Yehaaaaaaaaaaa. Siapa yang perasan aku tak update semalam ? Sila angkat kaki tangan dan lutut sekarang ! HAHA. Ada sebab hah tak update semalam tapi rasa macam cliche ja main pakai pakai sebab ni.
Ok sebelum tu aku nak bagitau yang aku dah pun pergi follow up pertama selepas pembedahan minggu lepas. Not a very good result i can tell you. Sebab macam ada infection sikit dekat tempat luka tu. Pasrah ja aku dengaq masa tu. Dah la nak dijadikan cerita pulak, time doktor tengah main main dekat telinga aku, kat tempat jahitan tu, tetiba perut rasa sebu, rasa nak muntah dan pening. Haha. Drama much right? Tapi itulah realitinya. Tak menahan kau masa tu. Nasib baik tak muntah. Doktor cool ja tengok aku main tetarik time tu. Haha. But after all, still alhamdulillah lah. Tak ada yang teruk2 lagi. Luka dalaman telinga still takboleh bukak doktor kata. Minggu depan insyaAllah. Haish, sabar jelah dengan kesakitan yang bakal daku tanggung untuk beberapa hari ni. Semalam pergi doktor ada gunting apa tah, keletap keletap bunyi. Ngeri lah jugak. Sakit ? Dah biasa kau, doktor siap kata "sakit sikit ya". Blurghh. Haha. Dengan tak pakai biusnya, aku boleh rasa kedekatan dengan telinga aku.
Hah, stop cerita pasal appointment. So, nak dipendekkan cerita, semalam juga, dek kerana kejangkitaan yang melanda di luka aku ni, mak dengan abah pun decide nak bagi aku makan pati ikan haruan. Ala, yang nak bagi sembuh luka dalaman tu. Act, abah dah lama cadangkan cumanya tak beli2 sampai kesudah, sampailah semalam. Perghhhhh, aku masa memula bau pati tu, rasa macam tak nampak dunia hah. Gelapp. Kemain busuk lagi bau nya. Siapa yang pernah makan tahulah bagaimana bentuk, bau, rupa dan rasanya pati ikan haruan ni. Haha.
Lepas dah dinner dan makan ubat, mak suruh lah aku makan pati tu. Dengan penuh ketidak relaan aku makan. Mak suruh makan 2 sudu. Bila sudu pertama masuk, rasa nak muntah. Serius rasa nak muntah sesangat. Tapi aku tahan. Dah sudu kedua tu, perghhhhhhh , aku telan ayaq bebanyak. Nak bagi hilang rasa. Namun itu hanyalah kerja yang sia sia kerana bau dan rasa itu sukar untk dihilangkan. Dah macam drama gitu.
Dah lewat malam sikit, time yang mana aku begitu jitu nak update blog tetiba rasa tak sedap badan. Nak bersin, nak muntah dan pening. Untuk pengetahuan ya, aku tak boleh bersin sangat. Kena tahan ja everytime rasa nak bersin. Haish, kesian kan aku? Takpalah, ujian untuk aku. Masa ni, mak dah gelabah bagai siap suruh telan kek untuk nak hilangkan semua rasa tu. Sebelum tu aku dah telan kek pandan sebekas. Haha. Tragis kan kesan pati ikan haruan ni kat aku. Semalaman jugalah takdapat tidur. Rasa lemah badan. Sobsob. Nak update blog pun taklarat. Perangai jugaklah badan ni nak merengek rengek apa semua. Orang sakit katakan. Hehe. So, apa2pun harini getting better. Dan mak pun kata takpayah ambik dah lah pati ikan haruan tu setelah berbincang dengan abah. Yeayyy ! Haha. Lega kau. Kalau tak, takdapat lagi lah nak update belog kesayangan hati ni. Aceceh.
Aish, panjang pulak rasa entry ni. So, kena stop dah. Nak buat entry baru , nak cerita banyakk lagi benda. Kemain dalam otak ni memacam nak taip, hasilnya ? 1 hari tetap 1 entry. Haha. Perangai sungguh. Oklah, babai. :)
p/s: Tadi teringin nak makan aiskrim, sanggup drive dalam keadaan sesakit ni, ajak adik teman pergi kedai depan taman tu. Alhamdulillah, selamat pergi dan balik. Hehe.
0 ulasan:
Catat Ulasan