Isnin, 27 Ogos 2018

Masjid Ibadurrahman, Kepala Batas, Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam malam semuanya.

Yey kembali lagi setelah seminggu lamanya meninggalkan blog sebab seronok beraya makan daging. Eh tak2 hahaha 😂😂 Lebih kepada rasa malas dalam diri sebenarnya, sebab nya lagi selesa menaip dengan laptop berbanding di handphone makanya memang kurang lah entry yang di taipnya sebab tahap kemalasan nak bukak laptop tu yang tinggi HAHA 😆😖

So, entry kalini ringkas saja sebab aku nak berkongsi tentang masjid baruu di kawasan rumah aku yang baru saja dimulakan operasinya pada 17 Ogos 2018 harituu. Alhamdulillah setelah sekian lama kami menanti akan masjid ini untuk dibina dan disiapkan, akhirnya tahun 2018 juga penantian berakhir haha. 

Sebabnya ura ura nak bangunkan masjid di kawasan tu dah lama sangat dah aku dengar sejak aku mula pindah balik ke kawasan Kepala Batas sini, lebih kurang 5-6 tahun lepas dahhh. Rezeki jugak masjid ni dibina pada tahun ni. Mungkin sebab ada PRU tahun ni, mana kita tahukan? Hehe. Apa2pun rasa seronok dan bangga tengok masjid ni tersergam indah di tepi jalan dan tiap kali lalu mesti rasa macam woww ada masjid dah laaaa 😍😍 Moga aku jugak rajin rajin lah nak singgah sembahyang dekat sini nanti haha inshaAllah sama2 lah doakan supaya dapat memeriahkan masjid ni selalu 😅😁


Bila dah ada masjid baru ni, aku pun mestilah tak lepaskan peluang untuk mengunjungi nya, bukan? Hehe. Jadinya, berpeluang lah singgah waktu Hari Raya Aidiladha yang baru2 ni. Cantik macam dalam gambar di atas untuk hiasan dalamannya dan juga cantik di bahagian luarannya 😍😍 Moga kebersihan dan keceriaan masjid ni dapat dikekalkan sampai bila2, mana la tahu boleh jadi masjid untuk mengikat ikatan cinta aku nanti? HAHAHA doa aja lah moga ada jodoh yang baik2 untuk aku 😂😂

So, rasanya sampai sini dulu entry ringkas untuk malam ni. Sebelum menutup entry, aku sajikan gambar syok sendiri aku berlatarbelakangkan Masjid Ibadurrahman yang baru ini hahaha (jangan ada yang muntah pulak tengok gambar akuuu haha wekk 😜😜). Terimakasih sudi singgah blog usang ini dan baca entry untuk harini. Jumpa lagi di entry lain babai 👋😘


Salam sayang,
Alyaa 💓

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM