Memaparkan catatan dengan label result semester. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label result semester. Papar semua catatan

Ahad, 11 Mei 2014

Alhamdulillah, officially graduated!

Assalamualaikum, selamat malam

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur untuk menghirup udara segar di bumi Mu ini, Ya Allah. Bersyukur masih dapat melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Allah, mendengar butir-butir bicara dan mengungkap bait-bait kata. Alhamdulillah ;)

Ok, nampaknya masih belum terlambat untuk aku upkan entry ni untuk tatapan pembaca sekalian, haha. Alhamdulillah, Jumaat yang lalu, 9 Mei 2014, akhirnya secara rasminya aku telah pun berjaya menamatkan pengajian diploma ku selama 3 tahun ini. 

DIPLOMA IN PHARMACY

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Sungguh tak ku sangka, penantian untuk menamatkan pengajian selama 3 tahun akhirnya sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah. Keputusan untuk semester akhir, sem 6 dah pun diumumkan secara rasminya pada 9 Mei 2014 yang lepas. Terimakasih Ya Allah atas keputusan yang sangat memuaskan hati kecilku ini. Sekurang-kurangnya, aku berjaya meletakkan sebuah senyuman di raut wajah keduadua ibu bapaku. Hehe.

Tiada ungkapan yang lebih besar daripada ungkapan Alhamdulillah tanda syukur yang amat atas rezeki yang Allah kurniakan. Hari yang sama juga, dapat "ganjaran" hasil titik peluh di luar, hehe :) Alhamdulillah.

Sempena dengan itu, beribu ribu terima kasih kepada mereka yang banyak membantu aku untuk mencapai kejayaan yang satu ini. Walalupun kejayaan ini hanyalah kejayaan yang kecil, tapi bagi aku besar nilainya kerna aku tahu bukan mudah untuk sampai macam tahap yang satu ni. Cukup susah, tapi alhamdulillah Allah banyak permudahkan urusan aku dengan menghantar mereka mereka yang banyak membantu aku. 

Jutaan terimakasih untuk :

Mak dan Abah.
Yang tak pernah kenal erti putus asa untuk anaknya yang seorang ini. 
Yang sentiasa ada di sisi untuk berikan semangat moral yang tinggi
Yang sentiasa memberi kata2 semangat tatkala aku down dan lemah
Terimakasih untuk semuanya mak, abah. 

Para pensyarah yang hebat !
Yang tak pernah cepat mengalah dengan anak2 murid macam kami ni,
Yang sentiasa melayan karenah-karenah kami yang pelik-pelik
Yang banyak membantu di kala kami memerlukan bantuan
Terutamanya Sir Fauzi, Sir Nazri, thankyou so much sir for everything
Sangat banyak membantu terutamanya sewaktu saat2 akhir pembentangan FYP

Hari terakhir di Sem 4

MPG bersama pensyarah
Roomates dan housemates.
Atiqah, Aliya, Akidah - Roomates yang sempoi
Rindu hampa semua.
Rindu nak gelakgelak sesama, makan sesama, dan gosip sesama. Haha
Farhan, Aiman, Fatin, Farah - Housemates yang hebakk
Rindu hampa semua jugak
Rindu nak lepak sama2 bila masing2 stress, nak study sama2 lagi
Tahniah jugak untuk hampa semua sebab dapat result yang hebakk, bangga aku jadi kawan hampa

Housematesss 

Classmates, PH1106B
Yang sentiasa membantu aku bila aku perlukan apa2,
Yang telah memberi peluang kepada aku, untuk menjadi wakil kelas selama 2 tahun
Terimakasih sebab tak pernah putus asa dengan aku, kawan2
Aku sayang hampa semua.
Anugerah yang terindah, yang Allah kurniakan kepada aku sepanjang tempoh pengajian 3 tahun,
adalah KORANG semua !

Rindu semua ;(
Batchmates PH110 Mei 2011-April 2014.
Terimakasih semuanya
Terimakasih untuk segala yang diberikan sejak dari awal perkenalan kita
Terimakasih untuk ilmu yang dicurahkan
Mintak halal dunia dan akhirat
Alhamdulillah, kita dah berjaya tamatkan pengajian suka duka selama 3 tahun ini.
InsyaAllah, panjang umur ketemu lagi time Konvokesyen.
Mohon doakan agar kita semua berjaya sambung ke peringkat Ijazah, amin ;)

Batchmates

Teammates FYP,
Farhan dan Hasnita, terimakasih sesangat
Sebab banyak membantu aku, layan karenah aku yang tak ketahuan kadang2 ni, haha
Terimakasih sebab samasama bantu sehingga ke penghujung pembentangan, alhamdulillah

Teammates FYP
Farmasi Hospital Seberang Jaya,
Terimakasih untuk segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberi
Untuk pengetahuan dan kasih sayang yang dicurahkan
Tidak terbalas rasanya segala jasa kalian semua,
Terimakasih warga HSJ ;)

Terimakasih Madam Goay, preceptor kami di HSJ
Team badminton HSJ, hehe
Pegawai farmasi, penolong pegawai farmasi :)


Dan akhir sekali,
Untuk semua yang terlibat secara langsung dan secara tak langsung,
TERIMA KASIH untuk semuanya.

Maaf sebab tak tersebut semuanya di sini, hehe.
Tapi jangan risau, semuanya tersemat di hati aku. :)




Ahli keluarga KlinikKesihatan Seberang Jaya, terimakasih untuk segalanya :)

Alhamdulillah, alhamdulillah. Segala perjuangan, jerit perih selama 3 tahun berbaloi dan berakhir jugak. Terima kasih buat kalian semua. InsyaAllah, berharap dapat sambung ke peringkat yang seterusnya, Ijazah Sarjana Muda. Mohon doakan agar aku dapat sambung ke kursus yang aku minati, hehe ;)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 12 Mei 2013

Officially end of semester 4 (:

Assalamualaikum, selamat petang.


Ya, aku kembali lagi ! Alhamdulillah, kesihatan makin okey. Tapi apa2pun kena tunggu checkup seterusnya Selasa ni. Doakan aku okey ya? :) Oh ya, sebelum tu aku rasa macam nak lempang diri sendiri pulak. Yelah, haritu kata nak update tiap2 hari, tapi semalam je dah tak berupdate. Haha. Bukan takdak idea, ada banyak sangat. Bukan takdak masa, ada ja. Cumanya keupayaan tu kurang sikit. Ini pun aku gagahi juga nak update. Hehe. Blogwalking pun dah lama tak buat, rajin rajin nanti aku buatlah ya. Haha.

So, berbalik kepada tajuk atas. Alhamdulillah, aku secara rasminya dah pun menamatkan kesengsaraan semester 4 pada 9 Mei yang lalu. Hmm, aku tau mesti orang nak kata entry ni basi, cliche ja. Ah, lantak lah aku nak buat jugak. Kehkeh. Btw, ingat tak yang aku pernah buat entry ni ------> 



Hah, masa ni secara tak rasmi lagi aku tamatkan semester 4 sebabnya taktahu keputusan lagi. Baru habis final exam saja. Dan seperti yang rakan rakan tahu, (bebudak UiTM), 9 Mei lepas adalah hari dimana keputusan peperiksaan yang lalu dikeluarkan. Tak banyak yang boleh aku kata untuk semester ini selain, ALHAMDULILLAH. Allah mendengar doa aku lagi. Keputusan ini adalah keputusan yang terbaik yang Allah berikan kepada aku untuk semester ini. Kerana tiap kali selepas solat, aku berdoa agar biarlah keputusan yang keluar nanti adalah yang terbaik buatku. Tak kisahlah dekan ke tidak yang pasti itu yang terbaik. (: Allah Maha Besar, aku mintak yang terbaik dan ya memang yang terbaik diberikan olehNya, setimpal dengan usahaku walaupun resultku bukanlah sehebat rakan2 seperjuanganku a.k.a housemates ku tapi aku tetap bersyukur. 

Ya, keputusan exam kali ni memang agak menurun sikit dari semester lepas tapi apa2pun aku tahu itu yang terbaik buat aku. Mungkin Allah tak izinkan aku dapat lebih dari ini kerana takut aku jadi riak dengan keputusan itu dan Allah tak izinkan aku dapat kurang dari itu kerana mungkin aku akan down dan sebagainya. Sesungguhnya, perancangan Allah itu adalah sebaik2nya. Aku terima seadanya. :')

Untuk berlaku jujur, kalini aku tak rasa apa2pun bila mana result nak keluar. Haha. Bukan tak rasa takut ka apa, tapi itulah aku yakin, percaya Allah dah tetapkan yang sebaiknya buat aku. Takut, nervous, risau, gelabah semuanya bercampur baur malam sebelum aku dapat result tu. Nak dijadikan cerita pulak, aku tengok result masa aku ada dalam ward lagi. Yang bestnya, malam sebelum tu lena baik punya, tapi bila mai malam nak dapat result tu, takleh nak lena. Pejam3, tapi tak lelap. Mungkin dah banyak tidur siang agaknya. Haha. Email dari UiTM sampai pukul 1.20 pagi, boleh dikatakan agak awal jugak semester ni. First time refresh sekali result dah naik. Kalau tak, 3,4 kali jugak baru ada. Hehe.



So, setelah berpuluh puluh kali pikiaq, nak tampal ke tak result semester ni kat blog, akhirnya aku mengambil keputusan untuk tampal di sini sebagai hadiah untuk diri sendiri dan mereka yang rajin stalk blog aku ni. Haha. Untuk makluman ya, aku bukan nak menunjukkan aku hebat ka, tunjuk aku sorang ja boleh score ka dan sebagainya, (sb ramai lagi hebat dari aku), tapi aku tampal result kat sini sebagai penghargaan kepada mereka2 yang rajin baca blog aku ni, dah 4 sem kot, sekali pun takpernah tampal result. Haha. Lagipun dah semester akhir belajar di UiTM, apa salahnya aku tampal kan. :)

Maka, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim . . . .

Alhamdulillah. :')

Itulah antara hasil semester 4 aku. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Tiada ungkapan lain masa tengok result ni. Sebak sikit la. Sebab time tengok tu tangan tengah pakai drip antibiotik, so takleh gerak banyak. Hehe. Tengok result pulak sorang sorang, pepagi dalam sejuk aircond. Haha. Syukur, CGPA aku naik walaupun GPA aku agak menurun sikit. But still, syukur alhamdulillah. :) Allah bagi lebih dari apa yang aku impikan. Alhamdulillah jugak, hajat nak tengok CGPA 3.5 ke atas seperti yang diinginkan oleh kedua dua orang tuaku kesampaian. Terimakasih Ya Allah.

Dikesempatan ini juga, aku ingin berterima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam membantu aku sepanjang semester 4 ni. Tipulah kalau aku katakan tiada cabaran dan halangan sepanjang tempoh bergelar pelajar ni. Ada, banyak sangat. Tetambah time final exam haritu. Mereka yang terlibat tahulah, betapa seksanya nak lalui hari2 akhir dengan pelbagai cabaran. Takmasuk time sakit, demam lagi. Syukur, Allah uji dan masih mampu dilalui oleh kami semua. Kepada roomates, housemates semua, tahniah atas result memasing. Kita dah cuba yang terbaik kan ! :) Terimakasih sudi layan aku yang bengong2 time tengah final exam sebab stress study. Haha. Sumpah tak boleh lupa saat2 tu. Dan kepada Fatin, Aiman, Farah - teman gelak dan stress aku, tahniah dapat 4.00 flat. Pointer tu terlalu jauh untuk aku kejar sebab aku memang tak target sangat pun ! Haha. InsyaAllah, panjang umur ketemu lagi kita. :)

Awesomenessss roomatess :)

Housematessss. :)

Sampai sini dulu coretan panjang berjela aku. Aku tau hampa bukan baca sangat, tengok gambaq saja kan. Haha. Niat awalnya nak taip pendek ja, tapi dah terpanjang pulak. Maaflah ya. Hehe. Terimakasih sudi baca. :) 

InsyaAllah, plus minus sebulan lagi akan masuk praktikal di Hospital Seberang Jaya. Moga segala urusan dipermudahkan kelak. Amin. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 9 November 2012

Debaran berakhir dengan kegembiraan. :') Alhamdulillah.. :)


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Kalimah yang tidak henti henti aku ucapkan setelah menerima keputusan Peperiksaan Akhir UiTM Semester 3. :') Bersyukur yang teramat sangat, sangat dan sangat. Takpernah nak menyangka akan begini keputusannya. 

Seperti yang diketahui umum, harini 9 November 2012, iaitu hari keputusan peperiksaan akhir yang lalu diumumkan. Berdebar sangat sangat sebelum tengok keputusan ni. Walaupun tak target tinggi, namun ingin sekali merasa DL, aku kuatkan diri untuk bukak email yg datangnya dari UiTM lebih kurang pukul 3 pagi semalam. 

Selingan sebentar *. Merenung kembali quote di atas, If you can dream it, you can do it.  Ya, lebih kurang berbalik kepada apa yang berlaku pada aku. Memang keputusan begini yang aku impikan, namun aku kurang yakin yang aku mampu melakukannya. Hihi. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. :)

Dan bersyukur jugak, segala penat lelah, berkorban semuanya sewaktu final dulu, berbaloi dengan keputusan begini. Syukur, lebih baik dari sem2 sebelumnya, malah boleh dikatakan sangat baik kepada aku.

Kepada mereka yang rajin baca entry aku sebelum final dulu, mereka tau yang aku ni bukanlah student yang bijak pandai. Walaupun aku dari MRSM, namun aku bukanlah produk yang baik. Pointer exam di MRSM pun takpernah lebih 3.50. Anugerah Penghormatan Pengetua, langsung tak pernah dapat.

Jadi aku rasa, keputusan kali ni, adalah sangat, sangat dan sangatlah terbaik. Walaupun ada ja member yang lagi baik, namun, ramai menyatakan result aku ni dah cukup CEKANG. Hehe. Alhamdulillah. :')

Kepada emak dan abah, keputusan ini untuk emak dan abah. Harap mampu mengembirakan emak dan abah. Akak tau CGPA tu tak cukup lagi, insyaAllah sem depan akak akan cuba lagi buat yang lebih baik dan baik. Doakan akak ! :) Dan doaku akhirnya termakbul bila dapat melihat emak dan abah dapat senyum gembira atas keputusan aku. Terimakasih Ya Allah. :))))



Terimakasih yang tak terhingga aku ucapkan kepada mereka mereka yang terlibat, terutamanyaa housemates, Fatin, Paan, Farah dan Aiman begitu juga roomates Akidah, Aliya, dan Atiqah. :) Sesunguhnya segala pertolongan yang korang hulurkan hanya Allah sahaja yang mampu membalasnyaa. Terima kasih sudi melayan karenah aku sepanjang final exam haritu. Serius rasa rindu korang sekarang ni. :')

Dan akhir sekali, syukur aku panjatkan ke hadrat Illahi atas kurniaan rezeki dan nikmat yang tidak terhingga ini. Dan kepada emak dan abah, terimakasih sebab layan akak, ambik antaq akak pi kampus, bagi duit untuk makan semua. 

Sesungguhnyaa kejayaan ni hasil sumbangan ramai orang dan Allah S.W.T. Alhamdulilllah. :') Terima kasih Ya Allah. 


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 7 November 2012

Nov 9. Please stay away from me.


ATTENTION. (Recent Announcement)
Final Examination Result for Semester 1 2012/2013 will be sent through email to all students (applicable for Diploma, Pre Diploma and Matriculation only) on 9th November 2012. The Final Examination Result can also be accessed through Student Portal beginning 9.00 am, 9th November 2012.
Examination result will be sent to your registered email account in Student Portal and ISISWA email account. Hence, do update your latest handphone number and email address before 9th November 2012 through Student Portal. It is advisable not to use Hotmail as your registered email account.

Nov 9, please. please. Don't come so fast. I'm not ready yet to face the results. Dear UiTM, why so early you revealed the result? Me so scared you know. I know, I've done so bad in previous final examination. So, i can't expect what the result is. And whatever it is, I need to be strong to continue the life. Since I get to used with bad results previous semester, so for the third semester, I don't expect too much, aim too much. Afraid that it will effect me later. All I can do is keep praying to Him, hoping for the best. May all my effort be paid off later. InsyaAllah. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM