Hati tersentap, menyentap semuanya ada sekarang ni. Tersentap dengan perangai manusia yang tak habis habis ingin mencari perkara yang salah di pihak sini. Sudahlah, biarkan saja. Acapkali benar aku bersabar dengan telatahnya, kali ni mungkin sudah sampai di paras yang paling atas. Namun begitu, aku bukanlah yang jenis melatah tak tentu hala. Walaupun aku boleh dikatakan bukanlah matang sepenuhnya lagi, tapi Allah kurniakan aku akal dan fikiran untuk berfikir dengan sewarasnya lagi. Tidak akan ku lontarkan kata kata kesat selagi mampu kerana itu bukanlah cara aku. Aku bersabar lagi dan lagi.
Cuma nasihat ku padamu, janganlah kerana amarah sesuatu, orang lain menjadi tempias kemarahanmu itu. Ingatlah, marah itu datang dari siapa. Jangan mudah cepat benar berasa marah. Ya, peringatan ini juga untuk aku yang kadangkala terbabas akibat emosi yang menganggu jiwa.
Doaku ketika ini moga Allah kurniakan setinggi tinggi ketabahan kepadamu untuk terus melayan karenahmu yang satu ini agar sama sama kita dapat mengecapi kebahagiaan yang sejati. Dan doa juga ku panjatkan kepadaNya untuk melembutkan hatimu yang satu itu untuk memaafkan semua orang yang ada di sekelilingmu termasuk diriku walaupun aku tahu aku bukanlah pesalah dalam hal ini tetapi sebagai manusia yang selalu alpa, aku juga memohon maaf padamu. Sayangi dirimu dan orang di sekeliling akan kembali menyanyangi mu. Terima kasih.
2 ulasan:
sabar.. ^^
@Budu Bilis
tengah bersabar la nih. hehe. dah getting better =)
Catat Ulasan