Monday, May 7, 2012

...Kisah Aku dan UPU...

Assalamualaikumm semuaa..

Aish, tibatiba pulak terasa nak buat entry pasai Kisah Aku dan UPU ni. Haha. Mungkin sebab tak lama lagi result UPU untuk budakbudak SPM ni nak keluar kan. So, aku pun terasa la nak kongsi kisah aku yang berlaku kirakira setahun lalu. *kejapnya masa berlalu* Setahun dulu, aku masih terlalu muda  untuk buat keputusan sebegini. Dan sekarang, aku yakin yang keputusan untuk ambik Diploma Farmasi tak salah. :) So, silalah baca kisah aku di bawah ini yang dikarang dengan spontannya..

----------------------------------------------------------------------------

Hari tu, 6 Mei 2011 *taklupatarikhkeramat tuu* , aku dengan gigihnya nak buat semakan, walaupun masa tu jantung rasa macam nak luruh ja nak tau dapat mana kan. Err. Nak buat macam mana, result SPM tak sehebat orang lain kan. Haha. So, dengan semangatnya aku pun buatlah semakan setelah memasukkan no IC dan sebagainyaa. Bila terpapar ja keputusan UPU tu, aku jadi TERGAMAM. Sebabnya aku dapat kod kursus E2060-Diploma Farmasi UiTM. Aku masa tu rasa nak rebah ja bila dapat tau. Mulamula of course aku seronok sebab dapat universiti kan. Tapi, bila tengok Diploma tu, aku jadi lemah. Entah, aku sendiri pun taktau kenapa. Masa tu jugak, abah aku call tanya dapat apa, padahal abah aku dah tau dah aku dapat Diploma Farmasi kan. Aku dengan lemahnya,sambil tahan air mata dari mengalir, katalah dapat Diploma Farmasi kat UiTM. Abah kemain seronok tau bila aku dapat ni sebabnya abah aku yang beriya sangatsangat nak aku masuk Diploma Farmasi ni. Masa isi UPU pun, abah yang suruh letak diploma ni, sebab kalau tengok balik aku punya permohonan dulu, mostly aku letak ASASI tau. Alihalih boleh kena dekat DIPLOMA. Masa tu, pasrah tak terkata dah ni. Takpalah terima hakikat la, rezeki aku untuk diploma dulu.

Lepastu, aku online FB, bukak group ex-schoolmate aku dulu, diorang tanya dapat mana, dapat mana. Masa tu, lagilah rasa down sebab daripada banyakbanyak comment, sorang pun tak kata dapat DIPLOMA FARMASI. Aku masa tu dah rasa taktahan dah ni air mata. Comment2 yang aku baca semuanya kata diorang dapat ASASI. Asasi UiTM la, Asasi UM la, Asasi UIA la. See, kalau korang la ada kat tempat aku masa tu, macam mana perasaan korang. Seriuslyy cakap memang down sangatsangat. Taklama lepastu, mak call. Err, masa ni memang taktahan dah. Habis menangis bagai dekat mak. Kata sedih la takdapat asasi, itu la ini lah. Haha, sabar ja mak dengar aku mengadu. Okey, macam dah panjang pulak. So, end up abah balik, abah pujuk aku. Abah kata mungkin ni rezeki aku yang sepatutnya. Lagipun, bukan ka akak nak masuk farmasi. Kata abah aku. Betul jugak apa yang abah aku cakap tu. Sejak dari tingkatan 4 lagi aku dah beralih minat ke farmasi. Dan aku dapat rasakan farmasi adalah bidang yang terbaik buat aku. Panjang jugak masa yang aku ambik untuk buat keputusan. Dan makin lama, aku makin dapat terima kenyataan itu. Kenyataan yang menyatakan bahawa aku memang sepatutnya diletakkan dalam kalangan pelajarpelajar farmasi.


Jadi, keputusan dibuat dan masa aku bagitau mak dan abah, mereka sangat seronok. Masa tu, aku rasa memang.. memang inilah salah satu perkara yang boleh buat mak dengan abah aku gembira. Lagipun rasanya lebih berkat kalau aku ikut nasihat abah aku. Dengan gigihnya, satu hari tu aku update status kat FB setelah orang tertanya-tanya kemana aku nak sambung belajaq. Tak percaya, meh tengok printscreen yang aku buat ni. Hihi.

berguna jugak pakai timeline FB ni. :)
Jadi, starting tu, aku pun buat preparation bagai. Tempoh yang dibagi pulak tak lama untuk buat penerimaan, buat bayaran. semakan, cetakan bagai. Medical checkup tak kira lagi tuu. Fuhh. Memang kelam kabut jugak lah time tuu. Tapi, alhamdulillah.. Semuanya selesai pada waktunya. Dan Allah Maha Besar, memang tak terjangka yang akan ada sorang juga member a.k.a sahabat aku dari kelas 5D dulu yang accept offer yang sama macam aku. Masa tu, memang rasa terharu sangatsangat. Iyelah, lama kot aku lost contact dengan dia. Last2, dia bagitau dia dapat sama aku. Itupun dia yang contact aku. Katanya dapat no aku dari majalah sekolah. Haha. Thanks majalah sekolah. ^__^  Bila dah dapat tau, masa tu bertambah semangat nak masuk UiTM sebab dah lamaa sangat takjumpa sahabat tuu. Serius, rindu masa tuu. Saat2 akhir nak SPM, kitaorang jadi baik, rapat. Annual dinner pun sekali. Sumpah best! <3 *ok,dah lari tajuk.haha*

Dan alhamdulillah, sampai sekarang setelah setahun, aku mampu untuk jadi diri aku sekarang ini. InsyaAllah, tinggal lagi 2 tahun untuk habiskan belajar. Setahun belajar di UiTM, setahun berpraktikal di Hospital. :)

----------------------------------------------------------------------------

Haha. Rasa macam panjang pulak kisah ni. Tapi takpalah. Selagi boleh, aku ingin taip semua kat sini supaya kenangan2 yang ada pada aku masih boleh dibaca suatu hari nanti. Manalah tahu tiba2 hilang ingatan ka, apa ka. Hidup ni kita tak dapat jangka kan? Hihi. So, sampai sini dululah aku merapu meraban. Silalah baca ye kalau rajin. Haha. :) Babai..

p/s: ini auto-publish entry. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

11 comments:

alin said...

alhamdulillah, mungkin itulah rezeki..

Nurul Alyaa said...

@alin

alhamdulillah. :)

Aisyah azizon said...

Assalamualaikum akak, saya lepasan spm 2013. so saya brminat nk ambik bidang farmasi.tetiba je terdetik nk ambik bdang ni. hee. how ea career as pharmacist ni?

Anonymous said...

Assalamualaikum akak Tanya sikit,, klau dah 19 then boleh amik talk dip farmasi eak mohon reply yea..
Sangat perlukan nasihat..

AlyaaIBH said...

@Anonymous

waalaikumsalam. yup boleh je jangan risau okey :)

Qwertyuiop _ciknur said...

Assalamualaikum , akak klau sye bukan dari class sains tulen , still ad hrapan kea nak masuk pharmacy ? Tahun nir sye SPM , tpi hanya ambil chemistry and physics

Qwertyuiop _ciknur said...

Assalamualaikum , akak klau sye bukan dari class sains tulen , still ad hrapan kea nak masuk pharmacy ? Tahun nir sye SPM , tpi hanya ambil chemistry and physics

AlyaaIBH said...

@Qwertyuiop _ciknur

waalaikumsalam, kalau adik nak masuk dip pharm mungkin takda masalah, tp bila adik nak further ke degree pharmacy nnt akan ada masalah sbb taklepas syarat yg ditetapkan oleh lembaga. harap membantu :)

Nabiela Haniey said...

Akak saya nak tnya mcm sya pelajar sains tulen tpi drop subjek fizik, boleh ke akak klau sya nk ambik bidang farmasi ni?

AlyaaIBH said...

@Nabiela Haniey

assalam dik, sebenarnya untuk masuk diploma farmasi, taklah memerlukan sangat subjek fizik namun utk ke ijazah kelak, lembaga farmasi dah letakkan syarat utk pelajar ada 3 subj sains tulen tu, chem bio phy. utk syarat terbaru, boleh rujuk laman web lembaga farmasi malaysia k ;) harap membantu :)

Siti Salmah said...

Assalamualaikum. Akak, maaf.. nk tnya, akak ltak dip farmasi pilihan ke brape? btul ke yg first choice tu ltk yg btul2 kite nk? Mcm ltak dip frmasi kt first choice.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA