Assalamualaikum dan selamat petang..
Pejam celik pejam celik dah hampir seminggu berada di kolej dan memulakan sesi pembelajaran untuk semester ini. Alhamdulillah, setakat ni semuanya masih berjalan dengan lancar. Syukur padaNya. Walaupun pada awalnya terdapat sikit masalah yang melibatkan diri aku, namun aku kuat untuk hadapiNya. Hewhew. Well, nak pendekkan cerita. 4 hari dari Isnin sampai Khamis memang kelas semua ada. Kecuali untuk QMT dan ENT iaitu Statistics dan Entrepreneurship. Nak tengok jadual aku yang agak awesome tuh? Haha. Meh nak tunjukkan.
Klik untuk pembesaran. |
Ya. Ya. Aku tau awesome sebab banyak gap bukan ? Haha. Namun begitu, gap2 itulah yang akan banyak membantu kami kelak. Dengan assignment yang kebanyakan memerlukan group discussion, waktu itulah gunanya. Haha. Well, jadual ni dah diubah dan diolah sendiri oleh mereka2 yang berkenaan. ENT300 telah ditukar waktunya dari pukul 6pm-10pm di main campus, Permatang Pauh. Kelas seminggu sekali, buat 4 jam terus. Best bukan. Huhu. Sabar jelah. Hari Rabu tu pulak, kena belajar Hospital Pharmacy saja. Dari pagi sampai tengahari. Kelas petang tu drag waktu pagi. Sobsobs. Dah lah subject ni boleh tahan susahnya. Menangis jugaklah kan. Haha.
Lepas tu, first weekend di kolej dimulai dengan Seminar Pembudayaan Keusahawanan. Tragis, tragis. Kena pi dengaq ceramah pasai usahawan2 ni disebabkan kami semua ambik subject Keusahawanan. Program sampai petang, tapi kami pi sampai pukul 10 pagi saja. Kuikui. Balik tu nak pi derma darah kat LP. Taktau pun ada program derma darah tu, lalu saja LP baru nampak ada banner dan hospital2 semua tu. So, try jelah. Lagipun dulu dah pernah buat sekali. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar semasa proses derma darah tu. Terima kasih Hospital Kulim sebab sudi terima darah saya. Hehe.
*Google* |
Erm. Sebenarnyaa kan masa kami lalu booth derma darah tu, kami tak bawak pun buku merah tu, alaa, yang buku pihak hospital bagi bila derma darah tu. So, kami balik dulu ke kolej untuk ambil dan pergi semula. Haha. Nampak tak semangat di situ ? Kehkeh.
Well, rasanya sampai sini dululah kot cerita aku. Nanti nak buat entry lain pasal sesuatu yang berkaitan dengan entry lalu. Eh ? Haha. Jadi, harini dah hari Ahad dah. Esok Isnin balik, dan blabla seterusnyaa. Rutin harian seperti biasa. Oklah, nak sambung buat nota pasal Social Pharmacy. Nasiblah kan first week dah ada kerja untuk dibuat walaupun sikit saja. Hihi. Till meet again. :)
0 ulasan:
Catat Ulasan