Memaparkan catatan dengan label UiTM dihatiku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UiTM dihatiku. Papar semua catatan

Selasa, 13 Disember 2016

Setelah 3 bulan :')

Assalamualaikum, selamat pagi


Alhamdulillah akhirnyaaaaa aku punya kekuatan untuk buka blog tercinta ni setelah sekian lama aku biarkan dia usang di sini. Sejuta kemaafan aku pohon kepada mereka yang tinggalkan komen2 yang tidak berbalas berbulan lamanya. Bukan niat di hati nak abaikan tapi kesibukan yang dialami dengan masa yang tidaklah banyak untuk melalui minggu2 sebagai seorang pelajar ni membuatkan aku terpaksa meletakkan perkara yang paling utama untuk diberi perhatian oleh aku buat masa sekarang ni. 

Sekarang, waktu aku taip entry, jam menunjukkan hampir 3.30 pagi. Aku masih punya banyak kerja dan benda untuk dibaca tapi aku memilih untuk luangkan masa sebentar di sini. Rindu sangat rasa, rindu nak taip luahan perasaan kat sini. Terlalu banyak yang terbuku di hati ni. Tapi dek kerana ketiadaan masa yang panjang buat aku untuk menaip di sini, aku biarkan rasa hati itu terpendam sendirinya di dalam hati dengan harapan ianya akan berlalu pergi tanpa meninggalkan sedikit kesan pun. 

Seperti yang aku pernah bagitau dalam entry yang lepas, aku sekarang dah pun jadi pelajar tahun 3 Sarjana Muda Farmasi di UiTM Puncak Alam. Dengar macam gah kan, tapi azabnya hanya kami pelajar di sini saja yang tahu. HAHAHA. Apa2pun alhamdulillah walaupun tak terbilang perasaan nak putus asa tu tiap kali rasa susah belajar, tapi masih lagi boleh bertahan sampai ke harini. 

Bakal pengubat hati awak :P

Apa yang best jadi pelajar tahun tiga? Tiada apa yang best langsung sepanjang dah hampir 13 minggu semester 5 ni melainkan yalah, dah turun jawatan, dan tak sibuk dengan mesyuarat sana sini. HAHA. Sebab apa tiada yang best? Sebab hang dah mula sibuk namateyyy sampai rasa macam tiada masa untuk diri sendiri, kawan-kawan malah keluarga pun. Masa ni lah hang rasa menyesal sangat tak luangkan waktu dengan keluarga betul2 masa cuti semester. Haha, serius tak tipu perasaan tu. Rasa macam dahsyat sangat bila dah masuk tahun tiga. Minggu 2 kami dah mula sibuk dengan assignment, lab report, draft sana draft sini ibarat bagaikan tiada esok hari hah gituu punyalah nak gambarkan betapa sibuknya kami :P 

Dah letak jawatan yeay!

Hampir setiap minggu bila dah masuk tahun tiga ni, punyalah susah nak rasa nikmatnya ada hujung minggu sebab hujung minggu diisikan dengan kerja2 untuk minggu depan mahupun minggu ke depan lagi dek kerana tangguh kerja sangatlah tidak digalakkan bila dah masuk tahun tiga ni sebab anything can happens bila time hang nak buat kerja hang ataupun masa nak kerja dateline oleh pensyarah contohnya sakit. Memang kita paling tak jangka walaupun kita nampak macam kita sihat saja kan :')

Ku sangkakan panas ke petang rupanya hujan di tengahari

Dalam banyak2 benda yang tak best, adalah satu benda yang best buat aku untuk semester ni. Alhamdulillah, tahap kesihatan aku sangat baik sepanjang waktu aku sibuk2 ni. Terimakasih Ya Allah :') Tak sangka semester ni tak melawat langsung Unit Kesihatan tercinta nun di sana tu hehe. Diuji dengan ujian sangat hebat waktu cuti semester haritu, aku nampaklah hikmahnya sekarang. Memula tu perit bila kena sakit yang dah lama tak singgah tapi patuh dengan doktor cakap dan dengan izinNya, alhamdulillah sampai sekarang aku sihat walau stress macam mana pun aku minggu2 yang lalu. Moga aku terus sihat sampai peperiksaan akhir yang akan menjelang tak lama lagi dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik amin.

Tempat favourite bila serabut kerja banyak tak siap!

Wahhh boleh tahan panjang jugak taip kalini. Lepas gian ke apa ni HAHA. Mungkin sebab dah terbiasa taip panjang2 sejak jadi senior kat sini ni hiks. Okey dah, sebelum aku terus merepek tanpa hala tuju, baiklah kiranya aku berhenti sampai sini dulu. Pesanan terakhir dari aku, kalau ada soalan yang penting nak tanya pada aku, boleh terus email aku ke aliyaa93@gmail.com. InshaAllah lagi baik dari komen di sini sebab lepasni dah habis minggu kuliah dan masuk minggu peperiksaan lagi susah aku nak masuk jengah sini, percayalah hehe. Dan kepada mereka yang mengenali aku di luar, silalah tegur dan perkenalkan diri, bolehlah kita berkenal. Jangan risau, aku nampak ja muka garang macam nak telan orang, tapi baik2 saja HAHAHA masuk bakul angkat sendiri dah ni. Okey jumpa lagi di lain entry inshaAllah :) Doakan kejayaan aku untuk semester ni tau, terimakasih :P

In case kalau terjumpa mana2, senyumlah dekat aku HAHAHA


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 27 Oktober 2015

Setelah sebulan menghilang ;)

Assalamualaikum selamat tengahariiii duhai blog tercinta,


Ohhhhh lamanyaaa rasa tak menaip dekat sini, dah hampir sebulan sejak dari entry terakhir daripada aku hahaha, Maaf sesangat terlalu sibuk dengan kehidupan dekat sini sebagai seorang pelajar yang berdedikasi lagi karisma gittew, ok tipu haha. 

Alhamdulillah, dalam kesibukan yang terkata ni, aku masih sihat, syukur Allah berikan kesihatan yang baik sampai ke harini walaupun dengan keadaan jerebu yang agak teruk. Bercakap mengenai jerebu, macam mana jerebu dekat tempat korang? Oh tempat aku makin pulih alhamdulilllah harapnya terus pulih tak payah datang lagi okey kesian kami kat sini nak pergi kelas semua. Haha. Paling teruk dalam minggu lepas tak silap aku sebab jerebu disertai dengan warna kuning udara. IPU masa tu memang tinggi seriau benar rasa masa tu risau makin teruk lagi huhu.


Ok dah cerita pasal jerebu. Meh nak cerita pasal aku haha pasal kehidupan lah sebenarnya, kenapa aku macam nampak sibuk sangat kan sampai tak menyempat nyempat nak update blog. Haha. Well incase kalau korang nak tahu, banyaakkk sebenarnya aktiviti yang kita boleh buat bila kita tak da internet ni (cliche answer of course :P) Sebab yang paling utama sekali kenapa aku tak update blog adalah kerna masalah internet di rumah aku. Aku pun taktahu kenapa mifi umobile aku taknak berikan kerjasama yang baik dari 3 minggu lepas lagi. Kiranya aku banyak bergantung kepada mobile data dan semestinya kena berjimat bila pakai mobile data ni hehe, Aku lebih banyak fokus ke whatsapp dengan twitter oh instagram sama (bukan selalu habis data nanti haha).

Dan sebab yang kedua (cliche juga okeyy yang ni) aku sangatlah dan teramatlah sibuk dengan kelas yang jadual nya terlalu padat sampai tak terkata dan juga diselaputi dengan test, quiz dan assignment hampir setiap minggu. Hah, sekarang bagitau aku dekat celah mana aku nak ada masa buat entry haha sampai kekadang hujung minggu pun tak rasa macam hujung minggu kekeke. Lumrah lah kalau dah jadi pelajar pamasi ni hah. Kalau perasan previous entry aku pasal semester baru kan, hah masa tu masih heaven lagi kelas start petang, assignment tak banyak so bolehlah goyang goyang kaki banyak sekarang ni semua kelas pakat nak start 0830 pagi dan kekadang tu drag sampai 1030 malam sebab nak buat replacement class alahai.

Seronok betul tengok experiment yang kita buat berjaya haha
Lab microbiology, lebih prihatin sikit gais haha

Ok sekarang nak cerita apa lagi? Hahaha. Lama sangat tak update terus rasa blurrr. Oh ya teringat nak cerita pasal program Pharmafiesta 2015 anjuran Biro Kebudayaan SOPHYS. Sebab kawan baik aku adalah sebahagian daripada team yang handle program ni, jadi aku selaku kawan baik kenalah turun memberikan sokongan, tak gittew haha :P Alhamdulillah program berjalan dengan lancar walaupun terpaksa ditambah masa hingga tengah malam dek kerana ada masalah teknikal. Tahniah semua AJK PharmaFiesta. Mohon tahun depan buat lagi hehe.


Ada banyak benda lagi sebenarnya nak cerita dekat sini tapi macam dah kesuntukan masa sebab kejap lagi aku ada kelas ni haha. Ini pun curi curi masa kejap datang update blog kat makmal komputer sebab dah rindu sangat nak blog hahaha gigih kan seorang Alyaa biasalah tu :P Nanti ada masa lagi insha Allah aku akan update lagi okey sebab nak kongsi cerita pasal konvokesyen kakak aku (ya konvokesyen aku pun tak cerita lagi kan?) Haha. Takpa slow slow step by step aku cerita okey nanti boleh lah aku mengimbau kenangan sikit sambil taip. Rindunya nak konvo :')

Okey macam biasalah nah belanja satu selfie sebagai penutup enty bagi mereka yang rindu aku hahaha walaupun takda like i care kan (oopss) Byeee semua doakan aku dipermudahkan segala urusan dekat sini dan dapat bercuti dengan tenangnya nanti amin :)

Selfie dengan adik manja kesayangan saya :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 13 Mei 2015

Sibuk

Assalamualaikum selamat petang


Wow akhirnya aku update jugak blog setelah sekian lama ditinggalkan. Haha. Maafkan daku kerana sangatlah tak punya masa untuk update cerita cerita yang menarik dekat sini. Last entry aku adalah sehari sebelum aku balik ke Puncak Alam selepas cuti midsem haritu. Ohh cepat sungguh masa berlalu bukan haha sedar sedar sekarang dah masuk bulan 5. Tak terasa langsung masa tu berlalu sebab terlalu sibuk dekat sini. Sibuk study, sibuk siapkan assignment, sibuk kejar dateline assignment, masuk lecture, kelas ganti, presentation, quiz, test, projek video dan sebagainya hahaha tak tersenarai betapa banyaknya benda nak kena buat kat sini.

Nak dipendekkan cerita kenapa aku dah tersangatlah jarang update sekarang ni adalah sebab aku sibuk teramat sangat. Tak lain dan tidak bukan lagi memang sibuk haha. Mengalahkan orang kerja. Well, belajar itu pun dikira kerja okey :P Ini pun aku curi curi bukak blogger dashboard kejap lepas habis buat lab report tadi haha. Kebetulan rasa rajin nak balas comment lepastu terasa nak update satu entry kejap sebab rindu walaupun esok ada test tapi aku ni tak sedar diri lagi dengan tak study langsung lagi sobs. 

Okay rasanya nak update sampai sini dululah sebab nak sambung study. Haha panjang umur rajin nanti aku update lagi okey. Terima kasih sudi baca coretan mengarut dari aku untuk harini. Hihi. Btw untuk mereka yang nak tanya pertanyaan pada aku, boleh tinggalkan comment di mana2 entry yang ada ataupun boleh terus email aku. InshaAllah akan cuba dijawab secepat mungkin. Sampai sini dulu, jumpa lagi nanti inshaAllah :) Doakan aku berjaya harungi minggu2 yang sukar sekarang ni sebab terlalu banyak cabaran untuk ditempuhi. Semoga aku terus kuat ;')



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 24 April 2015

Cuti Pertengahan Semester ;)

Assalamualaikum, selamat malam


Alhamdulillah, akhirnyaaa dapat jugak aku menaip dan coretkan serba sedikit dekat blog ni setelah hampir sebulan lebih aku biarkan blog ni tanpa berupdate. Hahaha, aku sangatlah dan teramat busy sampai tak sempat langsung nak update blog. Selalu aku bukak je dashboard tengok apa yang patut aku buat hahaha, kalau ada comment aku terus balas je sebab reply comment taklah memakan masa yang banyak sangat berbanding nak up satu entry ni hiks. 

So, nak dipendekkan cerita, aku dah start cuti pertengahan semester ni dari 18 April 2015 lagi, tapi disebabkan macam2 yang terjadi, makanya harini barulah dapat aku update entry satu sempena cuti kalini haha, sedihnya rasa takdapat nak update selalu macam dulu dah. Aku dah tak power dah bab bab nak up entry ni, skill dah banyak hilang dah haha. Sekarang aku paham rasa macam mana busynya belajar time degree sampai tak sempat nak buat apa dah haha.

Kerja aku waktu cuti macam ni adalah makan HAHAHA

Sedikit perkongsian mengenai semester aku kalini. Sem ni aku ambil 9 subjek. Ya ya sila percaya okey, sebab itulah tak menang tangan langsung nak study. Haha banyak ke laut ja aku semester ni taktahulah result final nanti macam mana, harap2 lulus semua lah hendaknya. Aku dah lalui first half untuk semester dua ni, serius cakap penat, memang penat. Kerja bertimbun, lab report bersepah, presentation every week, tutorial, quiz dan test harihari mashaAllah dah takdak life rasa. Almaklumlah, sem lepas dah banyak rest, so sem ni kenalah menangis sikit nak survive haha. Sem ni banyak subject killer dan macam biasa, aku takharap dapat result hebat2, cukuplah sekadar lulus semua dan lepas req JPA. Hahaha
Aku juga sempatlah buat tour pergi tempat ni haritu haha nanti rajin aku update nahh ;)

Okay, apa benda lagi yang nak aku kongsikan eh? Oh ya, walaupun aku tengah cuti sekarang ni, tapi tetap ada test okayyy. Test online gitteww. Sedih mak nakkss cuti2 pun kena hadap buku sebab nak jawab test. Tapi, aku study ala kadar je sebab nak cuti je lebih hewhewhew. Nasib baik markah macam okey lah jugak sikit hihi. Janji lulus sudah yee dokk hiks. Hmm rasanya sampai sini dulu aku update sebab aku ada banyakkk lagi kerja yang menanti untuk disiapkan sebelum cuti nak habis. Tinggal esok je lepastuu dah balikk Puncak Alam sobs. Sabar2.

Nahh, belanja satu selfie sebelum nak akhiri entry ni haha
Btw, doakan aku supaya dapat survive untuk minggu minggu seterusnya. Moga aku berjaya habiskan semester ini dengan jayanya inshaAllah amin. Okay jumpa lagi next entry sebelum aku balik ke Puncak Alam nanti. Byee ;)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 7 Januari 2015

Berjuang Untuk Peperiksaan Akhir !

Assalamualaikum selamat pagi.


Waaa, lamanyaaa tak update blog ni. Last update tahun 2014, sekarang ni dah tahun 2015 lah. Hahaha, okay tak kelakar pun sebenarnya. Sebenarnya buat masa sekarang ni aku tengah sibuk struggle untuk final exam sem 1 aku ni, seperti yang aku pernah mention dalam previous entry kan. Tapi dek kerana hati terlalu membuak buak nak update, makanya terkeluarlah jugak satu entry ni. Hewhew. Acah2 macam reward untuk diri sendiri sebab dah lepas 1 paper. Haha

Minggu exam, nescafe dan aku berpisah tiada, oh dan ahli baru Mr Bear. 

Baru 1 paper okeyy, orang lain dah habis berapa banyak paper dah, kami baru start HAHA. Dah tu ada yang dah habis dah pun kami start tak lagi, silalah sedih sikit untuk kami, sobs. Alhamdulillah selesai dah satu paper Isnin haritu. Paper kedua menyusul esok pagi (Khamis) tapi buat masa sekarang ni aku masih belum masih study, biasalah membuang masa tu salah satu kerja aku haha, okay okay lepas update ni aku sambung study okay? :P To be truth, alhamdulillah sebab aku boleh jawab lah jugak walaupun tak pernahnya nak yakin dengan jawapan sendiri ditambah dengan tak cukup masanya lagi, sedih tau tahu nak jawab tapi tak sempat masa, nak semak MCQ pun tak sempat, redha ja ada jawapan yang tak bertanda, sedih sedih. Tapi sebab dah malas nak fikir aku biarkan ja semua rasa yang membelenggu diriku ini. Nanti time nak dapat result baru kita nervous balik fikir HAHA. 

4 paper lagi :( 
Okay, rasa macam nak uupdate sampai sini saja sebab kalau dibiarkan ni boleh buat karangan SPM habis ni tak pasal2 kelaut study yang bertimbun lagi tak habis tu. Kuikui. Mohon doakan kejayaan aku dalam final exam ni dan doakan agar aku dapat terus berjuang hingga ke paper terakhir hingga jayanya, insyaAllah amin. Semoga aku dapat lulus dengan jayanya untuk semester ni. Risau jugak sebab boleh kata semua paper adalah killer paper HAHA. Tabahlah diri sebab nak capai cita cita kan. Orait, jumpa lagi semua untuk next entryyy ! 

Sumber tenaga konon la ni HAHA. Time tengah rasa down haritu aku makan satu paket ni lepastu menyesal habis :')

Oh sebelum tutup entry ni, Selamat Tahun Baru 2015 dari aku, dia dan keluarga HAHA. Moga tahun 2015 bawa sinar baru buat korang semua. InsyaAllah azam aku tiap2 tahun hampir sama kalau ada pun perubahan sikit sikit lah moga tercapai lah hendakNya amin :) Dan aku doakan agar Allah permudahkan semua segala urusan mangsa mangsa banjir yang terlibat terutamanya di Pantai Timur, Pahang Kelantan dan Terengganu. Sesungguhnya ujian Allah buat kalian ada hikmahnya insyaAllah akan nampak kemudian hari nanti. :')

Ada yang rinduuu tak? Takdak? Ok takpa nak letak jugak gambar selfie, satu kemestian okey sekarang ni lepas update mesti nak letak satu gambar selfie HAHA. Itu kawan baik saya, nak berkenalah boleh PM :P

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 28 Ogos 2014

Selangkah mencapai cita-cita

Assalamualaikum, selamat petang.

Alhamdulillah, dapat lagi aku menaip untuk entry harini. Hehe. Maaf atas ketidak update an blog ni selama beberapa hari kerna kesibukan yang melanda diri ini sejak akhir2 ini. Biasalah, bila tak sibuk baru aku berpeluang nak taip entry banyak2, ini sibuk makanya selang 4,5 hari baru dapat update, hehe.

Harini dah 26 Ogos 2014. Sekejapnya rasa dah nak hujung bulan 8. Baru sangat rasa masuk bulan 8. Tiba2 dah nak penghujung, begitu juga dengan tahun 2014. Dah tak lama nak masuk 2015. Semoga masih berkesempatan untuk hidup dengan izinNya.

Ok, aku teruskan kepada tajuk utama yang nak ditaip harini. Tajuk harini 'Selangkah mencapai cita-cita', amboi tajuk kemain lagi. Hahaha. Untuk entry harini, aku ingin kongsikan suatu berita gembira buat semua, berita gembira buat aku, buat mak dan abah, buat ahli keluarga dan buat mereka yang mengenali aku. Alhamdulillah, Allah tunaikan dan makbulkan permintaan aku. Allahuakbar, Allah Maha Besar. Sungguh tak sangka Allah mendengar keluhan dan permintaan hambaNya yang hina ini.

Masih ingat entry aku Sebulan lagi, insyaAllah? Kalau tak ingat, silalah rajin2kan diri godek blog ni, hihi. Alhamdulillah, 2 minggu lepas, 12 Ogos 2014, aku telah ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah, dan aku bersyukur sangat2 Allah makbulkan doaku. InsyaAllah, aku akan menyambung pelajaran ke Bachelor of Pharmacy (Hons) a.k.a Sarjana Muda Farmasi di UiTM Puncak Alam. Alhamdulillah, alhamdulillah sesangat sebab Allah dengar doa aku, doa mak abah aku, doa mereka yang sentiasa mendoakan aku dan lain2, doa semua agar aku dapat sambung ke BPharm.

Sungguh ini nikmat dan anugerah yang terbaik, dan paling menarik Allah kurniakan buat aku dan keluarga. Sungguh aku tak sangka masih berpeluang untuk bersama dalam Fakulti Farmasi UiTM buat kali kedua. Terima kasih Ya Allah kerna Kau mendengar doa hambaMu yang hina ini. Setiap satu yang aku pohon, Kau kurniakan tak kira samada cepat ataupun lambat, Kau tetapkan makbulkan. Allahu, terasa sungguh hina diri ini sekiranya aku masih jauh dariMu. :'(

Bagi mereka yang dekat dengan aku, sangat mengerti dan tahu macam mana nervousnya nak tunggu keputusan penerapan haritu. Menggigil tangan masa nak masukkan IC nombor. Hehehe. Mereka ini tahu betapa aku sangatlah berharap agar dapat BPharm. Dan alhamdulillah, setiap dari mereka yang sentiasa ada bersama aku ni dapat juga peluang untuk sambung belajar. Tahniah buat kawan2 semua. Jumpa time convocation nanti, insyaAllah. :)

Sebelum menutup entry, aku harap agar semua yang baca entry ni dapat mendoakan kejayaan aku dalam BPharm dan seterusnya dapat mencapai cita-cita aku menjadi seorang ahli farmasi yang bertauliah, amin. Dari diploma farmasi aku mengorak langkah selama 3 tahun, insyaAllah melangkah satu tapak lagi ke Sarjana Muda Farmasi selama 4 tahun dan menjadi PRP yang terbaik dan menjadi FRP iaitu cita2 aku yang aku tanam sejak Form4 lagi. Doakan semoga aku dan kawan2 aku dapat tempuh pengajian lagi 4 tahun ni. Amin.

Buat batchmates Diploma Farmasi 11/14, tahniah buat mereka yang dapat sambung BPharm sama dengan aku, insyaAllah jumpa kita di Puncak Alam, untuk struggle sama2 lagi, hehehe. Untuk mereka yang dapat kos selain dari BPharm, seperti Optometri, Fisioterapi, OSHA, Kimia Bioproses, Sains Biologi, Sains Kimia, Pendidikan dan lain2 lagi, aku doakan korang dapat buat pilihan yang terbaik untuk masa depan. Jangan mudah putus asa, yakin perancangan Allah itu yang terbaik. Tak semestinya kami yang dapat sambung BPharm ni akan berjaya dan tak semestinya korang semua akan gagal. No, sebab setiap perkara dan benda yang berlaku, semestinya ada hikmah yang berlaku di sebaliknya. Percaya dan yakin bahawa rezeki Allah itu luas. Apa2pun pilihan yang korang buat dan pilih, jangan risau kami tetap berdiri teguh di belakang korang semua. Jangan pernah rasa terlalu merendah diri dengan kami kerna kami juga kawan kamu semua. Panjang umur, jumpa Hari Konvokesyen nanti. :')

Akhir kata, terimakasih Ya Allah kerana dengan rezeki yang Kau berikan, aku selangkah lagi untuk mencapai cita2 aku. Alhamdulillah =)




posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 8 Julai 2014

Permohonan Kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sesi Akademik 2 2014/2015

Assalamualaikum, selamat petang

Entry ringkas di petang harini. Ok, entry ini untuk perhatian para lepasan SPM 2013 yang masih tidak berpeluang untuk menyambung pengajian ke mana-mana pusat pengajian tinggi (IPT). Juga untuk mereka yang sedang mengikuti program professional di UiTM dan yang sewaktu dengannya (boleh rujuk poster di bawah)

Bermula 30 Jun 2014 -18 Ogos 2014, UiTM telah membuka permohonan baru untuk sesi akademik 2 2014/2015 yang dijangkakan untuk kemasukan pada bulan November 2014 (Lepasan SPM)/ Januari, Mac 2015 (Professional) 

Jadi pada mereka yang ingin memohon, bolehlah membuat permohonan di http://online.uitm.edu.my  dengan membeli PIN no di BSN cawangan yang terdekat bernilai RM10.00 (Lepasan SPM), RM17.00 (Professional).

Untuk sesi akademik 2 2014/2015, kebanyakan kursus (untuk Lepasan SPM) ditawarkan kecuali untuk 

ASASI SAINS, 
ASASI TESL, 
ASASI KEJURUTERAAN, 
DIPLOMA FARMASI dan 
DIPLOMA dari FAKULTI SAINS KESIHATAN.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk gambar di bawah :





Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 4 Julai 2014

Sebulan lagi, insyaAllah

Assalamualaikum, selamat malam.

Sebulan lagi, insyaAllah.

Keputusan kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda ambilan September 2014 

akan dikeluarkan.

Semoga keputusan ini merupakan keputusan yang terbaik buat aku. Amin.

Kepada mereka yang turut sama menantikan untuk menyambung pelajaran ke 

peringkat Degree,

samasama lah kita doakan agar Allah permudahkan segala urusan kita (:



Rasa debaran semakin terasa untuk aku ketahui kemana kah masa depan yang akan ku tujui kelak

Moga Allah beri yang terbaik.

Sempena bulan Ramadhan ni, 

samasamalah kita rebut peluang untuk panjatkan doa kepada Allah SWT 

Semoga dengan keberkatan bulan yang mulia ini, Allah perkenankan doa kita, amin (:

Yang penting, jangan berhenti berdoa dan yakin pada rezeki Allah. 

Nasihat buat diri sendiri jugak, hihi.



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 5 Jun 2014

Selamat menjadi warga UiTM . . .

Assalamualaikum, selamat malam

1 dan 2 Jun yang lepas, mahasiswa/mahasiswi baru sudah pun selamat mendaftarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada anak didik UiTM. Alhamdulillah, setinggi tinggi tahniah diucapkan kepada semua. Tahniah juga kepada pelajar2 yang telah mendaftarkan diri ke Matrikulasi, Tingkatan 6, Persediaan Luar Negara dan lain lain lagi. 

Selamat menempuh alam universiti, alam remaja, dan alam barunakkeluar darikepompong , HAHA. Selamat maju jaya dan semoga dapat biasakan diri dengan keadaan persekitaran yang baru. Selamat bergelumang dengan assignment a.k.a kerja sekolah, event2 yang kena handle dan kena hadiri, tutor, presentation dan yang paliiing penting adalah bergelumang dengan EMOSI. Haha. Emosi bergaduh dengan kawan lah, konflik dengan pensyarah lah, terasa hati dengan kawan sebilik lah, dengan kawan serumah lah dan lain2 lagi. Percayalah, semua ini adik2 akan rasa paling kurang sekali seumur hidup. Akak dah rasa adik2 hoi, faham sangat dah dengan perangai2 orang ni. Lagipun, lain orang lain perangainya, ye dak?

Makanya, sentiasalah positifkan diri, tabahkan diri menghadapi dan mengenali pelbagai jenis perangai manusia dan kawan2 adik2 di sekeliling ya. Yang penting, jangan silap pilih kawan dan juga jangan terlalu memilih kawan. Itu dua perkara yang penting. Hehehe. InsyaAllah semoga kawan2 yang dipilih jadi penyunting semangat untuk kita terus belajar. Peringatan ni untuk aku jugak sebab aku pun akan sambung belajar nanti, insyaAllah jika diberi peluang, haha. 


Apa2pun, ingat tujuan asal kenapa masuk belajar ni. Ingat, niat tu penting, niat kerana Allah, untuk dapatkan ilmu. Alhamdulillah, aku pun dah boleh fikir dengan lebih matang sikit, semoga aku lebih matang terus ke depan, dan lebih gigih untuk belajar kelak bila dapat sambung belajar. hehe. Semoga UiTM masih sudi terima aku untuk menjadi sebahagian dari warga UiTM dihatiku, insyaAllah amin. ;)

Dan pesanan aku lagi, jangan terlalu leka dan terlalu yakin yang kita mampu score sebab keyakinan yang terlampau juga mampu membunuh kita sewaktu peperiksaan akhir nanti. Boleh nak yakin, tapi jangan terlampau yakin tau? :P Sebab aku dah pernah kena jugak tau, confident kau boleh dapat A subjek tu, last2 subjek yang kau tak target tu boleh score dan subjek yang confident tu hampeh. Hmm. Aku memang lebih suka buat entry berdasarkan pengalaman, sebab benda tu aku dah rasa. Hoho. 

Akhir kataaaaa, selamat maju jaya adik adik semua ! Kepada junior2 yang dapat masuk Diploma Farmasi, beribu ribu tahniah kerana telah membuat pilihan yang tepat. InsyaAllah, Diploma Farmasi akan berikan satu gambaran yang sebenar sebagai seorang pelajar universiti, hehe. Jumpa nanti di Bertam jika berkesempatan, amin ;)

posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM