Alhamdulillah ketemu lagi kita dalam entry yang baruuu untuk harini. Haha, walaupun aku tauuu takda orang yang akan baca entry baru aku pun, tapi still akuu rasa nak update dan share dekat sini apa apa perkara yang aku rasa menarik untuk dikongsi begituuu. Mungkin akan berkisar berkenaan isu semasa, isu peribadi, isu viral haha tengok lah pada tahap kerajinan idea akuu untuk menaip masa ituu.
Jadi, harini aku cuma nak berkongsi entry ringkas (harapnya ringkas lah yeee ðĪŠ) tentang ✨pencapaian✨ aku untuk bulan ni haha. Disclaimer siap siap; sesungguhnyaaa aku hanyalah insan biasa; bukanlah top student mahupun top achiever; aku hanyalah mid range student yang hanya ber-impian besar haha. Bak kata orang, berangan itu percuma, jadi marilah kita berangan hari hari hihi
Ok, berbalik kepada entry harini; seperti tajuk di atas, aku nak kongsikan cerita minggu lepas iaituu aku telah dijemput buat pertama kalinyaaa untuk menjadi speaker dalam satu talk santai petang anjuran Fakulti Farmasi UiTM Bertam. Informal invitation sebenarnya dari my former lecturer masa zaman Diploma duluu, hehe. Asalnyaa DrN tanya melalui DM Instagram (curlas kan kawan dengan lecturer di media sosial haha, lecturer saya juga pembaca blog saya hiks ð) tentang nak buat sharing session dengan adik adik junior yang bakal masuk ke program BPharm untuk sesi akademik akan datang ni.
Mulanyaaa aku agak keberatan; almaklumlah seperti disclaimer di atas; aku ni orang biasa biasa saja; tak pandai mana tapi boleh lah, aku bersyukur dengan pinjaman yang Allah beri ni untuk aku; boleh membawa aku ke tempat yang aku berada sekarang ni ð Dari Instagram membawa ke Whatsapp sebab lagi mudah nak berkomunikasi; aku kadang jarang sikit nak tengok DM atau pun bukak Instagram tambah tambah waktu tengah sibuk macam sekarang ni. Ya, aku agak sibuk sekarang ni; nanti ada masalah aku cerita kenapa aku sibuk; kalau aku rajinnn hahaha.
Dari Whatsapp berbincang lah waktu bila aku freee sebab nak tetapkan masaa untuk buat sharing sesison tuuu. Aku jujurnyaaa hanyalah free waktu hujung minggu aku; iaitu hari Jumaat dan Sabtuuu. Itupun kalau takda kerja yang nak kena buat laaa kan haha. Jadinya, tarikh 21/8/2021 bersamaan hari Sabtu yang lepas; berlangsung sharing session tersebut. Sebelum nak sampai ke tarikh tuuu, nervous tak payah cerita laa tapi DrN chill ja bagitauu “Its okay, santai santai jeee” haha maka aku pun cubalah untuk rilekrilek. Soalan pun dan disediakan untuk aku dua hari sebelum hari kejadian. Aku sempat belek belek macam tuuu saja sebab macam aku cakap tadi memang tak free sangat nak buat kerja lain kalau dah bukan hari hujung minggu. Nak ditambah kekalutan pulak; aku tiba tiba kena buat shift PPV di klinik akuu hari Sabtuuu; nasib baik Y/M bertimbang rasa dia bagi aku buat slot hari Jumaat fuh nasib baik kalau tidak memang terpaksa tunda la sharing session ni hihi ð
First time guna Microsoft Teams dekat laptop; terkial aku ya haha sat microphone problem sat camera pulak haha macam macam ya
Aku cadangnyaaa nak buat slide presentation tauuu untuk sharing session tuu yalah mudah sikit kann dari nak bercakap sajaa tapi aku tak sempat nak buat; sempat cari gambar jeee masukkan dalam slide haha. Kepada DrN; jika baca entry ni, maafkannnn sayaaaa haha, memang betul tak sempat nak buat dan prepare slide haha acah dalam kepala boleh kot sharing session tanpa ada slide haha ð Jujurnyaaaa, ni first timeee aku dijemput jadi speaker untuk bercakap dan berkongsi pengalaman jadinya memang macam haywire sikit lah aku tak prepare sangat ahaks; suruh bagi biodata punn sampai sudah aku tak bagi (yeee sibuk nau minggu tu sampai lupa habis semua benda ðĪĢ), end uppppp DrN kenalkan akuuu sebagai seorang blogger !!! ðĐðĐ Hahaha tercyduk sikit aku waktuu tuu sebabnyaa aku pun baru sangat ja aktif balik dekat blog tahun ni haha. Jadi selamat datang saya ucapkan kepada semua pembaca baru blog sayaa lahh tibehh rasa femes ahaks, moga segala bacaan di sini membawa manfaat buat semuaa. Hihi
It was a good session for me la. Sebab I got to share my experiences; my current works, my future plan too (you guys are lucky to know it first sebab it was part of the questions HAHA). Aku enjoy every bit of the moment walaupun rasa macam aku hanya bercakap dengan DrN jee masa tuu haha. I am glad to help as an Alumni, to share what I know, to give a lil bit exposure on the next reality especially bila nak masuk later on into BPharm haha. Also dia my part telling that you do you; do what you’re best at; don’t bother orang nak fikir you masuk diploma you loser ke apa kee just no, let them be tauuu as long as your parents support youu its more than enough. Your aim is to make your parents proud of youuu in whatever things that you do.
Bila kena jawab soalan beza BPharm dengan DipPharm terus aku *hembus nafas, tarik nafas* HAHAHA
I do hope all 120++ participants that day dapat gain something from the sharing session. Maaf andai kata ada salah dan silap nampak macam banyak mengarut etc percayalah saya memang tak bersedia langsung waktu tuu haha main cakap jeee benda yang terlintas dalam kepala. Maafkann jugaaa sebab lebih banyak bercakap BM dari English ahaha akan ku ubah lepasni inshaAllah hihi ð InshaAllah, jika berkesempatan lepasni aku akan update sikit lah pasal BPharm dan halatuju nya haha doakan sistur rajin yaa dan ada masa lebihan. Ni taip entry pun sesambil saja tunggu nak balik dari shift Methadone minggu ni hihi.
Dengan post yang agak panjang ini; aku akhiri dengan satu motivational quotes ✨’If you can’t do great things, do small things in a great way’✨
Sesi bergambar secara virtual hihi
Jumpa lagi di lain entry, inshaAllah
Salam sayang,
Alyaa ❤️
2 ulasan:
Salam akak, maaf menyelit kat blog post lama. I am one of your blog readers about Pharmacy hehe. Saya nak tanya something. Saya lepasan Diploma Sains UiTM baru grad dengan 3.82. Since my SPM results met all the requirements, do I have a high chance for pursuing Bpharm?
@Anonymous
Waalaikumsalam, hiii terimakasih sudi baca pasal pharmacy dekat blog sini hihi.
Yes, as long as your SPM met all the requirements, and with high CGPA should be no problem. Just that you need to ace the interview session. Put BPharm as your no 1 choice later kayh. Best of luck ! ^-^
Catat Ulasan