Memaparkan catatan dengan label November 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label November 2012. Papar semua catatan

Isnin, 13 Mei 2013

Oh My English !

Assalamualaikum , selamat malam.

Apa khabar semua hari ni? Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan umur untuk bernafas pada hari ini. Aku makin hari boleh dikatakan makin okey. InsyaAllah, esok akan ke hospital untuk buka balutan. :)

So, nak dipendekkan cerita, sebenarnya isi kandungan*pergh, skema habis* entry ni tak dak kaitan pun dengan cerita Oh My English ! tu hah. Bagi aku, entry ni memang dah basi sebasinya dah. Tahap tak boleh nak digambarkan kebasiannya tu macam mana. Haha. Over kemain ayat aku.

Saja lah aku buat entry ni sebab haritu aku tetiba terbaca balik post yang aku pernah buat pasal MUET. Ingat tak ? Ingat tak ? Haha. Kalau tak ingat, meh nak tunjuk bagi . .


Hah, entry yang tu lah. Macam mana lah aku tak kata entry ni basi. Tengok lah tajuk entry tu. November punya mari. Berzaman dah hah. Act, result MUET November tu baru ja keluaq bulan Januari 2013 haritu. 8 Januari 2013 seingat aku. Tudiaaa aih, dekat 4 bulan lebih jugak aku peram result MUET ni. Haha. Lupa lah nak kongsi kat sini. 

Alhamdulillah, banyak tu yang diusahakan, banyak tu lah yang dapatnya. Sekiranya usaha itu lebih, maka hasilnya pun akan lebih la akan. Bersyukur seadanya dengan band yang aku dapat ni. Tak sangka juga sebenarnya.

So, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim . . .


Band 3 ni dah lebih dari cukup untuk aku. Pada siapa yang pernah baca prev entry yang aku bagi kat atas tu, tahulah macam mana keadaan dan situasi aku selepas jawab semua paper MUET ni. Seram baq hang ! Haha. Siap bagitau lagi nak repeat lagi sekali. Tapi syukur, aku dapat band ni. Well said, aku tak malu pun dapat band 3 sebab aku tau usaha aku banyak mana time nak exam MUET ni. Kalau aku usaha lagi dan lagi tapi dapat band ni memang kecewa lah jugak. Hehe. Betul lah orang kata Allah tak bagi apa yang kita hendak Allah bagi apa yang kita perlu. :)

Dan aku juga nak ucap tahniah dekat kawan kawan seperjuangan aku tak kiralah dari kos mana sekali pun yang dah ambik MUET untuk Sesi November dan juga Sesi March yang baru saja dapat result tu. Tahniah walau apa pun band yang kita dapat, kita dah usaha. Kalau ada rezeki lebih dan yakin, bolehlah mengulang kembali pada yang tidak puas hati itu. Tapi untuk mereka yang belum cukup syarat band MUET ni, aku sarankan repeat lah balik walaupun perit sikit. Aku tau seksanya MUET ni macam mana sampai boleh pengaruhi emosi orang kekadang tu (untuk student yang biasa2 macam aku lah kan. haha). Namun, ianya untuk kebaikan hampa jugak. Jangan disebabkan MUET, harapan dan cita2 hampa nak sambung ke satu satu bidang tersekat walhal result anda dah cukup cemerlang. InsyaAllah, Allah bantu kita bila kita mohon padaNya. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 11 November 2012

MUET November session is done ! :)


10/11/12. Tarikh yang sangat cantik dan menarik serta kebabooom lah untuk mereka yang ingin meraikan sesuatu dan  mengisytiharkan berita gembira. Dan untuk aku, tarikh ini merupakan penanda berakhirnya penyeksaan sementara kepada aku iaitu MUET ! Haha. 

Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan baik. Walaupun paper MUET ni boleh dikatakan agak senang bagi aku, namun dek kerana aku ni bukanlah seorang yang pro English, bukan juga TESL student, dan juga tak prepare sangat untuk MUET kali ni, jadinyaa paper itu kelihatan agak SUKAR ! Uhuk3.

Untuk paper reading, awal awal pagi lagi, bagi aku boleh tahan jugaklah senang. Cumanya artikel yang dikeluarkan sangat banyak dan font dalam tu macam kecik sikit. Namun, alhamdulillah untuk paper reading aku rasa aku dah lakukan yang terbaik. Tawakal saja untuk resultnyaa nanti. :)

Untuk paper writing pulak , ermmm. Worst ! Worst ! Tapi, boleh buat lah. Cumanya aku tak cukup masa sikit lah. Part soalan dua tu, macam tak berapa nak kukuh supporting details aku. Sobsob. :(

Dan last sekali, listening test. Boleh jawab kebanyakannya dan ada juga yang blur blur. Kurang jelas dengan apa yang mereka sebutkan. So, pasrah sajalah.



Overall, aku taktau nak conclude macam ni. Ada susah dan senang. Senang tu maknanya aku boleh jawablah. Tapi bagi aku mostlyy susah sikit. Uhuk3. Itulah orang suruh study taknak study. T___T Apa2pun, aku tak target banyak. Dapat band 3 pun dah bersyukur sangat sangat. Tapi kan, aku rasa macam dapat band 2 saja. T_________________T Jadinya, by hook or by crook, aku kena prepare untuk ambik MUET sesi akan datang bersama kawan kawan yang lain. Pasghaaahhh. Memang aku yakin result tak berapa nak elok sangat. Nasiblah abah faham yang aku ni dah tak berapa nak hebat English macam dulu. 

So, nak update yang tu sajalah. Kepada mereka yang tak ambik MUET lagi, goodluck nuh. Untuk yang akan ambik sessi depan, Mac 2013. Tunggu aku nuh, kita buat sekali tapi aku sebagai repeaters jelah. Hehe.  :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM