Apa khabar malam ni? Panas ? Biasalah, Malaysia makin panas sekarang. Bertahan sajalah ya. Ini baru panas dunia, bukan panas akhirat lagi. *Insaf sekejap*
So, alhamdulillah hari ni dah pun 16 Mei 2013. Seperti yang ramai sedia maklum, hari ni ialah
HARI GURU !
Yeayyy ! Haha. Seronok ya cikgu cikgu di luar sana. Mestilah, penat lelah mengajar anak murid selama ni dihargai dalam satu hari yang istimewa. Tak gitu ? Lepas tu dapat hadiah dari anak anak murid semua pada hari ni kan. Mesti penuh satu kereta. Haha. Teringat masa zaman dulu dulu. Rajin bagi hadiah dekat cikgu cikgu tanda menghargai penat lelah jerih perih ajaq student macam aku ni. Hehe.
So, kepada guru guru di luar sana, di dalam Malaysia mahupun di luar negara sana, selamat hari guru aku ucapkan. Terima kasih atas ilmu ilmu yang dicurahkan, tak henti henti mengajar dan mendidik kami dari kami kecik hinggalah besaq. Hanya Allah saja yang mampu membalas saja2 cikgu semua. Tanpa cikgu, tak adalah doktor atau engineer mahupun Perdana Menteri sendiri. Semuanya bermula dari didikan seorang insan yang bergelar cikgu dan guru. Terima kasih cikgu ! :)
Dan kepada cikgu cikgu yang pernah mengajar aku dari aku kenal ABC, alif ba ta sampailah aku kenal apa itu metronidazole, E.coli, parkinson, acetylsalicylic acid dan lain lain lagi, selamat hari guru aku ucapkan. Mohon maaf andai ada salah dan silap sepanjang saya menjadi pelajar cikgu. Saya tahu saya memang nakal sikit dolu dolu. Hehe. Ucapan ini khusus kepada guru guru di :-
-Taski Abim Taman Fahim. - SK Permatang Bertam- SMK Dato' Onn Butterworth- SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun, Trg- MRSM Kuala Berang, Hulu Trg- UiTM Penang
Jasa dan pengorbanan cikgu terlalu besar bagi aku. Dulu pernah jugak bercita cita nak jadi cikgu, almaklumlah makcik2 ramai cikgu, tapi malangnya takdak rezeki. Dari sekolah rendah kot nak jadi cikgu. Hehe. Alih alih bidang sains juga menjadi pilihan aku. Haha. InsyaAllah, mana2 bidang pun boleh jadi cikgu walaupun secara tidak langsung kan. :)
Paling rindu cikgu cikgu ni. Sangat rindu. Selamat hari guru cikgu ! :) |
Lecturers merangkap cikgu di universiti. :) |
Homeroom Ibnu Batutah ! Rindunyaaa bonda Aida. :) |
Semoga cikgu cikgu terus menyumbang bakti dalam mendidik kami sebagai anak muridmu untuk menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara. Terima kasih cikgu, maafkan kami cikgu ! :)
p/s: Rasa rindu dengan zaman sekolah. Hampir 3 tahun meninggalkan zaman persekolahan namun sampai sekarang masih belum punya peluang nak berkunjung semula ke sekolah. Harap masih ada masa untuk aku. Hehe. :)
3 ulasan:
selamat hri guru juga buat semua guru di m'sia...
www.jaakechik.com
selamat hari guru..semoga kenangan terindah terus tersemat di hati :)
selamat hari guru..semoga kenangan terindah terus tersemat di hati :)
Catat Ulasan