Assalamualaikum, selamat pagi.
Haiii semua, apa khabar? Akhirnyaaaaa aku kembali lagi haha setelah menyepi hampir sebulan lamanya dari dunia blogging ni. Oklah sekurang kurangnya sebulan sekali aku update jugak kan hiks. Maaflah sebab aku terlalu sibuk banyak urusan sangat hah. Itu yang buatkan aku jarang ada masa nak update blog ni.
Macam macam aku buat sebenarnya dalam tempoh sebulan aku menyepi ni hah. Jadi ayuhlah baca serba sedikit tentang apa yang aku buat bila menyepi dari blogging selama ni. Oh tak panjang pun summary cerita saja sebenarnya hehe.
1) Ziarah Raya
Semestinya lah kan sebab dah nama pun Hari Raya kan, ziarah menziarahi itu perlu dilakukan setiap tahun. Alhamdulillah tahun ni aku beraya agak sakan lah jugak sebab cuti panjang sikit kan hee ditambah pulak kawan kawan yang study oversea ramai balik Malaysia hah jadinya meriah lah sikit. Dekat raya ke 11 jugak aku beraya lepastu baru rehat untuk beri laluan puasa enam Syawal haha.
|
Open house rumah Aqilah. Mini reunion bersama rakan sekolah rendah ;) |
|
Open house rumah aku haha. Terimakasih sudi mai meriahkan rumah aku :) |
2) Lepak
Lepastu, aku juga rajin melepak sekarang ni. Hahahah. Tak sopan betui guna perkataan lepak kan tapi lebih kepada berjumpa dan bersembang sebenarnya hee. Lepak dengan kawan adalah benda paling best dapat buat cuti ni sebab nanti bila masing2 dah sibuk, susah nak kumpul jumpa balik hii. Lepak juga dengan satu satunya adik angkat aku, Alya. Tahniah dik dapat further degree semoga berjaya ;) Well basically lepak tak perlu pun sampai 3,4 jam cukuplah memadai dalam 1,2 jam untuk bertukar tukar cerita haha.
|
Untuk lepak, takperlu lepak tempat tempat yang hipster. Cukup sekadar beli air sorang satu lepas tu pergi santai kat taman semudah ABC :) |
3) Outing dengan kawan
Outing dengan kawan adalah antara aktiviti yang aku paling suka buat sepanjang cuti semester ni. Hihi. Syukur jugak ada kawan yang baik sudi nak bawak ke sana ke mari. Habaq ja teringin nak pi situ nak pi sini inshaAllah adalah rancangan dia sekian sekian nanti :') Teriimakasih kawan. Cepat sikit balik dah tak sabaq nak pi food hunting lagi haha. Alang2 outing tu kami suka jugak buat food hunting ohh hobi kami kan suka makan ;)
|
Outing ke Perlis dan Padang Besaq. Semestinya best hahaha |
|
Outing ke Monkey Beach. Mandi laut yeay! |
4) Kenduri kahwin
Sebab dah hobi suka makan, kiranya pi kenduri kahwin ni jugak antara yang hobi jugak sebenarnya haha. Nak kata banyak tu taklah tapi boleh tahan. Apa2pun tahniah dan selamat pengantin baru buat semua yang baru mendirikan rumah tangga :)
|
Majlis perkahwinan anak Sir Nadzmi, Nurul Azzah :)
|
5) Melawat Kampus Bertam
Ok, ni kelakar. Padahal rumah dekat sangat dengan kampus. Ini sebabnya aku bawak kawan aku dari Pahang jumpa lecturer kat sini. Sajalah lepas rindu jumpa lepastu gelak gelak apa semua bergossip sikit tukar tukar cerita sikit hee. Sebenarnya ada lagi beberapa aktivti yang aku buat tapi rasa macam malas nak menaip dah. Haha boleh takkk. Mentang2 dah lama tak menaip, rasa kemain malas lagi hah. Hiks.
|
Wefie dengan pensyarah tersayang tercinta acecce |
Ok sebenarnya kan aku baru balik dari program dua hari lepas dan masih dalam mood rehat lagi ni. Almaklumlah dekat program jadual penuh sangat, tak terdaya rasa haha. So balik kena rehat dulu. Nanti aku kongsi kan program yang aku pergi tu dekat lain entry k. InshaAllah kalau rajin hee.
Setakat ni dulu serba sedikit tentang cuti semester aku. Masih berbaki 2 minggu. Semoga aku dapat manfaatkan dengan sebaiknya. Amin. Doakan aku jumpa lagi lain entry bye ! :)
Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)
3 ulasan:
Hai! Baru nak update kewww? Hahaha, samalah kita, kalau rajin up entry, kalau tak hmmm...
Cuti sem ni kena lepak puas2 kan, kalau dah naik sem mmg takde masa langsung.
@Teena Tna
hahaha. haii teena. ya ya baru ada masa nak update sebab busy sikit hihi. awak tu bila nak update lg? haha. aah betul masa cuti je ada masa nak lepak nnt dah busy balik susah sobs
GOOD INFO
Catat Ulasan