Assalamualaikum selamat malam semua,
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menaip di blog kesayangan hati ini. Haha. Ok, bagi yang masih ingat, dalam entry yang lepas, aku ada bagitau yang aku akan pulang ke Penang bukan? Oh yeahhh, alhamdulillah dapat bertemu sua jua dengan famili tercinta setelah hampir 2 bulan tak berjumpa. ;) Walaupun penuh dengan onak dan duri sebelum tiba di Penang, namun semua itu aku ketepikan dulu, haha. Malas nak cerita dekat sini, kang tak pasal2 aku meroyan lagi pasal cerita bas E ni kat blog. Cukup2lah aku meroyan kat twitter, kahkah. Maaf pada sesiapa yang terpaksa baca ayat meroyan aku haritu yeap ;P
Berbalik pada cerita asal, tujuan aku balik ke Penang hujung minggu lepas bukan saja nak bertemu dengan famili tercinta (ayat skema baq hang, haha) tapi aku ke pulang untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM ke 81 yang diadakan di UiTM Pulau Pinang. Haha, alhamdulillah aku kini sah pemegang Diploma Farmasi UiTM ;) Sukar nak gambarkan perasaan gembira dan puas tu macam mana, haha. I did it yeayyy ! :P
Rehearsal Istiadat Konvokesyen UiTM ke 81, UiTM Pulau Pinang |
InsyaAllah aku akan ceritakan dengan lebih lanjut berserta dengan gambar yang banyaakk dalam gallery phone aku ni untuk next next entry. Haha. Semangat nak blogging kembali dah meresap sedikit demi sedikit dalam jiwa ini haha tak padan dengan sibuk dengan assignment untuk minggu minggu akhir kuliah ni, hahaha.
Untuk dipendekkan entry harini, aku sekarang telah selamat berada di UiTM Puncak Alam setelah bercuti hampir 5 hari. Hahaha. Aku rasa aku sorang yang ambik cuti paling lama walaupun ada test Organic Chem masa hari Rabu baru ni, kuikui. Memang masa jawab test tu aku main taram sajalah jawapan, dah dengan tak study dah takpaham topik tu, kahkah. Dah tu aku balik UiTM SEJAM sebelum ambik test, memang tak sempat lah nak khatam semua kan :( Maafkan saya Dr Sadia sekiranya saya gagal dalam test kalini. Janji tak buat lagi, hihi. Saya bukan sengaja nak balik lambat lambat tau, tapi saya ada sebab haha sebab yang nanti lah saya cerita. Harap2 Dr tak baca blog saya ok, hehe.
Salah satu sebab saya nak cuti lama. Penang is good youu knoww. Especially fr the food haha. |
Oh sebelum tu nak dipendekkan cerita lagi nya, harini hari Khamis, negeri Selangor cuti sebab harini Hari Keputeraan Sultan Selangor, haha seronoknyewww rasa ditambah lagi dengan esok hari Jumaat kelas dua2 batal, takdak kelas esok. Haha sangat besttt you knowww takdak kelas. Cuma yang tak bestnyaaa, last2 week ni la banyak assignment nak kena submit, sobsob.
Orait, sampai sini dulu coretan aku. Jumpa lagi di lain entry, bubyeee ! Nah, seperti biasa, belanja selfiee satu kali untuk hampa ;) Muah ciked :*
Salah satu sebab kenapa aku cuti panjang jugak hahaaha. Nanti aku cerita ok |
0 ulasan:
Catat Ulasan