Sabtu, 31 Disember 2022

Ceritera Hujung Minggu Disember 2022

Assalamualaikum dan selamat malam semuaaaa !

Alhamdulillah, sedar tak sedar rupanyaaaa harini dah pun 31hb Disember 2022. Tinggal berapa jam sajaaa lagi sebelum masuk ke tahun baruuuu fuhhh betul tak sangka rasa cepat sungguh tahun ni berlaluuu, kan? Haha apa apa pun bersyukur sangat sangat masih dipanjangkan umur hingga ke saat ini 🤲  Moga kita terus dipanjangkan umur untuk berbuat kebaikan di atas muka bumi ini, inshaAllah amin amin.

Sebelum tahun bersilih yang baru, marilah aku kongsikan serba sedikit kesibukan aku di dalam bulan Disember ni yang agak padat dengan aktiviti di setiap hujung minggu aku dan jugaa hari hari biasa akuuu haha. Rindunyaaaa wehhh nak update blog macam dulu tapi masa mencemburui kitaa gituhhh jadinyaaa marilah kita throwback serba sikit dekat sini supaya dapat jadikan kenangan di masa depan nanti hihi 🫣

3hb Disember 2022




Aku mulakan bulan Disember 2022 dengan jemputan ke majlis perkahwinan kawan aku di Taman Herba, Kepala Batas. Terkejut jugak masa dapat jemputan tu tak sangkaaa tahun ni dia akan menamatkan zaman bujang diaa haha. Alhamdulillah seronok tengok kawan kawan dan mengorak langkah untuk membina keluarga sendiri. Kenduri dia best sebab banyak pilihan makanan sampingan disamping menu utama nasi minyak haha 😂

10hb Disember 2022


Diikuti rapat dengan majlis perkahwinan sepupu aku di pihak perempuan. Dia dah akad nikah bulan 8 lagi tapi majlis nyaaa baru nak berlangsung dalam bulan ni. Alhamdulillah syukur dapat sponsor kain bajuuuu untuk kenduri hihi, bolehlah tambah koleksi bajuuu dalam almari ahahaha. Lepas habis kenduri ni, kesihatan aku dah agak mula tak stabil sebab tiba tiba demam panas sangat pakej sakit tekak, pening kepala dan lain lain. Dapat lah MC sehari tak silap aku sebab tak tahan sangat nak ke kerja haritu, pi cek rupanya tonsil punyaaanyaaa haha 😂 

17hb Disember 2022


Minggu seterusnya, masih majlis perkahwinan haha. Kalini, rakan belajar satu Master dengan akuuu. Alhamdulillah, tumpang gembira jugaaa dia dah bertemu jodoh. Moga tahun 2023 nanti kami berempat dimurahkan rezeki untuk dapat kerja tetap pulak inshaAllah amin amin, sama sama kita doakan 🤲 Sangat random ya plan nak ke majlis dia sebab hari Jumaat baru gerak dari Penang, pukul 9 malam macam tu sampai KL lepastu esok nyaa terus gerak pergi kenduri, Ahad balik Penang semula haha 😂 Alhamdulillah yang penting dapat tunaikan janji nakpi kenduri dia hihi 🥳

24hb Disember 2022


Tarikh yang kami nantikan sejak beberapa bulan yang laluuu, Alhamdulillah berlangsung dengan baik walaupun beribu halangan yang datang menjelma. Syukur sangat sangat semuanya dipermudahkan, Alhamdulillah 😇 Allah saja yang tahu remuknyaa hati aku sebelum majlis atas sebab sebab tertentuu tapi kena kuat untuk majlis ni. Nahhh, jangan risau, bukan majlis aku hahaha. Majlis pertunangan adik lelaki akuuu. Masih jelas dalam ingatan aku, awal tahun ni aku pernah kata dekat diaa yang kalau nak kahwin dulu, kahwin lah, aku tak kisah. Tup tup, 5 bulan lepastu, bagitau Abah kata nak bawak rombongan pi merisik dan bertunang haha 😆 InshaAllah doakan majlis di pihak kami nanti dipermudahkan yaaa.


25hb Disember 2022


Antara benda yang paling tak terjangka nak ada untuk tahun ni. Ahahha kawan baik aku bertunang!!! Alhamdulillah, so happy for her 😭❤️ Sebab dalam circle kenalan baik aku, dua orang dah kahwin, sorang dah jadi mak orang sorang lagi otw nak jadi mak orang. Jadi kami dok baling dadu siapa orang seterusnyaaa hahaha 🤣 Alhamdulillah seronok sangat sangat tengok kawan kawan dah mengorak langkah bersama pasangan masing2. Wuwuwu lepasni harapnyaaa masih ada peluang nak melepak sama sama lagi amin amin 🤲 InshaAllah tahun depan jugaaa majlisnyaaa, awal sikit dari majlis adik lelaki akuu ehek

31hb Disember 2022


Akhirnyaaaa, minggu terakhir dan hari terakhir untuk bulan Disember dan jugaa untuk tahun 2022 🥳 Menjalankan tugas di luar pejabat bersama masyarakat setempat acece gituuu bunyi macam orang penting 🤣 Alhamdulillah berpeluang jadi wakil untuk mempromosikan Fakulti Farmasi UiTM di Masjid Abdullah Fahim sempena Majlis Ambang Tahun Baru 2023. Seronok juga lah sebab dah lama rasa tak beraktiviti di luar kan, tahun ni banyak duduk depan laptop sajaa sebab sambung belajar haha 😂

Begitulahhhh serba sedikit perkongsian cerita untuk bulan Disember 2022 ni. Sungguh tak sangkaaaa, cepat sungguh masa berlaluuu kann. InshaAllah, ada rezeki minggu depan akuuu upload serba sedikit pencapaian untuk tahun 2022 ni, doakan aku rajin yaaa haha 🤭 Untuk blog ni, target aku masih sama untuk tahun depan, sebulan satu entry. Untuk aku jadikan kenangan di masa hadapan. Rasa sayang sangat nak tutup terus blog ni. Jadi, aku cuba set target supaya tak jadi bersawang sangat hahaha. Doakan supaya aku konsisten yaaa untuk tahun 2023 nanti hihi 🥲 Dannn untuk yang mengenali aku di luar, atau terserempak di mana mana (acah orang kenal kan, haha), tegurlah akuuu dan bagitau kenal dari blog haha I am more than happy to be friends with youuu or to assist you with anything gituuu 🤗  

Penutup kata untuk entry kalini, Alhamdulillah untuk semua yang berlaku pada tahun 2022. Aku bersyukur sangat sangat beberapa target yang aku dah list kan berjaya dicapai 🤲 Yang belum tu, akan ku bawa ke tahun 2023, inshaAllah ✅ Terlalu banyak kenangan manis untuk aku kenangkan di tahun 2022 ini, kenangan pahit dan sedih pun ada jugak tapi aku jadikan ia sebagai pemangkin semangat dan pengajaran untuk hidup aku. Dah nama pun hidup kan, tipulah kalau takda ujian dan cabaran, kita kena tengok dari sudut yang berbeza laaa kan 😬 Moga tahun 2023 ni aku dimurahkan rezeki dengan pekerjaan tetap dan juga kesihatan yang baik untuk terus bersama dengan keluarga akuu, inshaAllah amin amin, doakan akuuu ❤️

Sampai sini duluuuu entry untuk kalini, jumpa lagi di lain entry, di tahun baru 2023 ☺️

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM