Sabtu, 27 Oktober 2018

Saya Kembali Menaip !

Assalamualaikum dan selamat malam semua !

Alhamdulillah akhirnya setelah hampir sebulan lebih menyepikan diri dari blog ni, aku kembali pada harini untuk menaip sebuah entry baru yey πŸ’ƒπŸ’ƒ Banyak benda yang berlaku dalam hidup aku sepanjang aku menyepi dari dunia blogging ni. Bukan kata blog saja, media sosial yang lain seperti FB dan Instagram juga agak sendu sebab tak berapa ada mood nak update haha. Twitter tu boleh tahan jugak lah asyik bukak sebab situ tempat luahan perasaan akuu acece gituu. Dan di Twitter jugaklah banyak drama yang berlaku sampai kekadang rasa mcm serabut jugak ada banyak media sosial ni HAHAHA 😝😝 

So, basically entry harini hanyalah untuk update kehidupan semasa aku, gituu dah macam artis pulak rasa nak kena update kehidupan semasa hiks. Ingat lagi entry aku yang lepas iaitu Menganggur? Haaa, sejurus selepas aku publish saja entry tu, aku pun dapat offer kerja. Haha. Tapi kerja biasa biasa saja, tak kerja dalam bidang farmasi pun. Sebenarnya, aku dah dilamar awal lagi untuk kerja kat tempat aku kerja sekarang ni cumanya lepas dilamar tu, terus senyap tak khabar berita, so aku ingatkan aku tak payah la kerja situ. Tup2, petang sikit lepas publish entry tu, aku diberitahu untuk masuk kerja hari berikutnya. Haha gelabah jugak lah sebab masa tu aku masih bersenang lenang merehatkan diri, almaklumlah 'cuti panjang' katakan πŸ˜†πŸ˜† Dipendekkan cerita, dekat 7 minggu jugak lah aku dah kerja sekarang ni. Alhamdulillah, gaji pertama kerja part time pun dah rasa haritu walaupun tak banyak mana ahaha bolehlah nak beli dan belanja diri sendiri dan ahli keluarga πŸ˜‹πŸ˜‹


Aku kerja apa? Haha nanti lah ada masa lebih nanti aku up entry baru sambil cerita pengalaman2 aku semasa kerja part time ni. At least nanti bolehlah baca kalau stress bila dah masuk kerja hakiki uhuk3 πŸ˜…πŸ˜… Semoga seorang Alya ni rajin untuk on laptop dia lagi dan update entry baru lepasni haha, nak taip dekat phone tak berapa feel sangat alahai masalahnya sungguh kan bila orang malas ni, macam2 alasan bagi 😜😜

Btw, dah alang2 update entry harini, sajalah nak share yang 22 September yang lepas, aku ke Putrajaya untuk menghadiri Program Re-orientasi Graduan Perubatan, Pergigian dan Farmasi JPA 2018. Masa memula dapat jemputan tu, tak plan pun nak pergi sebab macam jauh jeee kan dari sini. Tup2, plan situ plan sini dengan kawan aku maka pergi lah jugak ke Putrajaya tu. Syukur kawan aku banyak gila tolong beli tiket semua, aku hanya bayar duit sajaa hehe. Pergi pun naik public transport sajoo. Naik bas dari Sungai Petani sebab nak turun di Putra Sentral. Dari Butterworth takda route nak ke sana. Ambik tiket tengah malam, lepak dulu sat dekat rumah kawan aku tu sambil gegosip opps 😏😏 Sampai dalam 7 pagi, tunggu kawan aku lagi sorang yang duduk Gombak tu datang ambik pastu terus ke MOF untuk berprogram. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan kami dua dari awal hinggalah akhir. Balik ke Butterworth dgn SP naik ETS. Haha, what a day ! Seronok walaupun penat sebab dapat spent time dengan girlfriendss iolls 😍😍

Paling sayang πŸ’“
Fuhh, aku rasa macam dah panjang dah ni menaippp. Kemain banyak benda nak share bila dah lama sangat tak bukak blog ni dan update entry HAHA πŸ˜‚πŸ˜‚ Ada lagi benda nak share lepasni, inshaAllah jumpa lagi di lain entry dalam satu ke dua hari lagi. Moga Alya masih rajin lagi untuk menaip lepas ni hehe. Gerak lu pape roger ! πŸ˜˜πŸ˜‡

Salam sayang, 
Alyaa πŸ’“

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 12 September 2018

Menganggur...

Assalamualaikum dan selamat pagi semua

Akhirnya aku merajinkan diri untuk menaip entry baru pada bulan September ni HAHAHA. Almaklumlah seronok sangat bercuti katakannn sampai lupa diri oppss πŸ™ˆπŸ™ˆ Aku ada banyak benda nak cerita dekat sini tapi itulah jari jemari ni sangatlah malas untuk menaip sejak sejak akhir ni, aku pun taktahulah kenapa. Nak kena bukak laptop lagi satu hal menyebabkan aku tersangatlah malas nak update entry baru gituu. Dan memandangkan jumlah viewers aku yang agak sendu zaman kini lagi lah tahap kemalasan aku tu memuncak naik hahaha. Kata kunci dekat sini sebenarnya aku MALAS πŸ˜‚πŸ˜‚ Mungkin lepasni kena rajinkan diri untuk pergi blogwalking dekat blog yang masih wujud untuk tinggalkan jejak mengenai blog aku ni yang masih bernyawa dan tidak pupus lagi hiks

Oklah panjang pulak mukadimah untuk harini. Okay, sebenarnya entry kalini berkisar tentang status aku sekarang ni, acece acah macam artis sangat ada orang nak tahu pasal hang Alyaa oii. Tapi itulah, sebabkan ini blog aku jadinya aku terasa nak berkongsi di sini ajalah, kalau cerita dekat orang pun bukan ada sesiapa yang memahami pun gitu hahaha. Seperti tajuk di atas, aku kini secara rasminya telah menjadi seorang PENGANGGUR TEGAR di rumah ini untuk beberapa bulan akan datang huu πŸ™†πŸ™† Jujurnya, ini bukan sebahagian dari rancangan hidup aku. Dari sebelum aku habis belajar lagi, aku dah ada target yang sebolehnya aku nak kerja dulu sementara tunggu posting PRP. PRP tu apa dan kenapa aku kena tunggu PRP ni aku akan cerita dalam entry lepasni, doakan aku rajin menaip k πŸ˜„πŸ˜„



Tapi, sebagai seorang manusia biasa, aku hanya mampu merancang. Atas sebab2 tertentu, aku terpaksa tangguh niat nak cari kerja aku buat seketika atas kehendak keluarga. Aku okay sajalah sebab sekurang-kurangnya aku dapatlah berehat puas2 duluu. Sampailah aku dapat green light semula untuk mula cari kerja. Masa ni memang habis-habisan aku cari kerja dekat facebook, lepastu download apps kerja, message potential employer tanya status kerja kosong dan sebagainya. Dan akhirnya dapat lah beberapa panggilan interview seperti yang aku rencanakan πŸ’ͺπŸ’ͺMasa dapat panggilan interview pertama, aku langsung tak bersedia sebab masa yang diberikan untuk aku bersedia sangatlah singkat, pukul 12 tengahari dapat panggilan, pukul 2 dah kena interview. Masa tu memang redha habis lah dan end up aku tak perform langsung pun interview tu dan the worst interview everlah sebenarnya bagi aku tapi itu semua pengalaman buat aku di masa hadapan 😫😫


Dipendekkan cerita, sampai ke harini, tambah tolak dah dekat 5 interview kerja aku pergi dan semuanya aku kena reject dengan alasan aku tak mampu kerja lama. Pahit jugak aku nak telan semua ni pada awalnya tapi aku positifkan diri aku sajalah yang bahawasanya rezeki aku belum sampai untuk kerja. Masa ni memang aku dah putus harapan habis dah untuk cari kerja 😩😩Sebab kalau tanya aku sendiri, aku pun tak mampu nak bagi jawapan lama mana aku mampu nak bekerja. Adakah sebulan, dua bulan, tiga bulan? Jadinya, aku pun mengambil keputusan untuk tidak lagi mencari kerja dan cuba untuk menikmati cuti-cuti aku yang ada ni dengan sebaiknya. Doakan semoga aku mampu merancanakan cuti aku ni dengan sebaiknya tauuu huu πŸ™πŸ™



Tipulah kalau aku tak cemburu tengok kawan-kawan aku macam senang ja nak dapat kerja dekat tempat tinggal mereka 😭😭😭Tapi ya sekali lagi aku cuba positifkan diri aku untuk terima semua ni yang bahawasanya rezeki aku belum sampai lagi. Jadi, aku kena bersabar. Itu saja yang aku mampu sekarang ni selain menadah tangan memohon doa padaNya agar dimurahkan rezeki aku sekeluarga. InshaAllah, aku percaya yang rezeki takpernah salah alamat. Cuma cepat atau lambat saja. Moga yang baik2 saja lah hendaknya buat aku untuk beberapa bulan akan datang ni amin.


So, itulah serba sedikit cerita ringkas yang agak panjang bagi aku untuk entry kalini hahaha. Rasa macam emosi semacam pulak bila menaip entry kalini uhuk2. Aku harap bila dah banyak masa lapang ni aku rajin2kan diri aku untuk menambah entry2 baru di blog ni untuk tatapan di hari mendatang. Lepasni inshaAllah aku nak update throwback entry seperti yang dijanjikan duluuu. Itu saja untuk kalini, terimakasih sudi baca, jumpa lagi di lain entry 😘

Salam sayang,
Alyaa πŸ’“

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 27 Ogos 2018

Masjid Ibadurrahman, Kepala Batas, Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam malam semuanya.

Yey kembali lagi setelah seminggu lamanya meninggalkan blog sebab seronok beraya makan daging. Eh tak2 hahaha πŸ˜‚πŸ˜‚ Lebih kepada rasa malas dalam diri sebenarnya, sebab nya lagi selesa menaip dengan laptop berbanding di handphone makanya memang kurang lah entry yang di taipnya sebab tahap kemalasan nak bukak laptop tu yang tinggi HAHA πŸ˜†πŸ˜–

So, entry kalini ringkas saja sebab aku nak berkongsi tentang masjid baruu di kawasan rumah aku yang baru saja dimulakan operasinya pada 17 Ogos 2018 harituu. Alhamdulillah setelah sekian lama kami menanti akan masjid ini untuk dibina dan disiapkan, akhirnya tahun 2018 juga penantian berakhir haha. 

Sebabnya ura ura nak bangunkan masjid di kawasan tu dah lama sangat dah aku dengar sejak aku mula pindah balik ke kawasan Kepala Batas sini, lebih kurang 5-6 tahun lepas dahhh. Rezeki jugak masjid ni dibina pada tahun ni. Mungkin sebab ada PRU tahun ni, mana kita tahukan? Hehe. Apa2pun rasa seronok dan bangga tengok masjid ni tersergam indah di tepi jalan dan tiap kali lalu mesti rasa macam woww ada masjid dah laaaa 😍😍 Moga aku jugak rajin rajin lah nak singgah sembahyang dekat sini nanti haha inshaAllah sama2 lah doakan supaya dapat memeriahkan masjid ni selalu πŸ˜…πŸ˜


Bila dah ada masjid baru ni, aku pun mestilah tak lepaskan peluang untuk mengunjungi nya, bukan? Hehe. Jadinya, berpeluang lah singgah waktu Hari Raya Aidiladha yang baru2 ni. Cantik macam dalam gambar di atas untuk hiasan dalamannya dan juga cantik di bahagian luarannya 😍😍 Moga kebersihan dan keceriaan masjid ni dapat dikekalkan sampai bila2, mana la tahu boleh jadi masjid untuk mengikat ikatan cinta aku nanti? HAHAHA doa aja lah moga ada jodoh yang baik2 untuk aku πŸ˜‚πŸ˜‚

So, rasanya sampai sini dulu entry ringkas untuk malam ni. Sebelum menutup entry, aku sajikan gambar syok sendiri aku berlatarbelakangkan Masjid Ibadurrahman yang baru ini hahaha (jangan ada yang muntah pulak tengok gambar akuuu haha wekk 😜😜). Terimakasih sudi singgah blog usang ini dan baca entry untuk harini. Jumpa lagi di entry lain babai πŸ‘‹πŸ˜˜


Salam sayang,
Alyaa πŸ’“

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 20 Ogos 2018

Food Review: Mila Hana Pulut Kedah | Tikam Batu, Kedah

Assalamualaikum and good morning everyone!

Oh well, nampaknya misi nak update entry harihari ni macam tak kesampaian aja ahaha πŸ˜‚ Lagipun aku tauuu bukan nya ramai pun orang baca blog dah zaman sekarang ni tapi so aku update ajelah bila2 aku nak demi nak menghidupkan dan menceriakan blog ini, gittewww πŸ˜†

So, untuk update kalini aku masih meneruskan entry sesi food review bersama Alyaa, yey πŸ˜™ So far ini jeee mood yang aku ada untuk update entry, jadinya layankan ajalah duluuu lepasni inshaaAllah ada masa aku nak up entry throwback ahaha moga Alya rajinnn 😁

Food review kalini bertempat di Mila Hana Pulut Kedah di Tikam Batu, Kedah. Lokasi dia ni hala nak pi Pantai Merdeka tuu, kedai ni tepi jalan kedai warna kuning panjangg dan besar lah jugak kedai dia, banyak space untuk pelanggan πŸ‘ Parking susah tak? Boleh ja nak parking kereta dekat tepi2 jalan tapi kedai ni juga ada sediakan ruangan parking untuk pelanggan mereka atas sikit dari gerai mereka, kena menapak sikit lah hee

Parking awam ada disediakan atas sikit dari gerai mereka

Aku sebenarnya pun baru je tau kewujudan kedai ni luls sangat tau padahal mak asyik kata viral kedai ni dulu, ahaha almaklumlah sis sibuk di kampus mana nak nengok dah kedai2 viral ni 😌 Dari bulan Ramadhan lagi mak aku asyik sebut nak ajak pi sampailah baru ni akhirnya tercapai hasrat nak bawak aku pi πŸ˜‚ Family aku semua pernah makan dah kat sini masa zaman2 viral dulu tu, kira nak repeat order la ceritanya, aku jaa baru nak merasa dush noob betul rasa uhuk2.

Contoh menu dan harga yang sempat aku ambik haritu.

Bagi aku boleh tahan sedap la dia punya speciality menu, cendol pulut durian, dan juga makan durian sekali dalam satu pakej tu memang the bomb lah aku tengok, tapi aku tak makan punnn la haha aku order yang biashe2 je duluuu 😝 Recommended lah untuk siapa yang nak pi makan dekat sana. Cuba dulu sendiri baru tauu sedap ke idokkk sebab lain orang kannn lain rasa tekaknyaaa ahaha πŸ˜™


Cendol pulut durian. Aku makan yang ini haha SEDAPP πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Cendol pulut mak abah aku order. Memang favourite depa dua dah kalau mai makan sini πŸ˜‚
Cendol biasa. Bagi yang teringin rasa dulu, boleh cuba dulu yang ni, sedapp jaa walaupun cendol biasa πŸ˜‹
Ini pulut durian, maaaf la kalau gambar macam tak menarik kan haha tapi sedappp bolehlah cubaaa πŸ‘

Berbaloi ke tidak makan sini? Bagi aku, berbaloi la jugak dengan harga yang kita bayar dengan apa yang kita dapat. Untuk nak makan santai2, minum petang bolehlah cuba pi makan dekat sini nak lepak2 dengan kawan2 ka sambil membawang tuu haa sesuai lah sini punnn haha. Ramai tak orang? Boleh tahan ramai jugak kalau hujung minggu sebenarnyaaa tapi jangan risauuu la macam aku cakap kedai dia ni besar jugak inshaAllah boleh muat ramai2 hehe πŸ˜†πŸ˜†

So, sampai sini dulu kot reviewww ringkas dari akuuu untuk kalini hahaha. Saja gedik2 nak menaip jugak entry food reviewww ni padahal banyak je planning dalam kepala ni nak buat throwbackkk entryyy. InshaAllah mungkin lepas rasa haji ni aku cuba utk menaip entry2 tersebut hehe.

Jumpa lagi bye !

Salam sayang,
Alyaa πŸ’“

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 14 Ogos 2018

Salam UiTM terakhir...

Assalamualaikum dan selamat pagi !

Hi, bertemu kembali lagi kita pada harinii untuk entry baruuu. Setelah beberapa minggu aku menyepi diri dek kerana kemalasan yang melanda sangat lah meninggi πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Harini gigih sikit lah nak menaip sebab tiba2 teringat "Eh, minggu ni lah result final exam keluar, wahhh", maka terhasil lah entry pada harini, gituuu.

Bagi pelajar2 UiTM seluruh Malaysia sekalian, inshaAllah keputusan peperiksaan akhir sesi Mac-Julai 2018 akan keluar pada 17/8/2018 iaitu pada hari Jumaat ini. Bolehlah mula tenangkan diri dengan menyibukkan diri sendiri dengan buat macam2 kerja (eh macam kata dekat diri sendiri pulak nahh, Alya 😜) Untuk yang taktahu (budak2 UiTM confirmlah tahu dah kannn), SALAM UiTM ni adalah satu email salam@sims.uitm.edu.my yang akan sampai lebih awal sedikit kepada para pelajar untuk mengetahui keputusan peperiksaaan akhir mereka berbanding di student portal. Kiranya macam blast email dari HEA Induk untuk semua pelajar yang berdaftar alamat emailnya lahh. Jujur aku akui, cara ni a lot more better dari nak cek di student portal sebabnya nak akses portal pukul 9 pagi memang jammed sebab ramai yang masuk, almaklumlah pelajar UiTM kan ada berpuluh ribu hahaha πŸ˜™πŸ˜†πŸ˜™ 

Seingat aku, sepanjang 7 tahun belajar ni, baru sekali aku semak keputusan ikut portal, masa sem 2 BPharm sebabnya aku punya email sampai lewat petang lepas result dah keluar dekat portal, luls sangat rasa masa tu haha dah la tengah berprogram waktu keputusan keluar. Untuk pelajar2 tahun akhir seperti aku, Salam UiTM kalini merupakan yang terakhir kalinya sebelum tamat bergraduasi pada tahun hadapan, inshaAllah dengan izinNya. Semoga sama2 kita dapat bergraduasi CLASS OF 2018, amin πŸŽ“πŸŽ“πŸŽ‰ 


Mesti tertanya kan perasaan aku macam mana nak tunggu salam yang terakhir ni? HAHA, perasaan nya biasa2 sajalahhh, tak nebes macam semester2 sebelum ni punn sebab aku dahhh tahu dahh keputusan awal hehe πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ Kalau perasan, entry aku masa penutup bulan Julai haritu aku dah bagitau yang aku dapat tamat belajar kan? Haaa, waktu tu lah kiranya keputusan tidak rasmi dah keluar dari pejabat fakulti aku untuk kami pelajar2 tahun akhir Fakulti Farmasi. Kiranya kami dapat special treatment sikit lah sebab result keluar awal hiks πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹ Tapiiiiiii, nebes nyaaa tu tetap adalah masa aku telefon pejabat fakulti nak tahu status lulus dan tamat ke tak ahaha almaklumlah sem lepas banyak sangat main dan cuti πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ Alhamdulillah, segalanya dah terjawab bila Puan Muzy bagitauuu STATUS: TAMAT πŸ™ŒπŸ™ŒπŸ™Œ

Tiba2 rasa macam sayuuu la pulak bila fikirkan yang ni dah salam UiTM terakhir yang mana menandakan secara rasminyaaa aku dah tamat belajar dari UiTM selepas 7 tahun lamanya. Waahhhh, masih lagi tak percaya ya aku mampu harungi 7 tahun belajar untuk dapatkan ijazah ahhaha πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Alhamdulillah, survived Pharmacy School UiTM πŸ’“πŸ’“πŸ’“ Tips survive pharmacy school? PM tepi lah sembang sini tak best sangat hiks πŸ’¨πŸ’¨πŸ’¨ Jujur kata kan, aku pun tak rasa aku mampu nak hadap sampai habis belajar ni kalau bukan sokongan dan dorongan dari keluarga dan kawan2 dan juga tembakan doa2 dari mereka buat aku untuk nak tengok aku berjaya. I'm barely survived tauu for every semester cuma tak coretkan ja dekat sini masa nak survive tengah2 tahun tu haha mungkin lepas2 ni kalau rasa nak buat satu appreciation post yang panjang dekat blog boleh lah baca sedih medih kisah aku sepanjang belajar (yang berkaitan sajalah haha), inshaAllah moga timbul kerajinan dalam diri aku πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Selama 7 tahun belajar sama dengan 14 semester, aku rasa Salam UiTM did a really great job πŸ‘πŸ‘πŸ‘ Aku memang bergantung harap untuk dapat email saja untuk nak tahu keputusan final exam aku walaupun adalah beberapa semester tu yang emailnya sampai lambat macam sem 2 BPharm yang aku cerita dekat atas tu. Semester 5 BPharm aku tak sabar sangat nak check result sebab nak tahu awal lulus ke tak subjek Pharmacognosy (budak farmasi pasti tahuuu kepayahan subjek ini bagaimana haha πŸ‘…), aku cek result guna link yang disebarkan dari unknown source (sefaham aku diorang macam boleh akses secara haram keputusan tu, boleh bocor awal lagi lah kiranya dari email dan yang penting, lajuu k dah boleh tau result opps). Masih segar dalam ingatan aku waktu tu aku dengan kawan aku tengah praktikal dekat Siang Pharmacy, waktu tengah tunggu nak balik kerja rasanya yang aku dapat link tu terus gigih check waktu tu jugakkkkk punyalah nebes katakan haha, alhamdulillah lepas semuanya, senyum sampai telinga gais masa nak balik dah tu haha (sem 5 was my turning point to be 'excellent' till the last semester acece acah sangat tau πŸ˜•πŸ˜) 

Masa semester 7 pulak, UiTM dah release satu aplikasi baru iaitu UiTM Digital Apps yang mana dekat sini punn result boleh semak lebih awal, tak perlu tunggu dah salam UiTM ni sambil berdebar dan tak boleh tidur malam haha aku letteww. Disamping ituu (fuhh dah macam karangan BM ni), mana2 yang sempat download atau ada aplikas Lumos UiTM pun boleh juga semak dekat situ, cepat juga result keluar sampai nak tercabut jantung bila terskrol result masa sem bila tah aku pernah buat sekali haha kenangan sungguh la bila ingat balik πŸ™ŠπŸ™ŠπŸ™Š

Seronok pulak menaip dalam entry kalini sampai rasanya panjang bebenor dahh hahh aku menaip kalini HAHAHA maaf gais lama tak berkongsi ceritakan lain maciam pulak rasa nak menaip pepanjang ni πŸ’πŸ’πŸ’ Oklah, sebelum aku melalut lagi banyak dan keluar topik harini, lebih baik aku berhenti sampai sini dulu. Kepada semua pelajar UiTM di seluruh Malaysia, semoga berjaya untuk keputusan peperiksaan akhir pada semester yang lalu πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ Semoga keputusan yang dapat  nanti, memberangsangkan dan mengembirakan hati korang. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya sampai target korang dan kalau belum capai target, boleh cuba lagi untuk semester depan, yang penting jangan berhenti mencuba untuk dapat yang terbaik okayyy ! πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹ Sedikit pesanan ikhlas dari hakak, apa yang terbaik untuk kita tak semestinya baik untuk kita dan yang terbaik untuk dia tak semestinya baik untuk kita. Ingat tuuu. Awak dah usaha yang terbaik, ada rezeki inshaAllah setimpal lah hasilnya nanti πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰



Sampai sini dulu untuk kalini. Jumpa lagi di lain entry. Babai !

Salam sayang, 
Alyaa πŸ’“

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 3 Ogos 2018

Food Review: PapaRoger Cafe & Delivery | Seberang Jaya, Pulau Pinang

Assalamualaikum dan selamat petang !

Kembali menaip setelah dua hari haha macam mana lah nak jadi blogger tegar macam dulu kalau dah hari hari malas nak update entry? πŸ˜‚πŸ˜œ Al-maklumlah, masih lagi mood cuti jadinya masih melagha dengan enaknyaaa. Nak kerja pun masih belum ada rezeki gituu, sabar ajalah yang mampuu. 

So, ayuh teruskan dengan entry kalini seperti tajuk di atas iaitu sesi food review yey ! Aku memang suka buat food review tempat yang aku pergi atau makan haha sekurang-kurangnya kalau baca balik dan teringin nak makan, boleh pergi makan (itupun kalau kedai nya masih ada lah hehe). 

Food review kalini adalah di PapaRoger Cafe & Delivery yang terletak di Seberang Jaya berdekatan dengan Pasar Malam Seberang Jaya kalau sesiapa yang tahuu haha. Aku tahu kewujudan kedai ni dah lama la jugak sebab adik aku bagitau bila kami balik dari Sunway Carnival dalam beberapa bulan lepas (tbh, tak ingat tapi dah lama la adik aku bagitau tempat tu). Ingat lagi adik aku tanya sedap ke tak makan ke sana hahaha mana lah aku tahu sebab takpernah try dan baru je tahu kewujudan kedai ni luls teruk nauu.


Jadi macam mana aku boleh tergerak nak pergi makan dekat sini? Haha, gara2 tersalah tengok waktu operasi Rumah Cafe yang tak beroperasi pada hari Isnin πŸ˜‚ Nak pergi makan2 sebab birthday kakak aku sebenarnya. Itu yang terlencong ke sini sebab dah alang2 nak ke Seberang Jaya.

First impressions, OKAY kedai dia. Luas jugak, tepi jalan raya cumanya susah sikit la nak cari parking tambah2 kalau pergi waktu orang ramai/ waktu hujung minggu. First time aku pergi weekdays iaitu hari Isnin, so masa ni parking tak susah pun ada ja dekat dengan kedai dan orang tak ramai pun. Boleh dikatakan tenang la jugak nak makan masa ni, yelah bawak mak abah kan kadang2 tak selesa nak bawak makan tempat2 macam ni. 


Ini sup cendawan sekali dgn roti. Aku order sekali dengan chicken chop dalam satu combo.
In term of makanan dia, aku boleh simpulkan dekat kedai ni dia punya speciality/menu utama dia adalah SHELL OUT. Memang kebanyakan yang pergi makan dekat sini akan makan dia punya shell out. Untuk aku, so far belum merasa lagi haha inshaAllah ada rezeki lepasni bolehlah rasa. Menu menu tambahan yang lain agak terhad bagi aku terutamanya dengan pilihan pasta yang ada. Bagi aku, okay jalah sebab tak gaduh dah nak pilih dan tengok menu2 yang banyak so senang nak pilih haha tapi macam kakak aku contohnya rasa macam tak best sebab tak banyak pilihan. Haa gitulah bergantung pada citarasa masing2 πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹


So, antara menu yang aku dah cuba dekat sana adalah seperti berikut hahaha πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


1) PakMaon Meatball (seingat aku lah namanya). Rasa dia boleh tahan lah hehe

2) Seafood Arabiata Spaghetti. This one SEDAPPP dan memang recommended sangat πŸ‘πŸ‘πŸ‘

3) Dory Cheese Crispy (ni pun ingat2 lupa dah nama dia haha). Untuk yang suka ikan, bolehlah cuba menu ni. Sedap dan isi ikannya lembut πŸ‘

4) Chicken Ham Spaghetti. Ini pun boleh tahan sedap. Cumanya dia terlalu banyak limpahan kuah seperti dalam gambar itulah. Sesetengah orang tak suka sikit tapi bagi aku okeylah kalau nak rasa sekali dua tu, kerap2 muak jugak hahaha

Chicken Chop Crispy. Recommended πŸ‘πŸ‘ Sedapp lahh haha boleh cuba kalau pergi sana.

Ada satu lagi aku makan which is Tortilla Sandwich. Sedappp untuk yang nak makan benda yang ringan2 saja 😁😁Overall, makanan dia memang sedap πŸ‘ŒπŸ‘πŸ‘ Dari komen2 yang aku baca mengenai shell out dia pun, memang sedap, so inshaAllah kalau ada rezeki lepasni nak cuba shellout dia pulak hehe πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Kedai ni dah boleh masuk list kedai favourite keluarga aku sebab mak abah aku suka nau spaghetti seafood tuu sebab sedap haha. Susah tau mak abah aku nak suka makanan western ni so tahu dahlah nak makan mana nanti kalau teringin lagi nak makan western ataupun shell out 😜😜😜

Ramai tak orang makan dekat sini? Kalau pergi hujung minggu iya memang ramai gila orang. Kalau nasib tak baik, waktu hujan dan orang ramai, memang takdapat tempat la. Pergi hari bekerja (weekdays) inshaAllah orang tak ramai la haha πŸ˜…πŸ˜†πŸ˜† So sampai sini dululah simple food review dari akuu tentang western food di Paparoger Cafe & Delivery. InshaAllah lepasni kalau aku dapat rasa shell out di sana, aku update entry lain ya hahaha πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Jumpa lagi di entry lain, bye !

Salam sayang,
Alyaa πŸ’“

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 30 Julai 2018

Tamat Belajar...

Assalamualaikum dan selamat malam semua

Yahooooo i'm backkk !!! Hahaha alhamdulillah kembali menaip di blog tercinta ni setelah sekian lamaaaaaa ditinggalkannnn hiks 😝😝😝 Rindunyaaaa rasa nak menaip panjang panjang di blog ni, berkongsi kisah suka duka diriku acece gitteww. Dulu rancangnya nak menaip aktiviti sepanjang aku belajar di semester akhir degree kannn, tapi itulah hanya mampu merancang, ada benda yang terjadi makanya haruslah diletakkan tepi blog ini buat seketika. InshaAllah, dengan izinNya lepasni rajiinlah update blog sebab aku dah mula bercuti panjanggg hehe πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹ Doakan aku rajin menaip lagi banyak entry dekat sini ya ! Amin

So, entry kalini aku sajalah nak update bahawasanyaaaaaa aku dah tamat belajar secara tidak rasminyaaaa dengan Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) yey πŸŽ“πŸŽ“πŸ˜ Alhamdulillah, keputusan peperiksaan utk semester terakhir aku baru ni dah pun keluar. Keputusan ni keputusan tak rasmi yang dikeluarkan oleh fakulti aku khusus untuk pelajar tahun akhir sahaja. Keputusan rasmi seluruh UiTM inshaAllah akan dikeluarkan pada 17 Ogos 2018 ni. Keputusan semester ni jatuh sedikit dari semester lepas, tapi apa2 pun aku bersyukur semuanya LULUS dan status TAMAT belajar akhirnya keluar πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰ Aku akui semester ni aku banyak lagha dan tak fokus dan selalu balik Penang haha biasalah keluarga lagi penting dari segalanya gituu. 

Last paper struggle is real πŸ˜‚
Apa perancangan lepas belajar? InshaAllah jika ada rezeki, aku nak kerja part time dulu sebagai pembantu farmasi, itupun kalau ada kekosongan lah haha kalau tak tengoklah kerja apa lagi yang sesuai sementara tunggu panggilan kerja. Sekarang pun tengah giat mencari kerja cuma belum rezeki aja lah haha jeles sikit la kekadang tengok rakan2 yang lain murah betul rezeki dapat kerja πŸ˜…πŸ˜… Tapi iyalah, rezeki lain2 kan, lambat sikit mana tahuuu haha doakan moga dapatlah ya kerja part time taklah lama sangat menganggur nya poket tipis teruk dah niii πŸ’€πŸ’€ Dan doakan lah juga agar dapat placement PRP cepat sikit bolehlah kumpul duit nak bawak mak abah pi konvokesyen tahun depan haha berangan habis yaaa. Takpa, berangan tuuu percuma takyah bayaq hiks 😁😁😁 

Study group yang terakhir πŸ’¦
Tempat yang selalu dikunjungi, PTAR Palam πŸ’“

Jadinya sebelum dapat kerja kat mana2 ni, aku cubalah isi masa yang ada sebaiknya termasuklah update blog tercinta ni dengan kisah2 throwback supaya nanti bila stress PRP dapat lah belek balik blog ni baca kisah betapa seronoknya zaman belajar kemudian menyesal sebab dah habis belajar eh tiberr hahaha. Okaylah sebelum lagi banyak aku melalut tak tentu hala dalam entry ni, baiklah aku mengundur diri duluu, inshaAllah next entry menyusul esoknya 😚😚😚

Kesayangan saya πŸ’‹
Jumpa lagi di lain entry bye !

Salam sayang,
Alyaa πŸ’“

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 12 Jun 2018

Ramadhan..

Assalamualaikum dan selamat pagi !

Alhamdulillah akhirnyaaaaaaaaa aku kembali menaipppp entry baruuuu πŸ™†πŸ™†πŸ™† Hahaha, setelah sekian lama menghilangkan diri akibat kesibukan yang melanda diri. Al-maklumlah dah jadi pelajar tahun akhir ni memang lah lain macam sikit sibuknya eh hahaha 😜😜😜 Yang sebenarnya bukan lah senantiasa aku sibuk tapi bila kesibukan melanda memang tak menang tangan sungguh, last2 aku abaikan saja lah blog tercinta tempat aku meluahkan perasaan ini HAHAHA. Walaupun dah takda orang pun sebenarnya nak baca blog ni sebab yalaahhhh dah 2018 kannn, siapa aja lagi yang masih baca blog?!? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

So, berbalik kepada tajuk, sekarang ni kan bulan Ramadhan, dah masuk 10 malam yang terakhir dah pun hah. Di saat aku menaip ni pun dah kira masuk malam 27 Ramadhan. Sekejap sungguh rasa Ramadhan kalini berlalu. Alhamdulillah, aku seronok sangat Ramadhan kalini sebab dapat luangkan masa yang banyak dengan keluarga, dapat berbuka puasa dengan keluarga, pergi terawih, dan buat qiamullail hujung2 Ramadhan ni 😍😍😍 Susah tau nak dapat peluang macam ni bila jadi anak perantau ni hehe. Hargailah masa yang ada di rumah kalau korang semua ada peluang berbuat demikian πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡


Oh ya, sebab dah jadi pelajar tahun akhir kan, mestilah jadual lain sikit dari junior2 hehe. Haritu lepas hospital attachment masa week 12 terus cuti midsem. Iya, UiTM punya cuti midsem lambat gilaaa semester ni berbanding universiti lain, hahaha bertabah ajalah 3 bulan straight tanpa cuti. Lepastu naik week 13 which is minggu lepas la kiranya, aku pulang ke Puncak Alam 3 hari untuk settlekan beberapa urusan, kemudian terus pulang ke rumah semula sampai raya. InshaAllah, peperiksaan akhir aku akan bermula bulan Julai nanti, doakan aku dapat jawab dan lulus dengan jayanya ya ! Hehe πŸ’“πŸ’“πŸ’“

Okayyyyy, aku dah melalut ke lain dahhh ni, niat nya cuma nak update pasal 10 malam terakhir Ramadhan aja, hehe. Sebelum aku menutup entry kalini, ayuhlah kita tengok antara amalan sunnah yang boleh dilakukan di malam2 terakhir bulan Ramadhan ini 😊😊




Sampai sini dulu untuk entry kalini. Doakan juga aku lebih rajin untuk menaip entry di sini supaya kelak bila rinduuu aku boleh bukak balik blog ni dan baca semua kenangan2 aku yang pernah aku lalui hehe. Terimakasih sudi baca entry untuk kalini (kalau masih ada pembaca la opps), jumpa lagi di lain entry 😎😎😎

Salam sayang, 
Alyaa πŸ’“πŸ˜˜

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 15 Mac 2018

Semester 8 Degree Farmasi yaww !

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Wehuuuuu, akhirnya setelah masuk minggu ketiga bulan Mac ni barulah ada semangat nak mula menaip balik hahaha. Itu pun setelah sepuluh juta kali fikir patut ke tak up entry lagi dekat blog sebab sekarang ni mood semuanya sangat lah malas. Haha, rasa nak baring atas katil hari hari selagi boleh πŸ˜‹ 

So, tajuk kalini pun dah terang lagi bersuluh kan. Hehe, alhamdulillah selamat dah daftar semester baru dan semester terakhir di UiTM Puncak Alam ni pada 4hb Mac 2018 yang lalu gituu. Rasa macam tak percaya dah masuk semester 8, semester terakhir di sini sebagai seorang pelajar, semester terakhir sebagai mahasiswa UiTM di Fakulti Farmasi, fuhh siapa sangka kan haha. 7 tahun perjalanan sebagai seorang pelajar farmasi akan berakhir tak lama lagi, oh saya tidak boleh bayangkan bagaimana jadinya nanti 😱 Jadinya, entry entry yang akan naik dalam blog aku semestinya lah aku berkisar tentang kehidupan aku sebagai seorang pelajar hiks. InshaAllah kalau aku rajin terlebih, ada lah entry2 lain yang berinformasi gituu, sama2 lah kita doakan ya 😜

Best ka bila dah masuk tahun akhir ni? Haaa, setakat ni masih baik2 saja lagi, almaklumlah masih baru masuk sem lagi kan, masih belum sibuk dengan aktiviti2 dan tugasan2 yang ada. Apa2pun, semester ni aku suka dengan jadual nya hehehe, sebab kelas tetiap hari sampai pukul 12pm saja maximum kalau tiada tutorial/pembentangan case 😝 Hari Khamis pula, iaitu seperti harini, langsung takdak kelas okayyy?! Ohhh, syukur pada Allah, dapatlah juga rasa ketenangan semester akhir ni haha poyo sikit lah πŸ™ˆ Tapi itulah, bila free sangat ni, sampai satu masa rasa bosan jugak terutamanya kalau asyik duduk dalam bilik ja sobs. Poket belum tebal lagi gais, doakan tak lama lagi poket aku tebal sikit k πŸ˜‡

Poket belum tebal gais, ni orang belanja haritu HAHA banyak masa sangatkan, keluarlah pergi makan sedap 😈
Dannn sekarang ni yang rasa serabutkan kepala aku, adakah aku patut study awal supaya tak terkapai kapai di hujung semester ni? πŸ˜… Bukanlah nak kata aku ni skema habis, asyik baca bukuu ja, tidak tidak haha tapi sebab memikirkan nanti kami bakal duduki peperiksaan akhir semester lepas menyambut Hari Raya Aidilfitri terus rasa macam tak semangat HAHA. Walaupun kalau ikutkan ni dah nak masuk kali ke 3 final exam lepas raya, mungkin sebab dah final semester kan, perasaan tu macam lain sikit, haaa gitu πŸ˜• Konklusinya, tengok kalau lepas lepasni aku rajin sikit, aku bukaklah nota sikit tengok apa yang patut, biasalah kurang cerdik macam aku ni kenalah bertindak awal sikit dari orang lain huu doakan aku jadi bijak sikit okayy dah final semester ni HAHAHA 😎

Aku dah tak tahu nak taip pasal aku jadinyaaaa sampai sini dulu entry kalini. Maaf lah kalau macam membosankan sedikit HAHAHA. Panjang panjang pun bukan ada orang baca sis, true af  πŸ™Š Harapan aku untuk semester terakhir ni semoga semuanya baik2 saja, dari segi melibatkan diri serta bersosial bersama rakan2 satu batch serta juga dari segi akademik nya hehehe. Dan semester last ni kena jaga sungguh CGPA last ni kalau tak menangis lahh diri sendiri huu 😩 Semoga seorang Alyaa mampu habiskan Degree Farmasi nya dengan jayanya inshaAllah amin πŸ™



Jumpa lagi di lain entry ! 😘 Ohhh sebelum tu, tahniah pada semua calon2 SPM 2017 atas keputusan SPM yang diumumkan pada harini. Apapun keputusan, terima dengan hati yang terbuka ya ! Ada hikmahnya tu kenapa Allah bagi banyak tu pada kita, setimpal dengan usaha kita πŸ˜‰

Bye! 

Alyaa Ibrahim

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 28 Februari 2018

Latihan Sangkutan Komuniti dan Industri UiTM Farmasi Bhg 2 (Community and Industry Attachment UiTM Pharmacy) Part 2

Assalamualaikum dan selamat pagi semuaaaa ~

Bertemu lagi kita dalam entry yang baruu yey alhamdulillah masih lagi gigih menaip di sini untuk tatapan di masa hadapan πŸ˜€Jadi, dalam entry kalini aku akan buat sambungan sikit lagi dari entry yang lepas iaitu mengenai Latihan Sangkutan Komuniti dan Industri akuu yang dah selamat dijalankan pada tahun lepas (2017).

Okay, untuk Latihan Sangkutan Industri juga kami diberi pilihan untuk pilih mana2 saja company yang bersesuaian dengan kursus kami, atau dalam erti kata lain; kami perlu ber latihan sangkutan di syarikat/kilang farmaseutikal (pharmaceutical company) sebolehnyaa lah. Sebab tujuan latihan sangkutan industri ni adalah nak dedahkan kami, para pelajar farmasi terhadap dunia pembuatan uba-ubatan di kilang-kilang di Malaysia ni. Supaya kami boleh tahu dengan lebih jelas dan lihat sendiri segala proses dan gerak kerja di kilang sebabnya secara teorinya kami dah belajar dalam subjek Pharmaceutical Industry sewaktu di semester 6 (latihan sangkutan diadakan pada waktu cuti semester 6). 

Namun begitu, kelonggaran diberikan kepada kami sekiranya tak dapat buat latihan sangkutan di sektor farmaseutikal, ialah kan dalam Malaysia ni berapa saja farmaseutikal yang ada, lepastu tak cukup nak menampung jumlah kami yang ramai ni. Belum termasuk ada syarikat yang taknak terima pelajar untuk berlatihan sangkutan di syarikat mereka atas sebab2 tertentu. Jadinya, kami boleh cari mana2 kilang yang ada yang terlibat dengan Good Manufacturing Practice (GMP) macam kilang buat produk herba, tradisional kampung, kosmetik dan lain-lain lagi. 

Okayyy, dipendekkan cerita, aku sendiri telah memilih Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang sebagai tempat untuk aku ber latihan sangkutan selama 6 minggu. Itupun setelah beberapa usaha dilakukan untuk dapat dekat tempat lain, tapi tiada rezeki maka menapak lah aku ke sini. Jujurnya, aku rasa aku buat keputusan yang sangat tepat haha. Pengalaman yang aku dapat dekat sini sangatlah berharga dan tak ternilai. Pengalaman dan ilmu yang dapat dekat sini sebenarnya lebih kepada clinical dan bukan industri (pembuatan) sebab fokus utama penubuhan IPPT ni pun sebenarnya sebagai Clinical Research Centre (CTC). Tempat ni ibarat macam mini hospital, haaa gituu cuma ward ada satu ja dengan jumlah katil lebih kurang 20 buah katil. 

(Ehsan: Google)
Selama 6 minggu berlatihan sangkutan di sini, aku belajar banyak benda, dan juga terokai benda baru dalam bidang Farmasi ni, iaitu Farmasi Nuklear (Nuclear Pharmacy). Tak silap aku, IPPT ni adalah institusi kedua yang menawarkan rawatan farmasi nuklear ni selepas Institut Kanser Negara (IKN). Salah satu cabang farmasi yang menarik minat aku walaupun laluan nak menjadi seorang nuclear pharmacist tu bukanlah semudah yang disangka HAHA. InshaAllah ada rezeki di masa depan, bolehlah ceburkan diri dalam bidang ni inshaAllah dengan izinNya hehe. Okay, mesti tertanya aku buat apa dekat sini kan? 😎 Lepas lapor diri di Pusat Penyelidikan Haiwan (Animal Research Centre), aku dan tiga lagi kawan aku terus bergerak ke Pusat Penyelidikan Klinikal (Clinical Research Centre) di bangunan hadapan IPPT, macam yang boleh nampak dalam gambar tu, itu bangunan CRC, bangunan ARC di belakangnya jauh sikit dari CRC. 

Sewaktu berada di unit Farmasi Nuklear berkesempatan berjumpa bersama pesakit bersama pegawai, En Ikhwan
En Iskandar adalah pegawai farmasi yang bertanggungjawab menjaga kami sepanjang kami ber latihan sangkutan dekat sini. Baik orang nya HAHA. Disebabkan tadi dekat atas aku dah bagitau yang IPPT ni lebih kurang mini hospital kan, jadi unit yang ada pun lebih kurang macam persekitaran hospital, ada Unit Stor, Unit Farmasi Bekalan Wad, Unit Farmasi Bekalan Luar (Farmasi Satelit), Unit Farmasi Nuklear dan juga Unit Farmasi Onkologi. Kami diberikan jadual dan melalui setiap unit farmasi yang ada selama 5 hari kecuali Unit Farmasi Nuklear yang mana bila ada kes baru kami dipanggil pergi. Apa yang best dekat sini? Jujurnyaaa, staff dekat sini semua bebaik, staff nurse yang aku jumpa pun baikk, tegur ramah ja dekat surau hehe, cumanya biasalah bila jadi pelajar berlatihan sangkutan dekat sini, tugas yang dapat dilakukan pun taklah banyak sangat di unit2 yang kecil macam unit farmasi bekalan wad, almaklumlah tadi kan dah kata, ada pun satu wad yang bilangan katil pun hanya 20 hehe πŸ˜‹ Tetapi di unit macam unit Stor seronok sebab selalu ada makan2 hiks dan juga bila ada indent tu boleh banyak belajar pasal item bukan ubat contohnya drip line, jarum yang ada banyak gauge tu, dan banyak lagi lah nak senarai memang banyak hihi. Di unit Farmasi Satelit pun best sebab dapat bergaul dengan ubat2, acece macam mengimbau zaman2 praktikal diploma dan waktu di OPD Hospital Putrajaya (kalau rajin nanti aku update pasal Hospital Putrajaya k) πŸ˜† 

Hari terakhir kami di IPPT bersama staff Unit Stor, Abg Izzat dan Kak Yati 😘
Dann unit yang paling berdebar nak masuk tapi menyeronokkan adalah di unit Farmasi Onkologi. Hahaha, berdebarnya sebab dengar kawan-kawan yang sebelumnya cerita pasal kena masuk bilik bersih (clean room) untuk buat preparation untuk ubat kemoterapi. Kena buat sendiri hokayyy dengan pemantaun staff dalam bilik tuuu. Alhamdulillah, satu pengalaman baru jugak bagi aku. Dulu masa praktikal diploma, aku dah pernah bantu buat sebenarnya, cuma dah lama tak berapa ingat sangat dan sebelum ni ada orang akan hulur tangan untuk bantu, tapi masa kalini memang sensorang ja buat dengan tangan sendiri saja yang boleh lolos sarung tangan isolator tu HAHA. Memula tu rasa nak menangis jugak la sebab skill memang serius ke laut terus, tapi lama2 rasa seronok bila buat dan kalau boleh nak buat lagi hari2. Over nauuu 😜 Semoga di masa depan adalah rezeki jadi oncologist pharmacist acece gituu HAHAHA inshaAllah sama2 kita doakan amin πŸ™

Masa dekat bilik persalinan (changing room)

Ada lah juga gambar sekeping sebagai kenangan hehe πŸ˜‡
So, apa lagi nak cerita ya? Rasanya macam dah banyakk dan panjang jaa entry kalini HAHA. Bukan selalu rajin buat entry panjang2 gini, tak gitu 😝 Apa2pun, alhamdulillah aku bersyukur sangat sebab module/silibus Farmasi UiTM ni buat latihan sangkutan ni untuk kami sebagai pelajar. Memang lah bila dapat tahu akan ada latihan sangkutan waktu cuti semester rasa macam berat sangat, maklumlah pelajar lain bercuti kami kena pula berlatihan sangkutan AHAHA. Tapi bila dengar cerita dari rakan2 baru dari USM, UKM masa dekat IPPT ni, rasa bersyukur sangat sekurang2nya kami dapat lalui latihan sangkutan aka praktikal ni di dua tempat yang berbeza selain dari hospital. Tapi, yalah belajar degree farmasi ni di mana2 pun okay, semua silibus ada pro and cons yang tersendiri, sebagai pelajar ambik mana yang baik sajalah, yang tak baik letaklah tepii πŸ˜„

Farmasi UiTM X Farmasi UKM bersama pegawai farmasi, Puan Nora dan kakak2 PPF yang sporting habis; Kak Aishah, Kak Nad dan Kak Syima
Sewaktu pensyarah melawat ke IPPT. Bersama En Ikhwan dan Dr Mizaton 😚
Baiklahhh, rasanya sampai sini duluuu penutup untuk entry kalini dan juga untuk bulan Februari ni.  InshaAllah, kalau rajin lagi lepasni, aku update lagi. Walaupun tiada orang yang nak baca, kurang2 nanti masa kerja kalau aku bosan2, bolehlah baca blog ni balik hehe πŸ˜‹ Sekian saja dari akuu untuk perkongsian cerita kalini, jumpa lagi di lain entry, bye ! 😘

Alyaa Ibrahim

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 24 Februari 2018

Latihan Sangkutan Komuniti dan Industri UiTM Farmasi (Community and Industry Attachment UiTM Pharmacy)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua !

Wehuuu ~ Alyaa kembalii lagi setelah 10 hari menghilang tak update blog. Haha, macam mana lah nak capai azam 2018 untuk menjadi seorang penulis blog yang tegar πŸ˜‹ Ok, secara ringkas nya, ada beberapa perkara yang berlaku dalam tempoh 10 hari ni sampai buatkan aku hilang mood, minat, semangat dan kekuatan. Bunyi macam poyo sikit lah, tapi ini memang serius sobs, nampak benda yang berlaku macam kecil di mata orang lain tapi di mata aku sangatlah besar kesannya. InshaAllah ada kekuatan nanti aku taiplah dekat sini nak berkongsi walaupun aku confirm bakal kena gelak dengan kawan2 aku yang baca blog ni HAHA πŸ˜‚

Alright, basically tujuan entry kalini bukanlah nak cerita apa yang berlaku dalam tempoh 10 hari lepas. Cumanya, aku nak update sikit mengenai Latihan Sangkutan Komuniti dan Industri (Community and Industrial Attachment) yang dah selesai aku laluinya tahun lepas (2017). Dah lama sebenarnya terlintas nak update pasal benda ni tapi itulah asyik bertangguh saja kan πŸ˜… Ini pun gigih jugak nak menaip sebab FB buat throwback last day community attachment tahun lepas dan alang2 junior aku pun, batch Rx14 dah selamat selesaikan attachment mereka kalini, jadi aku pun sesaja nak menaip dekat sini.

Sebelum aku mulakan, maafkan aku andai kata ada bahasa rojak dalam entry kalini. Aku cuba sehabis baik untuk tak campur adukan bahasa, aku cuba okay haha kalau tak mampu capai tahap yang diharapkan, maafkan dakuu 😨 

Baiklah, aku mulakan dulu dengan Latihan Sangkutan Komuniti. Latihan Sangkutan Komuniti ni tujuannya nak dedahkan para pelajar kursus farmasi terhadap cara kerja sebenar di farmasi komuniti (retail pharmacy) atau dalam bahasa mudahnya di kedai-kedai farmasi yang kita selalu nampak dekat signboard kedai XXX Pharmacy, haaa gitulah. Tempoh diberi selama sebulan (4 minggu) dan tempat pilihan untuk latihan sangkutan komuniti ni boleh pilih dimana yang pelajar nak, samada dekat atau jauh dari rumah. Untuk aku, semestinya aku pilih yang dekat di rumah, atas beberapa faktor lah terutamanya nak selalu ada dengan family aku incase ada apa2 yang berlaku kan, acece padahal malas nak sesusah duduk jejauh 😝 Aku pilih untuk ber latihan sangkutan di Siang Pharmacy cawangan Kepala Batas. Dekat sangat dengan rumah aku tapi takdalah dekat sampai jalan kaki tu taklah, masih kena memandu ke sanaa HAHA πŸ™ˆ 

Alhamdulillah, banyak pengalaman dapat masa dekat sini, dari buat housekeeping sampai bagi ubat dekat pesakit. Cabaran yang paling ketara bila berada di farmasi komuniti ni adalah kemahiran berkomunikasi (communication skill) terutamanya dalam menterjemah medical term/jargon kepada layman terms (bahasa yang mudah difahami) kepada pelanggan/pesakit. Jujurnya, aku tabik kepada farmasis (pharmacist) yang menceburi bidang komuniti farmasi ni. Sangat mencabar bagi aku dan tak semua orang mampu buat. Sebulan aku di sana, macam2 ragam yang aku jumpa dan tengok, kekadang terhibur sendiri bila teringat balik HAHAHA πŸ™†

Antara salah satu lagi cabaran sebagai ahli farmasi di farmasi komuniti.
Tengok gambar atas ni pun aku rasa nak tergelak haha sebab teringat kalau di farmasi komuniti selalu sangat lah ada pesakit/pelanggan yang akan cari ubat tapi bagi hint macam " Ala, ubat bulat2 tu warna putih, pakcik lupa nama ubat, tapi pakcik ingat kotak dia, rupa ubat dia" Nahhhh, itulah antara lagi cabarannya sebagai farmasis di farmasi komuniti yang aku belajar masa sebulan tuu. Kalau pakcik gini bertuah, dapatlah dikenalpasti oleh farmasis yang berada di situ, kalau tak dukacitanya kebanyakannya tak berani nak jual sebab takut risiko tersalah bagi ubat. Besar kesannya tau kalau farmasis di farmasi komuniti ni tersalah jual ubat dekat pesakit/pelanggan, jadi jalan selamat untuk tak jual dan minta pesakit/pelanggan untuk datang semula dengan nama ubat yang betul ataupun bawak bekas ubat/strip ubat yang dah habis tu. 

Jadi harapnya kalau ada sesiapa yang terlintas membaca entry aku ni, silalah ya, bawa bersama dengan anda nama ubat yang anda makan dan juga kekuatan ubat tu sebab ada ubat yang ada dua kekuatan; macam contoh Atenolol 50mg dan Atenolol 100mg. Lagi baik, bawak terus bekas/strip ubat (macam dalam gambar) yang ada details mengenai nama ubat dan sebagainya tu, alternatifnya kalau taknak, boleh snap gambar simpan dalam galeri gambar atau email, lagi memudahkan. Sekarang kan zaman teknologi, kenalah gunakan sebaiknya hehehe 😊 Cara ni lagi berguna daripada hafal bentuk/warna ubat sebab kadangkala bentuk/warna ubat ni boleh berubah tetapi bahan aktif (active ingredients) yang sama. Jangan lupa tauuu pesanan ni tiap kali nak pergi beli ubat dekat farmasi komuniti tu hehe demi kebaikan semua orang yang terlibat, gituuu πŸ™

Di hari terakhir komuniti farmasi 😍
Gambar atas ni, adalah di hari terakhir kami berdua di Siang Pharmacy Kepala Batas 😎 Oh lupa nak bagitau atas tadi, aku ber latihan sangkutan berdua bersama dengan kawan aku, Farhan. Nasib baik lah dia ada, taklah rasa bosan sangat sebab boleh sembang2. HAHAHA, nak main handphone macam tak berapa sesuai sebab ada CCTV yang memerhati gitu. Lagipun rasa tak best lah kan, pergi ber latihan sangkutan ni bawak nama UiTM, mesti kena jaga bebaik tak boleh nak redah saja nanti kesan nya pada junior2 akan datang kalau senior2 sekalian buat perangai. Lebih kurang gitu lah pesanan yang kami dapat dari Puan Ezlina sebelum memulakan latihan sangkutan ni hehe. Oh lagi satu, Mr Ng (tengah) sekarang dah tak kerja di cawangan Kepala Batas ni, dengar cerita haritu masa pergi singgah farmasi, katanya dah pindah ke HQ di Jawi. Sekarang ada farmasis baru di sini.

Salah satu benda baru yang kami pelajari dari Siang Pharmacy ni adalah mengenai supplement (makanan tambahan). Serius, dekat sini banyakkk sangat supplement yang dijual dan semestinya lah boleh dipercayai hehe sebab dalam kategori 'drugstore' kann. InshaAllah, supplement/ vitamin yang dibeli di mana2 farmasi komuniti adalah dijamin selamat. Untuk warga Kepala Batas, Pulau Pinang, aku bolehlah nak rekemenkan Siang Pharmacy ni kalau ada rasa nak beli apa2 supplement/vitamin, cuma itulah kena sediakan duit lahh kan haha. Almaklumlah bila pilihan dah banyak ni, kenalah pilih yang kena dengan poket kita kannn, tak gituu?! 😹

Hari terakhir bersama staff Siang Pharmacy 😘 Terimakasih banyak bantu dan ajar kami 😊
Soooooo, patutkah aku sambung dalam entry ni jugak mengenai latihan sangkutan industri? Sebabbb tetiba aku rasa dalam entry ni dahhh panjang sangat aku membebel dan menaip pasal latihan sangkutan komuniti ni. Ingat nak menaip pendek2 saja, tapi rasa macam dah terpanjang pula, itulah bak kata orang, 'kita hanya mampu merancang' HAHA. Jadinyaaa, setelah difikirkan selama beberapa minit, untuk latihan sangkutan industri punya bahagian, aku akan sambung di entry yang seterusnya pulak, kang jadi panjang berjela sangat hah kalau nak sumbat juga dalam entry kalini hehe 😜 InshaAllah, bahagian kedua perkongsian kalini akan bersambung dalam masa terdekat, jangan risau mood rajin nak menaip tu masa ada. Akan aku gunakan sebaiknya mood ni untuk menaip apa benda yang terlintas di fikiran untuk aku luahkan acece gitu sekali.

Baiklah, sampai sini duluuu untuk perkongsian kalini, terimakasih sudi baca bebelan panjang akuuu dalam entry ni, jumpa lagi di Latihan Sangkutan Komuniti dan Industri Bahagian 2 di entry yang seterusnyaaaaa ! 😘😘😘 

Alyaa Ibrahim 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 14 Februari 2018

Peperiksaan Kelayakan Mengamal Farmasi..

Assalamualaikum dan selamat pagi !

Hai, bertemu lagi kita sekali lagi. Hehe. Tiba2 terasa macam ada benda nak berkongsi dekat sini harini. Seperti tajuk di atas, aku nak berkongsi cerita pasal Peperiksaan Kelayakan untuk Mengamal Farmasi yang aku dah duduki pada 8 November 2017 yang lalu. Haha, untuk mereka yang bergelar pelajar jurusan farmasi macam aku mesti faham pasal peperiksaan ni kan betapa peritnya persediaan demi satu exam yang berdurasi 3.5 jam :')

Ok, sebenarnya peperiksaan kelayakan ni PENTING untuk aku dan mereka yang bergelar pelajar farmasi ni sebab Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) dan tetapkan syarat untuk lulus peperiksaan kelayakan ni sebagai salah satu syarat untuk mendaftar Provisionally Registered Pharmacist (PRP) / Fully Registered Pharmacist (FRP). Ringkasnya, kalau tak lulus peperiksaan ni, tak boleh nak mohon untuk PRP langsung. Tak boleh mohon PRP, tak boleh la nak train jadi pharmacist, tak boleh la nak ada license dan tak laku lah degree kami, haaa lebih kurang gitulah analoginya. Haha

5 buku yang penting untuk peperiksaan kelayakan mengamal farmasi aka forensik exam :)

Jadinya, sebab aku dah masuk tahun akhir kan, kenalah ambik peperiksaan ni, lagi awal ambik lagi bagus sebab kalau gagal boleh terus repeat terus. Kalau diikutkan, mula dari tahun tiga lagi dah boleh mula ambil, tapi di UiTM tahun tiga adalah tahun yang agak sengsara sebab kami buat final year project (FYP) kami pada waktu tu. Jadi, waktu yang sebaiknya adalah sewaktu di semester 7 ni lah. Dan kebetulan juga, di semester 7 ni kami ada belajar subject Ethics and Legislative Pharmacy yang mana format dia memang sebiji sama dengan yang dijalankan oleh LFM. Jadi untuk subjek ni, memang kami ada kelas tutorial khas yang ajar kami terus cara untuk tackle soalan dan teknik study yang betul untuk ambil peperiksaan ni. 

Jujurnya, bagi aku kelas yang dibuat ni sangatlah berguna dan membantu untuk buat kami lulus dalam percubaan pertama :) Terimakasih Fakulti Farmasi UiTM sebab jemput En Azman dan Mr Robin untuk ajar kami bagi subjek ni dan juga Prof ABAM serta Dr Faiz. Percayalah, dalam setiap kelas ni ada benda2 baru yang kita akan belajar. Cuma mula2 tu rasa macam kekok sikit la sebab tak biasa dengan semua buku rujukan yang ada kan HAHA. Ingat lagi masa kelas pertama dengan En Azman, semua terkapai kapai taktahu nak cara kat mana jawapan dalam buku Poison Act dengan DDA tu termasuklah akuu :P

Macam mana FORMAT forensik exam ni? Okey, bermula November 2016 (kalau tak silap aku la), LFM dah tukar format baru untuk forensik exam. Dengar kata nanti akan ada format lain lagi taktahu lah LFM nak ubah macam mana pulak. InshaAllah, apa2 nanti aku akan update balik dekat entry ni ya :) So far, format dia lebih kurang macam dalam gambar dekat bawah ni: 

Format baru (Boleh dirujuk di laman web Lembaga Farmasi Malaysia)

Format baru dari LFM bermula November 2016 (Sumber: Google)

Alhamdulillah, result forensik exam ni keluar sebulan lepas tu iaitu pada 8 Disember 2017. Pagi tu memang tak tenang lah hati ni nak tahu lulus ke gagal haha satu batch menunggu pukul 9 pagi sebab nak semak result dekat laman web LFM. Sekali, tahu apa jadi? Rupanya LFM dah tak keluarkan lagi result forensik dekat laman web diorang. LFM akan hantar result ke fakulti dan semakan boleh di buat di pejabat. Nak dijadikan cerita pula, 8hb tu adalah hari Jumaat dan fakulti ada buat program petang Jumaat tu. So, nak taknak kena turun petang tu semata nak tengok result forensik ni haha, pandai tau En Iqbal kenakan kami semua sebab malas nak angkat call dekat pejabat HAHAHA, sabar jelah tauuu.

Setelah satu fasa hati yang bergolak gempita nak tunggu pukul 2.30 petang tu, akhirnya dapat lah result. Alhamdulillah, aku LULUS :') Perasaan masa tu rasa macam nak menangis, sebak semua ada haha tapi tahanlah sebab nak masuk dewan dengan ceramah kan :P Rasa segala pengorbanan tak cukup tidur, pergi kelas En Azman selama 4 jam untuk dua hari (hujung minggu), habiskan masa bersama semua buku2 dan soalan2 tahun2 lepas termasuk mengorbankan masa untuk tak study untuk test 1 sekitar waktu tu, berbaloi sangat2 hehe :) Syukur, rezeki dari Allah. Peratusan lulus untuk calon dari UiTM pun agak tinggi (bagi aku la haha) dalam sekitar 76%. Seronok berganda sebab rakan2 yang lain pun sama2 jugak lulus dengan sekali percubaan ni. Memang ituuu aim kami semua bila Dr Faiz bercerita waktu kelas pertama duluu hahaha. 

Ni sebenarnya waktu nak prepare for Ethics paper yang formatnya lebih kurang forensik exam macam aku cerita kat atas tu. 
Namun begitu, ada juga la beberapa kawan aku yang aku kenal yang tak lepas kali pertama ni. Bagi aku, its okay je kalau tak lepas sebab masih boleh mengulang selagi belum habis belajar. Lagipun, exam ni diadakan 3 kali dalam setahun. Pada pendapat aku, exam forensik ni yang penting adalah teknik yang menjawab dengan betul. Bila kena dengan caranya, inshaAllah boleh lulus dengan izinNYA. Yang penting juga, jangan putus asa, percaya pada rezeki Allah dah tetapkan dan jangan berhenti berusaha, dan percaya pada janji Allah. Aku doakan kawan2 aku yang bakal mengulang pada 7 Mac 2018 nanti semuanya akan lulus dengan jayanya macam kami semua yang lain, inshaAllah amin :) 

Tarikh2 untuk peperiksaan kelayakan farmasi untuk tahun 2018. Boleh rujuk sini untuk maklumat lanjut :)

Okeylah rasa sampai sini dulu aku update, ni pun dah rasa panjang sangat dah, bukan ada orang nak baca pun nanti kan, diri sendiri saja yang baca HAHAHA. Sebelum aku tutup entry ni, terima kasih aku pada Allah SWT atas rezeki yang diberikan, kepada pihak fakulti terutama tenaga pengajar yang terlibat membantu kami, kawan2 juga atas perkongsian ilmu dan juga kepada kedua2 mak dan abah aku yang selalu percayakan aku untuk teruskan dengan course ni :) 

Sampai sini dulu untuk kalini, doakan aku terus berjaya di masa depan demi menjadi seorang pharmacist yang bertauliah okayy?! Hehe AMIN. Jumpa lagi di lain entry, BYE ! 

Alyaa Ibrahim


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM