Yeayyy. semalam tak update. Padan muka diri sendiri. Sibuk sangat. Haha. Bukan apa, ini tanda tandanya yang blog ini bakal disisihkan taklama lagi dek kerana kesibukan sudah menjengah sikit demi sedikit. Haha.
Apa yang aku sibuk sangat ? Okaylah, semalam memang aku agak sibuk, ditambah dengan tak cukup tidur apa semua. Sadis sungguh aku rasa, sampai berjalan jalan pun mata rasa nak pejam. Haha.
Awal pagi semalam lagi, dalam pukul 9 pagi, aku pergi servis kereta Myvi dengan kakak aku dekat Perodua Bertam. Pheww, kalau pergi lambat memang berjambu jugaklah nak tunggu, ini pergi hantar pukul 9 pun, pukul 12 macam tu baru boleh siap hah. Dahsyat sungguh servis kereta ni. Ihiks
Lepas ambik kereta, terus pergi beli makan tengahari dekat adik sebab dari pagi tinggal dia, so balik tu kena lah beli makanan siap siap. Beli makanan dekat Selera Kampung, Bertam. Perghh, kat sini memang lauk2 dia sangat best. Sedap. Haha. Murah pun boleh tahan murah jugak.
Petang tu, balik rumah sat lepas solat Zohor pergi Tasek Gelugor nak settlekan urusan loan dekat sana. Then, balik Kepala Batas balik nak ke CIMB Bank teman kakak aku bayaq duit pengajian short sem dia. Habis tu, balik rumah ambik adik nak hantaq pi tuisyen. Masa ni lah yang dapat tidur 1,2 jam. Haha. Megantuk benar.
Last destinasi semalam ialah Jusco Perda ! Shopping timeee walaupun rasa mengantuk tak terkata time tu, tapi bila dah sebut shopping, haruslah rasa segar kembali kan. Muehehehe.
So, begitulah kesimpulan cerita kesibukan aku semalam. Balik Jusco terus tido tak ingat dunia. Letih sesangat kau. Nak update blog pun dah taksempat hah. Kehkeh. Jadi, harini aku kembali ! InsyaAllah boleh update banyak2 lagi. :)
2 ulasan:
bersusun jadual dia.. hehe
servis lama tapi nasib tempat menunggu produa selesa kan
@hana hadi
haha. kan3? sibuk skrg ni. yup, betul tu, walaupun lama tp tempat dia selesa. :)
Catat Ulasan