Sabtu, 29 Disember 2012

Lamanyaaaa tak update blog. T_T


Assalamulaikum, selamat malam.
Wahhhhh. Dah lama rasanyaaa tak update blog. Entahlah, bukan takdak idea nak update blog, cumanyaaa sejak2 cuti mid sem ni, aku jadi busy semacam ja. Dengan kesihatan yang tidak menentu nya lagi. Mak masuk wad, aku demam dah berapa hari yang tak kebah2 lagi, training bowling, siapkan assignment, studyyy lagi. Arghhhhh. Tekanan bhai. Manyak benda kena buat. Last2, study memang aku sentuh sikit saja. Dah hampir everyday kena pi training bowling, memang kelaut lah kan studyy nyaa. Haha.

Oh, mesti ada yang tertanya kan kenapa aku asyik dok training bowling ? Eh, takdak orang tanya pun, aku nak bagitau jugak. Almaklumlah, dah lama tak coret kat sini kan. Haha. InsyaAllah, esok pagi (Sabtu) aku akan sertai tournament buat pertama kalinya serta lama berehat dari menyertai mana2 tournament. Oh, berdebar memang tak payah katalah kan. Iyolah, eden ni bukannya pakar pun main bowling ni hah. Sesaja ja main, join tournament bagai. Haha. Lagipun, bowling ni salah satu sukan kan. So, taksalah pun aku rasa kan.

Erm, kepada mereka yang baca entry ni, doakan lah aku ya untuk tournament esok. Semoga aku berjaya dengan cemerlangnyaa. Well, lepasni bolehlah update blog seperti biasa. Dah tak dak apa2 nak buat kan. Study jelah pasni. Kuikui.
Hmmmph. Hmmphh. Nak update apa lagi eh ? Itu saja kot. Oh ya, sebelum tu , kepada mereka yang berada di negeri2 pantai timur dan negeri2 yang dilanda banjir, mohon jaga diri ya sepanjang musim tengkujuh ni. Penang pun boleh tahan lebat hujannya namun tidaklah banjir kan. Hehe.
Semoga berjumpa lagi. Wassalam. :)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 23 Disember 2012

Peristiwa 20122012

Assalamualaikum, selamat malam.

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur untuk harini. Fuh, rasa macam lama gila tak update blog kan. Padahal baru beberapa hari. Kuikui. Ok, sebelum tu, nak habaq jelah. Aku update ni pakai phone saja. Tak larat meh nak bukak laptop dan update. Dah la kerja2 lain pun tak settle lagi. Huhu

So, kalini aku nak cerita pasal tragedi yang berlaku pada 20122012. Tarikh yang sangat cantik bagi aku. Nak dijadikan cerita, malam sebelum tu kami sekeluarga pi makan ikan bakar sebab nak raikan adik aku. Nanti aku cerita lain pasai tu. Jadi, pagi tu macam biasalah mak dgn ayah aku nak pergi kerja kan.

Tapi tiba2 masa pukul bapa tah, dapat panggilan dari doktor klinik suruh pi ambik mak kat klinik. Mak tak leh nak drive. Ok, aku rasa part ni pun nak skip dulu. Nak aku cerita whole part ni kat entry lain. Sb mostly kisah flashback dimana aku tiada d tmpat kejadian.

Dlm pukul 3 petang macam tu, aku call kakak aku. Tanya dia ada kat mana. Kot2 pi makan ka. Pastu dia habaq kata mak masuk hospital. Hospital Metro. Aku dalam hati kata, 'amboi, jauhnyaa pi hospital'. Dah tu, kakak aku kata pulak mak aku masuk ICU. Hah sudah. Aku jadi tak sedap hati terus. Risau pulak sebab aku ja tak ikut pi sana. Pelik juga sebab malam tu elok ja gelak2 dgn kami. Huhu.




*ICU Hospital Metro*

Memang masa tu, aku tak tenang duduk lah kan. Every 30minutes akan call kakak aku mintak update macam mana kesihatan mak aku. Tanya apa yang dah jadi. Dah la tu, lama pulak depa pi. Maghrib baru balik. Gila tak risau ah kan.

Lepas depa balik Maghrib, kakak aku pun cerita lah dari A-Z apa yang berlaku. Huhu. Masa tu rasa syukur sangat2 sebab tak da apa yang terjadi pada mak aku waktu dia sorang2 tu.

Erm.. Nak cerita apa lagi ya? Aku penat sangat dah ni. Macam2 benda aku buat. Kecuali study dengan buat assignment la. Haha. Oh ya, harini dah masuk hari keempat mak aku di ICU. Masih belum boleh dipindahkan di wad biasa. Huhu. Mohon semua doakan mak aku ya.

Nak update yang ni dulu kot. Apa2 nanti aku update lain. Bila dah busy ni, memang blog terpaksalah diabaikan kejap. Layan twitter dengan FB ja lebih. Hoho. So, jumpa lagi nanti. Salam. :)
posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 18 Disember 2012

Dan akhirnyaa aku DISEDUT !


Hai semua. Assalamualaikum dan selamat malam.

Alhamdulillah, dapat juga update blog. 

Well, sebenarnya boleh je nak update bila bila pun, cumanya aku tak larat nak menaip ni hah

So, ingat nak update sikit malam ni sebelum pergi tidur. Haha

Oh ya, kalau siapa ada baca prev entry aku, mesti tau pasai pa aku nak cerita ni

Aku disedut ? Kenapa disedut pulak? Pelik pulak buunyinyaa. HAHA

Ermm. Sebenarnyaa nanah dari telinga aku dah pun berjaya disedut oleh doktor.

Doktor pakar KPJ Penang, specialist ENT.

Tapi, still aku kena pergi next appointment untuk bersihkan lagi.

Doktor kata macam teruk saja bahagian dalam telinga aku kalini

Entahlah, aku taknampak pun apa yang dia nampak. HAHA

Alat yang digunakan lebih kurang macam gambar atas tu. 

Dan oleh itu, aku dapat MC semalam (Isnin) sebab..

Lepas sedut tu akan rasa dunia berputar2, bintang menari2 dikepala.

HAHA. Pening lah maksudnya tu.

Habis untuk hari Isnin.

Hari Selasa pulak (harini) aku dapat MC lagi dari Klinik Putra.

Backpain meh.

Sebab jatuh bilik air haritu. Ada aku ceritakan dalam prev entry.

Sakit kalini memang rasa over teramat ah.

Sampai bahagian atas pun rasa backpain ni.

Last2, dapat ubat painkiller. 

Doktor suruh buat X-ray, aku taknak.

Kang detect mana2 bones masalah ka, takpasal2 kena pi hospital. Taknak ah aku. HAHA.


So, esok (Rabu) aku ada kelas lagi. Harap backpain ni takteruk sangat. Lagipun, esok dah nak start cuti dah. 

Yuhuuuuuuuuuuuu. Tak sabaq meh. Penat dah tengok nota dan ubat2 ni. HAHA

Padahal baru 3minggu lebih duk kat kolej ni hah

Asalnya nak cuti terus sampai esok, tapi macam malas saja. 

Baju2 tak kemas apa2 pun lagi. 

Ermmm. Nak update sampai sini dululah

Dah nak tidur. Sejak2 sakit ni, kerja tiduq awai saja.

Kuikui. 

Semoga esok dan hari2 seterusnyaa aku makin sihat dan sihat.

InsyaAllah. :')

*Google Images*







Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 17 Disember 2012

Penat.


Tiada apa yang mampu aku ucapkan kala ini.

Penat. Ya, penat sangat.

Macam2 yang berlaku weekend ni. 

Namun, syukur semuanya sudah selesai.

Tidak perlu fikir apa2 lagi mengenai perkara itu.

Kenapa rasa penat? Entahlah. Tak terungkap dengan kata kata

Lagipun, weekend ni tak berapa best. Sebabnya..

1. Kena hadir ke PPKP Modul 6 Finishing School yang sangat tak awesome tuuu.

2. Telinga sakit balik. *inipalingtaktahan* Urghhhh.

3. Jatuh bilik air. *sumpah taksedar masa ni*

Ya, hari minggu yang agak tragis bagi aku. Tambah2 rasa sakit jatuh tu baru timbul selepas seharian.

Namun, itu semua ujian dan dugaan dari Allah.

Aku kena kuat untuk hadapinya.

Dan apa yang menambah kepenatannyaa. 

Bila memikirkan yang aku bakal..

Sibuk pada esok hari (Isnin).. Kerana..

Kelas akan ada sampai malam. Ya. Malam. 10 malam baru selesai.

Mujurlah pagi itu gapnya ada banyak juga.

Namun2, aku tidak pasti. Samada. Aku akan ke kelas atau tidak.

Kerana. Emak memaklumkan untuk datang ambil aku , nak bawak ke hospital.

Sakit telinga yang ditanggung selama dua hari ni perlu ada penyelesaiannya.

Hari pertama(Sabtu), masa ni paling sakit sekali telinga aku. Tidur pun tak tenang.

To be honest, aku menangis sebab sakit ni. Serius taktahan.

Hari kedua(Ahad) sakit makin kurang, tapi rasa bengang tu masih ada. 

Apa2pun, tunggu sajalah keputusan doktor esok. 

Dan yang pastinya, aku yakin yang aku kena SEDUT esok.

SEDUT apa? Esoklah aku cerita. Hewhew.

So, itulah je kot nak update. 

Banyak lagi sebenarnya aku nak update ni, tapi lepas ni lepas ni lah.

PENAT katakan. HAHA.

Bye, selamat malam. :)


*GoogleImages*



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 13 Disember 2012

Ada apa dengan 121212 ?


Hai hai. Assalamualaikum.



Ada apa dengan 12.12.12 ? Oh ya, maaf lah ya, patutnya entry ni patut dipublishkan pada 12.12.12 tapi memandangkan aku terlampau sibuk pada hari tu, terpaksa lah buat lewat sehari. HAHA.

So yeahh. Nothing to do with that date. Hari berlalu dan berlalu seperti biasa. Cuma yang menariknya apa yang berlaku semalam, 121212 ialah aku ada kelas dari pagi sampai petang, non stop lecture. Cover banyak gila silibus. Sangat penat okey.

Malam tu pulak, time nak sembahyang Isyak, perghhhhhhhhhhhh.. Tengok2 ayaq takdak. Satu blok Kristal pulak tuu. Arghhhhhhhh.. Tekanan tekanan. Sangat mencabar bila setitik pun ayaq tak keluaq. Nak taknak kena turun ke foodcourt punya tandas untuk ambik wudhuk dan buang apa yang patut. Dalam tengah malam kot, baru ada ayaq balik. Dahsyat sungguh pengurusan ni. Main sembunyi2 ayaq pulak. HAHA.

So, begitulah perjalanan duabelas duabelas duabelas aku. Korang yang punya pengalaman yang manis pada tarikh ni, confirm akan ingat sampai bilabila kan. Bestnyaaa lah hai. Hewhew.

Btw, tahniah kepada abang kawan aku atas mahligai cinta yang baru dibina semalam pada 121212 tepat jam 12.12pm. :) Semoga hubungan yang dibina kekal selamanyaaa. :) Amin.

Hafiz dan Sakinah. :')


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 11 Disember 2012

You're such annoying !



Well. Honestly, you are ! Actually, you're so annoying not only to me, but to others too.

Belum masa kau tau segalanya. Baru terbukak pekuk sikit dah gelabah gila babi. Belum tau semuanya lagi tu.

So yeahhhh. Memang aku buat mcm tu, tapi yang nk over reaction kenapa ? Siap nak angkut geng bagai. Tak gentar la wehh.



So, apa yang patut aku lakukan ialah stay cool ! Nak handle orang2 mcm ni perlukan kekuatan mental. Haha.



Rasanya macam nak kena baca buku macam nilah nanti. Senang sikit nak handle nanti. Haha.

So, itu saja luahan perasaan pasal orang yg annoyinggg ! Babai.

*Google Images*

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 10 Disember 2012

Replacement Class for Week 2 and Week 3



Ya, ya. Berjumpa lagi kita. Haha. Selagi dapat internet connection dan ada benda yang aku nak taip, aku akan taip. Biarlah orang taknak baca pun, tetap akan ku coretkan di sini. Hewhew.

So kalini just nak share pasal replacement class a.k.a kelas ganti. Normal bagi kami pelajar farmasi untuk menggantikan kelas pada hari2 t'tentu untuk cover silibus pada mana hari yg sepatutnya silibus itu diajar, kami tidak mahu datang ke Bertam. Haha. Bukan malas cumanya bila sehari 2 hanya ada satu kelas tapi kena tunggu buang masa kat Bertam macam yg tengah b'laku sekarang ni hah. So, mereka2 yg b'tanggunjawab mengatur kembali jadual2 dgn baik. Walaupun mcm serabut sbb bnyak benda nak kena sumbat dlm satu2 masa. Tp pasrah jelah.

Kelas ganti ni selalu berlaku bila mana budak2 yg jauh nak balik kampung halaman. Week 3 iaitu minggu depan, dah start midsem, jadinya kebetulan Khamis takde kelas sebabnya ada Hari Kualiti di main campus, jadi bnyak kelas kena diganti.

Apa2pun, makin banyak ilmu yg diterima, makin banyak tugas utk study perlu dilakukan. Wuawua. Semoga aku terus kuat untuk hadapi sem ni. InsyaAllah. :)

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Cuti sekolah ?



Cuti sekolah ? Apa kaitannya dengan aku ? Haha. Maaf ya, saya pelajar universiti. Hewhew.

Well, sekarang kelas pagi dah habis. Tunggu kelas sesi petang pulak.

Apa yg nak aku ceritakan ya ? Okay, biasanya pagi2 untuk ke kampus Bertam, kami akan naik bas dari kampus induk kat Pmtg Pauh tu. Nak dijadikan cerita, pagi tadi aku naik bas dan bas tu kan ambik route yg selalu punya. So, akan lalu depan sekolah. Dah jadi habit aku suka duduk tepi tingkap, jadi suka tengok kat luar. Bila time lalu saja depan sekolah, aku suka tengok budak2 sekolah rendah tu beratur berbaris dekat perhimpunan pagi. Comel2 je semua. Hehe

Then pagi tadi bila lalu depan sekolah tu, aku tengok kosong je. 'Eh, mana budak2 ni' Monolog aku sendiri. 5 saat lepas tu baru teringat budak2 tengah cuti sekolah. Haha. Macam mehgong je kan. Rindu pulak nak tengok budak2 tu beratur. Kena tunggu tahun depan lah gamaknya. Hoho

So, blabla punya tulis, nak cerita pasal tu je. Haha. Saja nak tulis pepanjang. Feel sikit. Lagipun tengah bosan ni hah tunggu next class. Babai, see u later blog. :)

*Google Images *

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 9 Disember 2012

Seminggu sudahh bergelar pelajar semester 4. :)

Assalamualaikum dan selamat petang.. 

Pejam celik pejam celik dah hampir seminggu berada di kolej dan memulakan sesi pembelajaran untuk semester ini. Alhamdulillah, setakat ni semuanya masih berjalan dengan lancar. Syukur padaNya. Walaupun pada awalnya terdapat sikit masalah yang melibatkan diri aku, namun aku kuat untuk hadapiNya. Hewhew. Well, nak pendekkan cerita. 4 hari dari Isnin sampai Khamis memang kelas semua ada. Kecuali untuk QMT dan ENT iaitu Statistics dan Entrepreneurship. Nak tengok jadual aku yang agak awesome tuh? Haha. Meh nak tunjukkan. 



Klik untuk pembesaran. 

Ya. Ya. Aku tau awesome sebab banyak gap bukan ? Haha. Namun begitu, gap2 itulah yang akan banyak membantu kami kelak. Dengan assignment yang kebanyakan memerlukan group discussion, waktu itulah gunanya. Haha. Well, jadual ni dah diubah dan diolah sendiri oleh mereka2 yang berkenaan. ENT300 telah ditukar waktunya dari pukul 6pm-10pm di main campus, Permatang Pauh. Kelas seminggu sekali, buat 4 jam terus. Best bukan. Huhu. Sabar jelah. Hari Rabu tu pulak, kena belajar Hospital Pharmacy saja. Dari pagi sampai tengahari. Kelas petang tu drag waktu pagi. Sobsobs. Dah lah subject ni boleh tahan susahnya. Menangis jugaklah kan. Haha.

Lepas tu, first weekend di kolej dimulai dengan Seminar Pembudayaan Keusahawanan. Tragis, tragis. Kena pi dengaq ceramah pasai usahawan2 ni disebabkan kami semua ambik subject Keusahawanan. Program sampai petang, tapi kami pi sampai pukul 10 pagi saja. Kuikui. Balik tu nak pi derma darah kat LP. Taktau pun ada program derma darah tu, lalu saja LP baru nampak ada banner dan hospital2 semua tu. So, try jelah. Lagipun dulu dah pernah buat sekali. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar semasa proses derma darah tu. Terima kasih Hospital Kulim sebab sudi terima darah saya. Hehe. 

*Google*
Erm. Sebenarnyaa kan masa kami lalu booth derma darah tu, kami tak bawak pun buku merah tu, alaa, yang buku pihak hospital bagi bila derma darah tu. So, kami balik dulu ke kolej untuk ambil dan pergi semula. Haha. Nampak tak semangat di situ ? Kehkeh. 

Well, rasanya sampai sini dululah kot cerita aku. Nanti nak buat entry lain pasal sesuatu yang berkaitan dengan entry lalu. Eh ? Haha. Jadi, harini dah hari Ahad dah. Esok Isnin balik, dan blabla seterusnyaa. Rutin harian seperti biasa. Oklah, nak sambung buat nota pasal Social Pharmacy. Nasiblah kan first week dah ada kerja untuk dibuat walaupun sikit saja. Hihi. Till meet again. :)




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 5 Disember 2012

Selesai sudah sesi penyerahan jawatan class rep. :')

Assalamualaikum dan selamat tengahari.

*Ini entry yg patut dipublish pada 4.12.2012*

Well, harini dah masuk hari kedua aku masuk belajaq balik. Keadaan masih macam biasa, tiada apa yang berubah. Mass lecture dah pun bermula. Setakat ni apa yang boleh aku gambarkan ialah sem 4 semakin susah dan mencabar. Sangat dan sangat. Sudahlah tu, kami dimaklumkan pula bahawa format final exam telah diubah. Kena main peringkat2 bagai. Senak jugak la denqaq kan. Tapi insyaAllah, semuanya akan okey nanti. Hmmmphh.


Sekarang ni bukan itu isunya. Apa yang aku nak kongsikan di sini kali ini ialah tentang apa yang berlaku sebentar tadi  iaitu sesi penyerahan jawatan classrep baru. Ya, gambar lelaki yang kat atas tu adalah class rep yang baru (yang tengah) Siapa classrep yang lama ? Hmmphh. Mestilah aku. Hehe. Namun atas sebab yg tersendiri, sem kali ni aku tarik diri untuk jadi class rep. Cukuplah hampir setahun aku pegang tampuk pemerintahan itu. Banyak kenangan pahit dan manis yang aku dapat sepanjang bergelar class rep. Sem ni aku rasa biarlah orang baru pula yg jadi class rep, dia lagi berhak rasanya. Lagipun tak salah bagi peluang dan ruang kepada mereka yang lebih berkelayakan, bukan?

InsyaAllah, dengan tampuk pemerintahan yang baru ini, mampu memberi impak yang baik kepada kelas. Dengan bantuan Kak Sayy(sebelah tu), kakak yang paling ceria dalam kelas sebagai bendahari, aku yakin seyakin yakinnya yang semuanya akan berjalan dengan baik. Dan rasanya dah sampai masa untuk aku berehat daripada memikirkan hal hal kelas ni. Aku nak rasa kehidupan biasa, yang tugas hanya untuk belajar dan belajar saja. Kehidupan yang mana takperlu fikir pasal duit kelas, duit itu duit ini, nota nota lagi. Ya, semua itu bukannya senang. Susah sebenarnya.
So, its time for me to know the real world with my friends in the last semester ! Harapnya dapat menikmati semester2 akhir dengan baiknya. InsyaAllah.

Ok, sampai sini dulu aku melalut. Malas nak cakap banyak, serabut kepala meh. Haha. See you soon. :)

*Google Images*



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Aku dan Myvi



Bila dah tahu bawak kereta saja, tapi bila kereta ada masalah mulalah gelabah.

Buku manual ni banyak membantu. Hehe.

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 3 Disember 2012

New semester ! Semester 4. :-)

Assalamualaikum dan selamat pagi !

Yeahhh ! Setelah sebulan lebih bercuti dari pegang buku, akhirnyaa.. Harini kembali menjalinkan hubungan dengan buku. Haha. Well, tak start pape lagi lah. Tapi bayang2 buku dah menjelma dalam fikiran ni. Haha.

Dan sekarang ni aku tengah ada kat Kampus Bertam . Bosan sebenarnya. Isnin hanya ada dua kelas. Pagi tadi QMT, tapi lecturer tak masuk. So, aku tiduqq ja. Mengantuk sangat ! Haha. Kejap lagi ada kelas PHC 223. Pharmacotherapy CNS. Kelas yg mungkin aku akan tiduq lagi. Haha.






So, nak cakap apa lagi eh ? Oh yaa, semester 4 ni subject ada 6. Alhamdulillah subject makin kurang. Dan yang bestnyaaaa, sem ni tak ada subject BEL a.k.a English, CTU a.k.a Agama dan HBU a.k.a Kesatria. Yuhuuuu. Terbaiklahh. Aku ku rindui subject2 ini. Sangat2. Terima kasih kerana bg kerjasama yg baik kepada aku selama 3 semester. Jumpa lagi time degree nanti.. InsyALLAH. :)

Sampai sini dululah. Nak berehat kejap sebelum mula kelas. Tiduqq dulu. Hehe. ;-)

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 2 Disember 2012

Pontianak Vs Orang Minyak dan Istanbul Aku Datang.


*AutoPublish*



Antara dua cerita yang aku tengok di minggu2 akhir aku di rumah. 

Pontianak Vs Orang Minyak

Bagi aku, cerita biasa biasa saja. Well, aku tak minat pun. Tapi adik yang nak tengok sangat, Temankan sajalah. Haha. To be honest, aku tertidur dalam panggung masa tengok cerita ni. Hihi. Mungkin letih ataupun cerita tu boring. Kuikui. Namun, bergantung pada pendapat masing2, Itu pandangan akulah kan.

Istanbul Aku Datang

Well, dengan kutipan hampir 1Juta pada hari ke empat tayangan, memanglah menunjukkan dan membuktikan cerita ni memberikan impak yang tersendiri pada penonton. Jalan cerita menarik, best. Aku rasa pelbagai perasaan bila tengok cerita ni. Sedih, ketawa, oh romantiknyaa dan pelbagai lagi. Dan part paling best mestilah masa Lisa dengan Beto. *berangan angan* HAHA. Takleh komen banyak, sebab rata2 yang aku baca review dan pendapat blogger lain, rata2 bersetuju katakan cerita ni TERBAIK ! :)

So, begitulah serba sedikit tentang dua cerita ni. Lagipun aku bukannya pandai sangat nak bebel2 panjang masa movie2 ni. Bukan bidang aku. Hewhew. Oh, lupa nak gitau. Kat atas tu ada mention auto publish kan? Hehe. Mungkin masa hangpa semua dok baca entry ni, aku duk sibuk2 kemas barang dekat kolej sana. Nak update pun tak berapa nak sempat. Tapi, kalau post guna bloggeroid okeylah kot. Hehe. So, babai~ :)

*gambar Google*



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Izyan : Juara MasterChef Malaysia Musim Ke 2 !



Tonight is double joy for me ! Yeay me ! 

Haha. 

Mulamula gembira kerana Malaysia menang lawan Indonesia.

Dan sekarang, gembira sebab peserta favourite aku untuk MCM 2 ni jadi JUARA !

Yuhuuuuuuuuu... Tahniah3.

Tahniah diucapkan kepada..

Izyan Hani, Pegawai Geologi, Selangor

Well, aku memang expect dah yang dia akan menang. Bukan sebab rupa ka apa.

Tapi sebab talent yang dia ada. W/pun ada pasang surutnya .

Namun, dia berjayaaa jugak harungi ! Fuhhhh.

Hmmmph, sebenarnya, Izyan ni peserta favourite keDUA tau.

Yang asalnya, support Nina, tapi dah takdak rezeki dia kan. 

So Izyan, selamat datang ke dunia kulinari !

Biarkan dan abaikan suara2 busuk yang berbunyi di belakang tu.

Sebab diorang jeolous youuu. Tak dapat masuk MCM. Haha

Arghh, mengarut sudah. 

Keluar dulu, mahu tidur. 

Selamat malam.

Akhir kata,

TAHNIAHHHHHHH 

TOOO

MALAYSIAAA

DAN 

IZYANNN !!!

^_______________^


*gambar Google*



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tahniah Harimau Malaya ! Tahniah Malaysia ! :)





Tahniah Harimau Malaya !



Tahniah Safiq Rahim dan rakan seangkatan ! 

Tahniah Raja Gopal ! *ooops*

Dan tahniah untuk Malaysiaaaaaaaaaaaa !


Terbaik ! Terbaik !

2-0 tu dah cukup baik.

Malaysia 2 Indonesia 0

Alhamdulillah, kejayaan di pihak Malaysia.

Tak sia2 aku turun tengok dan jerit2 depan TV walaupun badan rasa letih teramat masa tadi.

HAHA.

Semoga kejayaan ni memberi perangsang dan dorongan untuk ke peringkat yang lebih tinggi !

Malaysia masuk separuh akhir weyyyyyyyyyyyyy !!

Arghhhhh. Arghhhhhh.  


Tahniah sekali lagi. Selamat malam. :)

*Gambar ihsan Google*


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 1 Disember 2012

Hari Pendaftaran Pelajar Lama UiTMPP



Alhamdulillah, selesai sudah pendaftaran untuk pelajar lama harini. Sebenarnya bukak dua hari, harini dengan esok. Tapi atas sbb2 t'tentu aku daftar awal walaupun rumah dekat saja.

Well, kalini punya register tak best sikit. Sebab dapat bilik yang sama. Wuawua. Takmau pun sebenarnya. Sebab pernah ada kejadian di bilik tu. Macam mcm pulak tu. Dah tu, sinki t'sumbat bagai. (Orang tak bersyukur ni. Haha). Tapi apa2pun bersyukur dapat kolej.

Hmmph. Nak update tu je. Speechless, taktau nak tulis apa, nak kata apa. Terkedu time tengok number bilik tu. Hanya Allah saja yg tau rasa gundah gulana ni. Huhu.

Well, harapnya semangat nak belajaq tak luntur begitu saja. InsyaAllah. Doakan ye. ;-)

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Perkongsian. ^____^



*Bersabarlah duhai hati. *

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Menghitung hari.

Mengitung hari....
Detik demi detik...

Oh, pejam celik pejam celik dah hampir sebulan aku bercuti rupanya. Sekejap sungguh rasanya waktu berlalu. Tidak sedar rasa waktu berlalu, pergi begitu saja. Perasaan sangat gundah gulana.

Apa yang berlaku dalam sebulan ni ? Banyak, sangat banyak. Yang pahit, manis, masin, tawar, semua ada. Pelbagai cerita, genre yang aku ingin luahkan untuk setiap kejadian yg berlaku pada diri ini.

Namun, aku hanyalah insan biasa yg seringkali tidak pandai membahagikan masa. Aku sibuk, terlalu sibuk dgn dunia ini hingga tiada masa untuk m'coret saban hari di sini. Namun, dlm kesibukan dunia, akhirat tidak aku lupakan. Bekalan sentiasa inginku update. InsyaAllah. ;-)

Oh, nampaknya seperti panjang pula coretan aku ini. Menghitung hari asalnya tajuk di atas. So, aku menghitung hari untuk apakah ? Haha. Perkahwinan? Pertunangan kah ? Tidak2. Semestinya aku menghitung hari untuk pulang ke 'sarang' a.k.a kolej Kristal B di UiTM Pulau Pinang. :-)

Setelah berehat lama, kini tiba masanya untuk aku kembali. Bangun dari mimpi yang lena. Tiada lagi istilah tidur lewat, bangun tengahari, main game, on 24/7. Oh, tidak. Apa2pun bulan baru, semester baru, azam baru. InsyaAllah. Sampai sini dulu. Nanti aku coretkan lagi. Banyak cerita yg t'tangguh. Uhuk3.





*Google Images*

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 28 November 2012

Semakin sihat. Alhamdulillah.

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Alhamdulillah, diri ini makin sihat. Lepas saja balik dari Parit Buntar haritu, terus ke klinik semula nak cek perkembangan. Dan nasib tak baik, sebab doktor kata PENAT. Bukan penat buat keje tu, penat yang nafas tak berapa nak seragam tu. Dah agak dah penat, cuma takut nak habaq kat mak. Huhu. Risau mak marah. So, doktor suruh ambik gas. Errr, nebulizer kalau tak silap. Yang letak kat mulut tu. Hewhew. Lepastu, doktor bagi ubat penat. Setakat ni okey lagi.  Cuma batuk tak berapa nak hilang sangat. Tak pantang minum ais memang la. Hehe. So, nak update tu je. Rasa macam dah lama tak update kan. Huhu. Jumpa lagi nanti. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 25 November 2012

Selamat Hari Lahir, Ainaa

Assalamualaikum.

Sekarang tengah ada di Kerian, Perak untuk sambut hari lahir sepupu aku, Ainaa. Yang ada dalam gambar tu lahh. Hihi. Budak ni pendiam gilaaaa, penat nak pujuk dan bersembang dengan dia. Tapi dah dalam perjalanan nak balik pun. Sebab abang aku nak balik Shah Alam malam ni. Hehe. So, nak update yang tu saja. Hihi. Nak test saja ni. Test apa ? Ehemm. Tengah try Samsung Galaxy Note 2 abah aku punyaa nih. Kihkih. Best ooo. Rasa nak beli satu kat aku. Oopppss. Banyak pulak duit aku. Hoho. Babai.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Getting Worst. T___T


Demam semakin kebah. ALHAMDULILLAH.

Selsema makin TERUK.

Everyday akan bersin, bersin, dan bersin.

Hidung sakit tak payah ceritalah. Menderita jugak.

Dan yang paling tak bestnyaaa dan teruknyaa.

Batuk makin menjadi jadi. Ubat dah telan banyak dah.

Tapi, still. Tak hilang2. Makin teruk ada.

Sebabnyaaa...

ADA KAHAK !

Yeahhh. Aku memang benci sikit bila batuk ada KAHAK.

Sebab aku takdapat bernafas dengan baik lepas tu. Uhuk3

Sampai sekarang pun, still kena kawal bila batuk, risau tak cukup nafas. :'(

So, memang tak dapat nak update sangat blog.

Dahlah taklama lagi nak masuk belajaq dah. 

Aaargghhh, tak kira. Nak update jugak pasal vacation tu. 

Sila tunggu ya. HAHA.

Ok bye. Nak rehat dulu. 

*gambar google*


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 22 November 2012

Renungan Bersama. #1


Iklan ni memang terbaiklahh ! HAHA. Tiba2 teringin nak tengok balik iklan asal dia. Hihi.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindunganNya. Amin. :')

*Gambar dari FB*


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Bila semangat hilang. =_=

*Google*
Idea nak update blog sangat sangatlah banyak dan mencurah curah. Tapi, bila semangat nak menaip tak dak, semuanya hilang. Lalu dibawa angin sepi. Uhuk3. Banyak benda nak dikongsikan di blog ni especially part pergi bercuti haritu. Tapi, macam tak terupdate jugak. Aishh. Dengan masalah laptop lagi, memang sangat mencabar minda dan emosi kala ini. Kesihatan pulak makin teruk. Erm. Mungkin perasaan aku saja kot, ubat dah telan banyak walaupun terpaksa. Hmmmphh. Aku akan cubalah untuk update jugak story aku bercuti haritu. Tapi, sikit2 saja, taip panjang panjang bukan ada yang nak baca, buat habeh tenaga saja. HAHA. So, babai.. Jumpa lagi bila aku update nanti. :)))

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 19 November 2012

Demam


Assalamualaikum dan selamat malam

Wahhh. Sudah hampir seminggu ya aku tak update blog ni. Sunyi semacam saja trafik kat sini. Ermm.. Takpelah, tak kisah pun. Hihi. 

Kepada mereka yang ternanti, *eh, ada kaa? * HAHA. Sebenarnya, aku tak berapa sihat ataupun bahasa senangnya aku DEMAM ! Sangat tragis, balik balik dari bercuti saja terus demam. Hambikk kau !

duadua gambar dari uncle google

Aku dah balik Penang dah pun Jumaat haritu, tapi dek kerana sangatlah taklarat nak menaip bagai, makanya terbengkalailah blog ni. Haha. Online FB dengan Twitter pun pakai phone saja. Malas on laptop. 

So, semalam baru pi klinik, dan jumpa doktor comel*ehem3*. Baru ambik ubat dan makan. Padahal demam since balik haritu lagi. Biasalah orang degil nak makan ubat macam aku ni, dah teruk baru nak pi klinik ambik ubat. Kihkih.

Erm, sekarang dah getting better, cumanya kena rehat banyak. Blood pressure tak normal, bunyi pernafasan dan corak pernafasan pun tak stabil. Lain macam saja. Uhuk3

In shaa Allah, kalau takat nak update blog ni, boleh lagi lah kot lepas ni. Sebab dah takleh keluaq pi mana mana kan. Haha.

Kepada kawan2, mohon doakan agar aku cepat sembuh dan sihat ! Amin. :)

p/s: Jadi pelajar farmasi, taksemestinya aku suka dengan ubat2an ni especially bila kena makan ubat. Huhu.


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 12 November 2012

Bercuti ! Yeayyyy ! ^______^


Alhamdulillah, setelah berperang dengan diri untuk tau keputusan exam dan menghabiskan paper MUET hujung minggu lalu, makanya sekaranglah masa untuk BERJIMBA ! BERCUTI ! Haha. Rancangan nak bercuti ni sebenarnya dah lama dirancang oleh parents sebab kebetulan mak dengan abah nak cuti time ni kan, jadinya ia tiada kaitan langsung antara result exam dan MUET tu. Kuikui. Kebetulan saja tu maa. 

So, aku berkemungkinan untuk tidak menghupdate blog selama beberapa hari. Itupun kalau tidak ada sangat wireless internet connection tu. Kalau dapat update pakai bloggeroid, aku try update. InsyaAllah. Biarpun aku tau takdak yang nak tau. namun aku nak hupdate jugak. Atleast blog ni masih hidup, tak terabai sangat kan . HAHA

Oh ya, nak tau aku bercuti di mana? Sekarang ni aku berada di Port Dickson. Berehat rehat dan bersiar siar dulu, beli apa yang patut. Hehe. Aku sampai Kuala Lumpur hari Sabtu lebih kurang pukul 9 malam. Sebab bertolak lepas habis MUET kan, itu yang lambat. Lepas tu hari Ahad, semalam pergi Gentinggg Highlandss. Yuhuuuuuuu. Best ooo. Yang tu aku update kat entry lain sat lagi. 



Ermmm.. Nak update apa lagi eh ? Tu ja kot. Sebabnyaa sekarang sangat letih yang teramat sangat sangat. Memang tipulah kan kalau pi bercuti tak penat langsung. Bukan selalu dapat pi jalan jalan oo, biasa nya cuti2 aku terperap ja kat rumah. Sobsobs. Jadinyaa, tak kisah pun kalau letih kalini. Haha. So, babai ~ :))

*sumber gambar Mr Google*


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 11 November 2012

MUET November session is done ! :)


10/11/12. Tarikh yang sangat cantik dan menarik serta kebabooom lah untuk mereka yang ingin meraikan sesuatu dan  mengisytiharkan berita gembira. Dan untuk aku, tarikh ini merupakan penanda berakhirnya penyeksaan sementara kepada aku iaitu MUET ! Haha. 

Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan baik. Walaupun paper MUET ni boleh dikatakan agak senang bagi aku, namun dek kerana aku ni bukanlah seorang yang pro English, bukan juga TESL student, dan juga tak prepare sangat untuk MUET kali ni, jadinyaa paper itu kelihatan agak SUKAR ! Uhuk3.

Untuk paper reading, awal awal pagi lagi, bagi aku boleh tahan jugaklah senang. Cumanya artikel yang dikeluarkan sangat banyak dan font dalam tu macam kecik sikit. Namun, alhamdulillah untuk paper reading aku rasa aku dah lakukan yang terbaik. Tawakal saja untuk resultnyaa nanti. :)

Untuk paper writing pulak , ermmm. Worst ! Worst ! Tapi, boleh buat lah. Cumanya aku tak cukup masa sikit lah. Part soalan dua tu, macam tak berapa nak kukuh supporting details aku. Sobsob. :(

Dan last sekali, listening test. Boleh jawab kebanyakannya dan ada juga yang blur blur. Kurang jelas dengan apa yang mereka sebutkan. So, pasrah sajalah.



Overall, aku taktau nak conclude macam ni. Ada susah dan senang. Senang tu maknanya aku boleh jawablah. Tapi bagi aku mostlyy susah sikit. Uhuk3. Itulah orang suruh study taknak study. T___T Apa2pun, aku tak target banyak. Dapat band 3 pun dah bersyukur sangat sangat. Tapi kan, aku rasa macam dapat band 2 saja. T_________________T Jadinya, by hook or by crook, aku kena prepare untuk ambik MUET sesi akan datang bersama kawan kawan yang lain. Pasghaaahhh. Memang aku yakin result tak berapa nak elok sangat. Nasiblah abah faham yang aku ni dah tak berapa nak hebat English macam dulu. 

So, nak update yang tu sajalah. Kepada mereka yang tak ambik MUET lagi, goodluck nuh. Untuk yang akan ambik sessi depan, Mac 2013. Tunggu aku nuh, kita buat sekali tapi aku sebagai repeaters jelah. Hehe.  :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 9 November 2012

Debaran berakhir dengan kegembiraan. :') Alhamdulillah.. :)


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Kalimah yang tidak henti henti aku ucapkan setelah menerima keputusan Peperiksaan Akhir UiTM Semester 3. :') Bersyukur yang teramat sangat, sangat dan sangat. Takpernah nak menyangka akan begini keputusannya. 

Seperti yang diketahui umum, harini 9 November 2012, iaitu hari keputusan peperiksaan akhir yang lalu diumumkan. Berdebar sangat sangat sebelum tengok keputusan ni. Walaupun tak target tinggi, namun ingin sekali merasa DL, aku kuatkan diri untuk bukak email yg datangnya dari UiTM lebih kurang pukul 3 pagi semalam. 

Selingan sebentar *. Merenung kembali quote di atas, If you can dream it, you can do it.  Ya, lebih kurang berbalik kepada apa yang berlaku pada aku. Memang keputusan begini yang aku impikan, namun aku kurang yakin yang aku mampu melakukannya. Hihi. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. :)

Dan bersyukur jugak, segala penat lelah, berkorban semuanya sewaktu final dulu, berbaloi dengan keputusan begini. Syukur, lebih baik dari sem2 sebelumnya, malah boleh dikatakan sangat baik kepada aku.

Kepada mereka yang rajin baca entry aku sebelum final dulu, mereka tau yang aku ni bukanlah student yang bijak pandai. Walaupun aku dari MRSM, namun aku bukanlah produk yang baik. Pointer exam di MRSM pun takpernah lebih 3.50. Anugerah Penghormatan Pengetua, langsung tak pernah dapat.

Jadi aku rasa, keputusan kali ni, adalah sangat, sangat dan sangatlah terbaik. Walaupun ada ja member yang lagi baik, namun, ramai menyatakan result aku ni dah cukup CEKANG. Hehe. Alhamdulillah. :')

Kepada emak dan abah, keputusan ini untuk emak dan abah. Harap mampu mengembirakan emak dan abah. Akak tau CGPA tu tak cukup lagi, insyaAllah sem depan akak akan cuba lagi buat yang lebih baik dan baik. Doakan akak ! :) Dan doaku akhirnya termakbul bila dapat melihat emak dan abah dapat senyum gembira atas keputusan aku. Terimakasih Ya Allah. :))))



Terimakasih yang tak terhingga aku ucapkan kepada mereka mereka yang terlibat, terutamanyaa housemates, Fatin, Paan, Farah dan Aiman begitu juga roomates Akidah, Aliya, dan Atiqah. :) Sesunguhnya segala pertolongan yang korang hulurkan hanya Allah sahaja yang mampu membalasnyaa. Terima kasih sudi melayan karenah aku sepanjang final exam haritu. Serius rasa rindu korang sekarang ni. :')

Dan akhir sekali, syukur aku panjatkan ke hadrat Illahi atas kurniaan rezeki dan nikmat yang tidak terhingga ini. Dan kepada emak dan abah, terimakasih sebab layan akak, ambik antaq akak pi kampus, bagi duit untuk makan semua. 

Sesungguhnyaa kejayaan ni hasil sumbangan ramai orang dan Allah S.W.T. Alhamdulilllah. :') Terima kasih Ya Allah. 


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 7 November 2012

Twitter Najwa Latiff dihack ?

Gambaran kasar tentang twitter Najwa Latiff yg dihack.


Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Hyep ! Hyep ! Hehe. So, kalini nak update pasal Najwa Latiff a.k.a Wawa yang fofular dengan lagu Cinta Muka Buku tuuu. Ya, Wawa atau nama sebenarnya Imratul Najwa memang tengah menduduki peperiksaan SPM 2012 sekarang ni. Tapi, itu bukan isunya kat sini. Cumanya aku nak tanya, betul kah twitter Wawa dihack oleh orang seperti yang dalam gambar atas tu ?

Ya Allah. Budak tu dahlah tengah SPM elok elok tak kacau orang, yang orang nak penaya dia pasaipa. Kalau tak minat, tak payahlah ambik tau pasai dia. Aku ni bukanlah minat fanatik sangat sangat, tapi boleh boleh ja. Lagu dia mostly boleh lagilah diterima telinga aku. 

Kesian lah kat dia. Somehow, dia pun teringin jugak nak express apa yang dia rasa masa tengah SPM untuk fans2 dia, ini tak, habis dihacknyaa oleh orang ni. Dengar kata bukan twitter ja, FB pun sekali, dan email pun. Ya Rabbi, kalau dah sampai email pun depa hack, bagi aku itu dah melampau. Mula2 tu aku ingatkan main2 ja sebab ada satu tweet tu hackers tulis macam ni "Saya suka makan HACKS dan saya telah diHACKED". Lebih kurang mcm tu tweetnya. Ingatkan main main, adeh. 

Antara luahan kakak Najwa aka Wawa dan juga admin.

So, kepada hacker yang terlibat, pulangkan kembali akaun twitter Najwa tu, biarkan dia hidup dengan aman sat sepanjang tempoh dia nak SPM ni. Kesianlah kat dia aih. 

Kepada Najwa, teruskan perjuangan dalam SPM 2012 ni. Biarkan hacker tu dengan kerja dia. Lantaklah asalkan dia tak kacau periuk nasi Najwa sudah. Ok? Jumpa di Batu Pahat nanti. Kihkih.


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Nov 9. Please stay away from me.


ATTENTION. (Recent Announcement)
Final Examination Result for Semester 1 2012/2013 will be sent through email to all students (applicable for Diploma, Pre Diploma and Matriculation only) on 9th November 2012. The Final Examination Result can also be accessed through Student Portal beginning 9.00 am, 9th November 2012.
Examination result will be sent to your registered email account in Student Portal and ISISWA email account. Hence, do update your latest handphone number and email address before 9th November 2012 through Student Portal. It is advisable not to use Hotmail as your registered email account.

Nov 9, please. please. Don't come so fast. I'm not ready yet to face the results. Dear UiTM, why so early you revealed the result? Me so scared you know. I know, I've done so bad in previous final examination. So, i can't expect what the result is. And whatever it is, I need to be strong to continue the life. Since I get to used with bad results previous semester, so for the third semester, I don't expect too much, aim too much. Afraid that it will effect me later. All I can do is keep praying to Him, hoping for the best. May all my effort be paid off later. InsyaAllah. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM