Selasa, 29 Mac 2022

Temuduga Sarjana Farmasi UiTM (Interview Master in Pharmacy UiTM)

Assalamualaikum semuaaa, selamat malam 😋 

Berjumpaa lagi kitaaa di entry baruuu haha. Sekarang ni adalah hari Selasa. 29 March 2022. 11.15pm

Ok, aku sebenarnya saja lah bukak blog malam ni sebab macam takda mood nak siapkan kerjaaa (haha please jangan tiru perangai buruk ini 😆), Tiba2 aku macam perasann ada satu draft post yang aku peram agak lamaa. Entry tu bertarik 23 Julai 2021. Haha. Bila baca balik rasa macam oklah, nak publish entry ni jadi marilah kita baca apa yang akuuu tulis waktuuu tuuu. Mungkin boleh jadikan panduan untuk orang lain nanti. Tapi, serius entry ni memang aku rasa aku taip lepas aku dah lepas interview untuk Master rasanyaa haha. Jangan komen lebih sebab idea time waktu tuu saja ada sekarang dah kosong sikit haha 😝

_____________________________________________________
(Entry ditaip pada tarikh yang dinyatakan)

Hi Assalamualaikum semuaaa, 

Waktu aku menaip entry ni, harini bertarikh 23 Julai 2021, hari Jumaat. Kenapa aku kena mention aku taip entry ni pada berapa haribulan? Haha sebabnyaaa aku taktahu lah bila waktu yang sesuai untuk aku publish entry ni. Jadinya sebelum aku terlupa apa benda yang aku nak taip dan nak share dekat sini, baik aku buat sesiap entry ni, nanti dah tiba masanya aku akan update entry ni dan publish sajaaaa hihi. (Buat yang tertanya kenapa nak sambung Masters, nanti inshaAllah entry baru akan menyusul lepas dari entry yang ni, tengok pada kerajinan okay haha)

Jadiii, seperti tajuk yang tertera di atas, dalam entry kalini aku nak share sikit tentang Temuduga Sarjana Farmasi UiTM. Kenapa aku nak share? Sebab sepanjang aku google dan buat carian di internet, sangatlah susahhhh untuk jumpa orang share pengalaman tentang temuduga Master in Pharmacy UiTM ni. Yang ada kebanyakannya adalah tentang Master in Business Administration (MBA) dan juga lain lain. Haha, mungkin yang course Pharmacy ni tak ramai yang nak sambung kan jadinya tak adalah yang nak share tak gituu. Haha, jadinya dah alang alang aku pun ada pengalaman sikit (sikit sajaa nah tak banyak pun 😂)  , maka aku rasa aku share sajalah, mana tau entry ni akan berguna di masa hadapan haha; seperti mana entry Diploma Farmasi aku tuuu. Waktu taip tuu tak sangka pun ramai akan baca haha luls. Ok, sebelum tu, aku disclaimer siap siap nah, apa yang aku taip dalam entry ni adalah berdasarkan pengalaman aku sajaaa tiada kaitan dengan mana mana individu dan juga institusi 😉 Dan aku juga akan cerita sesiap proses nak mohon ke pengajian Pascasiswazah (Postgraduate Studies) UiTM ni, jadi mungkin agak panjang sikit entry ni (Warning awal ya ni haha awas ‼️)

Untuk sambung ke Pascasiswazah (Postgraduate Studies) dengan UiTM, kena lah buat permohonan terlebih dahulu di website IPSis. Tapi, sebelum tuuu kena beli no pin dekat BSN dahuluu ya bernilai RM 50 untuk pengajian siswazah, sama macam no pin yang kita beli masa nak masuk Universiti masa muda muda dulu acece. Macam mana nak beli? Paling mudah di ATM, sangat mudah cuma kena tahu la nak tekan apaa haha senang sajaa, aku pun beli melalui situu sajaa, ataupun di kaunter BSN; cuma aku tak galakkan sangat laaa beli di kaunter sebab ramai lagi yang nak buat urusan melalui kaunter ni jadinyaaaa akan ada ramai orang yang beratur panjang haha melainkan kalau BSN di kawasan rumah hampa tak ramai orang maka boleh lah teruskan niat ituu hihi. Awas ya ‼️ Fikir duluu betul betul samada nak sambung ke tidak belajar ni kalau tidak membazir sajaaa RM 50 kamuu ituu haha 😂 


Kemudian, masuk ja website IPSis tuu dan masukkan no IC dan no pin BSN tuu (resit/slip yang ada no tuuu kena jaga betul betul nah), isi lah maklumat maklumat yang diperlukan seperti yang dikehendaki berserta pilihan kursus yang mahu di sambung. Tapi nasihat aku, baik sediakan dahulu referee report seperti yang diminta disediakan tuu sebelum buat permohonan online. Sebab nanti masa dah masuk untuk isi online tu, memang kena isi juga maklumat referee kita ituu, kiranyaaa kena prepare before hands gituh. Referee report ni apa benda? Referee report ni adalah report/laporan yang perlu disediakan oleh orang lain untuk kita,  kira macam orang ni rekomen la kita untuk layak sambung postgraduate studies tak. Perlukan dua; satu yang wajib yang berlatar belakangkan academician (biasanya orang letak former lecturer waktu zaman Undergraduate) dan juga optional, yang dari industri (rakan sekerja/ majikan terdahulu). Ada borang yang mereka ni kena isi, jangan risau ada disediakan dalam website tu nanti. Alhamdulillah, aku bersyukur former lecturer aku sokong keputusan aku untuk sambung belajar dan sanggup jadii referee akuuu (fuh, memang salah satu petanda dah ni haha)

Selesai segala proses permohonan online tu, terus siapkan yang hardcopy pulak benda benda yang perlu disediakan untuk dihantar kepada fakulti pilihan kita (nanti alamat disediakan jangan risau, make sure tulis betul nah alamat tu), dokumen perlu pengesahan disahkan benar dan hantarlah melalui pos lajuu hehe. Dah pos tuuu jangan lupa track parcel kita nak make sure sampai dan tak tersangkut dekat mana mana (lepas seminggu hantar baru aku buat tauu haha jangan ikut please 🙂)  

Langkah seterusnyaaa tunggulah sehingga dipanggil temudugaa hihi. Macam mana nak tau samada kita kena lalui temuduga ke tidak? Ok, waktu nak isi tu, kalau perasan dekat gambar atas tu kan, ada senarai pilihan kursus kan, dekat situ ada juga dinyatakan samada kursus pilihan kita tu perlu temuduga atau tak. Lama tak nak kena tunggu sebelum kena panggil temuduga? Aku pun tak tau lama mana tapi kalau ikut timeline aku, aku mohon dalam awal bulan 5, dapat panggilan temuduga dalam awal bulan 7, maybe around 1 months jugak la dari tarikh permohonan. Tapi bergantung la, kalau hang mohon dekat dekat dengan tarikh temuduga yang dirancang oleh fakulti, mungkin tak perlu tunggu lama, begituu. 

Ok, seterusnya ayuh sembang pasal temuduga. Perlu ke prepare temuduga untuk sambung belajar ni? Bagi akuu, bergantung pada kemampuan. Kalau rasa kita jenis rilek rilek ja selalu sangat dah hadap interview sebelum sebelum ni mungkin tak perlu lah nak bersedia sangat sebab soalan soalan nak sambung belajar ni tenang tenang saja haha. Tapi kalau hang macam aku yang takpernah kena interview langsung sebelum ni (mind you, masuk kerja kontrak KKM tak perlu interview hokey haha), jadinyaaa aku agak super gelabah sejak dari hari pertama aku tahu yang kursus aku nak masuk ni kena interview ahaks. Masa dah dapat email dari fakulti untuk ditemuduga lagi laaaa tak senang duduk akuu hahaha macam cacing kepanasan, tiduq punn tak lenaa, fuh nasib baik la gap dari tahu kena temuduga hingga tarikh kena temuduga tu dalam seminggu ja kalau tak, lagi lama aku hadap tak cukup tiduq pi kerja ni haha. Kalau tanya aku, memang aku prepare, tapi prepare gitu gitu ja sebab tak sempat noks; aku kena kerja straight seminggu hah minggu sebelum tuu memang carca merba sikit la time ni jadinya aku dah pasrah la nak jadi apa pun jadi lah masa temuduga nanti, prepare setakat yang mampuu saja begituuu.

Alhamdulillah, setelah pelbagai onak dan duri ditempuh, selesai jugaaa proses temuduga akuuu tuu. Takda lah cemerlang sangat, so so sajaaa aku punya interview sebabnya aku masih dalam mood mamai waktu tu (jadual temuduga online macam lari sikit jadi aku sampai terlena sat tunggu giliran haahaha teruk betul perangai kan 🤣) Jadi apa soalan yang aku dapat waktu temuduga tuu? (Some of questions ni aku dah expect nak kena tanya tapi masih gagap sis haha kita hanya mampu merancang, bukan? Hihi)

Antara soalan temuduga aku:

1) Perkenalkan diri
2) Your experience sikit tentang your profesion (Ini memang kantoi busuk aku gagap teruk sebab macam taktau nak jawab proper macam mana haha bukan taktau jawapan nyaaa haha 😆) 
3) Financial planning (HLP or self sponsored)
4) Your future planning lepas habis Masters ni
5) My current work status (sebab aku kan kontrak, nanti macam mana nak sambung belajar in term of study leave etc - kena explain bebetul bagi panel faham yee)

Aku rasa itu sajalah kot soalan yang ditanya waktuu tu, tak banyak pun sebab aku ni dah calon yang ke berapa dah kena interview masa tu haha. Cumanya adalah selingan sikit masa interview tu. Agak dukacita, yang kursus aku nak masuk tu, fakulti terpaksa batalkan untuk intake akan datang sebab tak cukup permohonan pelajar yang nak masuk belajar tahun ni. Jadi, aku diberi dua pilihan untuk tukar kursus (aku aim untuk ke Masters in Pharmacy Practice, diberi pilihan untuk tukar ke Masters in Clinical Pharmacy) atau tukar mod pengajian ke Masters by Research. Waktu diminta buat pilihan ni, aku nampak agak rakus la sebab tak sempat tunggu panel explain lebih, aku dah potong cakap (please jangan ikut benda ni, iolls so gelabah masa tu haih 🤧) kata yang aku nak tukar kursus ja. Niat aku nak sambung Masters ni, aku target memang nak buat kerja kursus (coursework) sajaaa, memang takmau by research lagi atas sebab sebab tertentuu hahaa. 

Fuhh, panjang dah aku rasa entry kalini. Rasanya sampai sini saja kot yang aku nak berkongsi pasal proses permohonan untuk sambung belajar Masters dan proses temuduga Masters Pharmacy UiTM ni haha. Maaf sesangat kalau rasa macam sikit ja share pasal temuduga ni, yang tuu je kee?! Seriuslah ?! Haha yupp macam aku cakap dekat atas sikit jaa pengalaman aku temuduga ni tapi aku nak share jugak la kurang kurang boleh dapat overview macam mana temuduga ni. Lagi pulaaa, interview kalini dibuat secara atas talian sajaaa, mungkin takmau ambil masa yang banyak kot haha. Memang laa tajuk tulis Temuduga Sarjana blabla tapi kang jadi pendek sangat pulak entry ni kalau nak sembang pasal temuduga sajaa hiks. InshaAllah, bila tiba masanya aku akan upload entry ni, doakan aku dapat sambung belajar Masters in Clinical Pharmacy ni dengan jayaaanyaa nah amin 🤲

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

11 ulasan:

Hidayah berkata...

Hi Alya 😄 thanks for sharing this. Saya nak sambung master in pharmacy tapi blur tak nampak jalan 😅😅. Sekarang alya dah habis master ke ?

AlyaaIBH berkata...

@Hidayah Hi Hidayah, most welcome ! ;) Terimakasih sudi singgah sini baca entry hihi. Hope I help youu seeing your wayy hihi. Saya belum habis Master lg, tgh sem 2 skrg ni :)

Syazwani berkata...

Hi Alya, saya pun tengah survey sama ada nak sambung in MPharm Clinical atau Pharm Prac. Cuma saya tertanya, ada ke retail pharmacist yang sambung MPharm Clinical? Sebab saya background retail pharmacist selepas tamat kontrak KKM. Bila nak sambung MPharm Clinical ni, rasa inferior sikit sebab most student from hospital background.

AlyaaIBH berkata...

@Syazwani

Hi Syazwani ! Terimakasih sudi singgah blog ni dan baca entry saya hehe.

Untuk menjawab soalan, batchmates saya takda yg dari retail pharmacist background tapi ada yg ada background yg bukan klinikal contoh mcm pegawai farmasi dari logistik dan KK. Saya sendiri pun bukan klinikal background sgt sbb last tempat saya berkhidmat pun di KK hihi. Kalau tanya pendapat saya, it depends on your next future plan. If going to be back into industry eg retail, MPharm Practice is the best choice sebab from my pov path tu lagi related to the your background. But then if after this nak masuk academia or memang teringin nak go for MClin Pharm pun ok, just kena rajin dan passionate so that tak giveup halfway through the journey hihi. InshaAllah, I believed if I can do it, others can do too. Just believe in yourself and dont worry lecturer is there to help you along the way inshaAllah.

I hope I answered you question well :)

AlyaaIBH berkata...

@nabas

Hi, maaf ya terlambat reply.

Saya sambung belajar self sponsored :)
Sebelum ni saya staf kontrak KKM, jadi tak layak untuk HLP hihi.

Harap menjawab soalan.

Tanpa Nama berkata...

Assmulaikum saya Tanya apa beza master clinical farmasi dgn master practice farmasi ??

Tanpa Nama berkata...

Assmulaikum nak Tanya apa beza clinical farmasi Dan farmasi practice ??

AlyaaIBH berkata...

@Tanpa Nama

Waalaikumsalam.

Ada beberapa beza; antaranya dari segi kurikulum belajar yg mana fokus sarjana farmasi klinikal lebih kepada klinikal (di ward) dan latihan sangkutan (attachment) selalunya melibatkan di hospital semasa dalam tempoh belajar. Manakala, utk sarjana amalan farmasi (pharmacy practice) lebih kepada belajar mengenai medication safety, pharmacoeconomics, pharmacoepi, pharmacovigi dan lain lain lagi. Sarjana amalan farmasi tiada attachment yang perlu dilalui seperti sarjana farmasi klinikal. Yang mana satu lagi baik, bergantung pada minat kita. Jika lebih meminati dan gemar berdepan dengan pesakit di ward ataupun berlatar belakangkan klinikal di tempat kerja, lebih baik ke sarjana farmasi klinikal. Dari segi yuran dan tahun pengajian semuanya sama.

AlyaaIBH berkata...

@Tanpa Nama

Waalaikumsalam.

Boleh rujuk komen di atas yaa, terimakasih :)

Tanpa Nama berkata...

Assmulaikum nak Tanya master clinical pharmacy Dan practice pharmacy kedua Ada part time study??

AlyaaIBH berkata...

@Tanpa Nama

Waalaikumsalam. Untuk pengajian di UiTM, hanya pengajian sepenuh masa (full time) sahaja yang ditawarkan.

Jika di institusi pengajian yang lain seperti di IPTS, berkemungkinan ada ditawarkan. Saya juga pernah dimaklumkan ada pengajian separuh masa (part time) untuk Masters in Clinical Pharmacy di UKM. Mungkin boleh tanya maklumat lanjut dengan pihak Universiti. Harap menjawab soalan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM