Memaparkan catatan dengan label Bola Sepak Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bola Sepak Malaysia. Papar semua catatan

Ahad, 30 Jun 2013

Piala FA 2013 : Tahniah Kelantan !

Assalamualaikum, selamat petang.


Wahhh, lambatnya update pasal Piala FA ni, kecewa ka Alyaa ? Haha. Idok ler, teman letih benor semalam. Habis game ja terus tidur. Tak fikir pasal benda lain dah, nampak katil saja. Haha. 

So, malas nak panjangkan entry, nampaknya untuk musim ni, Kelantan berjaya mengekalkan piala FA di tempat mereka. Alhamdulillah, tahniah untuk mereka. Tak kecewa ka Alyaa ? Sejujurnya, sedikit kecewalah, TAPI aku tahu ada hikmah disebalik semua ni. Sebab apa? Cuba bayangkan kalau JDT menang, agak2 boleh bayang tak apa yang akan berlaku, apa yang akan hangat diperkatakan ? Hah, aku ni mungkin paraniod sikit tapi itu semua takmustahil akan berlaku SEKIRANYA JDT menang. Boleh bayang sendiri lah macam mana, takpayah aku explain lelebih. Haha



Apa2pun, memang Kelantan tepati jangkaan aku untuk menang lagi kalini. Almaklumlah, mereka ni 'orang lama', JDT ni masih 'orang baru' lagi. JDT bijak mengawal permainan cumanya masih belum rezeki untuk mereka menjaringkan gol. Dan agak sayang, Safee dikeluarkan awal dalam perlawanan semalam. Aku pun taktahu apa motif nya dia dikeluarkan awal semalam. HAHA

So, sekali lagi TAHNIAH untuk Kelantan , The Red Warriors atas kejayaan mengekalkan Piala FA untuk musim 2013 ini. Semestinya mereka tidak mengecewakan ribuan peminat mereka dari seluruh pelusuk negeri terutamanya Pantai Timur. Kepada JDT, cuba lagi untuk musim akan datang. Jangan mudah mengalah kerana anda masih baru lagi. Dan semestinya sebagai penyokong, kami percaya kepada kekuatan anda, #LuaskanKuasamuJohor ! 

p/s : Nampaknya ERAFm terpaksa akur dengan kekalahan ini lantas kena memainkan lagu lagu dari Kelantan dari 6 pagi hingga 10 pagi. Haha. Itulah, main cabar lagi dengan THR Gegar. Kihkih


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 1 Jun 2013

Tahniah JDT. Bertemu Kelantan di Final !

Assalamualaikum, selamat malam



Hai, siapa yang tengok perlawanan pukul 8.45 malam tadi antara Pahang Darul Makmur dengan Johor Darul Takzim? Oh, aku semestinya tengok perlawanan yang dinantikan nantikan ini setelah timbul kekecohan pada hari yang mana sepatutnya berlawanan berlangung tapi telah ditunda pada hari ini. Haha.

Nak salahkan mana mana pihak pun tak boleh. Lagipun, aku nak kata lelebih pun bukan aku yang berada di stadium pada malam tu. Jadi hanya mereka yang ada di sana saja tahu apa yang berlaku dan hanya Allah saja tahu siapa salah, siapa betul. 

Apa2pun, perlawanan dah pun tamat sebentar tadi. Walaupun separuh masa pertama agak mencemaskan, dengan Pahang muncul memberi 2 jaringan gol dan JDT ketinggalan tanpa satu pun jaringan gol. Akhirnya, pada separuh masa kedua, JDT bangkit dan menjaringkan satu gol untuk menjadikan perlawanan terikat kepada aggregat 2-2. Sampai akhir perlawanan, keputusan diumumkan bahawa JDT layak ke final setelah kelebihan gol di tempat lawan.

So, tahniah Johor Darul Takzim ! I'm soooo proud of youu walaupun tadi aku macam merajuk sikit time separuh masa pertama. Haha. Padahal badan tengah letih, mengantuk penat apa semua. Tengok game macam mengejutkan juga tadi. Dalam hati, still menaruh harapan agar JDT menang. Aceceh. Haha

Kepada Pahang, you've done yr best. Kalah menang adat pertandingan kan. Aku tau member2 aku ramai sokong Pahang kat Twitter tu. Tapi aku buat dunno je bila memasing nak kata JDT main kotor lah , pengadil bias la itulah inilah. Hah, memacam lagi. Ibarat rumah dah siap, pahat masih berbunyi.

Maaf kalau ada yang terasa dengan aku. Selamat malam. (: Tahniah sekali lagi JDT. Semoga berjaya berjumpa dengan Kelantan nanti. ^__^


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 2 Disember 2012

Tahniah Harimau Malaya ! Tahniah Malaysia ! :)





Tahniah Harimau Malaya !



Tahniah Safiq Rahim dan rakan seangkatan ! 

Tahniah Raja Gopal ! *ooops*

Dan tahniah untuk Malaysiaaaaaaaaaaaa !


Terbaik ! Terbaik !

2-0 tu dah cukup baik.

Malaysia 2 Indonesia 0

Alhamdulillah, kejayaan di pihak Malaysia.

Tak sia2 aku turun tengok dan jerit2 depan TV walaupun badan rasa letih teramat masa tadi.

HAHA.

Semoga kejayaan ni memberi perangsang dan dorongan untuk ke peringkat yang lebih tinggi !

Malaysia masuk separuh akhir weyyyyyyyyyyyyy !!

Arghhhhh. Arghhhhhh.  


Tahniah sekali lagi. Selamat malam. :)

*Gambar ihsan Google*


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 19 Mei 2012

Tahniah Kelantan untuk Piala FA 2012



Malas nak cerita panjang tentang ni sebab mostly ramai yang dah tahu kan. So, apa2pun Tahniah kepada Kelantan. Menyanyi sakanlah penyokong2 Kelantan sekarang ini. 

Well, bagi aku permainan kali ni agak hambar. Sebab apa aku berani cakap macam ni? Sebab aku pernah tengok Kelantan main dengan baik lagi sebelum ni. Hambar la jugak bagi aku, bagi akulah. Orang lain aku tak tau pulak. Lagipun aku tak sokong mana2 walaupun pada asalnya memang ramai yang kecoh Kelantan akan menang kan. Aku duduk diam jelah bila cerita pasal negeri2 ni. Sensitif oo. Hehe..

Okay, kena gerak dulu. Nak meneruskan sesi pembelajaran doodle. Ada yang mintak buatkan untuk dia. Haha. Tak malu betul. Hihi. Babai. ~

sumber gambar: merata. tq kepada sesiapa yang rasa gambar di atas adalah miliknya *credit*

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 1 Mei 2012

Kedah vs Kelantan: Tahniah Kelantan..

Assalamualaikum dan selamat malam.

Fuh, selang beberapa minit je aku boleh update lagi blog. Haha. Itu namanya takdak kerja. Okey, mesti hangpa semua tau kan yang malam tadi ada perlawanan antara Kedah dengan Kelantan untuk merebut tempat ke final bagi Piala FA 2012. Hah, nampaknya kali ni Kelantan berjaya ke final. Tahniah diucapkan kepada Kelantan. Kepada pasukan Kedah dan semua rakyat jelata yang menyokong Kedah, jangan kecewa sebab tak masuk final. Mungkin takdak rezeki. Takpa, tahun depan boleh cuba lagi.



Walaupun aku agak sedikit kecewa dengan perlawanan malam ni, tapi apakan daya. Semuanya dah ditentukan. Nak taknak kena terima juga. Oh, kenapa aku kecewa? Sebab aku kan anak kelahiran Kedah. So, frust la jugak bila team Kedah tak menang tapi aku pasrah dan menerima seadanyaaa. Haha. Oklah, apa2pun TAHNIAH kepada Kelantan.

p/s: bila bercerita pasal Kelantan ni, tiba2 aku teringat dengan classmate aku yang dari Kelantan tu, Khairul Anuar. aish, cakap pasal bola dgn dia memang takpernah habis. nak menang ke dia saja. Haha.


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 14 November 2011

Malaysia Tumpaskan Kemboja 4-1 dalam Sukan SEA ke-26

JAKARTA 13 Nov — Peluang Malaysia ke separuh akhir dalam Kumpulan A masih terbuka apabila mengalahkan Kemboja 4-1 pada saingan bola sepak Sukan SEA ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno di sini, malam ini.

Assalamualaikum semua. 

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana berjaya menumpaskan Kemboja dalam perlawanan bola sepak Sukan SEA ke 26 ini. Pasukan bola sepak Malaysia akan bertemu tuan rumah Sukan SEA kali ini, Indonesia untuk ke peringkat separuh akhir. Alyaa doakan semoga pasukan bola sepak Malaysia akan berjaya lagi dalam perlawanan menentang Indonesia. InsyaAllah. Sama-samalah kita doakan, okey?



Sekian.

p/s: Petikan berita dan berita selanjutnya di SINI.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 30 Oktober 2011

Tahniah Negeri Sembilan Selaku Juara Piala Malaysia.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Wah, nampaknya perlawanan pada malam tadi sungguh dahsyat ye. Walaupun pada saat2 akhir, masih berjaya menyumbat gol. So, kepada pasukan Negeri Sembilan, TAHNIAH Alyaa ucapkan kerana telah berjaya menjulang gelaran Juara Piala Malaysia bagi tahun 2011.


Tahniah Negeri Sembilan.

Walaupun pada permulaan permainan agak slow, tapi Terengganu berjaya mendahului dengan 1-0. Namun, kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. ^-^. Pada minit-minit terakhir, pemain-pemain pasukan Negeri Sembilan telah berjaya menyumbat gol ke gawang pihak lawan dan telah melayakkan mereka memenangi perlawanan ni dengan jumlah gol 2-1.

Kepada pasukan Terengganu, Alyaa harap kekalahan kali ini tidak menjadi penghalang untuk pasukan ini lebih maju ke hadapan. Alyaa yakin korang semua ada potensi untuk terus cemerlang di masa hadapan. Buat yang lebih baik pada masa depan. Biasalah tu, adat pertandingan, ada yang menang, ada yang kalah. Takkanlah dua-dua nak menang kan. Hehe.. *alyaa agak kecewa sebab takbuat sorakan kt depan tv tadi macam biasa buat masa Terengganu lawan Selangor dulu. Huhu..*

So, sekali lagi Alyaa ucapkan kepada Pasukan Negeri Sembilan,

Tahniah Kerana Menjadi Juara Piala Malaysia ^-^

Sekian. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM