Ya, aku kembali lagi ! Alhamdulillah, kesihatan makin okey. Tapi apa2pun kena tunggu checkup seterusnya Selasa ni. Doakan aku okey ya? :) Oh ya, sebelum tu aku rasa macam nak lempang diri sendiri pulak. Yelah, haritu kata nak update tiap2 hari, tapi semalam je dah tak berupdate. Haha. Bukan takdak idea, ada banyak sangat. Bukan takdak masa, ada ja. Cumanya keupayaan tu kurang sikit. Ini pun aku gagahi juga nak update. Hehe. Blogwalking pun dah lama tak buat, rajin rajin nanti aku buatlah ya. Haha.
So, berbalik kepada tajuk atas. Alhamdulillah, aku secara rasminya dah pun menamatkan kesengsaraan semester 4 pada 9 Mei yang lalu. Hmm, aku tau mesti orang nak kata entry ni basi, cliche ja. Ah, lantak lah aku nak buat jugak. Kehkeh. Btw, ingat tak yang aku pernah buat entry ni ------>
Hah, masa ni secara tak rasmi lagi aku tamatkan semester 4 sebabnya taktahu keputusan lagi. Baru habis final exam saja. Dan seperti yang rakan rakan tahu, (bebudak UiTM), 9 Mei lepas adalah hari dimana keputusan peperiksaan yang lalu dikeluarkan. Tak banyak yang boleh aku kata untuk semester ini selain, ALHAMDULILLAH. Allah mendengar doa aku lagi. Keputusan ini adalah keputusan yang terbaik yang Allah berikan kepada aku untuk semester ini. Kerana tiap kali selepas solat, aku berdoa agar biarlah keputusan yang keluar nanti adalah yang terbaik buatku. Tak kisahlah dekan ke tidak yang pasti itu yang terbaik. (: Allah Maha Besar, aku mintak yang terbaik dan ya memang yang terbaik diberikan olehNya, setimpal dengan usahaku walaupun resultku bukanlah sehebat rakan2 seperjuanganku a.k.a housemates ku tapi aku tetap bersyukur.
Ya, keputusan exam kali ni memang agak menurun sikit dari semester lepas tapi apa2pun aku tahu itu yang terbaik buat aku. Mungkin Allah tak izinkan aku dapat lebih dari ini kerana takut aku jadi riak dengan keputusan itu dan Allah tak izinkan aku dapat kurang dari itu kerana mungkin aku akan down dan sebagainya. Sesungguhnya, perancangan Allah itu adalah sebaik2nya. Aku terima seadanya. :')
Untuk berlaku jujur, kalini aku tak rasa apa2pun bila mana result nak keluar. Haha. Bukan tak rasa takut ka apa, tapi itulah aku yakin, percaya Allah dah tetapkan yang sebaiknya buat aku. Takut, nervous, risau, gelabah semuanya bercampur baur malam sebelum aku dapat result tu. Nak dijadikan cerita pulak, aku tengok result masa aku ada dalam ward lagi. Yang bestnya, malam sebelum tu lena baik punya, tapi bila mai malam nak dapat result tu, takleh nak lena. Pejam3, tapi tak lelap. Mungkin dah banyak tidur siang agaknya. Haha. Email dari UiTM sampai pukul 1.20 pagi, boleh dikatakan agak awal jugak semester ni. First time refresh sekali result dah naik. Kalau tak, 3,4 kali jugak baru ada. Hehe.
So, setelah berpuluh puluh kali pikiaq, nak tampal ke tak result semester ni kat blog, akhirnya aku mengambil keputusan untuk tampal di sini sebagai hadiah untuk diri sendiri dan mereka yang rajin stalk blog aku ni. Haha. Untuk makluman ya, aku bukan nak menunjukkan aku hebat ka, tunjuk aku sorang ja boleh score ka dan sebagainya, (sb ramai lagi hebat dari aku), tapi aku tampal result kat sini sebagai penghargaan kepada mereka2 yang rajin baca blog aku ni, dah 4 sem kot, sekali pun takpernah tampal result. Haha. Lagipun dah semester akhir belajar di UiTM, apa salahnya aku tampal kan. :)
Maka, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim . . . .
Alhamdulillah. :') |
Itulah antara hasil semester 4 aku. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Tiada ungkapan lain masa tengok result ni. Sebak sikit la. Sebab time tengok tu tangan tengah pakai drip antibiotik, so takleh gerak banyak. Hehe. Tengok result pulak sorang sorang, pepagi dalam sejuk aircond. Haha. Syukur, CGPA aku naik walaupun GPA aku agak menurun sikit. But still, syukur alhamdulillah. :) Allah bagi lebih dari apa yang aku impikan. Alhamdulillah jugak, hajat nak tengok CGPA 3.5 ke atas seperti yang diinginkan oleh kedua dua orang tuaku kesampaian. Terimakasih Ya Allah.
Dikesempatan ini juga, aku ingin berterima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam membantu aku sepanjang semester 4 ni. Tipulah kalau aku katakan tiada cabaran dan halangan sepanjang tempoh bergelar pelajar ni. Ada, banyak sangat. Tetambah time final exam haritu. Mereka yang terlibat tahulah, betapa seksanya nak lalui hari2 akhir dengan pelbagai cabaran. Takmasuk time sakit, demam lagi. Syukur, Allah uji dan masih mampu dilalui oleh kami semua. Kepada roomates, housemates semua, tahniah atas result memasing. Kita dah cuba yang terbaik kan ! :) Terimakasih sudi layan aku yang bengong2 time tengah final exam sebab stress study. Haha. Sumpah tak boleh lupa saat2 tu. Dan kepada Fatin, Aiman, Farah - teman gelak dan stress aku, tahniah dapat 4.00 flat. Pointer tu terlalu jauh untuk aku kejar sebab aku memang tak target sangat pun ! Haha. InsyaAllah, panjang umur ketemu lagi kita. :)
Awesomenessss roomatess :) |
Housematessss. :) |
Sampai sini dulu coretan panjang berjela aku. Aku tau hampa bukan baca sangat, tengok gambaq saja kan. Haha. Niat awalnya nak taip pendek ja, tapi dah terpanjang pulak. Maaflah ya. Hehe. Terimakasih sudi baca. :)
InsyaAllah, plus minus sebulan lagi akan masuk praktikal di Hospital Seberang Jaya. Moga segala urusan dipermudahkan kelak. Amin. :)
0 ulasan:
Catat Ulasan