Memaparkan catatan dengan label BPharm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BPharm. Papar semua catatan

Jumaat, 3 September 2021

Ijazah Sarjana Muda Farmasi UiTM (Degree Farmasi) ✨

Assalamualaikum dan selamat pagi semuaaa ✨

Kembali kita lagi dalam entry yang baruuu haha. Aku tak tau kenapa aku tetiba rasa rajin nak update entry kali ni haha tapi sebabkan aku rasa tak lama ja lagi keputusan UPU untuk lepasan STPM/Asasi/Diploma akan diumumkan, jadi aku rasa macam bertanggungjawab nak share sikit pasal Ijazah Sarjana Muda Farmasi a.k.a Degree Farmasi ataupun in English we called as Bachelor of Pharmacy (Hons.) gituuuu. Untuk pengetahuan, aku dah hampir 3 tahun tinggalkan BPharm ni jadi maafkan akuuu kalau entry ni macam boring sikit hahaha; itulah dulu masa zaman belajar malas nak update blog sekarang baru rasa sedikit kerajinan πŸ€ͺ

Kalau nak taip panjang panjang aku rasa macam tak cukup masa nak share dekat sini (sekarang agak sibuk dan kekangan masa haha) tapi aku akan cuba sehabis baik untuk taip dan kongsi secara kasar apa yang bakal ditempuh sepanjang 4 tahun pengajian nanti. Aku cerita secara kasar dan general sajalah sebab kalau cerita satu per satu nanti tak terbaca dalam satu entry ni hehe. Kalau nak baca lebih lanjut boleh pi baca dekat blog junior akuuu, banyak informasi pasal BPharm dekat sanaaa, ini entry Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) UiTM di blognyaaa. Dan jugaaa boleh ke  SINI untuk bacaaa dengan lebih detail tentang silibus BPharm dll. Dan ada banyaakk lagi blog yang berbicara tentang Degree Farmasi dan juga kisah hidup pelajar farmasi ni (kalau ingat nanti aku selitkan dalam entry ni). Can go and check them out okay ! πŸ˜—

Sarjana Muda Farmasi UiTM; UiTM Puncak Alam

Jadi untuk entry aku, aku akan cerita berdasarkan tahun pengajian; dari Tahun 1 hingga Tahun 4 pengajian. Sebab apa? Sebab kalau aku cerita by semester memang penat aku nak menaip dan hampa yang nak membaca nanti HAHA. Dan seperti biasa; disclaimer sesiap; aku bukanlah student yang pintar dan cemerlang juga punya CGPA yang mantap haha, aku hanyalah seorang pelajar biasa yang punya cita cita yang tinggi begituuu. Walaupun aku bukanlah pelajar yang pintar, tapi aku rasa aku perlu bercerita di blog ni untuk bacaan tatapan bakal junior yang akan masuk BPharm ni; untuk tidak mengulangi kesilapan yang aku buat duluu dan boleh dapatkan result yang lebih cemerlang dari akuu hihi. 

Tanpa bertangguh lagi, mari kita teruskan kepada entry kita untuk harini. Dan jugaaa disclaimer lagi sekali; ini aku share berdasarkan pengalaman aku, apa yang aku lalui dan pelajari serta kurikulum pengajian waktu aku belajar dulu. Kalau sekarang dah berubah aku mintak maaf sesiap, mungkin akan berubah sana sini dalam kurikulum pengajian sekarang. (Maaf jugak kalau rasa pishang baca entry akuu haha saja nak update untuk kenangan hihi)

Tahun 1 Degree Farmasi πŸ˜‰

Secara asasnya, Tahun 1 punya pengajian adalah tahun untuk kita diajar asas kepada dunia farmasi. Kenapa aku katakan begitu? Sebab bila tengok balik subjek untuk semester 1 dan semester 2 memang semuanya adalah subjek basic untuk difahami sebelum menempuh cabaran yang lebih besar di Tahun 2 dan ke atas nanti haha. Walaupun begitu, jangan ambik mudah ya adikadik sekalian. Untuk semester 1 memang kebanyakan pelajar boleh score cemerlang, namun akan kecundang sikit bila dah masuk ke semester 2 sebab subjek di semester 2 walaupun nampak macam subjek ASAS tapi agak berat untuk dibawa dan disampaikan dengan baik kalau tak fokus betul betul (cakap berdasarkan pengalaman uhuk). Jika untuk pelajar lepasan Diploma (tak kira samada dari Diploma Farmasi, Diploma MLT, Diploma Mikrob dan sebagainya); boleh dapat pengecualian subjek untuk subjek Agama dan English Semester 1 serta Kokurikulum. Macam aku dulu; waktu Diploma ambik National Kesatria 1-3, jadinya semuaa aku dapat pengecualian, jumlah 5 subjek saja dapat pengecualian gitu. Antara semester 1 dengan semester 2 mana yang lagi susah? Semestinya lah semester 2 haha. Sebab masa aku dulu; aku ambik 22 jam kredit (credit hours) untuk semester 2 dengan jumlah subjek sebanyak 9 subjek haha boleh bayang sendiri la kekalutan waktu tu. Nasihat aku untuk Tahun 1 ni; fokus betul betul dapatkan the very best of CGPA kalau boleh; you will know eventually bila dah di penghujung entry aku nanti ni haha. 

Bergambar bersama classmates waktu lepas habis lab session bersama pensyarah hehe awal awal lab session kan mestilah semangat lebih hiks πŸ˜†

Alang alang aku ada sebut pasal jam kredit (credit hours) dekat atas tuu, jadi aku cerita sikit lah yaaa. Untuk Degree Farmasi ni, maximum jam kredit (credit hours) yang dibenarkan untuk ambik adalah 24 jam kredit sahaja. Untuk setiap semester, perlu belajar subjek teras (core subject), subjek elektif (elective subject), dan juga subjek universiti (university subject) macam English dan Agama. Macam mana penetapan jam kredit ni dibuat? Ok, bila dah sah jadi pelajar BPharm nanti, masa semester 1 kita akan dibekalkan dengan course outline dari kita Semester 1 sampailah Semester 8 (boleh cuba tengok contoh course outline ni dekat dalam blog yang aku dah bagitau dekat atas tu); jadi dari situ kita dah boleh plan kita punya subjek untuk semester akan datang (yang ini untuk subjek elektif kebiasaannya). Boleh ke ambik sampai maximum jam kredit? Haha mestilah boleh kalau mampuuu gituuu, tengoklah aku punya jam kredit masa semester 2 tuu sampai 22 jam kredit haha acah kuat lah konon nak bawak sekali kecundang jugak ahaha (true story 🀣). 

Sedikit tambahan lagi, disebabkan aku adalah bekas pelajar Diploma Farmasi yang masuk ke Degree Farmasi, jadi antara subjek cabaran bagi akuuu (dan aku percayaaa untuk kebanyakan rakan rakan bekas Diploma Farmasi macam aku haha) adalah subjek Organic Chemistry I dan II, Pharmacology AND MEDICINAL CHEMISTRY , Biochemistry serta Pharmaceutics haha. Kalau perasan semua berkaitan dengan Chemistry kann ehek πŸ˜†; begitulah lumrah menjadi pelajar dalam School of Pharmacy hihi; kena master sebetulnya untuk subjek Kimia (Chemistry). Don’t worry; slowly but surely; ramai ja kawan kawan aku dapat survive dengan jayanyaaaa dan score terbaik hehe. Menarik sebenarnya kalau betul betul fokus belajar subjek Kimia ni tambah tambah bila dah belajar later on dengan drug molecule structure; masa ni rasa macam woww begituu jee twist molecule dah jadi ubat lainn haaa gituuu. Sebab tuuu kalau boleh dari Tahun 1 lagi belajar lebih sikit untuk chemistry related subject ni supaya nanti dah naik tahun tak akan jadi susah pada kita hihi. 

Gembira bukan masing masing haha nasib baiklah ada gambar kenang-kenangan πŸ˜‰

Tahun 2 Degree Farmasi 🀩

Ok, tahniah sekarang dah naik ke Tahun 2 Degree Farmasi ! πŸ₯³ Haha, masa ni akan rasa macam senior sikit la sebab akan ada junior baruu yang masuk bawah kitaaa hahaha. Untuk semester 3, jumlah jam kredit adalah 24 jam kredit (yaaa, maximum jam kredit yaaa ) uhuk dengan jumlah subjek sebanyak 10 subjekk hihi bayangkan kelam kabut nyaaa masa tuuu tapi jarang risauu ramai jaaa boleh score dengan baik. Yang penting; bila semester kita ada banyakkk sangat subjek kann; pengurusan masa (time management)  adalah sangat penting. Kena pandai susun keutamaan (priority) yang mana perlu disiapkan terlebih dahulu, yang mana boleh letak tepi sat; subjek mana nak tengok duluu untuk test nanti (mind youuu subjek sampai 10 ni kadang nak habiskan dalam 14 minggu kuliah memang akan cramp habis dan selalu test memang akan tarikh dekat dekat); jadi sekali lagi nak tekankan pengurusan masa tuu sangatlah penting ‼️ 

Subjek subjek di Semester 3 ni bagi akuuu semuaa nyaaa beratt hahaha, tapi kalau aku dapat kongsi sini, top 3 subjek agak susah bagi aku adalah Pharmaceutical Immunology, Principles of Pathology and Peripheral Nervous System and Pharmacotherapeutics (Pharmaceutics II susah jugak ya tapi PNS lagi berat bagi akuuu haha). Untuk pengetahuan juga, mula semester 3 ni dah kena start ambik bahasa ketiga (third language) dari Level 1 sampailah Level 3 (masa semester 5). Untungnya jadi pelajar UiTM ni adalah kerana kita didedahkan untuk belajar bahasa ketiga ni; cuma kena minat sikit la dengan bahasa yang kita pilih kalau tidak nanti kita akan rasa berat nak pikul. Yang penting kenaaa enjoyyy masa ambik bahasa ketigaaa nii sebab masa ni la you get to enjoy other than pharmacy things hehehe 😜 Pilihan third language yang adaa?! Untuk BPharm, seingat akuuu ada Bahasa Mandarin (ramai yaaa berebut nak masuk kelas Mandarin, Alhamdulilah rezeki aku dapat masuk haha), Bahasa Jepunn dan juga Bahasa Perancis, serta Bahasa Arab (ni tak pasti rasa macam ada, ingat ingat lupaaa hihi)

Masih sempat ya selfie sesambil discuss dalam lab haha πŸ˜† 

Masuk semester 4, jam kredit dah jadi bawah 20 jam kredit. Subjek kebanyakan bearable lah tapi aku tak score jugak punnn sebab aku ni banyak main haha takdalah aku banyak aktif ke arah lain jadinyaaa belajar macam tak berapa nak balance sangat huuu. Mungkin kalau boleh undur masa, aku nak buat yang lebih baik dalam BPharm ni haha gituu. Selain tuuu banyak isu peribadi dan isu kesihatan yang buatkan fokus aku hilang terus untuk Tahun 2 ni. Lagi pula, masa Tahun 2 ni aku dah mula duduk di luar kampus, ingat boleh survive la hidup di luar (takda kenderaan pun masatu tapi buat keputusan berani mati sebab tak yakin akan dapat kolej); jadi memang banyak terjejas pelajaran aku. Banyak pengajaran lah aku dapat sepanjang hidup di luar di Tahun 2 ni tambah tambah bila hang kena independent sendiri untuk pi kelas, balik kelas, study, urus persatuan lagi haa gituu. Kalau tanya aku; memang Tahun 2 dalam Degree Farmasi ni adalah tahun pengajian yang paling teruk bagi akuu; perit sampai rasa takmau ulang lagi dahhh sebab tak terbayang penatnya ulang alik naik bas, tunggu bas, bangun awal, balik lambat hurmm kenangan sungguh yaaa (tibeee emosii hehe sorry 😣) Jadi, nasihat akuuu bagi adik adik yang bakal masuk nanti jika peluang duduk di kolej, fight lah sehabis baikk tambah tambah kalau takda transport untuk hidup di luar nanti. (Musim COVID-19 ni masih belajar di rumah, cabaran nya jadi lain lah pulak yaaa)

Antara aktiviti aku dulu; menjadi SMF Farmasi 😝

Lepas habis bincang, kita buat apa? Ya, kita selfie hihi ✌️

Ok, aku rasa agak panjang untuk entry kali ni. Jadi aku akan split jadi dua entry Part 1 dan Part 2 untuk memudahkan bacaan begituuu. Tapi sebelum aku akhiri entry kalini, aku nak share tentang penglibatan akuuu masa aku di Tahun 1 dan Tahun 2. Belajar kena belajar, bersosial punn kena jugakk begituu haha tapi jangan ulang kesilapan aku lah yaaa haha πŸ˜† Tak pandai urus masaaa pastuuu keputusan semester punnn kelaut China Selatan ihiks. 

First event akuuu join waktuuu aku Tahun 1 Degree Farmasi ialah National Pharmacy Sports Carnival (NPSC), waktuu tuuu diadakan di USM, Pulau Pinang. NPSC ni national event yang kumpulkan semua pelajar Degree Farmasi dari semua IPTA dan IPTS yang dibawah naungan MyPSA. Banyak acara sukan dipertandingkan masa NPSC ni. Aku main game apa?! Akuu main petanque sajaa haha. Kemudian dapat join National Gathering Pharmacy Students (NoGAPS) di AIMST University. National event juga libatkan perjumpaan besaran antara pelajar farmasi lepastu buat aktivit sekali gituu. Aku masih lagi junior waktuuu nii tapi dapat peluang joinnn dannn sangat lah best bagi akuu aktiviti yang disediakannn haha, tolonglahhh joinn jika berpeluang hihi (Khabarnya penganjuran tahun ni secara virtual)

Gambar kenangan selepas event pΓ©tanque NPSC 2015 ☺️

Gambar kenangan untuk NoGAPS 2015 πŸ˜—

Di peringkat UiTM, aku terlibat dengan Rx Sports Day. Sukan diadakan dalam kampus untuk Fakulti Farmasi; perlawanan antara batch ada 4 batch kesemuanyaa termasuk juga Alumni yang hadir untuk main futsal. Aktiviti dalam fakulti juga termasuk program orientasi PharmilyUiTM (kira macam sesi senior kenal dengan junior gitu), program Pharmafiesta, Pharmville dan lain lain lagi. Kemudian masuk pulak Sukan Antara Fakulti; main bowling dengan seniors (ya aku sorang ja junior hahaha dahsyat kann 🀣)

Batch aku terlibat untuk RX Sports Day 2016 😚

PharmilyDay UiTM

Fuh, baikkk, sampai sini duluuuu, jumpa lagi di entryy Part 2 yaaa. Tahniah sebab dah berjayaa baca sampai setakat ini hehe. Maaf lah kalau rasa macam tak berilmiah entry ni hahaha almaklumlah dah 3 tahun tinggal BPharm jadi mampu share apa yang masih ingat sajalahhh yang lain boleh refer blog orang lainn hihi.

Jumpa lagi di lain entry.

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 27 Ogos 2021

Pengalaman menjadi speaker untuk sesi perkongsian [My 7years journey: From Diploma to RPh]

Hi Assalamualaikum dan selamat petang semuaaaaa

Alhamdulillah ketemu lagi kita dalam entry yang baruuu untuk harini. Haha, walaupun aku tauuu takda orang yang akan baca entry baru aku pun, tapi still akuu rasa nak update dan share dekat sini apa apa perkara yang aku rasa menarik untuk dikongsi begituuu. Mungkin akan berkisar berkenaan isu semasa, isu peribadi, isu viral haha tengok lah pada tahap kerajinan idea akuu untuk menaip masa ituu.

Jadi, harini aku cuma nak berkongsi entry ringkas (harapnya ringkas lah yeee πŸ€ͺ) tentang ✨pencapaian✨ aku untuk bulan ni haha. Disclaimer siap siap; sesungguhnyaaa aku hanyalah insan biasa; bukanlah top student mahupun top achiever; aku hanyalah mid range student yang hanya ber-impian besar haha. Bak kata orang, berangan itu percuma, jadi marilah kita berangan hari hari hihi

Ok, berbalik kepada entry harini; seperti tajuk di atas, aku nak kongsikan cerita minggu lepas iaituu aku telah dijemput buat pertama kalinyaaa untuk menjadi speaker dalam satu talk santai petang anjuran Fakulti Farmasi UiTM Bertam. Informal invitation sebenarnya dari my former lecturer masa zaman Diploma duluu, hehe. Asalnyaa DrN tanya melalui DM Instagram (curlas kan kawan dengan lecturer di media sosial haha, lecturer saya juga pembaca blog saya hiks πŸ˜†) tentang nak buat sharing session dengan adik adik junior yang bakal masuk ke program BPharm untuk sesi akademik akan datang ni. 

Mulanyaaa aku agak keberatan; almaklumlah seperti disclaimer di atas; aku ni orang biasa biasa saja; tak pandai mana tapi boleh lah, aku bersyukur dengan pinjaman yang Allah beri ni untuk aku; boleh membawa aku ke tempat yang aku berada sekarang ni πŸ˜‚ Dari Instagram membawa ke Whatsapp sebab lagi mudah nak berkomunikasi; aku kadang jarang sikit nak tengok DM atau pun bukak Instagram tambah tambah waktu tengah sibuk macam sekarang ni. Ya, aku agak sibuk sekarang ni; nanti ada masalah aku cerita kenapa aku sibuk; kalau aku rajinnn hahaha.

Dari Whatsapp berbincang lah waktu bila aku freee sebab nak tetapkan masaa untuk buat sharing sesison tuuu. Aku jujurnyaaa hanyalah free waktu hujung minggu aku; iaitu hari Jumaat dan Sabtuuu. Itupun kalau takda kerja yang nak kena buat laaa kan haha. Jadinya, tarikh 21/8/2021 bersamaan hari Sabtu yang lepas; berlangsung sharing session tersebut. Sebelum nak sampai ke tarikh tuuu, nervous tak payah cerita laa tapi DrN chill ja bagitauu “Its okay, santai santai jeee” haha maka aku pun cubalah untuk rilekrilek. Soalan pun dan disediakan untuk aku dua hari sebelum hari kejadian. Aku sempat belek belek macam tuuu saja sebab macam aku cakap tadi memang tak free sangat nak buat kerja lain kalau dah bukan hari hujung minggu. Nak ditambah kekalutan pulak; aku tiba tiba kena buat shift PPV di klinik akuu hari Sabtuuu; nasib baik Y/M bertimbang rasa dia bagi aku buat slot hari Jumaat fuh nasib baik kalau tidak memang terpaksa tunda la sharing session ni hihi 😜

First time guna Microsoft Teams dekat laptop; terkial aku ya haha sat microphone problem sat camera pulak haha macam macam ya

Aku cadangnyaaa nak buat slide presentation  tauuu untuk sharing session tuu yalah mudah sikit kann dari nak bercakap sajaa tapi aku tak sempat nak buat; sempat cari gambar jeee masukkan dalam slide haha. Kepada DrN; jika baca entry ni, maafkannnn sayaaaa haha, memang betul tak sempat nak buat dan prepare slide haha acah dalam kepala boleh kot sharing session tanpa ada slide haha πŸ˜‚ Jujurnyaaaa, ni first timeee aku dijemput jadi speaker untuk bercakap dan berkongsi pengalaman jadinya memang macam haywire sikit lah aku tak prepare sangat ahaks; suruh bagi biodata punn sampai sudah aku tak bagi (yeee sibuk nau minggu tu sampai lupa habis semua benda 🀣), end uppppp DrN kenalkan akuuu sebagai seorang blogger !!! 😩😩 Hahaha tercyduk sikit aku waktuu tuu sebabnyaa aku pun baru sangat ja aktif balik dekat blog tahun ni haha. Jadi selamat datang saya ucapkan kepada semua pembaca baru blog sayaa lahh tibehh rasa femes ahaks, moga segala bacaan di sini membawa manfaat buat semuaa. Hihi

It was a good session for me la. Sebab I got to share my experiences; my current works, my future plan too (you guys are lucky to know it first sebab it was part of the questions HAHA). Aku enjoy every bit of the moment walaupun rasa macam aku hanya bercakap dengan DrN jee masa tuu haha. I am glad to help as an Alumni, to share what I know, to give a lil bit exposure on the next reality especially bila nak masuk later on into BPharm haha. Also dia my part telling that you do you; do what you’re best at; don’t bother orang nak fikir you masuk diploma you loser ke apa kee just no, let them be tauuu as long as your parents support youu its more than enough. Your aim is to make your parents proud of youuu in whatever things that you do. 

Bila kena jawab soalan beza BPharm dengan DipPharm terus aku *hembus nafas, tarik nafas* HAHAHA

I do hope all 120++ participants that day dapat gain something from the sharing session. Maaf andai kata ada salah dan silap nampak macam banyak mengarut etc percayalah saya memang tak bersedia langsung waktu tuu haha main cakap jeee benda yang terlintas dalam kepala. Maafkann jugaaa sebab lebih banyak bercakap BM dari English ahaha akan ku ubah lepasni inshaAllah hihi πŸ˜† InshaAllah, jika berkesempatan lepasni aku akan update sikit lah pasal BPharm dan halatuju nya haha doakan sistur rajin yaa dan ada masa lebihan. Ni taip entry pun sesambil saja tunggu nak balik dari shift Methadone minggu ni hihi.

Dengan post yang agak panjang ini; aku akhiri dengan satu motivational quotes ✨’If you can’t do great things, do small things in a great way’✨


Sesi bergambar secara virtual hihi



Jumpa lagi di lain entry, inshaAllah

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 14 Ogos 2018

Salam UiTM terakhir...

Assalamualaikum dan selamat pagi !

Hi, bertemu kembali lagi kita pada harinii untuk entry baruuu. Setelah beberapa minggu aku menyepi diri dek kerana kemalasan yang melanda sangat lah meninggi πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Harini gigih sikit lah nak menaip sebab tiba2 teringat "Eh, minggu ni lah result final exam keluar, wahhh", maka terhasil lah entry pada harini, gituuu.

Bagi pelajar2 UiTM seluruh Malaysia sekalian, inshaAllah keputusan peperiksaan akhir sesi Mac-Julai 2018 akan keluar pada 17/8/2018 iaitu pada hari Jumaat ini. Bolehlah mula tenangkan diri dengan menyibukkan diri sendiri dengan buat macam2 kerja (eh macam kata dekat diri sendiri pulak nahh, Alya 😜) Untuk yang taktahu (budak2 UiTM confirmlah tahu dah kannn), SALAM UiTM ni adalah satu email salam@sims.uitm.edu.my yang akan sampai lebih awal sedikit kepada para pelajar untuk mengetahui keputusan peperiksaaan akhir mereka berbanding di student portal. Kiranya macam blast email dari HEA Induk untuk semua pelajar yang berdaftar alamat emailnya lahh. Jujur aku akui, cara ni a lot more better dari nak cek di student portal sebabnya nak akses portal pukul 9 pagi memang jammed sebab ramai yang masuk, almaklumlah pelajar UiTM kan ada berpuluh ribu hahaha πŸ˜™πŸ˜†πŸ˜™ 

Seingat aku, sepanjang 7 tahun belajar ni, baru sekali aku semak keputusan ikut portal, masa sem 2 BPharm sebabnya aku punya email sampai lewat petang lepas result dah keluar dekat portal, luls sangat rasa masa tu haha dah la tengah berprogram waktu keputusan keluar. Untuk pelajar2 tahun akhir seperti aku, Salam UiTM kalini merupakan yang terakhir kalinya sebelum tamat bergraduasi pada tahun hadapan, inshaAllah dengan izinNya. Semoga sama2 kita dapat bergraduasi CLASS OF 2018, amin πŸŽ“πŸŽ“πŸŽ‰ 


Mesti tertanya kan perasaan aku macam mana nak tunggu salam yang terakhir ni? HAHA, perasaan nya biasa2 sajalahhh, tak nebes macam semester2 sebelum ni punn sebab aku dahhh tahu dahh keputusan awal hehe πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ Kalau perasan, entry aku masa penutup bulan Julai haritu aku dah bagitau yang aku dapat tamat belajar kan? Haaa, waktu tu lah kiranya keputusan tidak rasmi dah keluar dari pejabat fakulti aku untuk kami pelajar2 tahun akhir Fakulti Farmasi. Kiranya kami dapat special treatment sikit lah sebab result keluar awal hiks πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹ Tapiiiiiii, nebes nyaaa tu tetap adalah masa aku telefon pejabat fakulti nak tahu status lulus dan tamat ke tak ahaha almaklumlah sem lepas banyak sangat main dan cuti πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ Alhamdulillah, segalanya dah terjawab bila Puan Muzy bagitauuu STATUS: TAMAT πŸ™ŒπŸ™ŒπŸ™Œ

Tiba2 rasa macam sayuuu la pulak bila fikirkan yang ni dah salam UiTM terakhir yang mana menandakan secara rasminyaaa aku dah tamat belajar dari UiTM selepas 7 tahun lamanya. Waahhhh, masih lagi tak percaya ya aku mampu harungi 7 tahun belajar untuk dapatkan ijazah ahhaha πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Alhamdulillah, survived Pharmacy School UiTM πŸ’“πŸ’“πŸ’“ Tips survive pharmacy school? PM tepi lah sembang sini tak best sangat hiks πŸ’¨πŸ’¨πŸ’¨ Jujur kata kan, aku pun tak rasa aku mampu nak hadap sampai habis belajar ni kalau bukan sokongan dan dorongan dari keluarga dan kawan2 dan juga tembakan doa2 dari mereka buat aku untuk nak tengok aku berjaya. I'm barely survived tauu for every semester cuma tak coretkan ja dekat sini masa nak survive tengah2 tahun tu haha mungkin lepas2 ni kalau rasa nak buat satu appreciation post yang panjang dekat blog boleh lah baca sedih medih kisah aku sepanjang belajar (yang berkaitan sajalah haha), inshaAllah moga timbul kerajinan dalam diri aku πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Selama 7 tahun belajar sama dengan 14 semester, aku rasa Salam UiTM did a really great job πŸ‘πŸ‘πŸ‘ Aku memang bergantung harap untuk dapat email saja untuk nak tahu keputusan final exam aku walaupun adalah beberapa semester tu yang emailnya sampai lambat macam sem 2 BPharm yang aku cerita dekat atas tu. Semester 5 BPharm aku tak sabar sangat nak check result sebab nak tahu awal lulus ke tak subjek Pharmacognosy (budak farmasi pasti tahuuu kepayahan subjek ini bagaimana haha πŸ‘…), aku cek result guna link yang disebarkan dari unknown source (sefaham aku diorang macam boleh akses secara haram keputusan tu, boleh bocor awal lagi lah kiranya dari email dan yang penting, lajuu k dah boleh tau result opps). Masih segar dalam ingatan aku waktu tu aku dengan kawan aku tengah praktikal dekat Siang Pharmacy, waktu tengah tunggu nak balik kerja rasanya yang aku dapat link tu terus gigih check waktu tu jugakkkkk punyalah nebes katakan haha, alhamdulillah lepas semuanya, senyum sampai telinga gais masa nak balik dah tu haha (sem 5 was my turning point to be 'excellent' till the last semester acece acah sangat tau πŸ˜•πŸ˜) 

Masa semester 7 pulak, UiTM dah release satu aplikasi baru iaitu UiTM Digital Apps yang mana dekat sini punn result boleh semak lebih awal, tak perlu tunggu dah salam UiTM ni sambil berdebar dan tak boleh tidur malam haha aku letteww. Disamping ituu (fuhh dah macam karangan BM ni), mana2 yang sempat download atau ada aplikas Lumos UiTM pun boleh juga semak dekat situ, cepat juga result keluar sampai nak tercabut jantung bila terskrol result masa sem bila tah aku pernah buat sekali haha kenangan sungguh la bila ingat balik πŸ™ŠπŸ™ŠπŸ™Š

Seronok pulak menaip dalam entry kalini sampai rasanya panjang bebenor dahh hahh aku menaip kalini HAHAHA maaf gais lama tak berkongsi ceritakan lain maciam pulak rasa nak menaip pepanjang ni πŸ’πŸ’πŸ’ Oklah, sebelum aku melalut lagi banyak dan keluar topik harini, lebih baik aku berhenti sampai sini dulu. Kepada semua pelajar UiTM di seluruh Malaysia, semoga berjaya untuk keputusan peperiksaan akhir pada semester yang lalu πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ Semoga keputusan yang dapat  nanti, memberangsangkan dan mengembirakan hati korang. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya sampai target korang dan kalau belum capai target, boleh cuba lagi untuk semester depan, yang penting jangan berhenti mencuba untuk dapat yang terbaik okayyy ! πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹ Sedikit pesanan ikhlas dari hakak, apa yang terbaik untuk kita tak semestinya baik untuk kita dan yang terbaik untuk dia tak semestinya baik untuk kita. Ingat tuuu. Awak dah usaha yang terbaik, ada rezeki inshaAllah setimpal lah hasilnya nanti πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰



Sampai sini dulu untuk kalini. Jumpa lagi di lain entry. Babai !

Salam sayang, 
Alyaa πŸ’“

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 30 Julai 2018

Tamat Belajar...

Assalamualaikum dan selamat malam semua

Yahooooo i'm backkk !!! Hahaha alhamdulillah kembali menaip di blog tercinta ni setelah sekian lamaaaaaa ditinggalkannnn hiks 😝😝😝 Rindunyaaaa rasa nak menaip panjang panjang di blog ni, berkongsi kisah suka duka diriku acece gitteww. Dulu rancangnya nak menaip aktiviti sepanjang aku belajar di semester akhir degree kannn, tapi itulah hanya mampu merancang, ada benda yang terjadi makanya haruslah diletakkan tepi blog ini buat seketika. InshaAllah, dengan izinNya lepasni rajiinlah update blog sebab aku dah mula bercuti panjanggg hehe πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹ Doakan aku rajin menaip lagi banyak entry dekat sini ya ! Amin

So, entry kalini aku sajalah nak update bahawasanyaaaaaa aku dah tamat belajar secara tidak rasminyaaaa dengan Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) yey πŸŽ“πŸŽ“πŸ˜ Alhamdulillah, keputusan peperiksaan utk semester terakhir aku baru ni dah pun keluar. Keputusan ni keputusan tak rasmi yang dikeluarkan oleh fakulti aku khusus untuk pelajar tahun akhir sahaja. Keputusan rasmi seluruh UiTM inshaAllah akan dikeluarkan pada 17 Ogos 2018 ni. Keputusan semester ni jatuh sedikit dari semester lepas, tapi apa2 pun aku bersyukur semuanya LULUS dan status TAMAT belajar akhirnya keluar πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰ Aku akui semester ni aku banyak lagha dan tak fokus dan selalu balik Penang haha biasalah keluarga lagi penting dari segalanya gituu. 

Last paper struggle is real πŸ˜‚
Apa perancangan lepas belajar? InshaAllah jika ada rezeki, aku nak kerja part time dulu sebagai pembantu farmasi, itupun kalau ada kekosongan lah haha kalau tak tengoklah kerja apa lagi yang sesuai sementara tunggu panggilan kerja. Sekarang pun tengah giat mencari kerja cuma belum rezeki aja lah haha jeles sikit la kekadang tengok rakan2 yang lain murah betul rezeki dapat kerja πŸ˜…πŸ˜… Tapi iyalah, rezeki lain2 kan, lambat sikit mana tahuuu haha doakan moga dapatlah ya kerja part time taklah lama sangat menganggur nya poket tipis teruk dah niii πŸ’€πŸ’€ Dan doakan lah juga agar dapat placement PRP cepat sikit bolehlah kumpul duit nak bawak mak abah pi konvokesyen tahun depan haha berangan habis yaaa. Takpa, berangan tuuu percuma takyah bayaq hiks 😁😁😁 

Study group yang terakhir πŸ’¦
Tempat yang selalu dikunjungi, PTAR Palam πŸ’“

Jadinya sebelum dapat kerja kat mana2 ni, aku cubalah isi masa yang ada sebaiknya termasuklah update blog tercinta ni dengan kisah2 throwback supaya nanti bila stress PRP dapat lah belek balik blog ni baca kisah betapa seronoknya zaman belajar kemudian menyesal sebab dah habis belajar eh tiberr hahaha. Okaylah sebelum lagi banyak aku melalut tak tentu hala dalam entry ni, baiklah aku mengundur diri duluu, inshaAllah next entry menyusul esoknya 😚😚😚

Kesayangan saya πŸ’‹
Jumpa lagi di lain entry bye !

Salam sayang,
Alyaa πŸ’“

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 28 Februari 2018

Latihan Sangkutan Komuniti dan Industri UiTM Farmasi Bhg 2 (Community and Industry Attachment UiTM Pharmacy) Part 2

Assalamualaikum dan selamat pagi semuaaaa ~

Bertemu lagi kita dalam entry yang baruu yey alhamdulillah masih lagi gigih menaip di sini untuk tatapan di masa hadapan πŸ˜€Jadi, dalam entry kalini aku akan buat sambungan sikit lagi dari entry yang lepas iaitu mengenai Latihan Sangkutan Komuniti dan Industri akuu yang dah selamat dijalankan pada tahun lepas (2017).

Okay, untuk Latihan Sangkutan Industri juga kami diberi pilihan untuk pilih mana2 saja company yang bersesuaian dengan kursus kami, atau dalam erti kata lain; kami perlu ber latihan sangkutan di syarikat/kilang farmaseutikal (pharmaceutical company) sebolehnyaa lah. Sebab tujuan latihan sangkutan industri ni adalah nak dedahkan kami, para pelajar farmasi terhadap dunia pembuatan uba-ubatan di kilang-kilang di Malaysia ni. Supaya kami boleh tahu dengan lebih jelas dan lihat sendiri segala proses dan gerak kerja di kilang sebabnya secara teorinya kami dah belajar dalam subjek Pharmaceutical Industry sewaktu di semester 6 (latihan sangkutan diadakan pada waktu cuti semester 6). 

Namun begitu, kelonggaran diberikan kepada kami sekiranya tak dapat buat latihan sangkutan di sektor farmaseutikal, ialah kan dalam Malaysia ni berapa saja farmaseutikal yang ada, lepastu tak cukup nak menampung jumlah kami yang ramai ni. Belum termasuk ada syarikat yang taknak terima pelajar untuk berlatihan sangkutan di syarikat mereka atas sebab2 tertentu. Jadinya, kami boleh cari mana2 kilang yang ada yang terlibat dengan Good Manufacturing Practice (GMP) macam kilang buat produk herba, tradisional kampung, kosmetik dan lain-lain lagi. 

Okayyy, dipendekkan cerita, aku sendiri telah memilih Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang sebagai tempat untuk aku ber latihan sangkutan selama 6 minggu. Itupun setelah beberapa usaha dilakukan untuk dapat dekat tempat lain, tapi tiada rezeki maka menapak lah aku ke sini. Jujurnya, aku rasa aku buat keputusan yang sangat tepat haha. Pengalaman yang aku dapat dekat sini sangatlah berharga dan tak ternilai. Pengalaman dan ilmu yang dapat dekat sini sebenarnya lebih kepada clinical dan bukan industri (pembuatan) sebab fokus utama penubuhan IPPT ni pun sebenarnya sebagai Clinical Research Centre (CTC). Tempat ni ibarat macam mini hospital, haaa gituu cuma ward ada satu ja dengan jumlah katil lebih kurang 20 buah katil. 

(Ehsan: Google)
Selama 6 minggu berlatihan sangkutan di sini, aku belajar banyak benda, dan juga terokai benda baru dalam bidang Farmasi ni, iaitu Farmasi Nuklear (Nuclear Pharmacy). Tak silap aku, IPPT ni adalah institusi kedua yang menawarkan rawatan farmasi nuklear ni selepas Institut Kanser Negara (IKN). Salah satu cabang farmasi yang menarik minat aku walaupun laluan nak menjadi seorang nuclear pharmacist tu bukanlah semudah yang disangka HAHA. InshaAllah ada rezeki di masa depan, bolehlah ceburkan diri dalam bidang ni inshaAllah dengan izinNya hehe. Okay, mesti tertanya aku buat apa dekat sini kan? 😎 Lepas lapor diri di Pusat Penyelidikan Haiwan (Animal Research Centre), aku dan tiga lagi kawan aku terus bergerak ke Pusat Penyelidikan Klinikal (Clinical Research Centre) di bangunan hadapan IPPT, macam yang boleh nampak dalam gambar tu, itu bangunan CRC, bangunan ARC di belakangnya jauh sikit dari CRC. 

Sewaktu berada di unit Farmasi Nuklear berkesempatan berjumpa bersama pesakit bersama pegawai, En Ikhwan
En Iskandar adalah pegawai farmasi yang bertanggungjawab menjaga kami sepanjang kami ber latihan sangkutan dekat sini. Baik orang nya HAHA. Disebabkan tadi dekat atas aku dah bagitau yang IPPT ni lebih kurang mini hospital kan, jadi unit yang ada pun lebih kurang macam persekitaran hospital, ada Unit Stor, Unit Farmasi Bekalan Wad, Unit Farmasi Bekalan Luar (Farmasi Satelit), Unit Farmasi Nuklear dan juga Unit Farmasi Onkologi. Kami diberikan jadual dan melalui setiap unit farmasi yang ada selama 5 hari kecuali Unit Farmasi Nuklear yang mana bila ada kes baru kami dipanggil pergi. Apa yang best dekat sini? Jujurnyaaa, staff dekat sini semua bebaik, staff nurse yang aku jumpa pun baikk, tegur ramah ja dekat surau hehe, cumanya biasalah bila jadi pelajar berlatihan sangkutan dekat sini, tugas yang dapat dilakukan pun taklah banyak sangat di unit2 yang kecil macam unit farmasi bekalan wad, almaklumlah tadi kan dah kata, ada pun satu wad yang bilangan katil pun hanya 20 hehe πŸ˜‹ Tetapi di unit macam unit Stor seronok sebab selalu ada makan2 hiks dan juga bila ada indent tu boleh banyak belajar pasal item bukan ubat contohnya drip line, jarum yang ada banyak gauge tu, dan banyak lagi lah nak senarai memang banyak hihi. Di unit Farmasi Satelit pun best sebab dapat bergaul dengan ubat2, acece macam mengimbau zaman2 praktikal diploma dan waktu di OPD Hospital Putrajaya (kalau rajin nanti aku update pasal Hospital Putrajaya k) πŸ˜† 

Hari terakhir kami di IPPT bersama staff Unit Stor, Abg Izzat dan Kak Yati 😘
Dann unit yang paling berdebar nak masuk tapi menyeronokkan adalah di unit Farmasi Onkologi. Hahaha, berdebarnya sebab dengar kawan-kawan yang sebelumnya cerita pasal kena masuk bilik bersih (clean room) untuk buat preparation untuk ubat kemoterapi. Kena buat sendiri hokayyy dengan pemantaun staff dalam bilik tuuu. Alhamdulillah, satu pengalaman baru jugak bagi aku. Dulu masa praktikal diploma, aku dah pernah bantu buat sebenarnya, cuma dah lama tak berapa ingat sangat dan sebelum ni ada orang akan hulur tangan untuk bantu, tapi masa kalini memang sensorang ja buat dengan tangan sendiri saja yang boleh lolos sarung tangan isolator tu HAHA. Memula tu rasa nak menangis jugak la sebab skill memang serius ke laut terus, tapi lama2 rasa seronok bila buat dan kalau boleh nak buat lagi hari2. Over nauuu 😜 Semoga di masa depan adalah rezeki jadi oncologist pharmacist acece gituu HAHAHA inshaAllah sama2 kita doakan amin πŸ™

Masa dekat bilik persalinan (changing room)

Ada lah juga gambar sekeping sebagai kenangan hehe πŸ˜‡
So, apa lagi nak cerita ya? Rasanya macam dah banyakk dan panjang jaa entry kalini HAHA. Bukan selalu rajin buat entry panjang2 gini, tak gitu 😝 Apa2pun, alhamdulillah aku bersyukur sangat sebab module/silibus Farmasi UiTM ni buat latihan sangkutan ni untuk kami sebagai pelajar. Memang lah bila dapat tahu akan ada latihan sangkutan waktu cuti semester rasa macam berat sangat, maklumlah pelajar lain bercuti kami kena pula berlatihan sangkutan AHAHA. Tapi bila dengar cerita dari rakan2 baru dari USM, UKM masa dekat IPPT ni, rasa bersyukur sangat sekurang2nya kami dapat lalui latihan sangkutan aka praktikal ni di dua tempat yang berbeza selain dari hospital. Tapi, yalah belajar degree farmasi ni di mana2 pun okay, semua silibus ada pro and cons yang tersendiri, sebagai pelajar ambik mana yang baik sajalah, yang tak baik letaklah tepii πŸ˜„

Farmasi UiTM X Farmasi UKM bersama pegawai farmasi, Puan Nora dan kakak2 PPF yang sporting habis; Kak Aishah, Kak Nad dan Kak Syima
Sewaktu pensyarah melawat ke IPPT. Bersama En Ikhwan dan Dr Mizaton 😚
Baiklahhh, rasanya sampai sini duluuu penutup untuk entry kalini dan juga untuk bulan Februari ni.  InshaAllah, kalau rajin lagi lepasni, aku update lagi. Walaupun tiada orang yang nak baca, kurang2 nanti masa kerja kalau aku bosan2, bolehlah baca blog ni balik hehe πŸ˜‹ Sekian saja dari akuu untuk perkongsian cerita kalini, jumpa lagi di lain entry, bye ! 😘

Alyaa Ibrahim

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 24 Februari 2018

Latihan Sangkutan Komuniti dan Industri UiTM Farmasi (Community and Industry Attachment UiTM Pharmacy)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua !

Wehuuu ~ Alyaa kembalii lagi setelah 10 hari menghilang tak update blog. Haha, macam mana lah nak capai azam 2018 untuk menjadi seorang penulis blog yang tegar πŸ˜‹ Ok, secara ringkas nya, ada beberapa perkara yang berlaku dalam tempoh 10 hari ni sampai buatkan aku hilang mood, minat, semangat dan kekuatan. Bunyi macam poyo sikit lah, tapi ini memang serius sobs, nampak benda yang berlaku macam kecil di mata orang lain tapi di mata aku sangatlah besar kesannya. InshaAllah ada kekuatan nanti aku taiplah dekat sini nak berkongsi walaupun aku confirm bakal kena gelak dengan kawan2 aku yang baca blog ni HAHA πŸ˜‚

Alright, basically tujuan entry kalini bukanlah nak cerita apa yang berlaku dalam tempoh 10 hari lepas. Cumanya, aku nak update sikit mengenai Latihan Sangkutan Komuniti dan Industri (Community and Industrial Attachment) yang dah selesai aku laluinya tahun lepas (2017). Dah lama sebenarnya terlintas nak update pasal benda ni tapi itulah asyik bertangguh saja kan πŸ˜… Ini pun gigih jugak nak menaip sebab FB buat throwback last day community attachment tahun lepas dan alang2 junior aku pun, batch Rx14 dah selamat selesaikan attachment mereka kalini, jadi aku pun sesaja nak menaip dekat sini.

Sebelum aku mulakan, maafkan aku andai kata ada bahasa rojak dalam entry kalini. Aku cuba sehabis baik untuk tak campur adukan bahasa, aku cuba okay haha kalau tak mampu capai tahap yang diharapkan, maafkan dakuu 😨 

Baiklah, aku mulakan dulu dengan Latihan Sangkutan Komuniti. Latihan Sangkutan Komuniti ni tujuannya nak dedahkan para pelajar kursus farmasi terhadap cara kerja sebenar di farmasi komuniti (retail pharmacy) atau dalam bahasa mudahnya di kedai-kedai farmasi yang kita selalu nampak dekat signboard kedai XXX Pharmacy, haaa gitulah. Tempoh diberi selama sebulan (4 minggu) dan tempat pilihan untuk latihan sangkutan komuniti ni boleh pilih dimana yang pelajar nak, samada dekat atau jauh dari rumah. Untuk aku, semestinya aku pilih yang dekat di rumah, atas beberapa faktor lah terutamanya nak selalu ada dengan family aku incase ada apa2 yang berlaku kan, acece padahal malas nak sesusah duduk jejauh 😝 Aku pilih untuk ber latihan sangkutan di Siang Pharmacy cawangan Kepala Batas. Dekat sangat dengan rumah aku tapi takdalah dekat sampai jalan kaki tu taklah, masih kena memandu ke sanaa HAHA πŸ™ˆ 

Alhamdulillah, banyak pengalaman dapat masa dekat sini, dari buat housekeeping sampai bagi ubat dekat pesakit. Cabaran yang paling ketara bila berada di farmasi komuniti ni adalah kemahiran berkomunikasi (communication skill) terutamanya dalam menterjemah medical term/jargon kepada layman terms (bahasa yang mudah difahami) kepada pelanggan/pesakit. Jujurnya, aku tabik kepada farmasis (pharmacist) yang menceburi bidang komuniti farmasi ni. Sangat mencabar bagi aku dan tak semua orang mampu buat. Sebulan aku di sana, macam2 ragam yang aku jumpa dan tengok, kekadang terhibur sendiri bila teringat balik HAHAHA πŸ™†

Antara salah satu lagi cabaran sebagai ahli farmasi di farmasi komuniti.
Tengok gambar atas ni pun aku rasa nak tergelak haha sebab teringat kalau di farmasi komuniti selalu sangat lah ada pesakit/pelanggan yang akan cari ubat tapi bagi hint macam " Ala, ubat bulat2 tu warna putih, pakcik lupa nama ubat, tapi pakcik ingat kotak dia, rupa ubat dia" Nahhhh, itulah antara lagi cabarannya sebagai farmasis di farmasi komuniti yang aku belajar masa sebulan tuu. Kalau pakcik gini bertuah, dapatlah dikenalpasti oleh farmasis yang berada di situ, kalau tak dukacitanya kebanyakannya tak berani nak jual sebab takut risiko tersalah bagi ubat. Besar kesannya tau kalau farmasis di farmasi komuniti ni tersalah jual ubat dekat pesakit/pelanggan, jadi jalan selamat untuk tak jual dan minta pesakit/pelanggan untuk datang semula dengan nama ubat yang betul ataupun bawak bekas ubat/strip ubat yang dah habis tu. 

Jadi harapnya kalau ada sesiapa yang terlintas membaca entry aku ni, silalah ya, bawa bersama dengan anda nama ubat yang anda makan dan juga kekuatan ubat tu sebab ada ubat yang ada dua kekuatan; macam contoh Atenolol 50mg dan Atenolol 100mg. Lagi baik, bawak terus bekas/strip ubat (macam dalam gambar) yang ada details mengenai nama ubat dan sebagainya tu, alternatifnya kalau taknak, boleh snap gambar simpan dalam galeri gambar atau email, lagi memudahkan. Sekarang kan zaman teknologi, kenalah gunakan sebaiknya hehehe 😊 Cara ni lagi berguna daripada hafal bentuk/warna ubat sebab kadangkala bentuk/warna ubat ni boleh berubah tetapi bahan aktif (active ingredients) yang sama. Jangan lupa tauuu pesanan ni tiap kali nak pergi beli ubat dekat farmasi komuniti tu hehe demi kebaikan semua orang yang terlibat, gituuu πŸ™

Di hari terakhir komuniti farmasi 😍
Gambar atas ni, adalah di hari terakhir kami berdua di Siang Pharmacy Kepala Batas 😎 Oh lupa nak bagitau atas tadi, aku ber latihan sangkutan berdua bersama dengan kawan aku, Farhan. Nasib baik lah dia ada, taklah rasa bosan sangat sebab boleh sembang2. HAHAHA, nak main handphone macam tak berapa sesuai sebab ada CCTV yang memerhati gitu. Lagipun rasa tak best lah kan, pergi ber latihan sangkutan ni bawak nama UiTM, mesti kena jaga bebaik tak boleh nak redah saja nanti kesan nya pada junior2 akan datang kalau senior2 sekalian buat perangai. Lebih kurang gitu lah pesanan yang kami dapat dari Puan Ezlina sebelum memulakan latihan sangkutan ni hehe. Oh lagi satu, Mr Ng (tengah) sekarang dah tak kerja di cawangan Kepala Batas ni, dengar cerita haritu masa pergi singgah farmasi, katanya dah pindah ke HQ di Jawi. Sekarang ada farmasis baru di sini.

Salah satu benda baru yang kami pelajari dari Siang Pharmacy ni adalah mengenai supplement (makanan tambahan). Serius, dekat sini banyakkk sangat supplement yang dijual dan semestinya lah boleh dipercayai hehe sebab dalam kategori 'drugstore' kann. InshaAllah, supplement/ vitamin yang dibeli di mana2 farmasi komuniti adalah dijamin selamat. Untuk warga Kepala Batas, Pulau Pinang, aku bolehlah nak rekemenkan Siang Pharmacy ni kalau ada rasa nak beli apa2 supplement/vitamin, cuma itulah kena sediakan duit lahh kan haha. Almaklumlah bila pilihan dah banyak ni, kenalah pilih yang kena dengan poket kita kannn, tak gituu?! 😹

Hari terakhir bersama staff Siang Pharmacy 😘 Terimakasih banyak bantu dan ajar kami 😊
Soooooo, patutkah aku sambung dalam entry ni jugak mengenai latihan sangkutan industri? Sebabbb tetiba aku rasa dalam entry ni dahhh panjang sangat aku membebel dan menaip pasal latihan sangkutan komuniti ni. Ingat nak menaip pendek2 saja, tapi rasa macam dah terpanjang pula, itulah bak kata orang, 'kita hanya mampu merancang' HAHA. Jadinyaaa, setelah difikirkan selama beberapa minit, untuk latihan sangkutan industri punya bahagian, aku akan sambung di entry yang seterusnya pulak, kang jadi panjang berjela sangat hah kalau nak sumbat juga dalam entry kalini hehe 😜 InshaAllah, bahagian kedua perkongsian kalini akan bersambung dalam masa terdekat, jangan risau mood rajin nak menaip tu masa ada. Akan aku gunakan sebaiknya mood ni untuk menaip apa benda yang terlintas di fikiran untuk aku luahkan acece gitu sekali.

Baiklah, sampai sini duluuu untuk perkongsian kalini, terimakasih sudi baca bebelan panjang akuuu dalam entry ni, jumpa lagi di Latihan Sangkutan Komuniti dan Industri Bahagian 2 di entry yang seterusnyaaaaa ! 😘😘😘 

Alyaa Ibrahim 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 14 Februari 2018

Peperiksaan Kelayakan Mengamal Farmasi..

Assalamualaikum dan selamat pagi !

Hai, bertemu lagi kita sekali lagi. Hehe. Tiba2 terasa macam ada benda nak berkongsi dekat sini harini. Seperti tajuk di atas, aku nak berkongsi cerita pasal Peperiksaan Kelayakan untuk Mengamal Farmasi yang aku dah duduki pada 8 November 2017 yang lalu. Haha, untuk mereka yang bergelar pelajar jurusan farmasi macam aku mesti faham pasal peperiksaan ni kan betapa peritnya persediaan demi satu exam yang berdurasi 3.5 jam :')

Ok, sebenarnya peperiksaan kelayakan ni PENTING untuk aku dan mereka yang bergelar pelajar farmasi ni sebab Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) dan tetapkan syarat untuk lulus peperiksaan kelayakan ni sebagai salah satu syarat untuk mendaftar Provisionally Registered Pharmacist (PRP) / Fully Registered Pharmacist (FRP). Ringkasnya, kalau tak lulus peperiksaan ni, tak boleh nak mohon untuk PRP langsung. Tak boleh mohon PRP, tak boleh la nak train jadi pharmacist, tak boleh la nak ada license dan tak laku lah degree kami, haaa lebih kurang gitulah analoginya. Haha

5 buku yang penting untuk peperiksaan kelayakan mengamal farmasi aka forensik exam :)

Jadinya, sebab aku dah masuk tahun akhir kan, kenalah ambik peperiksaan ni, lagi awal ambik lagi bagus sebab kalau gagal boleh terus repeat terus. Kalau diikutkan, mula dari tahun tiga lagi dah boleh mula ambil, tapi di UiTM tahun tiga adalah tahun yang agak sengsara sebab kami buat final year project (FYP) kami pada waktu tu. Jadi, waktu yang sebaiknya adalah sewaktu di semester 7 ni lah. Dan kebetulan juga, di semester 7 ni kami ada belajar subject Ethics and Legislative Pharmacy yang mana format dia memang sebiji sama dengan yang dijalankan oleh LFM. Jadi untuk subjek ni, memang kami ada kelas tutorial khas yang ajar kami terus cara untuk tackle soalan dan teknik study yang betul untuk ambil peperiksaan ni. 

Jujurnya, bagi aku kelas yang dibuat ni sangatlah berguna dan membantu untuk buat kami lulus dalam percubaan pertama :) Terimakasih Fakulti Farmasi UiTM sebab jemput En Azman dan Mr Robin untuk ajar kami bagi subjek ni dan juga Prof ABAM serta Dr Faiz. Percayalah, dalam setiap kelas ni ada benda2 baru yang kita akan belajar. Cuma mula2 tu rasa macam kekok sikit la sebab tak biasa dengan semua buku rujukan yang ada kan HAHA. Ingat lagi masa kelas pertama dengan En Azman, semua terkapai kapai taktahu nak cara kat mana jawapan dalam buku Poison Act dengan DDA tu termasuklah akuu :P

Macam mana FORMAT forensik exam ni? Okey, bermula November 2016 (kalau tak silap aku la), LFM dah tukar format baru untuk forensik exam. Dengar kata nanti akan ada format lain lagi taktahu lah LFM nak ubah macam mana pulak. InshaAllah, apa2 nanti aku akan update balik dekat entry ni ya :) So far, format dia lebih kurang macam dalam gambar dekat bawah ni: 

Format baru (Boleh dirujuk di laman web Lembaga Farmasi Malaysia)

Format baru dari LFM bermula November 2016 (Sumber: Google)

Alhamdulillah, result forensik exam ni keluar sebulan lepas tu iaitu pada 8 Disember 2017. Pagi tu memang tak tenang lah hati ni nak tahu lulus ke gagal haha satu batch menunggu pukul 9 pagi sebab nak semak result dekat laman web LFM. Sekali, tahu apa jadi? Rupanya LFM dah tak keluarkan lagi result forensik dekat laman web diorang. LFM akan hantar result ke fakulti dan semakan boleh di buat di pejabat. Nak dijadikan cerita pula, 8hb tu adalah hari Jumaat dan fakulti ada buat program petang Jumaat tu. So, nak taknak kena turun petang tu semata nak tengok result forensik ni haha, pandai tau En Iqbal kenakan kami semua sebab malas nak angkat call dekat pejabat HAHAHA, sabar jelah tauuu.

Setelah satu fasa hati yang bergolak gempita nak tunggu pukul 2.30 petang tu, akhirnya dapat lah result. Alhamdulillah, aku LULUS :') Perasaan masa tu rasa macam nak menangis, sebak semua ada haha tapi tahanlah sebab nak masuk dewan dengan ceramah kan :P Rasa segala pengorbanan tak cukup tidur, pergi kelas En Azman selama 4 jam untuk dua hari (hujung minggu), habiskan masa bersama semua buku2 dan soalan2 tahun2 lepas termasuk mengorbankan masa untuk tak study untuk test 1 sekitar waktu tu, berbaloi sangat2 hehe :) Syukur, rezeki dari Allah. Peratusan lulus untuk calon dari UiTM pun agak tinggi (bagi aku la haha) dalam sekitar 76%. Seronok berganda sebab rakan2 yang lain pun sama2 jugak lulus dengan sekali percubaan ni. Memang ituuu aim kami semua bila Dr Faiz bercerita waktu kelas pertama duluu hahaha. 

Ni sebenarnya waktu nak prepare for Ethics paper yang formatnya lebih kurang forensik exam macam aku cerita kat atas tu. 
Namun begitu, ada juga la beberapa kawan aku yang aku kenal yang tak lepas kali pertama ni. Bagi aku, its okay je kalau tak lepas sebab masih boleh mengulang selagi belum habis belajar. Lagipun, exam ni diadakan 3 kali dalam setahun. Pada pendapat aku, exam forensik ni yang penting adalah teknik yang menjawab dengan betul. Bila kena dengan caranya, inshaAllah boleh lulus dengan izinNYA. Yang penting juga, jangan putus asa, percaya pada rezeki Allah dah tetapkan dan jangan berhenti berusaha, dan percaya pada janji Allah. Aku doakan kawan2 aku yang bakal mengulang pada 7 Mac 2018 nanti semuanya akan lulus dengan jayanya macam kami semua yang lain, inshaAllah amin :) 

Tarikh2 untuk peperiksaan kelayakan farmasi untuk tahun 2018. Boleh rujuk sini untuk maklumat lanjut :)

Okeylah rasa sampai sini dulu aku update, ni pun dah rasa panjang sangat dah, bukan ada orang nak baca pun nanti kan, diri sendiri saja yang baca HAHAHA. Sebelum aku tutup entry ni, terima kasih aku pada Allah SWT atas rezeki yang diberikan, kepada pihak fakulti terutama tenaga pengajar yang terlibat membantu kami, kawan2 juga atas perkongsian ilmu dan juga kepada kedua2 mak dan abah aku yang selalu percayakan aku untuk teruskan dengan course ni :) 

Sampai sini dulu untuk kalini, doakan aku terus berjaya di masa depan demi menjadi seorang pharmacist yang bertauliah okayy?! Hehe AMIN. Jumpa lagi di lain entry, BYE ! 

Alyaa Ibrahim


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 5 Januari 2018

Selamat Tahun Baru 2018 !

Assalamualaikum dan selamat pagi !

Haaaa, takda angin takda ribut tetiba rasa nak update blog harini hahaha :P Alhamdulillah, masih lagi diizinkan Allah untuk menghirup udara segar harini :) Pejam celik pejam celik dah tahun baru 2018 rupanya kita sekarang. Rasa macam tak percayaaa sangat sebab i've been waiting for this year so much sebab tahun ni akan habis belajar inshaAllah dengan izinNya. Amin.. Doakan semuanya dipermudahkan okay?! Hehe.

So, harini tiba2 terdetik nak update entry tahun baru sebab dia macam konon2 nak berazam tahun ni nak jadi rajin update blog sharing my last journey as degree student AHAHA because for sure im gonna miss this moment later bila dah mula kerja. Tapi itulah, we're going to see sejauh mana azam ni akan bertahan hiks. Going through my 2017 journey sebagai part time blogger ni sangatlah senduu okayy, setahun 2017 ada berapa post entry je dari aku :') Al maklumlah tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang terpaksa dahulukan perkara2 yang penting dulu daripada menjenguk ke sini. 

InshaAllah untuk tahun ni, aku cuba untuk update sebanyak yang boleh selagi aku ada masa. Rindu weh nak aktif macam dulu. Sebab dekat sini boleh cerita macam2 tanpa peduli pun orang nak judge kita atau tidak. Hahaha. Moga azam tahun ni dapat dilaksanakan dengan penuh jayanya. Azam tetiap tahun macam biasalah banyak je tapi yang paling penting untuk tahun ni ialah untuk habis belajar dan kerja so that boleh bagi duit dengan mak abah hehe sama2 kita doakan okay :) 

Goodbye and thank you 2017 for all the good and bad memories to me. You've been good despite all the struggles and challenges in every month. Thank you Allah fr the blessing given to me to face all of them. InshaAllah will do short review on my 2017 later !

Jumpa lagi di next entry bye ! :)

Selamat Tahun Baru 2018 ! 



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 5 Oktober 2017

Pharmafiesta 2017

Assalamualaikum, selamat malam

Haiii, bertemu lagi kita di ruangan blog malam ini. Haha, macam mimpi kan aku kembali menulis lagi :P Moga tahap kerajinan nak update ni akan selalu datang untuk aku terus menaip walaupun takda orang nak baca sangat pun hahaha. Its okay, untuk tatapan aku di hari tua nanti, gituuu 

So, seperti tajuk di atas, malam ni aku nak berkongsi cerita mengenai program yang aku join semalam di fakulti tercinta aku di UiTM Puncak Alam ni. Secara ringkas, program Pharmafiesta merupakan program tahunan fakulti aku di bawah kelolaan SOPHYS (Society of Pharmacy Students). Istimewanya program kalini adalah sebab ianya merupakan program terakhir untuk kami, para pelajar tahun akhir BPharm UiTM yang akan menamatkan pengajian setahun lagi :') So memorable la this event sebab join dari first year, dari orang belakang takbir sampai jadi supporters, tak pernah miss. Jadi, untuk yang kali terakhirnya ni pun, semestinya lah join jugak haha lepasni dah takda dah nak join Pharmafiesta ni :( 


Pharmafiesta dekat DK500 tercinta
I had fun last night. Sing along to almost all the performances walaupun sepatutnya tema yang diberikan adalah bertemakan patriotik atau semangat kemerdekaan. HAHA. Tak tercapai sangat mungkin objektifnya sebab masa ucapan Pengarah Program, katanya nak terapkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar gitu, tapi aku rasa macam dah pergi konsert semalam hehe. Whatever it is, memang sangat seronok dan enjoy dengan semua performances. We can see that we're seriously getting older sebab persembahan junior2 aku semua memang mind blown jugak, memang macam Generasi Y betul lah hehe. Thankyouu buat semua sebab put so much effort to ensure the whole programme run smoothly. *thumbs up*


Persembahan RX13

Biggest congratulations and thankyou too to my batchmates #Rx13FlyHigh for the effort to participate in this final performances. Im so proud with all of them :') Limited time that they had but still they fully utilize it to perform the best. I guess it just the matter of luck. The performances was awesome, simple yet the meaning is still there, for all of us to appreciate the fighters. I feel it so much till my few drops of my tears fall down last night (too emotional i guess haha). Ada satu benda lagi yang buatkan aku rasa bangga dengan barisan artis yang terlibat dalam kalangan batch aku ni ialah diorang punya komitmen. Bayangkan baru minggu lepas pengumuman Pharmafiesta dibuat, Isnin cabut undi dan rangka jalan cerita, hari Rabu malam dah perform. Sungguh la terbaikk. Tahniah korang walaupun kita takdapat JUARA, tapi aku percaya persembahan korang dah menarik minat para penonton semalam :) Dibawah ni aku sertakan beberapa gambar dan sinopsis cerita semalam.


Nenek berkongsi cerita dengan cucuuu

Kampung yang amat harmoni pada ketika ituuu

Tapi diserang dengan tiba2 oleh 'tentera Jepun'

Anak Melayu disarankan untuk pergi berjuang membela negara

Atok pergi berjuang meninggalkan nenek tercinta demi negara

Penantian yang panjang namun hanya jasad yang pulang

Penutup yang sangat menusuk. Mengingati pahlawan yang terkorban dengan membina Tugu Negara
Terimakasih juga kepada penganjur yang merencanakan program semalam serta barisan para juri. Sepanjang 4 tahun ni, aku rasa malam semalam adalah paling ramai jumlah juri yang ada iaitu di kalangan pensyarah serta paling ramai jumlah penonton sampai melimpah2 keluar haha. Harapnya nanti waktu AGM pun gitulah yeeee :P

Penutup semalam adalah sesi bergambar beramai-ramai satu batch. Sedih juga bila tengok balik gambar sebab kami jarang dapat ambik gambar satu batch, almaklumlah ramai sangat sampai tak muat nak guna kamera biasa hahaha gituu. So, rasanya sampai sini dulu aku bercerita, kang panjang2 pun orang malas nak baca, tak gituu hehe. Kepada RX 14, RX 15, dan edisi terbaru Fakulti Farmasi, adik adik RX 16, terimakasih juga untuk semua persembahan semalam. Korang pun awesome macam senior korang *ehem* HAHA. I know we might not know each other yet, but Im sure our path will cross someday in future :)


See you when I see you, Pharmafiesta ! RX13 officially signing out from this one wonderful event :')

Alyaa Ibrahim


Cubaan masukkan semorang sampai ada yang nampak kepala je HAHA. Sayang semorang :')


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 24 September 2017

Tahun Akhir...

Assalamualaikum dan selamat petang

Alhamdulillah akhirnya setelah hampir 7 bulan menyepikan diri dari dunia blog ini, akhirnya kini aku kembali yey. Ya Allah, rindu tak keruan lah dekat blog ni, tempat aku mencurahkan segala perasaan dari zaman sekolah lagi haha. InshaAllah, moga kembali kalini dengan semangat yang baru nak aktif menaip sekiranya berkesempatan. (tbh, ayat ni aku ulang hampir 10kali tiap kali aku buat entry baru tapi tak pernah nya nak kesampaian sobs)

Apa boleh buat, aku perlu berikan fokus kepada benda yang lebih penting dulu iaitu pelajaran aku. Acece gitu punya skema haha. Sebenarnya sepanjang aku menghilang diri dan tak punya masa nak menaip dekat blog adalah disebabkan oleh kekangan masa dengan jadual aku yang maha sibuk dekat universiti. Serius dia punya sibuk tu sampai satu tahap hari2 nak menangis sebab tak tahan :') Well said, i did survived the two most toughest semester ever yey ! *pat to myself* HAHAHA. Aku dengan rasminya telah berjaya menamatkan tahun 3 Sarjana Muda Farmasi pada 15/8/2017 sejurus keputusan peperiksaan diumumkan. Ya lah, kalau tak lepas subjek kan tak merdeka lagi dari tahun 3, tak gitu hehe. 

One of the highlights on 3rd Year. Submission of our thesis :)
Jujurnya, tahun 3 adalah tahun pengajian yang menguji pelbagai aspek dan sudut. Tapi alhamdulillah, Allah sentiasa ada, mak ayah, adik beradik, kawan-kawan pun, tiap kali rasa mental breakdown tu. Sungguh, nampak mudah tapi kalau tersilap langkah dan cara, boleh berhenti belajar ooo janganlah memain emosi masa tahun 3 ni HAHA.  

Dan sekarang, 24/9/2017, alhamdulillah aku dah pun mulakan pengajian sebagai pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Farmasi. Dan inshaAllah juga, jika dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan, tiada aral melintang, aku dan rakan2 bakal menamatkan pengajian pada Julai 2018. Rasa macam nak menangis terharu pulak bila menaip ni sebab perjuangan hampir 7 tahun dalam School of Pharmacy UiTM ni bakal berakhir tak lama lagi haha. Melihat senior2 RX12 yang dah habis belajar haritu, rasa macam inshaAllah aku pun dah tak lama haha. 

Another higlight during 3rd Year: Presentation FYP
Best ke dah final year ni? Haha, so far biasa2 saja. Yang best tu cuma tak banyak sangat dah kelas nak kena pergi macam tahun2 sebelumnya hiks. Jadi, dekat sini kena pandai urus masa supaya tak lagha banyak sangat haha sbb nya walaupun dah tak banyak kelas, tapi sem ni aku ada 2 subjek yang kredit hour nya adalah 4. Allahu. Berat laaa subjek bila dah final year ni. Harap2 tak terbabas teruk sangat demi misi sebelum grad gitu :P

Okaylah, untuk harini rasanya cukup sampai disini saja dulu. Hehe. Almaklumlah baru nak panaskan enjin nak menaip semula. Jadi idea tu kekadang berhenti tiba2 aja. Gitteww. InshaAllah, kalau aku sihat esok lusa, aku update lagi entry baru. (sebab sekarang tengah tak berapa nak sihat tapi ada hati nak menaip jugak). Lepasni pun nak kemaskan blog ni, lama sangat dah tak diubahsuai, banyak yang nak kena buang sebab dah expired haha. Semoga ada sejuta kerajinan buat Alyaa nanti. Amin. Jumpa lagi di lain entry bye !

Alyaa Ibrahim


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM