Kembali menaip setelah dua hari haha macam mana lah nak jadi blogger tegar macam dulu kalau dah hari hari malas nak update entry? ππ Al-maklumlah, masih lagi mood cuti jadinya masih melagha dengan enaknyaaa. Nak kerja pun masih belum ada rezeki gituu, sabar ajalah yang mampuu.
So, ayuh teruskan dengan entry kalini seperti tajuk di atas iaitu sesi food review yey ! Aku memang suka buat food review tempat yang aku pergi atau makan haha sekurang-kurangnya kalau baca balik dan teringin nak makan, boleh pergi makan (itupun kalau kedai nya masih ada lah hehe).
Food review kalini adalah di PapaRoger Cafe & Delivery yang terletak di Seberang Jaya berdekatan dengan Pasar Malam Seberang Jaya kalau sesiapa yang tahuu haha. Aku tahu kewujudan kedai ni dah lama la jugak sebab adik aku bagitau bila kami balik dari Sunway Carnival dalam beberapa bulan lepas (tbh, tak ingat tapi dah lama la adik aku bagitau tempat tu). Ingat lagi adik aku tanya sedap ke tak makan ke sana hahaha mana lah aku tahu sebab takpernah try dan baru je tahu kewujudan kedai ni luls teruk nauu.
Jadi macam mana aku boleh tergerak nak pergi makan dekat sini? Haha, gara2 tersalah tengok waktu operasi Rumah Cafe yang tak beroperasi pada hari Isnin π Nak pergi makan2 sebab birthday kakak aku sebenarnya. Itu yang terlencong ke sini sebab dah alang2 nak ke Seberang Jaya.
First impressions, OKAY kedai dia. Luas jugak, tepi jalan raya cumanya susah sikit la nak cari parking tambah2 kalau pergi waktu orang ramai/ waktu hujung minggu. First time aku pergi weekdays iaitu hari Isnin, so masa ni parking tak susah pun ada ja dekat dengan kedai dan orang tak ramai pun. Boleh dikatakan tenang la jugak nak makan masa ni, yelah bawak mak abah kan kadang2 tak selesa nak bawak makan tempat2 macam ni.
Ini sup cendawan sekali dgn roti. Aku order sekali dengan chicken chop dalam satu combo. |
So, antara menu yang aku dah cuba dekat sana adalah seperti berikut hahaha πππ
1) PakMaon Meatball (seingat aku lah namanya). Rasa dia boleh tahan lah hehe |
2) Seafood Arabiata Spaghetti. This one SEDAPPP dan memang recommended sangat πππ |
3) Dory Cheese Crispy (ni pun ingat2 lupa dah nama dia haha). Untuk yang suka ikan, bolehlah cuba menu ni. Sedap dan isi ikannya lembut π |
Chicken Chop Crispy. Recommended ππ Sedapp lahh haha boleh cuba kalau pergi sana. |
Ada satu lagi aku makan which is Tortilla Sandwich. Sedappp untuk yang nak makan benda yang ringan2 saja ππOverall, makanan dia memang sedap πππ Dari komen2 yang aku baca mengenai shell out dia pun, memang sedap, so inshaAllah kalau ada rezeki lepasni nak cuba shellout dia pulak hehe πππ Kedai ni dah boleh masuk list kedai favourite keluarga aku sebab mak abah aku suka nau spaghetti seafood tuu sebab sedap haha. Susah tau mak abah aku nak suka makanan western ni so tahu dahlah nak makan mana nanti kalau teringin lagi nak makan western ataupun shell out πππ
Ramai tak orang makan dekat sini? Kalau pergi hujung minggu iya memang ramai gila orang. Kalau nasib tak baik, waktu hujan dan orang ramai, memang takdapat tempat la. Pergi hari bekerja (weekdays) inshaAllah orang tak ramai la haha π
ππ So sampai sini dululah simple food review dari akuu tentang western food di Paparoger Cafe & Delivery. InshaAllah lepasni kalau aku dapat rasa shell out di sana, aku update entry lain ya hahaha πππ Jumpa lagi di entry lain, bye !
Salam sayang,
Alyaa π
0 ulasan:
Catat Ulasan