Selasa, 14 Ogos 2018

Salam UiTM terakhir...

Assalamualaikum dan selamat pagi !

Hi, bertemu kembali lagi kita pada harinii untuk entry baruuu. Setelah beberapa minggu aku menyepi diri dek kerana kemalasan yang melanda sangat lah meninggi 😂😂😂 Harini gigih sikit lah nak menaip sebab tiba2 teringat "Eh, minggu ni lah result final exam keluar, wahhh", maka terhasil lah entry pada harini, gituuu.

Bagi pelajar2 UiTM seluruh Malaysia sekalian, inshaAllah keputusan peperiksaan akhir sesi Mac-Julai 2018 akan keluar pada 17/8/2018 iaitu pada hari Jumaat ini. Bolehlah mula tenangkan diri dengan menyibukkan diri sendiri dengan buat macam2 kerja (eh macam kata dekat diri sendiri pulak nahh, Alya 😜) Untuk yang taktahu (budak2 UiTM confirmlah tahu dah kannn), SALAM UiTM ni adalah satu email salam@sims.uitm.edu.my yang akan sampai lebih awal sedikit kepada para pelajar untuk mengetahui keputusan peperiksaaan akhir mereka berbanding di student portal. Kiranya macam blast email dari HEA Induk untuk semua pelajar yang berdaftar alamat emailnya lahh. Jujur aku akui, cara ni a lot more better dari nak cek di student portal sebabnya nak akses portal pukul 9 pagi memang jammed sebab ramai yang masuk, almaklumlah pelajar UiTM kan ada berpuluh ribu hahaha 😙😆😙 

Seingat aku, sepanjang 7 tahun belajar ni, baru sekali aku semak keputusan ikut portal, masa sem 2 BPharm sebabnya aku punya email sampai lewat petang lepas result dah keluar dekat portal, luls sangat rasa masa tu haha dah la tengah berprogram waktu keputusan keluar. Untuk pelajar2 tahun akhir seperti aku, Salam UiTM kalini merupakan yang terakhir kalinya sebelum tamat bergraduasi pada tahun hadapan, inshaAllah dengan izinNya. Semoga sama2 kita dapat bergraduasi CLASS OF 2018, amin 🎓🎓🎉 


Mesti tertanya kan perasaan aku macam mana nak tunggu salam yang terakhir ni? HAHA, perasaan nya biasa2 sajalahhh, tak nebes macam semester2 sebelum ni punn sebab aku dahhh tahu dahh keputusan awal hehe 💃💃💃 Kalau perasan, entry aku masa penutup bulan Julai haritu aku dah bagitau yang aku dapat tamat belajar kan? Haaa, waktu tu lah kiranya keputusan tidak rasmi dah keluar dari pejabat fakulti aku untuk kami pelajar2 tahun akhir Fakulti Farmasi. Kiranya kami dapat special treatment sikit lah sebab result keluar awal hiks 😋😋😋 Tapiiiiiii, nebes nyaaa tu tetap adalah masa aku telefon pejabat fakulti nak tahu status lulus dan tamat ke tak ahaha almaklumlah sem lepas banyak sangat main dan cuti 🙈🙈🙈 Alhamdulillah, segalanya dah terjawab bila Puan Muzy bagitauuu STATUS: TAMAT 🙌🙌🙌

Tiba2 rasa macam sayuuu la pulak bila fikirkan yang ni dah salam UiTM terakhir yang mana menandakan secara rasminyaaa aku dah tamat belajar dari UiTM selepas 7 tahun lamanya. Waahhhh, masih lagi tak percaya ya aku mampu harungi 7 tahun belajar untuk dapatkan ijazah ahhaha 😂😂😂 Alhamdulillah, survived Pharmacy School UiTM 💓💓💓 Tips survive pharmacy school? PM tepi lah sembang sini tak best sangat hiks 💨💨💨 Jujur kata kan, aku pun tak rasa aku mampu nak hadap sampai habis belajar ni kalau bukan sokongan dan dorongan dari keluarga dan kawan2 dan juga tembakan doa2 dari mereka buat aku untuk nak tengok aku berjaya. I'm barely survived tauu for every semester cuma tak coretkan ja dekat sini masa nak survive tengah2 tahun tu haha mungkin lepas2 ni kalau rasa nak buat satu appreciation post yang panjang dekat blog boleh lah baca sedih medih kisah aku sepanjang belajar (yang berkaitan sajalah haha), inshaAllah moga timbul kerajinan dalam diri aku 😅😅😅

Selama 7 tahun belajar sama dengan 14 semester, aku rasa Salam UiTM did a really great job 👍👍👍 Aku memang bergantung harap untuk dapat email saja untuk nak tahu keputusan final exam aku walaupun adalah beberapa semester tu yang emailnya sampai lambat macam sem 2 BPharm yang aku cerita dekat atas tu. Semester 5 BPharm aku tak sabar sangat nak check result sebab nak tahu awal lulus ke tak subjek Pharmacognosy (budak farmasi pasti tahuuu kepayahan subjek ini bagaimana haha 👅), aku cek result guna link yang disebarkan dari unknown source (sefaham aku diorang macam boleh akses secara haram keputusan tu, boleh bocor awal lagi lah kiranya dari email dan yang penting, lajuu k dah boleh tau result opps). Masih segar dalam ingatan aku waktu tu aku dengan kawan aku tengah praktikal dekat Siang Pharmacy, waktu tengah tunggu nak balik kerja rasanya yang aku dapat link tu terus gigih check waktu tu jugakkkkk punyalah nebes katakan haha, alhamdulillah lepas semuanya, senyum sampai telinga gais masa nak balik dah tu haha (sem 5 was my turning point to be 'excellent' till the last semester acece acah sangat tau 😕😏) 

Masa semester 7 pulak, UiTM dah release satu aplikasi baru iaitu UiTM Digital Apps yang mana dekat sini punn result boleh semak lebih awal, tak perlu tunggu dah salam UiTM ni sambil berdebar dan tak boleh tidur malam haha aku letteww. Disamping ituu (fuhh dah macam karangan BM ni), mana2 yang sempat download atau ada aplikas Lumos UiTM pun boleh juga semak dekat situ, cepat juga result keluar sampai nak tercabut jantung bila terskrol result masa sem bila tah aku pernah buat sekali haha kenangan sungguh la bila ingat balik 🙊🙊🙊

Seronok pulak menaip dalam entry kalini sampai rasanya panjang bebenor dahh hahh aku menaip kalini HAHAHA maaf gais lama tak berkongsi ceritakan lain maciam pulak rasa nak menaip pepanjang ni 💁💁💁 Oklah, sebelum aku melalut lagi banyak dan keluar topik harini, lebih baik aku berhenti sampai sini dulu. Kepada semua pelajar UiTM di seluruh Malaysia, semoga berjaya untuk keputusan peperiksaan akhir pada semester yang lalu 💪💪💪 Semoga keputusan yang dapat  nanti, memberangsangkan dan mengembirakan hati korang. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya sampai target korang dan kalau belum capai target, boleh cuba lagi untuk semester depan, yang penting jangan berhenti mencuba untuk dapat yang terbaik okayyy ! 💋💋💋 Sedikit pesanan ikhlas dari hakak, apa yang terbaik untuk kita tak semestinya baik untuk kita dan yang terbaik untuk dia tak semestinya baik untuk kita. Ingat tuuu. Awak dah usaha yang terbaik, ada rezeki inshaAllah setimpal lah hasilnya nanti 😉😉😉



Sampai sini dulu untuk kalini. Jumpa lagi di lain entry. Babai !

Salam sayang, 
Alyaa 💓

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM