Alhamdulillah akhirnyaaaaaaaaa aku kembali menaipppp entry baruuuu 🙆🙆🙆 Hahaha, setelah sekian lama menghilangkan diri akibat kesibukan yang melanda diri. Al-maklumlah dah jadi pelajar tahun akhir ni memang lah lain macam sikit sibuknya eh hahaha 😜😜😜 Yang sebenarnya bukan lah senantiasa aku sibuk tapi bila kesibukan melanda memang tak menang tangan sungguh, last2 aku abaikan saja lah blog tercinta tempat aku meluahkan perasaan ini HAHAHA. Walaupun dah takda orang pun sebenarnya nak baca blog ni sebab yalaahhhh dah 2018 kannn, siapa aja lagi yang masih baca blog?!? 😂😂😂
So, berbalik kepada tajuk, sekarang ni kan bulan Ramadhan, dah masuk 10 malam yang terakhir dah pun hah. Di saat aku menaip ni pun dah kira masuk malam 27 Ramadhan. Sekejap sungguh rasa Ramadhan kalini berlalu. Alhamdulillah, aku seronok sangat Ramadhan kalini sebab dapat luangkan masa yang banyak dengan keluarga, dapat berbuka puasa dengan keluarga, pergi terawih, dan buat qiamullail hujung2 Ramadhan ni 😍😍😍 Susah tau nak dapat peluang macam ni bila jadi anak perantau ni hehe. Hargailah masa yang ada di rumah kalau korang semua ada peluang berbuat demikian 😇😇😇
Oh ya, sebab dah jadi pelajar tahun akhir kan, mestilah jadual lain sikit dari junior2 hehe. Haritu lepas hospital attachment masa week 12 terus cuti midsem. Iya, UiTM punya cuti midsem lambat gilaaa semester ni berbanding universiti lain, hahaha bertabah ajalah 3 bulan straight tanpa cuti. Lepastu naik week 13 which is minggu lepas la kiranya, aku pulang ke Puncak Alam 3 hari untuk settlekan beberapa urusan, kemudian terus pulang ke rumah semula sampai raya. InshaAllah, peperiksaan akhir aku akan bermula bulan Julai nanti, doakan aku dapat jawab dan lulus dengan jayanya ya ! Hehe 💓💓💓
Okayyyyy, aku dah melalut ke lain dahhh ni, niat nya cuma nak update pasal 10 malam terakhir Ramadhan aja, hehe. Sebelum aku menutup entry kalini, ayuhlah kita tengok antara amalan sunnah yang boleh dilakukan di malam2 terakhir bulan Ramadhan ini 😊😊
Sampai sini dulu untuk entry kalini. Doakan juga aku lebih rajin untuk menaip entry di sini supaya kelak bila rinduuu aku boleh bukak balik blog ni dan baca semua kenangan2 aku yang pernah aku lalui hehe. Terimakasih sudi baca entry untuk kalini (kalau masih ada pembaca la opps), jumpa lagi di lain entry 😎😎😎
Salam sayang,
Alyaa 💓😘
1 ulasan:
Hi Alyaa! Dropped here! Takpe biarlah takda orang nak baca blog sebab kita je yang akan baca cerita (lama-lama) kita pastu gelak sorang-sorang bila teringat momen waktu tu dan rasa 'tak sangkanya aku boleh sampai ke tahap ni harini'. #deeptak?
Btw, selamat hari raya & happy graduated (soon) (taknak final exam, nak terus graduate je kbai) 😂
Catat Ulasan