Hai, bertemu lagi kita sekali lagi. Hehe. Tiba2 terasa macam ada benda nak berkongsi dekat sini harini. Seperti tajuk di atas, aku nak berkongsi cerita pasal Peperiksaan Kelayakan untuk Mengamal Farmasi yang aku dah duduki pada 8 November 2017 yang lalu. Haha, untuk mereka yang bergelar pelajar jurusan farmasi macam aku mesti faham pasal peperiksaan ni kan betapa peritnya persediaan demi satu exam yang berdurasi 3.5 jam :')
Ok, sebenarnya peperiksaan kelayakan ni PENTING untuk aku dan mereka yang bergelar pelajar farmasi ni sebab Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) dan tetapkan syarat untuk lulus peperiksaan kelayakan ni sebagai salah satu syarat untuk mendaftar Provisionally Registered Pharmacist (PRP) / Fully Registered Pharmacist (FRP). Ringkasnya, kalau tak lulus peperiksaan ni, tak boleh nak mohon untuk PRP langsung. Tak boleh mohon PRP, tak boleh la nak train jadi pharmacist, tak boleh la nak ada license dan tak laku lah degree kami, haaa lebih kurang gitulah analoginya. Haha
5 buku yang penting untuk peperiksaan kelayakan mengamal farmasi aka forensik exam :) |
Jadinya, sebab aku dah masuk tahun akhir kan, kenalah ambik peperiksaan ni, lagi awal ambik lagi bagus sebab kalau gagal boleh terus repeat terus. Kalau diikutkan, mula dari tahun tiga lagi dah boleh mula ambil, tapi di UiTM tahun tiga adalah tahun yang agak sengsara sebab kami buat final year project (FYP) kami pada waktu tu. Jadi, waktu yang sebaiknya adalah sewaktu di semester 7 ni lah. Dan kebetulan juga, di semester 7 ni kami ada belajar subject Ethics and Legislative Pharmacy yang mana format dia memang sebiji sama dengan yang dijalankan oleh LFM. Jadi untuk subjek ni, memang kami ada kelas tutorial khas yang ajar kami terus cara untuk tackle soalan dan teknik study yang betul untuk ambil peperiksaan ni.
Jujurnya, bagi aku kelas yang dibuat ni sangatlah berguna dan membantu untuk buat kami lulus dalam percubaan pertama :) Terimakasih Fakulti Farmasi UiTM sebab jemput En Azman dan Mr Robin untuk ajar kami bagi subjek ni dan juga Prof ABAM serta Dr Faiz. Percayalah, dalam setiap kelas ni ada benda2 baru yang kita akan belajar. Cuma mula2 tu rasa macam kekok sikit la sebab tak biasa dengan semua buku rujukan yang ada kan HAHA. Ingat lagi masa kelas pertama dengan En Azman, semua terkapai kapai taktahu nak cara kat mana jawapan dalam buku Poison Act dengan DDA tu termasuklah akuu :P
Macam mana FORMAT forensik exam ni? Okey, bermula November 2016 (kalau tak silap aku la), LFM dah tukar format baru untuk forensik exam. Dengar kata nanti akan ada format lain lagi taktahu lah LFM nak ubah macam mana pulak. InshaAllah, apa2 nanti aku akan update balik dekat entry ni ya :) So far, format dia lebih kurang macam dalam gambar dekat bawah ni:
Format baru (Boleh dirujuk di laman web Lembaga Farmasi Malaysia) |
Format baru dari LFM bermula November 2016 (Sumber: Google) |
Alhamdulillah, result forensik exam ni keluar sebulan lepas tu iaitu pada 8 Disember 2017. Pagi tu memang tak tenang lah hati ni nak tahu lulus ke gagal haha satu batch menunggu pukul 9 pagi sebab nak semak result dekat laman web LFM. Sekali, tahu apa jadi? Rupanya LFM dah tak keluarkan lagi result forensik dekat laman web diorang. LFM akan hantar result ke fakulti dan semakan boleh di buat di pejabat. Nak dijadikan cerita pula, 8hb tu adalah hari Jumaat dan fakulti ada buat program petang Jumaat tu. So, nak taknak kena turun petang tu semata nak tengok result forensik ni haha, pandai tau En Iqbal kenakan kami semua sebab malas nak angkat call dekat pejabat HAHAHA, sabar jelah tauuu.
Setelah satu fasa hati yang bergolak gempita nak tunggu pukul 2.30 petang tu, akhirnya dapat lah result. Alhamdulillah, aku LULUS :') Perasaan masa tu rasa macam nak menangis, sebak semua ada haha tapi tahanlah sebab nak masuk dewan dengan ceramah kan :P Rasa segala pengorbanan tak cukup tidur, pergi kelas En Azman selama 4 jam untuk dua hari (hujung minggu), habiskan masa bersama semua buku2 dan soalan2 tahun2 lepas termasuk mengorbankan masa untuk tak study untuk test 1 sekitar waktu tu, berbaloi sangat2 hehe :) Syukur, rezeki dari Allah. Peratusan lulus untuk calon dari UiTM pun agak tinggi (bagi aku la haha) dalam sekitar 76%. Seronok berganda sebab rakan2 yang lain pun sama2 jugak lulus dengan sekali percubaan ni. Memang ituuu aim kami semua bila Dr Faiz bercerita waktu kelas pertama duluu hahaha.
Ni sebenarnya waktu nak prepare for Ethics paper yang formatnya lebih kurang forensik exam macam aku cerita kat atas tu. |
Namun begitu, ada juga la beberapa kawan aku yang aku kenal yang tak lepas kali pertama ni. Bagi aku, its okay je kalau tak lepas sebab masih boleh mengulang selagi belum habis belajar. Lagipun, exam ni diadakan 3 kali dalam setahun. Pada pendapat aku, exam forensik ni yang penting adalah teknik yang menjawab dengan betul. Bila kena dengan caranya, inshaAllah boleh lulus dengan izinNYA. Yang penting juga, jangan putus asa, percaya pada rezeki Allah dah tetapkan dan jangan berhenti berusaha, dan percaya pada janji Allah. Aku doakan kawan2 aku yang bakal mengulang pada 7 Mac 2018 nanti semuanya akan lulus dengan jayanya macam kami semua yang lain, inshaAllah amin :)
Tarikh2 untuk peperiksaan kelayakan farmasi untuk tahun 2018. Boleh rujuk sini untuk maklumat lanjut :) |
Okeylah rasa sampai sini dulu aku update, ni pun dah rasa panjang sangat dah, bukan ada orang nak baca pun nanti kan, diri sendiri saja yang baca HAHAHA. Sebelum aku tutup entry ni, terima kasih aku pada Allah SWT atas rezeki yang diberikan, kepada pihak fakulti terutama tenaga pengajar yang terlibat membantu kami, kawan2 juga atas perkongsian ilmu dan juga kepada kedua2 mak dan abah aku yang selalu percayakan aku untuk teruskan dengan course ni :)
Sampai sini dulu untuk kalini, doakan aku terus berjaya di masa depan demi menjadi seorang pharmacist yang bertauliah okayy?! Hehe AMIN. Jumpa lagi di lain entry, BYE !
Alyaa Ibrahim
9 ulasan:
gud luck sis...anak sedara pun pharmacist jgk.. alhamdulillah dah 2 thn keje kat Penjara kajang skrg.. tempat yg dia tak sangka2 sangat.. :)
@Hans
Terimakasih :)
@Juls Julie80
terimakasih :) wah, bestnya dah kerja alhamdulillah :)
assalamualaikum sis ^.^ ada tak soalan past year atau practice question untuk exam yang ni?
@Anonymous
Waalaikumsalam. Saya hanya ada hard copy saja untuk soalan exam ni, itupun bukan yang latest punya :)
Salam sis... boleh bagi tips x nak tackle soalan... abang saya dah dua kali failed ^^'
Assalamualaikum, sekarang sis buat prp dekat mana?
Salam.. Boleh share pass year question x??
@Mr island Boy
Maaf, sudah tiada dalam simpanan saya 😅
Catat Ulasan