Memaparkan catatan dengan label CommunityAttachment. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CommunityAttachment. Papar semua catatan

Rabu, 28 Februari 2018

Latihan Sangkutan Komuniti dan Industri UiTM Farmasi Bhg 2 (Community and Industry Attachment UiTM Pharmacy) Part 2

Assalamualaikum dan selamat pagi semuaaaa ~

Bertemu lagi kita dalam entry yang baruu yey alhamdulillah masih lagi gigih menaip di sini untuk tatapan di masa hadapan 😀Jadi, dalam entry kalini aku akan buat sambungan sikit lagi dari entry yang lepas iaitu mengenai Latihan Sangkutan Komuniti dan Industri akuu yang dah selamat dijalankan pada tahun lepas (2017).

Okay, untuk Latihan Sangkutan Industri juga kami diberi pilihan untuk pilih mana2 saja company yang bersesuaian dengan kursus kami, atau dalam erti kata lain; kami perlu ber latihan sangkutan di syarikat/kilang farmaseutikal (pharmaceutical company) sebolehnyaa lah. Sebab tujuan latihan sangkutan industri ni adalah nak dedahkan kami, para pelajar farmasi terhadap dunia pembuatan uba-ubatan di kilang-kilang di Malaysia ni. Supaya kami boleh tahu dengan lebih jelas dan lihat sendiri segala proses dan gerak kerja di kilang sebabnya secara teorinya kami dah belajar dalam subjek Pharmaceutical Industry sewaktu di semester 6 (latihan sangkutan diadakan pada waktu cuti semester 6). 

Namun begitu, kelonggaran diberikan kepada kami sekiranya tak dapat buat latihan sangkutan di sektor farmaseutikal, ialah kan dalam Malaysia ni berapa saja farmaseutikal yang ada, lepastu tak cukup nak menampung jumlah kami yang ramai ni. Belum termasuk ada syarikat yang taknak terima pelajar untuk berlatihan sangkutan di syarikat mereka atas sebab2 tertentu. Jadinya, kami boleh cari mana2 kilang yang ada yang terlibat dengan Good Manufacturing Practice (GMP) macam kilang buat produk herba, tradisional kampung, kosmetik dan lain-lain lagi. 

Okayyy, dipendekkan cerita, aku sendiri telah memilih Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang sebagai tempat untuk aku ber latihan sangkutan selama 6 minggu. Itupun setelah beberapa usaha dilakukan untuk dapat dekat tempat lain, tapi tiada rezeki maka menapak lah aku ke sini. Jujurnya, aku rasa aku buat keputusan yang sangat tepat haha. Pengalaman yang aku dapat dekat sini sangatlah berharga dan tak ternilai. Pengalaman dan ilmu yang dapat dekat sini sebenarnya lebih kepada clinical dan bukan industri (pembuatan) sebab fokus utama penubuhan IPPT ni pun sebenarnya sebagai Clinical Research Centre (CTC). Tempat ni ibarat macam mini hospital, haaa gituu cuma ward ada satu ja dengan jumlah katil lebih kurang 20 buah katil. 

(Ehsan: Google)
Selama 6 minggu berlatihan sangkutan di sini, aku belajar banyak benda, dan juga terokai benda baru dalam bidang Farmasi ni, iaitu Farmasi Nuklear (Nuclear Pharmacy). Tak silap aku, IPPT ni adalah institusi kedua yang menawarkan rawatan farmasi nuklear ni selepas Institut Kanser Negara (IKN). Salah satu cabang farmasi yang menarik minat aku walaupun laluan nak menjadi seorang nuclear pharmacist tu bukanlah semudah yang disangka HAHA. InshaAllah ada rezeki di masa depan, bolehlah ceburkan diri dalam bidang ni inshaAllah dengan izinNya hehe. Okay, mesti tertanya aku buat apa dekat sini kan? 😎 Lepas lapor diri di Pusat Penyelidikan Haiwan (Animal Research Centre), aku dan tiga lagi kawan aku terus bergerak ke Pusat Penyelidikan Klinikal (Clinical Research Centre) di bangunan hadapan IPPT, macam yang boleh nampak dalam gambar tu, itu bangunan CRC, bangunan ARC di belakangnya jauh sikit dari CRC. 

Sewaktu berada di unit Farmasi Nuklear berkesempatan berjumpa bersama pesakit bersama pegawai, En Ikhwan
En Iskandar adalah pegawai farmasi yang bertanggungjawab menjaga kami sepanjang kami ber latihan sangkutan dekat sini. Baik orang nya HAHA. Disebabkan tadi dekat atas aku dah bagitau yang IPPT ni lebih kurang mini hospital kan, jadi unit yang ada pun lebih kurang macam persekitaran hospital, ada Unit Stor, Unit Farmasi Bekalan Wad, Unit Farmasi Bekalan Luar (Farmasi Satelit), Unit Farmasi Nuklear dan juga Unit Farmasi Onkologi. Kami diberikan jadual dan melalui setiap unit farmasi yang ada selama 5 hari kecuali Unit Farmasi Nuklear yang mana bila ada kes baru kami dipanggil pergi. Apa yang best dekat sini? Jujurnyaaa, staff dekat sini semua bebaik, staff nurse yang aku jumpa pun baikk, tegur ramah ja dekat surau hehe, cumanya biasalah bila jadi pelajar berlatihan sangkutan dekat sini, tugas yang dapat dilakukan pun taklah banyak sangat di unit2 yang kecil macam unit farmasi bekalan wad, almaklumlah tadi kan dah kata, ada pun satu wad yang bilangan katil pun hanya 20 hehe 😋 Tetapi di unit macam unit Stor seronok sebab selalu ada makan2 hiks dan juga bila ada indent tu boleh banyak belajar pasal item bukan ubat contohnya drip line, jarum yang ada banyak gauge tu, dan banyak lagi lah nak senarai memang banyak hihi. Di unit Farmasi Satelit pun best sebab dapat bergaul dengan ubat2, acece macam mengimbau zaman2 praktikal diploma dan waktu di OPD Hospital Putrajaya (kalau rajin nanti aku update pasal Hospital Putrajaya k) 😆 

Hari terakhir kami di IPPT bersama staff Unit Stor, Abg Izzat dan Kak Yati 😘
Dann unit yang paling berdebar nak masuk tapi menyeronokkan adalah di unit Farmasi Onkologi. Hahaha, berdebarnya sebab dengar kawan-kawan yang sebelumnya cerita pasal kena masuk bilik bersih (clean room) untuk buat preparation untuk ubat kemoterapi. Kena buat sendiri hokayyy dengan pemantaun staff dalam bilik tuuu. Alhamdulillah, satu pengalaman baru jugak bagi aku. Dulu masa praktikal diploma, aku dah pernah bantu buat sebenarnya, cuma dah lama tak berapa ingat sangat dan sebelum ni ada orang akan hulur tangan untuk bantu, tapi masa kalini memang sensorang ja buat dengan tangan sendiri saja yang boleh lolos sarung tangan isolator tu HAHA. Memula tu rasa nak menangis jugak la sebab skill memang serius ke laut terus, tapi lama2 rasa seronok bila buat dan kalau boleh nak buat lagi hari2. Over nauuu 😜 Semoga di masa depan adalah rezeki jadi oncologist pharmacist acece gituu HAHAHA inshaAllah sama2 kita doakan amin 🙏

Masa dekat bilik persalinan (changing room)

Ada lah juga gambar sekeping sebagai kenangan hehe 😇
So, apa lagi nak cerita ya? Rasanya macam dah banyakk dan panjang jaa entry kalini HAHA. Bukan selalu rajin buat entry panjang2 gini, tak gitu 😝 Apa2pun, alhamdulillah aku bersyukur sangat sebab module/silibus Farmasi UiTM ni buat latihan sangkutan ni untuk kami sebagai pelajar. Memang lah bila dapat tahu akan ada latihan sangkutan waktu cuti semester rasa macam berat sangat, maklumlah pelajar lain bercuti kami kena pula berlatihan sangkutan AHAHA. Tapi bila dengar cerita dari rakan2 baru dari USM, UKM masa dekat IPPT ni, rasa bersyukur sangat sekurang2nya kami dapat lalui latihan sangkutan aka praktikal ni di dua tempat yang berbeza selain dari hospital. Tapi, yalah belajar degree farmasi ni di mana2 pun okay, semua silibus ada pro and cons yang tersendiri, sebagai pelajar ambik mana yang baik sajalah, yang tak baik letaklah tepii 😄

Farmasi UiTM X Farmasi UKM bersama pegawai farmasi, Puan Nora dan kakak2 PPF yang sporting habis; Kak Aishah, Kak Nad dan Kak Syima
Sewaktu pensyarah melawat ke IPPT. Bersama En Ikhwan dan Dr Mizaton 😚
Baiklahhh, rasanya sampai sini duluuu penutup untuk entry kalini dan juga untuk bulan Februari ni.  InshaAllah, kalau rajin lagi lepasni, aku update lagi. Walaupun tiada orang yang nak baca, kurang2 nanti masa kerja kalau aku bosan2, bolehlah baca blog ni balik hehe 😋 Sekian saja dari akuu untuk perkongsian cerita kalini, jumpa lagi di lain entry, bye ! 😘

Alyaa Ibrahim

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 24 Februari 2018

Latihan Sangkutan Komuniti dan Industri UiTM Farmasi (Community and Industry Attachment UiTM Pharmacy)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua !

Wehuuu ~ Alyaa kembalii lagi setelah 10 hari menghilang tak update blog. Haha, macam mana lah nak capai azam 2018 untuk menjadi seorang penulis blog yang tegar 😋 Ok, secara ringkas nya, ada beberapa perkara yang berlaku dalam tempoh 10 hari ni sampai buatkan aku hilang mood, minat, semangat dan kekuatan. Bunyi macam poyo sikit lah, tapi ini memang serius sobs, nampak benda yang berlaku macam kecil di mata orang lain tapi di mata aku sangatlah besar kesannya. InshaAllah ada kekuatan nanti aku taiplah dekat sini nak berkongsi walaupun aku confirm bakal kena gelak dengan kawan2 aku yang baca blog ni HAHA 😂

Alright, basically tujuan entry kalini bukanlah nak cerita apa yang berlaku dalam tempoh 10 hari lepas. Cumanya, aku nak update sikit mengenai Latihan Sangkutan Komuniti dan Industri (Community and Industrial Attachment) yang dah selesai aku laluinya tahun lepas (2017). Dah lama sebenarnya terlintas nak update pasal benda ni tapi itulah asyik bertangguh saja kan 😅 Ini pun gigih jugak nak menaip sebab FB buat throwback last day community attachment tahun lepas dan alang2 junior aku pun, batch Rx14 dah selamat selesaikan attachment mereka kalini, jadi aku pun sesaja nak menaip dekat sini.

Sebelum aku mulakan, maafkan aku andai kata ada bahasa rojak dalam entry kalini. Aku cuba sehabis baik untuk tak campur adukan bahasa, aku cuba okay haha kalau tak mampu capai tahap yang diharapkan, maafkan dakuu 😨 

Baiklah, aku mulakan dulu dengan Latihan Sangkutan Komuniti. Latihan Sangkutan Komuniti ni tujuannya nak dedahkan para pelajar kursus farmasi terhadap cara kerja sebenar di farmasi komuniti (retail pharmacy) atau dalam bahasa mudahnya di kedai-kedai farmasi yang kita selalu nampak dekat signboard kedai XXX Pharmacy, haaa gitulah. Tempoh diberi selama sebulan (4 minggu) dan tempat pilihan untuk latihan sangkutan komuniti ni boleh pilih dimana yang pelajar nak, samada dekat atau jauh dari rumah. Untuk aku, semestinya aku pilih yang dekat di rumah, atas beberapa faktor lah terutamanya nak selalu ada dengan family aku incase ada apa2 yang berlaku kan, acece padahal malas nak sesusah duduk jejauh 😝 Aku pilih untuk ber latihan sangkutan di Siang Pharmacy cawangan Kepala Batas. Dekat sangat dengan rumah aku tapi takdalah dekat sampai jalan kaki tu taklah, masih kena memandu ke sanaa HAHA 🙈 

Alhamdulillah, banyak pengalaman dapat masa dekat sini, dari buat housekeeping sampai bagi ubat dekat pesakit. Cabaran yang paling ketara bila berada di farmasi komuniti ni adalah kemahiran berkomunikasi (communication skill) terutamanya dalam menterjemah medical term/jargon kepada layman terms (bahasa yang mudah difahami) kepada pelanggan/pesakit. Jujurnya, aku tabik kepada farmasis (pharmacist) yang menceburi bidang komuniti farmasi ni. Sangat mencabar bagi aku dan tak semua orang mampu buat. Sebulan aku di sana, macam2 ragam yang aku jumpa dan tengok, kekadang terhibur sendiri bila teringat balik HAHAHA 🙆

Antara salah satu lagi cabaran sebagai ahli farmasi di farmasi komuniti.
Tengok gambar atas ni pun aku rasa nak tergelak haha sebab teringat kalau di farmasi komuniti selalu sangat lah ada pesakit/pelanggan yang akan cari ubat tapi bagi hint macam " Ala, ubat bulat2 tu warna putih, pakcik lupa nama ubat, tapi pakcik ingat kotak dia, rupa ubat dia" Nahhhh, itulah antara lagi cabarannya sebagai farmasis di farmasi komuniti yang aku belajar masa sebulan tuu. Kalau pakcik gini bertuah, dapatlah dikenalpasti oleh farmasis yang berada di situ, kalau tak dukacitanya kebanyakannya tak berani nak jual sebab takut risiko tersalah bagi ubat. Besar kesannya tau kalau farmasis di farmasi komuniti ni tersalah jual ubat dekat pesakit/pelanggan, jadi jalan selamat untuk tak jual dan minta pesakit/pelanggan untuk datang semula dengan nama ubat yang betul ataupun bawak bekas ubat/strip ubat yang dah habis tu. 

Jadi harapnya kalau ada sesiapa yang terlintas membaca entry aku ni, silalah ya, bawa bersama dengan anda nama ubat yang anda makan dan juga kekuatan ubat tu sebab ada ubat yang ada dua kekuatan; macam contoh Atenolol 50mg dan Atenolol 100mg. Lagi baik, bawak terus bekas/strip ubat (macam dalam gambar) yang ada details mengenai nama ubat dan sebagainya tu, alternatifnya kalau taknak, boleh snap gambar simpan dalam galeri gambar atau email, lagi memudahkan. Sekarang kan zaman teknologi, kenalah gunakan sebaiknya hehehe 😊 Cara ni lagi berguna daripada hafal bentuk/warna ubat sebab kadangkala bentuk/warna ubat ni boleh berubah tetapi bahan aktif (active ingredients) yang sama. Jangan lupa tauuu pesanan ni tiap kali nak pergi beli ubat dekat farmasi komuniti tu hehe demi kebaikan semua orang yang terlibat, gituuu 🙏

Di hari terakhir komuniti farmasi 😍
Gambar atas ni, adalah di hari terakhir kami berdua di Siang Pharmacy Kepala Batas 😎 Oh lupa nak bagitau atas tadi, aku ber latihan sangkutan berdua bersama dengan kawan aku, Farhan. Nasib baik lah dia ada, taklah rasa bosan sangat sebab boleh sembang2. HAHAHA, nak main handphone macam tak berapa sesuai sebab ada CCTV yang memerhati gitu. Lagipun rasa tak best lah kan, pergi ber latihan sangkutan ni bawak nama UiTM, mesti kena jaga bebaik tak boleh nak redah saja nanti kesan nya pada junior2 akan datang kalau senior2 sekalian buat perangai. Lebih kurang gitu lah pesanan yang kami dapat dari Puan Ezlina sebelum memulakan latihan sangkutan ni hehe. Oh lagi satu, Mr Ng (tengah) sekarang dah tak kerja di cawangan Kepala Batas ni, dengar cerita haritu masa pergi singgah farmasi, katanya dah pindah ke HQ di Jawi. Sekarang ada farmasis baru di sini.

Salah satu benda baru yang kami pelajari dari Siang Pharmacy ni adalah mengenai supplement (makanan tambahan). Serius, dekat sini banyakkk sangat supplement yang dijual dan semestinya lah boleh dipercayai hehe sebab dalam kategori 'drugstore' kann. InshaAllah, supplement/ vitamin yang dibeli di mana2 farmasi komuniti adalah dijamin selamat. Untuk warga Kepala Batas, Pulau Pinang, aku bolehlah nak rekemenkan Siang Pharmacy ni kalau ada rasa nak beli apa2 supplement/vitamin, cuma itulah kena sediakan duit lahh kan haha. Almaklumlah bila pilihan dah banyak ni, kenalah pilih yang kena dengan poket kita kannn, tak gituu?! 😹

Hari terakhir bersama staff Siang Pharmacy 😘 Terimakasih banyak bantu dan ajar kami 😊
Soooooo, patutkah aku sambung dalam entry ni jugak mengenai latihan sangkutan industri? Sebabbb tetiba aku rasa dalam entry ni dahhh panjang sangat aku membebel dan menaip pasal latihan sangkutan komuniti ni. Ingat nak menaip pendek2 saja, tapi rasa macam dah terpanjang pula, itulah bak kata orang, 'kita hanya mampu merancang' HAHA. Jadinyaaa, setelah difikirkan selama beberapa minit, untuk latihan sangkutan industri punya bahagian, aku akan sambung di entry yang seterusnya pulak, kang jadi panjang berjela sangat hah kalau nak sumbat juga dalam entry kalini hehe 😜 InshaAllah, bahagian kedua perkongsian kalini akan bersambung dalam masa terdekat, jangan risau mood rajin nak menaip tu masa ada. Akan aku gunakan sebaiknya mood ni untuk menaip apa benda yang terlintas di fikiran untuk aku luahkan acece gitu sekali.

Baiklah, sampai sini duluuu untuk perkongsian kalini, terimakasih sudi baca bebelan panjang akuuu dalam entry ni, jumpa lagi di Latihan Sangkutan Komuniti dan Industri Bahagian 2 di entry yang seterusnyaaaaa ! 😘😘😘 

Alyaa Ibrahim 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM