Friday, May 17, 2013

Diploma Farmasi UiTM . . .

Assalamualaikum dan selamat pagi

Okay, disebabkan tak lama lagi akan keluar keputusan UPU untuk lepasan SPM, makanya aku rasa nak buat entry ni sebagai salah satu panduan untuk mereka iaitu adik adik yang nak masuk dalam bidang Diploma Farmasi dan mendapat tawaran ke UiTM dalam pilihan UPU. 

Sebelum tu, alhamdulillah aku dah pun berjaya menamatkan pengajian untuk tempoh teori dalam diploma farmasi ni dan sekarang, InsyaAllah akan meneruskan pengajian untuk tempoh praktikal di Hospital Seberang Jaya selama setahun bermula awal bulan Jun ni. Sama sama doakan aku agar berjaya dengan jayanya praktikal di sana nanti. Amin.

So, secara kasarnya diploma farmasi ni korang akan belajar banyak sangat pasal ubat ubatan. Sampai kekadang tu rasa nak muntah baca, hafal dan faham ubat ubatan ni. Haha. Serius cakap sampai kekadang tu dah taknak belajar farmasi ni *aku lah tu*. HAHA. Tapi semua tu masa sem 3 dan ke atas lah. Masa sem 2 ni banyak akan belajar basic basic dulu. Tapi basic basic pun mahu mengah jugak belajar. Tak percaya? Tanya sesiapa yang pernah berada dalam field diploma farmasi ni. Apa yang boleh aku gambarkan, Diploma Farmasi ni tak boleh nak disamakan dengan mana mana diploma yang ada yang rata2 akan kata diploma ni rileks, belajar cool, apa semua tu. Tak relak mana pun hah. Penat, tenat semua ada. Tak percaya boleh selongkar entry2 aku yang lepas. Ada jugak yang aku ceritakan. Hehe. But after all, korang still boleh survive jika belajar dan fokus betul betul. 

Ok, dah puas pongpang pongpang, sekarang berbalik kepada tujuan asal entry ni dibuat. InsyaAllah, aku akan cuba kongsikan apa yang boleh aku kongsikan di sini. Kalau tak dapat capai tahap fahaman korang, silakan rajin2kan diri bertanya ya. :) Untuk makluman korang, UiTM adalah satu satunya IPTA yang menawarkan diploma farmasi ni dan ianya berpusat di UiTM Pulau Pinang kampus Bertam. Jadi kalau cek2 keputusan dan dapat diploma farmasi UiTM, memang sini lah tempatnya korang akan sambung belajar. 




Takmau nak panjangkan entry, sekarang teruskan dengan subjek2 yang akan dibelajar sepanjang tempoh di UiTM ni. Macam cliche rasa kan benda2 ni, tapi nanti akan ada yang tanya. Percayalah. Haha. Tak apa, aku faham rasa tu macam mana, aku dulu pun macam tu jugak, merata cari maklumat tapi tak jumpa sangat. Makanya, aku harap entry ni sedikit sebanyak dapatlah bantu adik2 yang baru nak masuk universiti ni. 

Semester 1
Nampak tak gambar kat atas tu? Boleh besarkan untuk nampak dengan lebih jelas. Ya, aku tahu banyak kan. Yessss. Sangat banyak, ada 8 subjek semuanya. Tapiiii jangan risau. Korang masih boleh dan mampu bagi keputusan yang baik kepada parents untuk semester 1 ni. Berdasarkan apa yang aku observe untuk batch aku dan batch junior, alhamdulillah kebanyakannya mampu untuk score 3.5 dan ke atas.

Untuk sem 1 ni, subjek paling senang nak score bagi aku adalah ICT for Pharmacy tu. Serius senang dan aku suka sangat3. Haha. BEL, CTU, HBU itu memang wajib ambik sampai semester 3. MAT 133, Pre Calculus ni bagi aku suam suam kuku lah. Tak susah mana, cumanya kena banyak buat latihan, carry marks kena kumpul betul2 la. PHC 112, Life Sciences ni lebih kurang biology SPM. Boleh score lah kan. PHC 113, Introduction to Pharmaceutics ni macam tough sikit sebab baru nak kenal2 dekat pharmacy kan. Last sekali, PHC 114, Chemistry ni macam lebih kurang Chemistry SPM. Hah, sebab tu aku cakap boleh score sebab mostly banyak basic2 lagi. *menyesal takdapat result mantap dulu. hehe*

Semester 2
Yeahh, welcome to the most nightmare and disaster semester ever ! Semester yang sangat menjadi igauan dulu, kini dan selamanya. Haha. Semester ni boleh dikategorikan sebagai zaman kejatuhan untuk kebanyakan pelajar2 dalam diploma farmasi ni. Sebab apa? Sebab subjek2 dalam semester ni mampu membuatkan anda taktidur malam, mata panda, gangguan emosi dan sebagainya. Dan peringatan awal, terimalah apa saja keputusan yang anda dapat dalam semester ni kerana sesungguhnya di sinilah zaman kejatuhan kita. Hahaha. Rasa macam jahat pulak gelak gelak ni. Ok, to be honest memanglah semester ni menakutkan sikit TETAPI ada je ramai yang boleh score dengan baik dan maintainkan pointernya. Aku bukan nak menakutkan ka apa, cumanya kalau boleh semester dua ni buatlah baik baik. Jangan start akhir2 baru nak belek apa semua. Kes naya tu.

Aku pernah alami semua benda ni dan juga pernah rasa betapa peritnya dan sakitnya bila pointer boleh jatuh keduuubumm macam buah durian yang jatuh di dusun tu. Sampai rasa nak berhenti belajar pun ada. Tak percaya, boleh refer entry lepas2. :) Walaupun aku katakan semester 2 ni zaman kejatuhan, tapi alhamdulillah, ada ja kawan2 aku yang dapat naikkan pointer. Contoh roommates aku, sem 1 tak dapat DL, tapi sem 2 dapat DL. InsyaAllah, kalau usaha, bolehlah buat yang terbaik.

PHC 121, PHC122, PHC123 adalah antara subjek yang boleh buatkan kita menangis sangat2. Haha. Thriller sikitlah subjek2 ni. Kena start study bebetul dari awal. PHC 124 pun lebih kurang boleh menggugurkan jantung kita ni sebabnya subjek ni 4.0 kredit hours. Belajar subjek ni seronok tapi nak score macam tak tercapai mana lah. Diingatkan, kalau nak dapatkan 3.5 ke atas semester ni, subjek ni kenalah score A sekurang kurangnya. Goodluck okay ! :)

Sem 1 dan sem 2 memang ada lab. Jadi jangan lupa lab coat ya adik adik.



Semester 3
Sem 3 ni adalah sem yang agak banyak melibatkan kita dalam lab. Sebab sem ni dah lebih fokus ke arah membentuk kita ke arah seorang pembantu farmasi. Semester ni memang makin mencabar lah . Tapi macam semester2 sebelum ni, memang kena start dari awal sebab anda akan jumpa lebih kurang 50++ nama ubat, brand ubat, MOA, ADR dan sebagainya. Kita jumpa dan semestinyalah kena hafal. Haha. Untuk semester ni memang aku malas nak ulas banyak2 dah, sebab kena alami sendiri baru tahu macam mana. Yang paling mencabar bagi aku semester ni ialah PHC 213, PHC 214 dan PHC 215. Sangat3 mencabar. 

Semester 4
Untuk semester 4 ni aku taknak taip kat sini lagi, sebab memang dah plan nak buat entry lain iaitu entry penghargaan kepada pensyarah pensyarah aku sempena hari guru ni. Memang dalam perancangan tapi aku publishkan entry yang ni dulu. Kalau rajin nanti, godek godek lah blog aku untuk akan datang. Haha. 

Phewwww. Aku rasa macam dah panjang sesangat dah entry ni. Okey, habis part subjek dalam diploma farmasi. Rasanya takat ni benda ni perkara yang penting bagi aku dan korang juga. Kalau ada apa2 soalan lagi, bolehlah tanya aku. Takpun bolehlah search2 lagi pasal diploma farmasi kat UiTM ni. 

Kepada kawan2 aku ataupun junior2 yang baca, janganlah nak condemn lebih lebih ya. Aku buat entry ni main tembak tembak ja. Direct ja main taip2, takmau edit edit dah. Malas sebab panjang benar rasa entry ni. Hahaha. So, jumpa lagi nanti ya. Nak menghupdate entry pasal sem 4 pulak ni.

So, kalau rajin bolehlah jenguk2 entry yang aku attachkan dekat sini untuk makluman tambahan :-












Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

230 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 230 of 230   Newer›   Newest»
AlyaaIBH said...

@ariffloqman

waalaikumsalam. it's a fact actually. uitm je yang terima budak diploma utk buat degree pharmacy. tapi utk tahun ni, tak silap dah mula ada interview untuk masuk :)

AlyaaIBH said...

@Anonymous

waalaikumsalam. maaf dik, akak tak pasti syarat kemasukan yang terbaru. mungkin adik boleh apply tp utk dapat tu tipis sedikit :)

AlyaaIBH said...

@Anonymous

waalaikumsalam. jujurnya peluang untuk sambung ke degree pharmacy hanyalah ke uitm sahaja melalui penerapan. sukar untuk uni lain terima lepasan diploma. bunyinya macam pahit, tp itulah kenyataannya :)

AlyaaIBH said...

@Ain

waalaikumsalam. takde. diploma hanyalah ada ptptn atau jpa ataupun pinjaman negeri :)

AlyaaIBH said...

@candidate spm 2015

waalaikumsalam. both okey dan membawa kepada mbbs240. namun begitu, adik perlukan kekalkan pointer yang baik sepanjang pengajian diploma dan sebaiknya skorlah 3.8 ke atas. tapi adik kenalah sedia maklum bahawa lepasan diploma yg menyambung ke mbbs akan mula dari tahun 1 :)

Anonymous said...

Salam , kalau kita amik diploma pha kt uitm boleh ke kita sambung degree kt u lain ?

puteri syafa said...

assalam kak alya ..maaf saya nak tanya..bidang farmasi nih hanya layak budak ambil aliran sain ye?means macam saya ambil aliran perdagangan ..so tak boleh mohon ye?

puteri syafa said...

assalam kak alya kalau bukan aliran sains ...tak dapat yye nak mohon ?

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM..
AKAK RESULT SPM 2015 SAYA UTK BIO A-,FIZIK-B TAPI KIMIA-C+....SAYA CADANG KALO DPT MATRIKS SAYA NK MASUKLAH... SOALAN SAYA,, KALAULH NANTI SAYA DAPAT POINTER BAGUS MAYBE 3.5@3.8 ..AKAK RASA SAYA DAPAT BUAT DEGREE TAK EVEN KIMIA SAYA MASA SPM DULU C+?... SBB ADA PENDAPAT YG CAKAP KALO NK SMBUNG DEGREE DEPA TGK POINTER JER.. TGK RESULT SPM TU UTK CUKUPKN SYARAT JE.. TAPI ADA YG CKP DIA TGK JUGAK RESULT SPM IKUT KELAYAKAN 5B UTK SUBJEK SAINS...HARAP AKAK DAPAT BERI PENDAPAT :)
#TENGAH KONFIUS

buavelvet said...

salam kak saya nk tanye klw subjek science stream sya B semua agaknye boleh x nk amik bidang pharmacy nie?

Unknown said...

Assalamualaikum ;) saya nak tanya, skrg akak sambung dekat mana? btw saya nampak akak dekat uitm shah alam haritu

Anonymous said...

assalamualaikum akak. saya nak tanya
. ambil dip farmasi 3 tahun kan? lepastu kalau nak sambung degree berapa tahun pulak?

Anonymous said...

kak nak tanya kalau kita fail add math boleh tak ambil dip pharm?

Tertanya-tanya said...

Assalamualaikum. Saya lepasan Diploma Farmasi. CGPA saya bawah 3.5. Masih ada jalan lain ke untuk ke ijazah.

Anonymous said...

Assalamualaikum, nak tanye ni. Klau amek dip 3 thun pastu bole trus kerja kn, kak? Boleh ke hold dulu degree? Klau amek degree sambil keje bole ke? Thanks kak.

Anonymous said...

adakah saya masih layak untuk memohon diploma farmasi sekiranya saya terlibat dalam bidang sastera semasa f4&5 ?

JohnDaus said...

Assalamualaikum
jika berminat utk belajar Farmasi@MBBS di CUCMS blh watsapp saya 0162634270. Muhammad Firdaus

AlyaaIBH said...

@Anonymous

Waalaikumsalam. Peluang ke uni lain tu ada tapi tipis sikit lah, biasanya akan serap masuk ke UiTM je :)

AlyaaIBH said...

@Ain

Waalaikumsalam, diploma hanya ada bantuan zakat dan PTPTN ataupun dari kerajaan negeri :)

AlyaaIBH said...

@candidate spm 2015

Waalaikumsalam. Both pun okey. Goodluck yer :)

AlyaaIBH said...

@ariffloqman

Kalau diikutkan memang UiTM saja yang terima lepasan diploma farmasi :)

Ainaa Syafiqa said...

assalamualaikum akak. first, thank you share bnda ni.saya suka sgt. akak mcm ni saya msih confius nk pilih farmasi ke medic. parents sruh pilih medic. tpi saya takot x boleh nk survive dgn medic. adakah farmasi ni setaraf tough dgn medic jgk? lpstu sya dgr2 farmasi ni susah nk dpt keje nnti. betul ke kak?
ok saya rasa itu sahaja soalan saya. terima kasih akak.

Ainaa Syafiqa said...

assalamualaikum akak. first,thanks for sharing this suka sangat!. akak,saya msih confius ni sbb parents sruh ambik medic.tpi sya takot x boleh nk survive.so, saya pilih farmasi mmndgkn sya minat subjek kimia dan biology.akak,adakah farmasi ni setaraf tough dgn medic??lpastu sya dgr2 farmasi susah nk dpt keje.betul ke kak?then, selain uitm penang kt mne lg mnwarkan diploma farmasi? ok akak sya rasa itu sahaja soalan sya. minta pndapat akak psal ni. terima kasih :)

Anonymous said...

Assalamualaikum kak. Sori sebab entry ni dah lama. Saya ni kiranya dah lambat 2 thn utk ambik dip pharmacy ni sebb b4 nih saya ambik A level tapi tak lepas requirement. Masih tak terlambat ke utk saya ambik dip pharmacy nih?

AlyaaIBH said...

@Ainaa Syafiqa

Waalaikumsalam. Alhamdulillah terimakasih sudi baca coretan dekat blog akak :) Menjawab soalan adik, nak kata medic ni setaraf dengan farmasi tak jugak sebab kedua dua ni ada tahap kesukarannya yang tersendiri. Tentang peluang pekerjaan akak tak berani nak cakap dengan lebih lanjut sebab situasi skrg dah tak sama macam dulu, yang penting fokus betul2 halatuju kita kemana inshaAllah ada rezeki di mana2 sbb pharmacist ni mmg diperlukan cuma kita kekurangan tempat utk training sbg provisional registered pharmacist (PRP) :) Utk diploma, hanya UiTM Penang yang tawarkan manakalah BPharm hanya di UiTM Puncak Alam, Selangor.

Harap menjawab soalan adik yer. Maaf baru dapat reply. Kalau ada lagi kekeliruan nanti, boleh email akak di aliyaa93@gmail.com , inshaAllah lagi fast respons :)

AlyaaIBH said...

@Anonymous

Waalaikumsalam. Maaf baru reply yer. Kalau diikutkan masih belum terlambat sebab masa batch akak dulu pun ada jugak yang taklepas di A Level dan buat diploma farmasi. Yg penting, kuatkan semangat nak sambung belajar :)

Kalau ada kekeliruan atau pertanyaan lagi nanti, boleh lah email akak di aliyaa93@gmail.com yer, inshaAllah lagi mudah interaksi melalui email :)

maisarah2010 said...

Akak nak tanya saya science stream student, tapi boleh ker saya apply diploma farmasi sebab saya tak ambil subjek biology.

auni perwira said...

Hai kak, boleh tak saya nk num akak. saya spm 2016 and result tk keluar lg. And saya ada mohon uitm dip farmasi and hope dpt la. and insya Allah klau dpt bolehla saya tanya akak sikit2 abt program ni. thank youu

AlyaaIBH said...

@maisarah2010

tak boleh kalau ikutkan. kena ada subjek biologi :)

AlyaaIBH said...

@auni perwira

hai auni, nanti dah dapat tawaran bagitau akak yer dan kita berbual nanti. Semoga berjaya ! :)

«Oldest ‹Older   201 – 230 of 230   Newer› Newest»
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA