Memaparkan catatan dengan label StudyJourney. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label StudyJourney. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Ogos 2021

Pengalaman menjadi speaker untuk sesi perkongsian [My 7years journey: From Diploma to RPh]

Hi Assalamualaikum dan selamat petang semuaaaaa

Alhamdulillah ketemu lagi kita dalam entry yang baruuu untuk harini. Haha, walaupun aku tauuu takda orang yang akan baca entry baru aku pun, tapi still akuu rasa nak update dan share dekat sini apa apa perkara yang aku rasa menarik untuk dikongsi begituuu. Mungkin akan berkisar berkenaan isu semasa, isu peribadi, isu viral haha tengok lah pada tahap kerajinan idea akuu untuk menaip masa ituu.

Jadi, harini aku cuma nak berkongsi entry ringkas (harapnya ringkas lah yeee ðŸĪŠ) tentang ✨pencapaian✨ aku untuk bulan ni haha. Disclaimer siap siap; sesungguhnyaaa aku hanyalah insan biasa; bukanlah top student mahupun top achiever; aku hanyalah mid range student yang hanya ber-impian besar haha. Bak kata orang, berangan itu percuma, jadi marilah kita berangan hari hari hihi

Ok, berbalik kepada entry harini; seperti tajuk di atas, aku nak kongsikan cerita minggu lepas iaituu aku telah dijemput buat pertama kalinyaaa untuk menjadi speaker dalam satu talk santai petang anjuran Fakulti Farmasi UiTM Bertam. Informal invitation sebenarnya dari my former lecturer masa zaman Diploma duluu, hehe. Asalnyaa DrN tanya melalui DM Instagram (curlas kan kawan dengan lecturer di media sosial haha, lecturer saya juga pembaca blog saya hiks 😆) tentang nak buat sharing session dengan adik adik junior yang bakal masuk ke program BPharm untuk sesi akademik akan datang ni. 

Mulanyaaa aku agak keberatan; almaklumlah seperti disclaimer di atas; aku ni orang biasa biasa saja; tak pandai mana tapi boleh lah, aku bersyukur dengan pinjaman yang Allah beri ni untuk aku; boleh membawa aku ke tempat yang aku berada sekarang ni 😂 Dari Instagram membawa ke Whatsapp sebab lagi mudah nak berkomunikasi; aku kadang jarang sikit nak tengok DM atau pun bukak Instagram tambah tambah waktu tengah sibuk macam sekarang ni. Ya, aku agak sibuk sekarang ni; nanti ada masalah aku cerita kenapa aku sibuk; kalau aku rajinnn hahaha.

Dari Whatsapp berbincang lah waktu bila aku freee sebab nak tetapkan masaa untuk buat sharing sesison tuuu. Aku jujurnyaaa hanyalah free waktu hujung minggu aku; iaitu hari Jumaat dan Sabtuuu. Itupun kalau takda kerja yang nak kena buat laaa kan haha. Jadinya, tarikh 21/8/2021 bersamaan hari Sabtu yang lepas; berlangsung sharing session tersebut. Sebelum nak sampai ke tarikh tuuu, nervous tak payah cerita laa tapi DrN chill ja bagitauu “Its okay, santai santai jeee” haha maka aku pun cubalah untuk rilekrilek. Soalan pun dan disediakan untuk aku dua hari sebelum hari kejadian. Aku sempat belek belek macam tuuu saja sebab macam aku cakap tadi memang tak free sangat nak buat kerja lain kalau dah bukan hari hujung minggu. Nak ditambah kekalutan pulak; aku tiba tiba kena buat shift PPV di klinik akuu hari Sabtuuu; nasib baik Y/M bertimbang rasa dia bagi aku buat slot hari Jumaat fuh nasib baik kalau tidak memang terpaksa tunda la sharing session ni hihi 😜

First time guna Microsoft Teams dekat laptop; terkial aku ya haha sat microphone problem sat camera pulak haha macam macam ya

Aku cadangnyaaa nak buat slide presentation  tauuu untuk sharing session tuu yalah mudah sikit kann dari nak bercakap sajaa tapi aku tak sempat nak buat; sempat cari gambar jeee masukkan dalam slide haha. Kepada DrN; jika baca entry ni, maafkannnn sayaaaa haha, memang betul tak sempat nak buat dan prepare slide haha acah dalam kepala boleh kot sharing session tanpa ada slide haha 😂 Jujurnyaaaa, ni first timeee aku dijemput jadi speaker untuk bercakap dan berkongsi pengalaman jadinya memang macam haywire sikit lah aku tak prepare sangat ahaks; suruh bagi biodata punn sampai sudah aku tak bagi (yeee sibuk nau minggu tu sampai lupa habis semua benda ðŸĪĢ), end uppppp DrN kenalkan akuuu sebagai seorang blogger !!! ðŸ˜ĐðŸ˜Đ Hahaha tercyduk sikit aku waktuu tuu sebabnyaa aku pun baru sangat ja aktif balik dekat blog tahun ni haha. Jadi selamat datang saya ucapkan kepada semua pembaca baru blog sayaa lahh tibehh rasa femes ahaks, moga segala bacaan di sini membawa manfaat buat semuaa. Hihi

It was a good session for me la. Sebab I got to share my experiences; my current works, my future plan too (you guys are lucky to know it first sebab it was part of the questions HAHA). Aku enjoy every bit of the moment walaupun rasa macam aku hanya bercakap dengan DrN jee masa tuu haha. I am glad to help as an Alumni, to share what I know, to give a lil bit exposure on the next reality especially bila nak masuk later on into BPharm haha. Also dia my part telling that you do you; do what you’re best at; don’t bother orang nak fikir you masuk diploma you loser ke apa kee just no, let them be tauuu as long as your parents support youu its more than enough. Your aim is to make your parents proud of youuu in whatever things that you do. 

Bila kena jawab soalan beza BPharm dengan DipPharm terus aku *hembus nafas, tarik nafas* HAHAHA

I do hope all 120++ participants that day dapat gain something from the sharing session. Maaf andai kata ada salah dan silap nampak macam banyak mengarut etc percayalah saya memang tak bersedia langsung waktu tuu haha main cakap jeee benda yang terlintas dalam kepala. Maafkann jugaaa sebab lebih banyak bercakap BM dari English ahaha akan ku ubah lepasni inshaAllah hihi 😆 InshaAllah, jika berkesempatan lepasni aku akan update sikit lah pasal BPharm dan halatuju nya haha doakan sistur rajin yaa dan ada masa lebihan. Ni taip entry pun sesambil saja tunggu nak balik dari shift Methadone minggu ni hihi.

Dengan post yang agak panjang ini; aku akhiri dengan satu motivational quotes ✨’If you can’t do great things, do small things in a great way’✨


Sesi bergambar secara virtual hihi



Jumpa lagi di lain entry, inshaAllah

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 14 Ogos 2018

Salam UiTM terakhir...

Assalamualaikum dan selamat pagi !

Hi, bertemu kembali lagi kita pada harinii untuk entry baruuu. Setelah beberapa minggu aku menyepi diri dek kerana kemalasan yang melanda sangat lah meninggi 😂😂😂 Harini gigih sikit lah nak menaip sebab tiba2 teringat "Eh, minggu ni lah result final exam keluar, wahhh", maka terhasil lah entry pada harini, gituuu.

Bagi pelajar2 UiTM seluruh Malaysia sekalian, inshaAllah keputusan peperiksaan akhir sesi Mac-Julai 2018 akan keluar pada 17/8/2018 iaitu pada hari Jumaat ini. Bolehlah mula tenangkan diri dengan menyibukkan diri sendiri dengan buat macam2 kerja (eh macam kata dekat diri sendiri pulak nahh, Alya 😜) Untuk yang taktahu (budak2 UiTM confirmlah tahu dah kannn), SALAM UiTM ni adalah satu email salam@sims.uitm.edu.my yang akan sampai lebih awal sedikit kepada para pelajar untuk mengetahui keputusan peperiksaaan akhir mereka berbanding di student portal. Kiranya macam blast email dari HEA Induk untuk semua pelajar yang berdaftar alamat emailnya lahh. Jujur aku akui, cara ni a lot more better dari nak cek di student portal sebabnya nak akses portal pukul 9 pagi memang jammed sebab ramai yang masuk, almaklumlah pelajar UiTM kan ada berpuluh ribu hahaha 😙😆😙 

Seingat aku, sepanjang 7 tahun belajar ni, baru sekali aku semak keputusan ikut portal, masa sem 2 BPharm sebabnya aku punya email sampai lewat petang lepas result dah keluar dekat portal, luls sangat rasa masa tu haha dah la tengah berprogram waktu keputusan keluar. Untuk pelajar2 tahun akhir seperti aku, Salam UiTM kalini merupakan yang terakhir kalinya sebelum tamat bergraduasi pada tahun hadapan, inshaAllah dengan izinNya. Semoga sama2 kita dapat bergraduasi CLASS OF 2018, amin 🎓🎓🎉 


Mesti tertanya kan perasaan aku macam mana nak tunggu salam yang terakhir ni? HAHA, perasaan nya biasa2 sajalahhh, tak nebes macam semester2 sebelum ni punn sebab aku dahhh tahu dahh keputusan awal hehe 💃💃💃 Kalau perasan, entry aku masa penutup bulan Julai haritu aku dah bagitau yang aku dapat tamat belajar kan? Haaa, waktu tu lah kiranya keputusan tidak rasmi dah keluar dari pejabat fakulti aku untuk kami pelajar2 tahun akhir Fakulti Farmasi. Kiranya kami dapat special treatment sikit lah sebab result keluar awal hiks 😋😋😋 Tapiiiiiii, nebes nyaaa tu tetap adalah masa aku telefon pejabat fakulti nak tahu status lulus dan tamat ke tak ahaha almaklumlah sem lepas banyak sangat main dan cuti 🙈🙈🙈 Alhamdulillah, segalanya dah terjawab bila Puan Muzy bagitauuu STATUS: TAMAT 🙌🙌🙌

Tiba2 rasa macam sayuuu la pulak bila fikirkan yang ni dah salam UiTM terakhir yang mana menandakan secara rasminyaaa aku dah tamat belajar dari UiTM selepas 7 tahun lamanya. Waahhhh, masih lagi tak percaya ya aku mampu harungi 7 tahun belajar untuk dapatkan ijazah ahhaha 😂😂😂 Alhamdulillah, survived Pharmacy School UiTM 💓💓💓 Tips survive pharmacy school? PM tepi lah sembang sini tak best sangat hiks ðŸ’ĻðŸ’ĻðŸ’Ļ Jujur kata kan, aku pun tak rasa aku mampu nak hadap sampai habis belajar ni kalau bukan sokongan dan dorongan dari keluarga dan kawan2 dan juga tembakan doa2 dari mereka buat aku untuk nak tengok aku berjaya. I'm barely survived tauu for every semester cuma tak coretkan ja dekat sini masa nak survive tengah2 tahun tu haha mungkin lepas2 ni kalau rasa nak buat satu appreciation post yang panjang dekat blog boleh lah baca sedih medih kisah aku sepanjang belajar (yang berkaitan sajalah haha), inshaAllah moga timbul kerajinan dalam diri aku 😅😅😅

Selama 7 tahun belajar sama dengan 14 semester, aku rasa Salam UiTM did a really great job 👍👍👍 Aku memang bergantung harap untuk dapat email saja untuk nak tahu keputusan final exam aku walaupun adalah beberapa semester tu yang emailnya sampai lambat macam sem 2 BPharm yang aku cerita dekat atas tu. Semester 5 BPharm aku tak sabar sangat nak check result sebab nak tahu awal lulus ke tak subjek Pharmacognosy (budak farmasi pasti tahuuu kepayahan subjek ini bagaimana haha 👅), aku cek result guna link yang disebarkan dari unknown source (sefaham aku diorang macam boleh akses secara haram keputusan tu, boleh bocor awal lagi lah kiranya dari email dan yang penting, lajuu k dah boleh tau result opps). Masih segar dalam ingatan aku waktu tu aku dengan kawan aku tengah praktikal dekat Siang Pharmacy, waktu tengah tunggu nak balik kerja rasanya yang aku dapat link tu terus gigih check waktu tu jugakkkkk punyalah nebes katakan haha, alhamdulillah lepas semuanya, senyum sampai telinga gais masa nak balik dah tu haha (sem 5 was my turning point to be 'excellent' till the last semester acece acah sangat tau 😕😏) 

Masa semester 7 pulak, UiTM dah release satu aplikasi baru iaitu UiTM Digital Apps yang mana dekat sini punn result boleh semak lebih awal, tak perlu tunggu dah salam UiTM ni sambil berdebar dan tak boleh tidur malam haha aku letteww. Disamping ituu (fuhh dah macam karangan BM ni), mana2 yang sempat download atau ada aplikas Lumos UiTM pun boleh juga semak dekat situ, cepat juga result keluar sampai nak tercabut jantung bila terskrol result masa sem bila tah aku pernah buat sekali haha kenangan sungguh la bila ingat balik 🙊🙊🙊

Seronok pulak menaip dalam entry kalini sampai rasanya panjang bebenor dahh hahh aku menaip kalini HAHAHA maaf gais lama tak berkongsi ceritakan lain maciam pulak rasa nak menaip pepanjang ni 💁💁💁 Oklah, sebelum aku melalut lagi banyak dan keluar topik harini, lebih baik aku berhenti sampai sini dulu. Kepada semua pelajar UiTM di seluruh Malaysia, semoga berjaya untuk keputusan peperiksaan akhir pada semester yang lalu 💊💊💊 Semoga keputusan yang dapat  nanti, memberangsangkan dan mengembirakan hati korang. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya sampai target korang dan kalau belum capai target, boleh cuba lagi untuk semester depan, yang penting jangan berhenti mencuba untuk dapat yang terbaik okayyy ! 💋💋💋 Sedikit pesanan ikhlas dari hakak, apa yang terbaik untuk kita tak semestinya baik untuk kita dan yang terbaik untuk dia tak semestinya baik untuk kita. Ingat tuuu. Awak dah usaha yang terbaik, ada rezeki inshaAllah setimpal lah hasilnya nanti 😉😉😉



Sampai sini dulu untuk kalini. Jumpa lagi di lain entry. Babai !

Salam sayang, 
Alyaa 💓

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM