Isnin, 20 Ogos 2018

Food Review: Mila Hana Pulut Kedah | Tikam Batu, Kedah

Assalamualaikum and good morning everyone!

Oh well, nampaknya misi nak update entry harihari ni macam tak kesampaian aja ahaha 😂 Lagipun aku tauuu bukan nya ramai pun orang baca blog dah zaman sekarang ni tapi so aku update ajelah bila2 aku nak demi nak menghidupkan dan menceriakan blog ini, gittewww 😆

So, untuk update kalini aku masih meneruskan entry sesi food review bersama Alyaa, yey 😙 So far ini jeee mood yang aku ada untuk update entry, jadinya layankan ajalah duluuu lepasni inshaaAllah ada masa aku nak up entry throwback ahaha moga Alya rajinnn 😁

Food review kalini bertempat di Mila Hana Pulut Kedah di Tikam Batu, Kedah. Lokasi dia ni hala nak pi Pantai Merdeka tuu, kedai ni tepi jalan kedai warna kuning panjangg dan besar lah jugak kedai dia, banyak space untuk pelanggan 👍 Parking susah tak? Boleh ja nak parking kereta dekat tepi2 jalan tapi kedai ni juga ada sediakan ruangan parking untuk pelanggan mereka atas sikit dari gerai mereka, kena menapak sikit lah hee

Parking awam ada disediakan atas sikit dari gerai mereka

Aku sebenarnya pun baru je tau kewujudan kedai ni luls sangat tau padahal mak asyik kata viral kedai ni dulu, ahaha almaklumlah sis sibuk di kampus mana nak nengok dah kedai2 viral ni 😌 Dari bulan Ramadhan lagi mak aku asyik sebut nak ajak pi sampailah baru ni akhirnya tercapai hasrat nak bawak aku pi 😂 Family aku semua pernah makan dah kat sini masa zaman2 viral dulu tu, kira nak repeat order la ceritanya, aku jaa baru nak merasa dush noob betul rasa uhuk2.

Contoh menu dan harga yang sempat aku ambik haritu.

Bagi aku boleh tahan sedap la dia punya speciality menu, cendol pulut durian, dan juga makan durian sekali dalam satu pakej tu memang the bomb lah aku tengok, tapi aku tak makan punnn la haha aku order yang biashe2 je duluuu 😝 Recommended lah untuk siapa yang nak pi makan dekat sana. Cuba dulu sendiri baru tauu sedap ke idokkk sebab lain orang kannn lain rasa tekaknyaaa ahaha 😙


Cendol pulut durian. Aku makan yang ini haha SEDAPP 👍👍👍
Cendol pulut mak abah aku order. Memang favourite depa dua dah kalau mai makan sini 😂
Cendol biasa. Bagi yang teringin rasa dulu, boleh cuba dulu yang ni, sedapp jaa walaupun cendol biasa 😋
Ini pulut durian, maaaf la kalau gambar macam tak menarik kan haha tapi sedappp bolehlah cubaaa 👍

Berbaloi ke tidak makan sini? Bagi aku, berbaloi la jugak dengan harga yang kita bayar dengan apa yang kita dapat. Untuk nak makan santai2, minum petang bolehlah cuba pi makan dekat sini nak lepak2 dengan kawan2 ka sambil membawang tuu haa sesuai lah sini punnn haha. Ramai tak orang? Boleh tahan ramai jugak kalau hujung minggu sebenarnyaaa tapi jangan risauuu la macam aku cakap kedai dia ni besar jugak inshaAllah boleh muat ramai2 hehe 😆😆

So, sampai sini dulu kot reviewww ringkas dari akuuu untuk kalini hahaha. Saja gedik2 nak menaip jugak entry food reviewww ni padahal banyak je planning dalam kepala ni nak buat throwbackkk entryyy. InshaAllah mungkin lepas rasa haji ni aku cuba utk menaip entry2 tersebut hehe.

Jumpa lagi bye !

Salam sayang,
Alyaa 💓

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM