentuk/warna ubat sebab kadangkala bentuk/warna ubat ni boleh berubah tetapi bahan aktif (active ingredients) yang sama. Jangan lupa tauuu pesanan ni tiap kali nak pergi beli ubat dekat farmasi komuniti tu hehe demi kebaikan semua orang yang terlibat, gituuu 🙏

Di hari terakhir komuniti farmasi 😍
Gambar atas ni, adalah di hari terakhir kami berdua di Siang Pharmacy Kepala Batas 😎 Oh lupa nak bagitau atas tadi, aku ber latihan sangkutan berdua bersama dengan kawan aku, Farhan. Nasib baik lah dia ada, taklah rasa bosan sangat sebab boleh sembang2. HAHAHA, nak main handphone macam tak berapa sesuai sebab ada CCTV yang memerhati gitu. Lagipun rasa tak best lah kan, pergi ber latihan sangkutan ni bawak nama UiTM, mesti kena jaga bebaik tak boleh nak redah saja nanti kesan nya pada junior2 akan datang kalau senior2 sekalian buat perangai. Lebih kurang gitu lah pesanan yang kami dapat dari Puan Ezlina sebelum memulakan latihan sangkutan ni hehe. Oh lagi satu, Mr Ng (tengah) sekarang dah tak kerja di cawangan Kepala Batas ni, dengar cerita haritu masa pergi singgah farmasi, katanya dah pindah ke HQ di Jawi. Sekarang ada farmasis baru di sini.

Salah satu benda baru yang kami pelajari dari Siang Pharmacy ni adalah mengenai supplement (makanan tambahan). Serius, dekat sini banyakkk sangat supplement yang dijual dan semestinya lah boleh dipercayai hehe sebab dalam kategori 'drugstore' kann. InshaAllah, supplement/ vitamin yang dibeli di mana2 farmasi komuniti adalah dijamin selamat. Untuk warga Kepala Batas, Pulau Pinang, aku bolehlah nak rekemenkan Siang Pharmacy ni kalau ada rasa nak beli apa2 supplement/vitamin, cuma itulah kena sediakan duit lahh kan haha. Almaklumlah bila pilihan dah banyak ni, kenalah pilih yang kena dengan poket kita kannn, tak gituu?! 😹

Hari terakhir bersama staff Siang Pharmacy 😘 Terimakasih banyak bantu dan ajar kami 😊
Soooooo, patutkah aku sambung dalam entry ni jugak mengenai latihan sangkutan industri? Sebabbb tetiba aku rasa dalam entry ni dahhh panjang sangat aku membebel dan menaip pasal latihan sangkutan komuniti ni. Ingat nak menaip pendek2 saja, tapi rasa macam dah terpanjang pula, itulah bak kata orang, 'kita hanya mampu merancang' HAHA. Jadinyaaa, setelah difikirkan selama beberapa minit, untuk latihan sangkutan industri punya bahagian, aku akan sambung di entry yang seterusnya pulak, kang jadi panjang berjela sangat hah kalau nak sumbat juga dalam entry kalini hehe 😜 InshaAllah, bahagian kedua perkongsian kalini akan bersambung dalam masa terdekat, jangan risau mood rajin nak menaip tu masa ada. Akan aku gunakan sebaiknya mood ni untuk menaip apa benda yang terlintas di fikiran untuk aku luahkan acece gitu sekali.

Baiklah, sampai sini duluuu untuk perkongsian kalini, terimakasih sudi baca bebelan panjang akuuu dalam entry ni, jumpa lagi di Latihan Sangkutan Komuniti dan Industri Bahagian 2 di entry yang seterusnyaaaaa ! 😘😘😘 

Alyaa Ibrahim 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 5 Oktober 2017

Pharmafiesta 2017

Assalamualaikum, selamat malam

Haiii, bertemu lagi kita di ruangan blog malam ini. Haha, macam mimpi kan aku kembali menulis lagi :P Moga tahap kerajinan nak update ni akan selalu datang untuk aku terus menaip walaupun takda orang nak baca sangat pun hahaha. Its okay, untuk tatapan aku di hari tua nanti, gituuu 

So, seperti tajuk di atas, malam ni aku nak berkongsi cerita mengenai program yang aku join semalam di fakulti tercinta aku di UiTM Puncak Alam ni. Secara ringkas, program Pharmafiesta merupakan program tahunan fakulti aku di bawah kelolaan SOPHYS (Society of Pharmacy Students). Istimewanya program kalini adalah sebab ianya merupakan program terakhir untuk kami, para pelajar tahun akhir BPharm UiTM yang akan menamatkan pengajian setahun lagi :') So memorable la this event sebab join dari first year, dari orang belakang takbir sampai jadi supporters, tak pernah miss. Jadi, untuk yang kali terakhirnya ni pun, semestinya lah join jugak haha lepasni dah takda dah nak join Pharmafiesta ni :( 


Pharmafiesta dekat DK500 tercinta
I had fun last night. Sing along to almost all the performances walaupun sepatutnya tema yang diberikan adalah bertemakan patriotik atau semangat kemerdekaan. HAHA. Tak tercapai sangat mungkin objektifnya sebab masa ucapan Pengarah Program, katanya nak terapkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar gitu, tapi aku rasa macam dah pergi konsert semalam hehe. Whatever it is, memang sangat seronok dan enjoy dengan semua performances. We can see that we're seriously getting older sebab persembahan junior2 aku semua memang mind blown jugak, memang macam Generasi Y betul lah hehe. Thankyouu buat semua sebab put so much effort to ensure the whole programme run smoothly. *thumbs up*


Persembahan RX13

Biggest congratulations and thankyou too to my batchmates #Rx13FlyHigh for the effort to participate in this final performances. Im so proud with all of them :') Limited time that they had but still they fully utilize it to perform the best. I guess it just the matter of luck. The performances was awesome, simple yet the meaning is still there, for all of us to appreciate the fighters. I feel it so much till my few drops of my tears fall down last night (too emotional i guess haha). Ada satu benda lagi yang buatkan aku rasa bangga dengan barisan artis yang terlibat dalam kalangan batch aku ni ialah diorang punya komitmen. Bayangkan baru minggu lepas pengumuman Pharmafiesta dibuat, Isnin cabut undi dan rangka jalan cerita, hari Rabu malam dah perform. Sungguh la terbaikk. Tahniah korang walaupun kita takdapat JUARA, tapi aku percaya persembahan korang dah menarik minat para penonton semalam :) Dibawah ni aku sertakan beberapa gambar dan sinopsis cerita semalam.


Nenek berkongsi cerita dengan cucuuu

Kampung yang amat harmoni pada ketika ituuu

Tapi diserang dengan tiba2 oleh 'tentera Jepun'

Anak Melayu disarankan untuk pergi berjuang membela negara

Atok pergi berjuang meninggalkan nenek tercinta demi negara

Penantian yang panjang namun hanya jasad yang pulang

Penutup yang sangat menusuk. Mengingati pahlawan yang terkorban dengan membina Tugu Negara
Terimakasih juga kepada penganjur yang merencanakan program semalam serta barisan para juri. Sepanjang 4 tahun ni, aku rasa malam semalam adalah paling ramai jumlah juri yang ada iaitu di kalangan pensyarah serta paling ramai jumlah penonton sampai melimpah2 keluar haha. Harapnya nanti waktu AGM pun gitulah yeeee :P

Penutup semalam adalah sesi bergambar beramai-ramai satu batch. Sedih juga bila tengok balik gambar sebab kami jarang dapat ambik gambar satu batch, almaklumlah ramai sangat sampai tak muat nak guna kamera biasa hahaha gituu. So, rasanya sampai sini dulu aku bercerita, kang panjang2 pun orang malas nak baca, tak gituu hehe. Kepada RX 14, RX 15, dan edisi terbaru Fakulti Farmasi, adik adik RX 16, terimakasih juga untuk semua persembahan semalam. Korang pun awesome macam senior korang *ehem* HAHA. I know we might not know each other yet, but Im sure our path will cross someday in future :)


See you when I see you, Pharmafiesta ! RX13 officially signing out from this one wonderful event :')

Alyaa Ibrahim


Cubaan masukkan semorang sampai ada yang nampak kepala je HAHA. Sayang semorang :')


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 7 Februari 2017

Entry Pertama di Tahun 2017

Assalamualaikum dan selamat malam


Alhamdulillah, malam ni Alyaa diberikan sedikit kerajinan untuk menaip entry di sini, di blog kesayangannya setelah sekian lama menghilangkan diri HAHAHA. Rindu betul rasanya nak menaip dekat sini macam tahun mula2 aku aktif dulu. Tapi itulah sekarang ni ada perkara lain yang perlu aku beri perhatian dulu dan terpaksa korbankan sesi luahan perasaan dekat blog ni hehe. InshaAllah bila semua dah selesai dengan tenang, aku cuba slow2 aktif balik coretkan serba sedikit cerita yang berlaku di sekeliling aku.

So, tengok tajuk pun dah macam cliche kan, nampak noob sangat macam tak pernah taip entry HAHAHA. Excuse my title sebab aku tak tahu nak letak tajuk apa dan aku rasa ini yang paling sesuai sebab tujuan taip entry ni pun banyak nak merepek repek saja :P Dan disebabkan sejak masuk tahun 2017 ni aku tak buat entry pembukaan lagi makanyaaa zappp muncullah tajuk yang maha skema ini :')


Dah alang2 aku menaip malam ni, jadinya boleh lah kongsi sikit apa benda yang aku tengah buat sekarang ni sampai macam sibuk bebenar hah hari2 :P Sekarang aku tengah CUTI SEMESTER tapi malangnya aku sekarang ber community attachment makanya terkubur lah perkataan cuti itu dengan sendirinya HAHA. Okeylah, sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman baru bila praktikal ni, dapat nampak sudut yang berbeza dari yang aku praktikal dekat hospital 3 tahun lepas tu. 




Jujurnya, memang BANYAKKKK sangat pengalaman dapat sepanjang hampir 3 minggu praktikal di retail pharmacy ataupun bahasa pasarnya kedai farmasi yang jual ubat tu hah. Aku kena praktikal untuk sebulan ( 4minggu), makanya inshaAllah jika tiada aral melintang, Jumaat depan (17 Februari) aku akan tamatkan praktikal aku hehe doakan semoga semuanya dipermudahkan yer ! :) InshaAllah jika ada lebihan masa lepas habis praktikal nanti, aku kongsikan lah serba sedikit tentang pemandangan aku berdasarkan pengalaman selama sebulan di retail pharmacy ni. Sesama doakan aku rajin update :P

Okaylah, aku update sampai sini dulu sebab nak siapkan case study yang masih belum siap2 lagi sampai sekarang HAHA. Tengah ada semangat rajin ni baiklah aku selesaikan sikit2 kan hehe. Terimakasih sudi baca coretan mengarut aku pada harini ni. Jumpa lagi lain entry ! :)

Gambar lama sekarang serabai so malas nak ambik gambar HAHA :P

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 13 Disember 2016

Setelah 3 bulan :')

Assalamualaikum, selamat pagi


Alhamdulillah akhirnyaaaaa aku punya kekuatan untuk buka blog tercinta ni setelah sekian lama aku biarkan dia usang di sini. Sejuta kemaafan aku pohon kepada mereka yang tinggalkan komen2 yang tidak berbalas berbulan lamanya. Bukan niat di hati nak abaikan tapi kesibukan yang dialami dengan masa yang tidaklah banyak untuk melalui minggu2 sebagai seorang pelajar ni membuatkan aku terpaksa meletakkan perkara yang paling utama untuk diberi perhatian oleh aku buat masa sekarang ni. 

Sekarang, waktu aku taip entry, jam menunjukkan hampir 3.30 pagi. Aku masih punya banyak kerja dan benda untuk dibaca tapi aku memilih untuk luangkan masa sebentar di sini. Rindu sangat rasa, rindu nak taip luahan perasaan kat sini. Terlalu banyak yang terbuku di hati ni. Tapi dek kerana ketiadaan masa yang panjang buat aku untuk menaip di sini, aku biarkan rasa hati itu terpendam sendirinya di dalam hati dengan harapan ianya akan berlalu pergi tanpa meninggalkan sedikit kesan pun. 

Seperti yang aku pernah bagitau dalam entry yang lepas, aku sekarang dah pun jadi pelajar tahun 3 Sarjana Muda Farmasi di UiTM Puncak Alam. Dengar macam gah kan, tapi azabnya hanya kami pelajar di sini saja yang tahu. HAHAHA. Apa2pun alhamdulillah walaupun tak terbilang perasaan nak putus asa tu tiap kali rasa susah belajar, tapi masih lagi boleh bertahan sampai ke harini. 

Bakal pengubat hati awak :P

Apa yang best jadi pelajar tahun tiga? Tiada apa yang best langsung sepanjang dah hampir 13 minggu semester 5 ni melainkan yalah, dah turun jawatan, dan tak sibuk dengan mesyuarat sana sini. HAHA. Sebab apa tiada yang best? Sebab hang dah mula sibuk namateyyy sampai rasa macam tiada masa untuk diri sendiri, kawan-kawan malah keluarga pun. Masa ni lah hang rasa menyesal sangat tak luangkan waktu dengan keluarga betul2 masa cuti semester. Haha, serius tak tipu perasaan tu. Rasa macam dahsyat sangat bila dah masuk tahun tiga. Minggu 2 kami dah mula sibuk dengan assignment, lab report, draft sana draft sini ibarat bagaikan tiada esok hari hah gituu punyalah nak gambarkan betapa sibuknya kami :P 

Dah letak jawatan yeay!

Hampir setiap minggu bila dah masuk tahun tiga ni, punyalah susah nak rasa nikmatnya ada hujung minggu sebab hujung minggu diisikan dengan kerja2 untuk minggu depan mahupun minggu ke depan lagi dek kerana tangguh kerja sangatlah tidak digalakkan bila dah masuk tahun tiga ni sebab anything can happens bila time hang nak buat kerja hang ataupun masa nak kerja dateline oleh pensyarah contohnya sakit. Memang kita paling tak jangka walaupun kita nampak macam kita sihat saja kan :')

Ku sangkakan panas ke petang rupanya hujan di tengahari

Dalam banyak2 benda yang tak best, adalah satu benda yang best buat aku untuk semester ni. Alhamdulillah, tahap kesihatan aku sangat baik sepanjang waktu aku sibuk2 ni. Terimakasih Ya Allah :') Tak sangka semester ni tak melawat langsung Unit Kesihatan tercinta nun di sana tu hehe. Diuji dengan ujian sangat hebat waktu cuti semester haritu, aku nampaklah hikmahnya sekarang. Memula tu perit bila kena sakit yang dah lama tak singgah tapi patuh dengan doktor cakap dan dengan izinNya, alhamdulillah sampai sekarang aku sihat walau stress macam mana pun aku minggu2 yang lalu. Moga aku terus sihat sampai peperiksaan akhir yang akan menjelang tak lama lagi dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik amin.

Tempat favourite bila serabut kerja banyak tak siap!

Wahhh boleh tahan panjang jugak taip kalini. Lepas gian ke apa ni HAHA. Mungkin sebab dah terbiasa taip panjang2 sejak jadi senior kat sini ni hiks. Okey dah, sebelum aku terus merepek tanpa hala tuju, baiklah kiranya aku berhenti sampai sini dulu. Pesanan terakhir dari aku, kalau ada soalan yang penting nak tanya pada aku, boleh terus email aku ke aliyaa93@gmail.com. InshaAllah lagi baik dari komen di sini sebab lepasni dah habis minggu kuliah dan masuk minggu peperiksaan lagi susah aku nak masuk jengah sini, percayalah hehe. Dan kepada mereka yang mengenali aku di luar, silalah tegur dan perkenalkan diri, bolehlah kita berkenal. Jangan risau, aku nampak ja muka garang macam nak telan orang, tapi baik2 saja HAHAHA masuk bakul angkat sendiri dah ni. Okey jumpa lagi di lain entry inshaAllah :) Doakan kejayaan aku untuk semester ni tau, terimakasih :P

In case kalau terjumpa mana2, senyumlah dekat aku HAHAHA


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 3 September 2016

September !

Assalamualaikum selamat pagi


Alhamdulillah harini diberikan sedikit kerajinan setelah hampir 2 minggu abaikan blog kesayangan ni, HAHAHA. Sebenarnya aku ada 2, 3 entry yang masih dalam draft tunggu masa untuk dipublishkan sebab tu lama tak ada entry baru dekat sini. Sibuk buat entry yang entah bila nak dipublishkan hehe. Semoga diberikan kerajinan yang terlebih untuk publish kan entry2 tersebut. Amin.

Okey, berbalik kepada tajuk, nampaknya kita sudah pun memasuki bulan ke 9 dalam tahun 2016 ! Wahh, cepatnyaaa masa berlalu, rasa macam baru sangat lagi masuk tahun baru 2016 huu. Alhamdulillah, dalam turun naik kehidupan yang telah direncakan oleh Allah, aku masih lagi di sini, masih berdiri teguh untuk meneruskan hidup di dunia ini. Dan ya, masih lagi bergelar sebagai seorang pelajar di kala kawan-kawan yang lain sedang meraikan kejayaan menghabiskan sarjana muda, ada yang sudah bekerja dan ada juga yang sudah berumah tangga. Tak kurang juga yang telah menyambung lagi pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Mula-mula fikir bila tengok semua orang bergembira, rasa down sekejap, tapi sekejap sajalah sebab sedar kemampuan diri sendiri macam mana, sekarang pun terumbang ambing lagi tak stabil ada hati nak maju lagi dari orang lain eh HAHA, dah mula merepek dah ni hihi.

Ketika di Sabah (belum update entry lagi)
Jadi, apa yang ada dalam bulan September ni? Ya, ya, dan yaaa, dah masuk bulan September ni maknanya habislah sudah cuti beronok-ronok aku selama ni di rumah. Bakal kembali ke Puncak Alam tercinta pada esok pagi. Macam tak percaya cuti dah habis, rasa macam sekejap sangat tau cuti sedih betul huu. Nasib baik lah masuk seminggu ja lepastu cuti raya haji seminggu pulak sekali dengan Hari Malaysia. Jadi taklah rasa terkilan sangat nak balik hah gittu. HAHA. Tunggu lah nanti lepas cuti raya haji tu, dua bulan lebih takkan balik ke Penang ni sebab tiada cuti dah sampai lah bulan November hmm, baiklah saya redha :( 

Trip Sabah 2016 
Aku harap semester baru ni akan bagi sinar baru dalam hidup aku setelah beberapa kali tewas dalam perjuangan, inshaAllah sama2 lah kita doakan semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang 14 minggu kuliah dan 3 minggu peperiksaan, amin. Semoga aku juga akan rajin untuk jenguk-jenguk blog ni walaupun sibuk teramat nanti. Cukuplah sekadar jenguk update entry ringkas supaya tak adalah suram sangat blog aku ni, tak begitu? HAHA.

Oh btw, alhamdulillah aku sekarang dah masuk tahun ketiga. Tahun ketiga tahun di mana kesibukan di alam kampus akan menghantui dirimu sentiasa hah, Semua benda di padatkan dalam satu tahun ini demi nak bagi rehat di tahun akhir nanti, inshaAllah semoga baik-baik saja. 

Okey, sebelum entry ni jadi lebih panjang dan mengarut, lebih baik kiranya aku update sampai di sini dulu, kang panjang-panjang langsung orang taknak baca. Aku pun dah nak kena tidur dan kemas barang lagi haha. Doakan semoga perjalanan aku balik ke Puncak Alam selamat hendaknya, amin :)

Rindu sama kamu Sabah (doakan aku rajin update pasal Sabah hehe)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 5 Mac 2016

Hilang lagi?

Assalamualaikum, selamat malam.

Alhamdulillah, akhirnya setelah beberapa hari aku tangguhkan niat di hati untuk update entry dekat blog tercinta ni, akhirnya tercapai jugak hasrat di hati HAHAHA. Hilang lagi? Ya tajuk harini adalah HILANG LAGI?

Apa benda yang hilang tu? Mestilah akuu hiks. Aku menghilang lagi setelah update entry yang lepas. Daripada cuti semester start sampai ke semester baru dah buka, hanya satu entry saja aku mampu buat sebabnya aku sibuk dengan urusan lain, hah gittew :P Aku ada banyak komitmen lain yang menyebabkan aku terpaksa letak tepi blog kesayangan ni aduh aduh sakitnya di situ hehe.  

Salah satu sebab aku asyik menghilang, ni hah. Banyak luang masa dekat mereka huhu
Dan sekarang ni, aku dah pun selamat sampai dan berada di Puncak Alam yang tercinta dan dah pun habiskan minggu 1 untuk semester 4 dengan jayanya. HAHAHA. Macam tak percaya dah masuk semester 4, kan? Jujurnya nak sampai ke tahap ni, memang sangat penat triple penat aku cakap. Huu. Okey dah takmo cerita pasal ni lagi nanti nanti aku rajin aku cerita okey :P
 
Pemandangan untuk 5 bulan inshaAllah :)
Oh ya, untuk sem baru kalini, alhamdulillah aku dapat masuk kolej semula. Syukur sesangat sebab aku dah tak sanggup nak berpura-pura lagi dah. Penat tahu?! Sebab apa aku berpura-pura tu tak perlulah aku ceritakan cumanya yang penting aku nak bagitau kat sini, bukan senang nak jaga hati orang sampai kadang2 bila terlalu jaga hati orang, hati kita yang sakit. Tak gitu awok2? Hehehe.
 
I love Langkawi. Rindu :'(
Okay, sebelum aku masuk semester baru minggu lepas, aku sempatlah pergi bercuti (acah2) dekat Pulau Langkawi. Alhamdulillah, ada rezeki lebih boleh jenjalan dengan family aku sebelum stress menjelma dekat kampus ni hah. Dan sekarang aku sangatlah rindu nak pi Langkawi lagi :( Bukan senang tau nak gi jenjalan sejak2 dah besar ni huu. InshaAllah kalau aku rajin, aku update pasal Langkawi nah (kalau rajin)

Ya, ya, dah sampai perenggan ni baru aku perasan sebenarnya aku dah lari dah tajuk sebenar entry aku. Kahkah. Disebabkan aku malas dah nak edit, jadi korang hadap dan baca sajalah nah (kalau ada yang baca lah kan). Hehehe. Nak cerita apa lagi ni? Malasnyaaa ya Allah nak fikir apa boleh taip lagi kat blog ni padahal berdozen benda aku boleh cerita cuma sejak2 dah tak aktif ni kan, nak susun ayat tu macam susah sikit lah hiks. 

Okeylah, sampai sini dululah aku cerita. Sebab lepasni nak kena berbalas komen yang orang tinggal dekat blog aku ni. Kesian kang kalau tinggal tak berjawab, tak baikk oi. Lepasni inshaAllah lebih mudah aku nak update blog sebab internet boleh tahan laju gittew, cuma mau takmau update ja. Hah, ayuhlah kita lihat kerajinan aku untuk sem kalini. Haha :)


Selfie penutup. Dah rindu :"(

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 27 Oktober 2015

Setelah sebulan menghilang ;)

Assalamualaikum selamat tengahariiii duhai blog tercinta,


Ohhhhh lamanyaaa rasa tak menaip dekat sini, dah hampir sebulan sejak dari entry terakhir daripada aku hahaha, Maaf sesangat terlalu sibuk dengan kehidupan dekat sini sebagai seorang pelajar yang berdedikasi lagi karisma gittew, ok tipu haha. 

Alhamdulillah, dalam kesibukan yang terkata ni, aku masih sihat, syukur Allah berikan kesihatan yang baik sampai ke harini walaupun dengan keadaan jerebu yang agak teruk. Bercakap mengenai jerebu, macam mana jerebu dekat tempat korang? Oh tempat aku makin pulih alhamdulilllah harapnya terus pulih tak payah datang lagi okey kesian kami kat sini nak pergi kelas semua. Haha. Paling teruk dalam minggu lepas tak silap aku sebab jerebu disertai dengan warna kuning udara. IPU masa tu memang tinggi seriau benar rasa masa tu risau makin teruk lagi huhu.


Ok dah cerita pasal jerebu. Meh nak cerita pasal aku haha pasal kehidupan lah sebenarnya, kenapa aku macam nampak sibuk sangat kan sampai tak menyempat nyempat nak update blog. Haha. Well incase kalau korang nak tahu, banyaakkk sebenarnya aktiviti yang kita boleh buat bila kita tak da internet ni (cliche answer of course :P) Sebab yang paling utama sekali kenapa aku tak update blog adalah kerna masalah internet di rumah aku. Aku pun taktahu kenapa mifi umobile aku taknak berikan kerjasama yang baik dari 3 minggu lepas lagi. Kiranya aku banyak bergantung kepada mobile data dan semestinya kena berjimat bila pakai mobile data ni hehe, Aku lebih banyak fokus ke whatsapp dengan twitter oh instagram sama (bukan selalu habis data nanti haha).

Dan sebab yang kedua (cliche juga okeyy yang ni) aku sangatlah dan teramatlah sibuk dengan kelas yang jadual nya terlalu padat sampai tak terkata dan juga diselaputi dengan test, quiz dan assignment hampir setiap minggu. Hah, sekarang bagitau aku dekat celah mana aku nak ada masa buat entry haha sampai kekadang hujung minggu pun tak rasa macam hujung minggu kekeke. Lumrah lah kalau dah jadi pelajar pamasi ni hah. Kalau perasan previous entry aku pasal semester baru kan, hah masa tu masih heaven lagi kelas start petang, assignment tak banyak so bolehlah goyang goyang kaki banyak sekarang ni semua kelas pakat nak start 0830 pagi dan kekadang tu drag sampai 1030 malam sebab nak buat replacement class alahai.

Seronok betul tengok experiment yang kita buat berjaya haha
Lab microbiology, lebih prihatin sikit gais haha

Ok sekarang nak cerita apa lagi? Hahaha. Lama sangat tak update terus rasa blurrr. Oh ya teringat nak cerita pasal program Pharmafiesta 2015 anjuran Biro Kebudayaan SOPHYS. Sebab kawan baik aku adalah sebahagian daripada team yang handle program ni, jadi aku selaku kawan baik kenalah turun memberikan sokongan, tak gittew haha :P Alhamdulillah program berjalan dengan lancar walaupun terpaksa ditambah masa hingga tengah malam dek kerana ada masalah teknikal. Tahniah semua AJK PharmaFiesta. Mohon tahun depan buat lagi hehe.


Ada banyak benda lagi sebenarnya nak cerita dekat sini tapi macam dah kesuntukan masa sebab kejap lagi aku ada kelas ni haha. Ini pun curi curi masa kejap datang update blog kat makmal komputer sebab dah rindu sangat nak blog hahaha gigih kan seorang Alyaa biasalah tu :P Nanti ada masa lagi insha Allah aku akan update lagi okey sebab nak kongsi cerita pasal konvokesyen kakak aku (ya konvokesyen aku pun tak cerita lagi kan?) Haha. Takpa slow slow step by step aku cerita okey nanti boleh lah aku mengimbau kenangan sikit sambil taip. Rindunya nak konvo :')

Okey macam biasalah nah belanja satu selfie sebagai penutup enty bagi mereka yang rindu aku hahaha walaupun takda like i care kan (oopss) Byeee semua doakan aku dipermudahkan segala urusan dekat sini dan dapat bercuti dengan tenangnya nanti amin :)

Selfie dengan adik manja kesayangan saya :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 18 September 2015

Semester Baru ;)


Assalamualaikum, selamat malam.

Hellllllloooo semuaaa. Akhirnya setelah beberapa minggu menyepikan diri, akhirnya aku kembali menaip semula yeay ! Hahaha. Dicampur dengan kesibukan masuk semester baru, internet takdapat line dan juga tidak sihat makanya tidaklah aku dapat update blog tercinta ini haha. 

Alhamdulillah, seperti kebanyakan pelajar degree yang lain, aku pun sekarang ni dah pun masuk semester baru. Semester 1, Tahun 2. InshaAllah untuk selama 5 bulan hingga Januari 2016. Doakan semoga aku dapat survive seperti ni, subjek macam wehhh terkedu melihatnya huuu.


Ok, sekarang ni baru habis minggu 2. So aku boleh cerita setakat sampai harini sajalah nah. Haha. Untuk semester kalini, aku ambik 10 subjek dengan kredit hour sebanyak 24. Hah banyak kan, well biasalah, silalah masuk pamasi kalau nak rasa kredit hour banyak banyak ni hihi. Jangan tanya kenapa aku ambik banyak2, itu dah kira minimum habis subjek aku ambik sebab core subject pharmacy saja dah ada 6. Yang lain wajib university dengan minor punya subjek dicampur dengan third language. 

Subjek banyak banyak ni jadual tak padat ke? Haha soalan mohon common sense sikit sayang. Haruslah dan wajiblah jadual pack dengan 10 subjek tu haha. Tapi setakat habis minggu 2 ni, kira boleh relax sikit lah sebab lab dengan tutor banyak tak start lagi, tunggu minggu ke 4 dan ke atas, hah masa tu bolehlah meraung sebab banyak lab report, dan sebagainya kena siapkan. Minggu 2 ni pun dah ada lab report kena siapkan sobs. 

Ok, tadi aku ada sebut pasal third language kan? Yesss, semester ni dah kena start ambik third language. Dan demi memastikan kelangsungan di dalam profesion aku kelak *uhuk*, aku pun tekad untuk ambik Mandarin. Haha. Nasib baik lah jugak dapat berebut kelas haritu, alhamdulillah. Lagipun kakak dengan abah aku suruh ambik Mandarin je hah, aku pun malas dah nak fikir ambik jelah Mandarin. Setakat kelas yang aku baru masuk, Mandarin ni best lah cumanya kena rajin sikitlah bila belajar Manddarin ni sebab banyak benda baru untuk kau belajar kan huuu



Okay, cukup cerita pasal study sekarang meh nak cerita pasal jerebu. Haha. Alhamdulillah, jerebu dah berkurang dekat sini berbanding dengan minggu sebelumnya. Nak dipendekkan cerita, akibat daripada jerebu ni, aku pun telah dijangkiti dengan demam selsema. Masa mula nak kena tu, rasa sakit tekak semacam ja, perit la jugak tekak masa tu, jerebu teruk kt sini masa kena tu, memang terdedah jerebu lah ceritanya kan. Lepastu kemudian harinya, terus jadi demam. Baru seminggu kt sini padahal, semua orang kt rumah aku tak percaya tambah2 kakak aku, ceh. Hari Sabtu tu macam teruk lah jugak kena tapi boleh gagah jugak drive sampai ke SCM sana tu haha. Akibatnya, hari Ahad tu terus tak boleh bangun dari katil hehe sebab badan panas teruk disambung terus sampai hari Isnin. Serius masani bagi apa nak makan pun banyak aku tolak. Aku makan coklat lepastu minum air kotak, makan ubat lepastu dah baring sambil jelum kepala huu. Siksanya masa sakit tu hanya Allah saja yang tahu. Last2 pergi klinik balik dapat MC 2 hari sebab aku sangat tak larat nak pergi kelas huu. Tapi alhamdulillah harini dah semakin pulih demam cuma tinggal batuk dengan selsema. Harap2 cepatlah sembuh. Tak sangka jugak aku boleh demam seteruk ni sampai kerja apa pun takmau buat langsung huu dahsyat sungguh :')


Peneman masa sakit 1
Peneman masa sakit 2
Peneman masa sakit 3
Peneman masa sakit 4
Rasa macam panjang pulak aku menaip entry harini sampai boleh rasa lenguh jari tangan, haha. Walaupun takdak orang nak baca tapi takpa nanti time aku malas nak buat entry, aku akan baca balik entry entry panjang yang aku buat ni supaya datang balik mood rajin untuk menulis. Ok, sekian saja dari aku terimakasih sudi baca haha. Jumpa lagi nanti bye ! ;)

Selfiee sikit. Muka sebelum kena demam teruk haritu :P

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 10 Jun 2015

Meniti minggu akhir

Assalamualaikum dan selamat petang


Alhamdulillah akhirnyaaa aku berjaya jugak menggerakkan jari jemari aku untuk menaip satu entry di petang hari ni. Haha. Setelah hampir sebulan lamanya aku tak update langsung blog, hanya membalas komen2 yang ditinggalkan di ruang komen tu saja. Bukan malas, cumanya masa sangat lah limited untuk taip yang panjang2 sudahnya langsung tak berupdate hahaha. 

Alhamdulillah, aku sihat sihat saja. Makin sihat sebenarnya sobs. Belajar pun okey makin naik semester, makin susah belajar. Makin susah nak dapat sleeping beauty harihari hiks. Seperti di tajuk atas, sekarang ni aku sedang meniti minggu minggu akhir sebagai pelajar Tahun 1 Sarjana Muda Farmasi. Hihi. Sebab tu macam busy sikit eh busy banyaakkk sekarang ni sampai tak sempat langsung nak kongsi cerita kat sini. Haha. Baru tahun 1, ada 3 tahun lagi untuk ditempuh, ohhh moga makin kuat untuk belajar. Demi nak capai cita cita uhukkk.

Lab Pharmacy Practice 2 yang terakhir ;)
Sekarang dah week 13, dan inshaAllah akan menamatkan minggu kuliah pada minggu depan, week 14. Minggu ni jadi sikit sibuk sebab semua dateline assignment dah dekat hahaha. Dengan minggu lepas cuti seminggu nya, mana tak jadi kelam kabut semua benda sabar sajalah kannn. Jangan tanya kenapa aku tak update blog time cuti haritu sebab aku cuba isi masa di rumah sebaiknya sebagai bekalan supaya tak homesick nanti hewhewhew. Almaklumlah, minggu final exam dah nak mai tak lama lagi dah. Dan paling bestnyaaa untuk final exam kalini, jadualnyaa semua dekat2. First paper adalah pada first day exam. Sobsss nak meroyan sangat rasa stress sebab tiga paper mula2 dekat2 tarikhnya dah la semua killer paper :'( Hanya mampu redha saja dengan harapan dapat lulus semua subjek, inshaAllah amin. Sama2 doakan aku okey hihi. 

Kelas terakhir subject Drug in Sports. Aku nak sangat update entry pasal kelas ni inshaAllah masa cuti semester nanti aku cuba up entry pasal ni okey :)
 
Ok, aku dah taktau nak tulis apa lagi sebab dalam kepala pikiaq masih ada banyak benda lagi tak settle lagi haha. Lagipun, aku baru habis test dengan quiz tadi. Sebab soalan susah dan markah rendah so rasa nak cari semangat balik bila dapat taip entry kat sini hahaha. Sampai sini dulu, jumpa lagi dalam entry seterusnya byee. 

Belanja satu selfie sikit. Dengan buah hati girlfriends dunia akhirat hehe ;)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 13 Mei 2015

Sibuk

Assalamualaikum selamat petang


Wow akhirnya aku update jugak blog setelah sekian lama ditinggalkan. Haha. Maafkan daku kerana sangatlah tak punya masa untuk update cerita cerita yang menarik dekat sini. Last entry aku adalah sehari sebelum aku balik ke Puncak Alam selepas cuti midsem haritu. Ohh cepat sungguh masa berlalu bukan haha sedar sedar sekarang dah masuk bulan 5. Tak terasa langsung masa tu berlalu sebab terlalu sibuk dekat sini. Sibuk study, sibuk siapkan assignment, sibuk kejar dateline assignment, masuk lecture, kelas ganti, presentation, quiz, test, projek video dan sebagainya hahaha tak tersenarai betapa banyaknya benda nak kena buat kat sini.

Nak dipendekkan cerita kenapa aku dah tersangatlah jarang update sekarang ni adalah sebab aku sibuk teramat sangat. Tak lain dan tidak bukan lagi memang sibuk haha. Mengalahkan orang kerja. Well, belajar itu pun dikira kerja okey :P Ini pun aku curi curi bukak blogger dashboard kejap lepas habis buat lab report tadi haha. Kebetulan rasa rajin nak balas comment lepastu terasa nak update satu entry kejap sebab rindu walaupun esok ada test tapi aku ni tak sedar diri lagi dengan tak study langsung lagi sobs. 

Okay rasanya nak update sampai sini dululah sebab nak sambung study. Haha panjang umur rajin nanti aku update lagi okey. Terima kasih sudi baca coretan mengarut dari aku untuk harini. Hihi. Btw untuk mereka yang nak tanya pertanyaan pada aku, boleh tinggalkan comment di mana2 entry yang ada ataupun boleh terus email aku. InshaAllah akan cuba dijawab secepat mungkin. Sampai sini dulu, jumpa lagi nanti inshaAllah :) Doakan aku berjaya harungi minggu2 yang sukar sekarang ni sebab terlalu banyak cabaran untuk ditempuhi. Semoga aku terus kuat ;')



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 24 April 2015

Cuti Pertengahan Semester ;)

Assalamualaikum, selamat malam


Alhamdulillah, akhirnyaaa dapat jugak aku menaip dan coretkan serba sedikit dekat blog ni setelah hampir sebulan lebih aku biarkan blog ni tanpa berupdate. Hahaha, aku sangatlah dan teramat busy sampai tak sempat langsung nak update blog. Selalu aku bukak je dashboard tengok apa yang patut aku buat hahaha, kalau ada comment aku terus balas je sebab reply comment taklah memakan masa yang banyak sangat berbanding nak up satu entry ni hiks. 

So, nak dipendekkan cerita, aku dah start cuti pertengahan semester ni dari 18 April 2015 lagi, tapi disebabkan macam2 yang terjadi, makanya harini barulah dapat aku update entry satu sempena cuti kalini haha, sedihnya rasa takdapat nak update selalu macam dulu dah. Aku dah tak power dah bab bab nak up entry ni, skill dah banyak hilang dah haha. Sekarang aku paham rasa macam mana busynya belajar time degree sampai tak sempat nak buat apa dah haha.

Kerja aku waktu cuti macam ni adalah makan HAHAHA

Sedikit perkongsian mengenai semester aku kalini. Sem ni aku ambil 9 subjek. Ya ya sila percaya okey, sebab itulah tak menang tangan langsung nak study. Haha banyak ke laut ja aku semester ni taktahulah result final nanti macam mana, harap2 lulus semua lah hendaknya. Aku dah lalui first half untuk semester dua ni, serius cakap penat, memang penat. Kerja bertimbun, lab report bersepah, presentation every week, tutorial, quiz dan test harihari mashaAllah dah takdak life rasa. Almaklumlah, sem lepas dah banyak rest, so sem ni kenalah menangis sikit nak survive haha. Sem ni banyak subject killer dan macam biasa, aku takharap dapat result hebat2, cukuplah sekadar lulus semua dan lepas req JPA. Hahaha
Aku juga sempatlah buat tour pergi tempat ni haritu haha nanti rajin aku update nahh ;)

Okay, apa benda lagi yang nak aku kongsikan eh? Oh ya, walaupun aku tengah cuti sekarang ni, tapi tetap ada test okayyy. Test online gitteww. Sedih mak nakkss cuti2 pun kena hadap buku sebab nak jawab test. Tapi, aku study ala kadar je sebab nak cuti je lebih hewhewhew. Nasib baik markah macam okey lah jugak sikit hihi. Janji lulus sudah yee dokk hiks. Hmm rasanya sampai sini dulu aku update sebab aku ada banyakkk lagi kerja yang menanti untuk disiapkan sebelum cuti nak habis. Tinggal esok je lepastuu dah balikk Puncak Alam sobs. Sabar2.

Nahh, belanja satu selfie sebelum nak akhiri entry ni haha
Btw, doakan aku supaya dapat survive untuk minggu minggu seterusnya. Moga aku berjaya habiskan semester ini dengan jayanya inshaAllah amin. Okay jumpa lagi next entry sebelum aku balik ke Puncak Alam nanti. Byee ;)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 2 Februari 2015

Hi !


Assalamualaikum selamat petang.

Hai semua, 

Alhamdulillah, setelah seminggu berjauhan dari laptop berjauhan dari rumah, akhirnya semalam aku telah selamat sampai dan berada di rumah. Sungguh tak terkata nikmat seronoknyaaa itu. Haha. 

Sebenarnya masih badan ni masih penat sebab semalam sampai rumah pun dalam pukul 10 malam lepas dah settle semua urusan yang perlu diuruskan. Rasanya memang dua tiga hari jugak lah tak kelaur rumah lepasni, haha. Nak berehat sepuasnya dulu hiks ;)


Pulau Pinang, di sini lahirnya sebuah cinta :)
Ok, apa benda lagi yang nak ditaip ni? Kejap nak fikir haha sebab dah rasa macam dah lama tak menaip, sobs. Semoga cuti yang berbaki beberapa minggu ni aku dapat balas balik banyakk entry yang tertangguh dari tahun lepas. Haha. InsyaAllah, itu salah satu tekad aku untuk cuti sem kalini yang masih berbaki beberapa minggu. Oh ada satu lagi. Aku nak makeover aku punya blog ni. Dah masuk 2015 kan, kenalah ada fresh new look gitu, haha. 

Semoga tahap kerajinan aku untuk sem kalini tinggi sikit. Amin. Haha. K, jumpa next entry. Nak sambung berehat kejap sambil rancang untuk next next update. See ya ! ^___^


Bai kolej Rafflesia, terimakasih untuk segalanya :(

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 7 Januari 2015

Berjuang Untuk Peperiksaan Akhir !

Assalamualaikum selamat pagi.


Waaa, lamanyaaa tak update blog ni. Last update tahun 2014, sekarang ni dah tahun 2015 lah. Hahaha, okay tak kelakar pun sebenarnya. Sebenarnya buat masa sekarang ni aku tengah sibuk struggle untuk final exam sem 1 aku ni, seperti yang aku pernah mention dalam previous entry kan. Tapi dek kerana hati terlalu membuak buak nak update, makanya terkeluarlah jugak satu entry ni. Hewhew. Acah2 macam reward untuk diri sendiri sebab dah lepas 1 paper. Haha

Minggu exam, nescafe dan aku berpisah tiada, oh dan ahli baru Mr Bear. 

Baru 1 paper okeyy, orang lain dah habis berapa banyak paper dah, kami baru start HAHA. Dah tu ada yang dah habis dah pun kami start tak lagi, silalah sedih sikit untuk kami, sobs. Alhamdulillah selesai dah satu paper Isnin haritu. Paper kedua menyusul esok pagi (Khamis) tapi buat masa sekarang ni aku masih belum masih study, biasalah membuang masa tu salah satu kerja aku haha, okay okay lepas update ni aku sambung study okay? :P To be truth, alhamdulillah sebab aku boleh jawab lah jugak walaupun tak pernahnya nak yakin dengan jawapan sendiri ditambah dengan tak cukup masanya lagi, sedih tau tahu nak jawab tapi tak sempat masa, nak semak MCQ pun tak sempat, redha ja ada jawapan yang tak bertanda, sedih sedih. Tapi sebab dah malas nak fikir aku biarkan ja semua rasa yang membelenggu diriku ini. Nanti time nak dapat result baru kita nervous balik fikir HAHA. 

4 paper lagi :( 
Okay, rasa macam nak uupdate sampai sini saja sebab kalau dibiarkan ni boleh buat karangan SPM habis ni tak pasal2 kelaut study yang bertimbun lagi tak habis tu. Kuikui. Mohon doakan kejayaan aku dalam final exam ni dan doakan agar aku dapat terus berjuang hingga ke paper terakhir hingga jayanya, insyaAllah amin. Semoga aku dapat lulus dengan jayanya untuk semester ni. Risau jugak sebab boleh kata semua paper adalah killer paper HAHA. Tabahlah diri sebab nak capai cita cita kan. Orait, jumpa lagi semua untuk next entryyy ! 

Sumber tenaga konon la ni HAHA. Time tengah rasa down haritu aku makan satu paket ni lepastu menyesal habis :')

Oh sebelum tutup entry ni, Selamat Tahun Baru 2015 dari aku, dia dan keluarga HAHA. Moga tahun 2015 bawa sinar baru buat korang semua. InsyaAllah azam aku tiap2 tahun hampir sama kalau ada pun perubahan sikit sikit lah moga tercapai lah hendakNya amin :) Dan aku doakan agar Allah permudahkan semua segala urusan mangsa mangsa banjir yang terlibat terutamanya di Pantai Timur, Pahang Kelantan dan Terengganu. Sesungguhnya ujian Allah buat kalian ada hikmahnya insyaAllah akan nampak kemudian hari nanti. :')

Ada yang rinduuu tak? Takdak? Ok takpa nak letak jugak gambar selfie, satu kemestian okey sekarang ni lepas update mesti nak letak satu gambar selfie HAHA. Itu kawan baik saya, nak berkenalah boleh PM :P

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM