Kembali kita lagi dalam entry yang baruuu haha. Aku tak tau kenapa aku tetiba rasa rajin nak update entry kali ni haha tapi sebabkan aku rasa tak lama ja lagi keputusan UPU untuk lepasan STPM/Asasi/Diploma akan diumumkan, jadi aku rasa macam bertanggungjawab nak share sikit pasal Ijazah Sarjana Muda Farmasi a.k.a Degree Farmasi ataupun in English we called as Bachelor of Pharmacy (Hons.) gituuuu. Untuk pengetahuan, aku dah hampir 3 tahun tinggalkan BPharm ni jadi maafkan akuuu kalau entry ni macam boring sikit hahaha; itulah dulu masa zaman belajar malas nak update blog sekarang baru rasa sedikit kerajinan π€ͺ
Kalau nak taip panjang panjang aku rasa macam tak cukup masa nak share dekat sini (sekarang agak sibuk dan kekangan masa haha) tapi aku akan cuba sehabis baik untuk taip dan kongsi secara kasar apa yang bakal ditempuh sepanjang 4 tahun pengajian nanti. Aku cerita secara kasar dan general sajalah sebab kalau cerita satu per satu nanti tak terbaca dalam satu entry ni hehe. Kalau nak baca lebih lanjut boleh pi baca dekat blog junior akuuu, banyak informasi pasal BPharm dekat sanaaa, ini entry Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) UiTM di blognyaaa. Dan jugaaa boleh ke SINI untuk bacaaa dengan lebih detail tentang silibus BPharm dll. Dan ada banyaakk lagi blog yang berbicara tentang Degree Farmasi dan juga kisah hidup pelajar farmasi ni (kalau ingat nanti aku selitkan dalam entry ni). Can go and check them out okay ! π
Sarjana Muda Farmasi UiTM; UiTM Puncak Alam
Jadi untuk entry aku, aku akan cerita berdasarkan tahun pengajian; dari Tahun 1 hingga Tahun 4 pengajian. Sebab apa? Sebab kalau aku cerita by semester memang penat aku nak menaip dan hampa yang nak membaca nanti HAHA. Dan seperti biasa; disclaimer sesiap; aku bukanlah student yang pintar dan cemerlang juga punya CGPA yang mantap haha, aku hanyalah seorang pelajar biasa yang punya cita cita yang tinggi begituuu. Walaupun aku bukanlah pelajar yang pintar, tapi aku rasa aku perlu bercerita di blog ni untuk bacaan tatapan bakal junior yang akan masuk BPharm ni; untuk tidak mengulangi kesilapan yang aku buat duluu dan boleh dapatkan result yang lebih cemerlang dari akuu hihi.
Tanpa bertangguh lagi, mari kita teruskan kepada entry kita untuk harini. Dan jugaaa disclaimer lagi sekali; ini aku share berdasarkan pengalaman aku, apa yang aku lalui dan pelajari serta kurikulum pengajian waktu aku belajar dulu. Kalau sekarang dah berubah aku mintak maaf sesiap, mungkin akan berubah sana sini dalam kurikulum pengajian sekarang. (Maaf jugak kalau rasa pishang baca entry akuu haha saja nak update untuk kenangan hihi)
Tahun 1 Degree Farmasi π
Secara asasnya, Tahun 1 punya pengajian adalah tahun untuk kita diajar asas kepada dunia farmasi. Kenapa aku katakan begitu? Sebab bila tengok balik subjek untuk semester 1 dan semester 2 memang semuanya adalah subjek basic untuk difahami sebelum menempuh cabaran yang lebih besar di Tahun 2 dan ke atas nanti haha. Walaupun begitu, jangan ambik mudah ya adikadik sekalian. Untuk semester 1 memang kebanyakan pelajar boleh score cemerlang, namun akan kecundang sikit bila dah masuk ke semester 2 sebab subjek di semester 2 walaupun nampak macam subjek ASAS tapi agak berat untuk dibawa dan disampaikan dengan baik kalau tak fokus betul betul (cakap berdasarkan pengalaman uhuk). Jika untuk pelajar lepasan Diploma (tak kira samada dari Diploma Farmasi, Diploma MLT, Diploma Mikrob dan sebagainya); boleh dapat pengecualian subjek untuk subjek Agama dan English Semester 1 serta Kokurikulum. Macam aku dulu; waktu Diploma ambik National Kesatria 1-3, jadinya semuaa aku dapat pengecualian, jumlah 5 subjek saja dapat pengecualian gitu. Antara semester 1 dengan semester 2 mana yang lagi susah? Semestinya lah semester 2 haha. Sebab masa aku dulu; aku ambik 22 jam kredit (credit hours) untuk semester 2 dengan jumlah subjek sebanyak 9 subjek haha boleh bayang sendiri la kekalutan waktu tu. Nasihat aku untuk Tahun 1 ni; fokus betul betul dapatkan the very best of CGPA kalau boleh; you will know eventually bila dah di penghujung entry aku nanti ni haha.
Bergambar bersama classmates waktu lepas habis lab session bersama pensyarah hehe awal awal lab session kan mestilah semangat lebih hiks π
Alang alang aku ada sebut pasal jam kredit (credit hours) dekat atas tuu, jadi aku cerita sikit lah yaaa. Untuk Degree Farmasi ni, maximum jam kredit (credit hours) yang dibenarkan untuk ambik adalah 24 jam kredit sahaja. Untuk setiap semester, perlu belajar subjek teras (core subject), subjek elektif (elective subject), dan juga subjek universiti (university subject) macam English dan Agama. Macam mana penetapan jam kredit ni dibuat? Ok, bila dah sah jadi pelajar BPharm nanti, masa semester 1 kita akan dibekalkan dengan course outline dari kita Semester 1 sampailah Semester 8 (boleh cuba tengok contoh course outline ni dekat dalam blog yang aku dah bagitau dekat atas tu); jadi dari situ kita dah boleh plan kita punya subjek untuk semester akan datang (yang ini untuk subjek elektif kebiasaannya). Boleh ke ambik sampai maximum jam kredit? Haha mestilah boleh kalau mampuuu gituuu, tengoklah aku punya jam kredit masa semester 2 tuu sampai 22 jam kredit haha acah kuat lah konon nak bawak sekali kecundang jugak ahaha (true story π€£).
Sedikit tambahan lagi, disebabkan aku adalah bekas pelajar Diploma Farmasi yang masuk ke Degree Farmasi, jadi antara subjek cabaran bagi akuuu (dan aku percayaaa untuk kebanyakan rakan rakan bekas Diploma Farmasi macam aku haha) adalah subjek Organic Chemistry I dan II, Pharmacology AND MEDICINAL CHEMISTRY , Biochemistry serta Pharmaceutics haha. Kalau perasan semua berkaitan dengan Chemistry kann ehek π; begitulah lumrah menjadi pelajar dalam School of Pharmacy hihi; kena master sebetulnya untuk subjek Kimia (Chemistry). Don’t worry; slowly but surely; ramai ja kawan kawan aku dapat survive dengan jayanyaaaa dan score terbaik hehe. Menarik sebenarnya kalau betul betul fokus belajar subjek Kimia ni tambah tambah bila dah belajar later on dengan drug molecule structure; masa ni rasa macam woww begituu jee twist molecule dah jadi ubat lainn haaa gituuu. Sebab tuuu kalau boleh dari Tahun 1 lagi belajar lebih sikit untuk chemistry related subject ni supaya nanti dah naik tahun tak akan jadi susah pada kita hihi.
Gembira bukan masing masing haha nasib baiklah ada gambar kenang-kenangan π
Tahun 2 Degree Farmasi π€©
Ok, tahniah sekarang dah naik ke Tahun 2 Degree Farmasi ! π₯³ Haha, masa ni akan rasa macam senior sikit la sebab akan ada junior baruu yang masuk bawah kitaaa hahaha. Untuk semester 3, jumlah jam kredit adalah 24 jam kredit (yaaa, maximum jam kredit yaaa ) uhuk dengan jumlah subjek sebanyak 10 subjekk hihi bayangkan kelam kabut nyaaa masa tuuu tapi jarang risauu ramai jaaa boleh score dengan baik. Yang penting; bila semester kita ada banyakkk sangat subjek kann; pengurusan masa (time management) adalah sangat penting. Kena pandai susun keutamaan (priority) yang mana perlu disiapkan terlebih dahulu, yang mana boleh letak tepi sat; subjek mana nak tengok duluu untuk test nanti (mind youuu subjek sampai 10 ni kadang nak habiskan dalam 14 minggu kuliah memang akan cramp habis dan selalu test memang akan tarikh dekat dekat); jadi sekali lagi nak tekankan pengurusan masa tuu sangatlah penting ‼️
Subjek subjek di Semester 3 ni bagi akuuu semuaa nyaaa beratt hahaha, tapi kalau aku dapat kongsi sini, top 3 subjek agak susah bagi aku adalah Pharmaceutical Immunology, Principles of Pathology and Peripheral Nervous System and Pharmacotherapeutics (Pharmaceutics II susah jugak ya tapi PNS lagi berat bagi akuuu haha). Untuk pengetahuan juga, mula semester 3 ni dah kena start ambik bahasa ketiga (third language) dari Level 1 sampailah Level 3 (masa semester 5). Untungnya jadi pelajar UiTM ni adalah kerana kita didedahkan untuk belajar bahasa ketiga ni; cuma kena minat sikit la dengan bahasa yang kita pilih kalau tidak nanti kita akan rasa berat nak pikul. Yang penting kenaaa enjoyyy masa ambik bahasa ketigaaa nii sebab masa ni la you get to enjoy other than pharmacy things hehehe π Pilihan third language yang adaa?! Untuk BPharm, seingat akuuu ada Bahasa Mandarin (ramai yaaa berebut nak masuk kelas Mandarin, Alhamdulilah rezeki aku dapat masuk haha), Bahasa Jepunn dan juga Bahasa Perancis, serta Bahasa Arab (ni tak pasti rasa macam ada, ingat ingat lupaaa hihi)
Masih sempat ya selfie sesambil discuss dalam lab haha π
Masuk semester 4, jam kredit dah jadi bawah 20 jam kredit. Subjek kebanyakan bearable lah tapi aku tak score jugak punnn sebab aku ni banyak main haha takdalah aku banyak aktif ke arah lain jadinyaaa belajar macam tak berapa nak balance sangat huuu. Mungkin kalau boleh undur masa, aku nak buat yang lebih baik dalam BPharm ni haha gituu. Selain tuuu banyak isu peribadi dan isu kesihatan yang buatkan fokus aku hilang terus untuk Tahun 2 ni. Lagi pula, masa Tahun 2 ni aku dah mula duduk di luar kampus, ingat boleh survive la hidup di luar (takda kenderaan pun masatu tapi buat keputusan berani mati sebab tak yakin akan dapat kolej); jadi memang banyak terjejas pelajaran aku. Banyak pengajaran lah aku dapat sepanjang hidup di luar di Tahun 2 ni tambah tambah bila hang kena independent sendiri untuk pi kelas, balik kelas, study, urus persatuan lagi haa gituu. Kalau tanya aku; memang Tahun 2 dalam Degree Farmasi ni adalah tahun pengajian yang paling teruk bagi akuu; perit sampai rasa takmau ulang lagi dahhh sebab tak terbayang penatnya ulang alik naik bas, tunggu bas, bangun awal, balik lambat hurmm kenangan sungguh yaaa (tibeee emosii hehe sorry π£) Jadi, nasihat akuuu bagi adik adik yang bakal masuk nanti jika peluang duduk di kolej, fight lah sehabis baikk tambah tambah kalau takda transport untuk hidup di luar nanti. (Musim COVID-19 ni masih belajar di rumah, cabaran nya jadi lain lah pulak yaaa)
Antara aktiviti aku dulu; menjadi SMF Farmasi π
Lepas habis bincang, kita buat apa? Ya, kita selfie hihi ✌️
Ok, aku rasa agak panjang untuk entry kali ni. Jadi aku akan split jadi dua entry Part 1 dan Part 2 untuk memudahkan bacaan begituuu. Tapi sebelum aku akhiri entry kalini, aku nak share tentang penglibatan akuuu masa aku di Tahun 1 dan Tahun 2. Belajar kena belajar, bersosial punn kena jugakk begituu haha tapi jangan ulang kesilapan aku lah yaaa haha π Tak pandai urus masaaa pastuuu keputusan semester punnn kelaut China Selatan ihiks.
First event akuuu join waktuuu aku Tahun 1 Degree Farmasi ialah National Pharmacy Sports Carnival (NPSC), waktuu tuuu diadakan di USM, Pulau Pinang. NPSC ni national event yang kumpulkan semua pelajar Degree Farmasi dari semua IPTA dan IPTS yang dibawah naungan MyPSA. Banyak acara sukan dipertandingkan masa NPSC ni. Aku main game apa?! Akuu main petanque sajaa haha. Kemudian dapat join National Gathering Pharmacy Students (NoGAPS) di AIMST University. National event juga libatkan perjumpaan besaran antara pelajar farmasi lepastu buat aktivit sekali gituu. Aku masih lagi junior waktuuu nii tapi dapat peluang joinnn dannn sangat lah best bagi akuu aktiviti yang disediakannn haha, tolonglahhh joinn jika berpeluang hihi (Khabarnya penganjuran tahun ni secara virtual)
Gambar kenangan selepas event pΓ©tanque NPSC 2015 ☺️
Gambar kenangan untuk NoGAPS 2015 π
Di peringkat UiTM, aku terlibat dengan Rx Sports Day. Sukan diadakan dalam kampus untuk Fakulti Farmasi; perlawanan antara batch ada 4 batch kesemuanyaa termasuk juga Alumni yang hadir untuk main futsal. Aktiviti dalam fakulti juga termasuk program orientasi PharmilyUiTM (kira macam sesi senior kenal dengan junior gitu), program Pharmafiesta, Pharmville dan lain lain lagi. Kemudian masuk pulak Sukan Antara Fakulti; main bowling dengan seniors (ya aku sorang ja junior hahaha dahsyat kann π€£)
Batch aku terlibat untuk RX Sports Day 2016 π
PharmilyDay UiTM
Fuh, baikkk, sampai sini duluuuu, jumpa lagi di entryy Part 2 yaaa. Tahniah sebab dah berjayaa baca sampai setakat ini hehe. Maaf lah kalau rasa macam tak berilmiah entry ni hahaha almaklumlah dah 3 tahun tinggal BPharm jadi mampu share apa yang masih ingat sajalahhh yang lain boleh refer blog orang lainn hihi.
Jumpa lagi di lain entry.
Salam sayang,
Alyaa ❤️
10 ulasan:
Hi, saya pelajar diploma farmasi di uitm bertam. Sekarang saya baru masuk semester ke 3. saya nak tanya, cgpa untuk masuk bachelor pharmacy agak agak berapa eh? saya tahu minimum dia 3.5 tapi kalau nak lebih selamat seelok eloknya?
@Unknown
Hi, untuk ke BPharm, ada beberapa faktor yang akan dilihat. Selain CGPA, keputusan SPM juga akan dirujuk kembali dan kemudian penilaian sewaktu temuduga.
Untuk menjawab soalan, sebaiknya CGPA yang selamat adalah 3.8 ke atas demi membolehkan awak layak dan lepas untuk tapisan temuduga ke BPharm.
Harap menjawab soalan :)
Hi, saya pelajar degree farmasi UITM. Saya nak tanya opinion awak, masa kerja nanti which is after dah habis degree, mostly semua orang akan tengok pointer untuk cari kerja ke nanti? Saya average student, tak ada lah pandai sangat tapi sekarang saya asyik fikirkan tentang pointers especially bila habis jawab exam. Ramai yang kata kalau jawab exam dah lulus tu kira okay tapi saya still fikir kalau cukup cukup makan mesti akan drag pointer jugak. Target saya nak dapat pointer atas 3.0 pun dah bersyukur. Pastu kalau dah habis degree empat tahun, peluang nak dapat kerja tinggi tak atau kena tunggu lama? Untuk nak dapat kerja, mostly diorang akan tengok dari segi apa? Terima kasih.
@Tanpa Nama
Hi, maaf ya lambat balas komen awak.
Satu benda yang awak kena tahu, lepas habis degree pharmacy (BPharm), awak perlu melalui fasa PRP selama satu tahun (di mana mana fasiliti yang berdaftar dgn LFM), kemudian menjalani khidmat wajib selama setahun sebagai FRP.
Saya faham situasi awak kerana saya juga merupakan average student. Jangan risau, fokus untuk habiskan pengajian BPharm dan cuba strive your best untuk dapatkan 3.0 ke atas.
Soal kerja, jika awak pilih untuk PRP di sektor awam iaitu di fasiliti2 KKM, kemasukan skrg secara kontrak, tak tengok kepada CGPA dan sebagainya. Buat sehabis baik semasa PRP supaya peluang awak lebih cerah untuk dapat lantikan tetap di KKM. Tunggu lama atau tidak bergantung kepada intake yang ditetapkan oleh KKM/SPA.
Jika awak pilih ke fasiliti swasta seperti hospital swasta atau community pharmacy, lepas dah dapat no pendaftaran PRP dan tawaran dari fasiliti, awak dah boleh jalani latihan PRP macam biasa.
Bidang farmasi sedikit berbeza dengan bidang yang lain kerana bidang kita merupakan bidang professional. Jadi utk awak masuk kerja, pointer 3.0 bagi saya sudah mencukupi dicampur dengan skill2 lain yang awak ada semasa menjadi sorang pelajar farmasi. InshaAllah, rezeki dan peluang luas untuk bidang farmasi ni, awak boleh terokai banyak peluang lagi mengikut minat awak.
Harap menjawab soalan awak :)
Salam, saya baru habis diploma pharmacy uitm dgn cgpa 3.7, agak agak akak, saya dapat secure tak tempat untuk interview bpharm? huhu.. ketar ketar ni
@Tanpa Nama
Waalaikumsalam. Baru habis ya? Ada mohon penerapan tak sebelum ni? InshaAllah lebih 3.5 CGPA dah boleh dapat interview :) Buat yang terbaik ya ! ^-^
Hi senior!! Alhamdulillah saya dapat degree pharmacy di puncak alam. Tibatiba jadi takut pula nak ambil course ni hmmmmmm. doakan saya ya!
@Tanpa Nama
Hii !!! Alhamdulillah, tahniahhh. Moga dipermudahkan segala urusan sepanjang BPharm nanti. Buat yang terbaik, jangan takut2 yaaa. Plan your study wisely :)
Hi, saya nak tanya kalau ditakdirkan final cgpa masa sem 8 nanti bawah 3.0, masa nak kerja nanti akan ada effect apa2 ke?
Hi, maaf atas kelewatan reply komen. Masih boleh masuk kerja seperti biasa, sebagai seorang training pharmacist :)
Catat Ulasan