*Facebook*
Okay, last update before masuk tidur.
Aku nak tanya, siapa yang pernah alami situasi macam yang dekat atas tu? Seperti yang dalam gambar tu lah. Kalau tanya aku, of course aku pernah jumpa ! Sangat2 familiar dengan situasi yang macam ni tambah2 bila dah masuk universiti ni. Haha. Paling tak tahan, student C tu weh. Pergh, kemain tak dapat jawab soalan, soalan susah la apa lah, sekali result dia atas sekali. Ini namanya GENIUS. Tak payah belajar banyak2 still dapat score terbaik. Tak semua orang dikurniakan nikmat macam ni. Jadi jika anda salah seorangnya, sila rasa bersyukur okey.
Kalau macam aku ni, mungkin student A kot. Haha. Rasanya lah. Memang jenis aku kena pulun study bebetul. Based on apa orang tengok aku dekat2 last 2 semester ni lah. Sebabnya aku bukan GENIUS, jadi usaha tu kenalah lipat kali ganda sikit kalau nak dapat elok bukan. Hehe :)
Btw, esok kakak aku ada temuduga untuk jawatan SPA- Pembantu Juruaudit. Doakan semoga semuanya berjalan lancar okey. Walaupun aku masih belum sihat sepenuhnya, tapi aku akan ikut mak nak hantar kakak aku esok ni. Semoga perjalanan pergi dan balik selamat. :)
Selamat malam, assalamualaikum. :)
2 ulasan:
hahaha..betul tu..betull...kawan ain ada sorang spesis gini..tiap sem gini..mengeluh macam esok nak mati..alih2 dean list tiap sem puih!
@Ain Dzaya
kan3. menyampah tau dengan orang yang mcam ni. haha
Catat Ulasan