Memaparkan catatan dengan label specialist ENT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label specialist ENT. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Jun 2013

Bersin buat kali pertama !

Assalamualaikum, selamat malam


Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur pada harini. Harini, seharian aku banyak berehat saja. Tak keluar rumah langsung. Lagipun memang aku yang taknak keluar rumah, malas. Kihkih. Hmm, dah nama pun weekend kan, jadi aku naklah rehat sepuas2nya. Sebab boleh dikatakan minggu ni adalah minggu yang paling kurang aku beradu. Ewah, beradu gitu. Haha. Bahasa mudahnya, tak cukup tiduq lah

So, semalam pun masuk tiduq awal dan bangun pun lewat pagi tadi. Muehehe. Bukan selalu dapat bangun lewat2, biasanya sebelum pukul 6 dah terpacak masuk bilik air kan. Hari2 minggu ni ja nak mengada2 lewat bangun, ini pun sebab takdak appointment atau hal2 lain, kalau tak awal jugak bangun macam minggu2 sebelum ni. 

Ok, aku ni macam dah lari tajuk nampak. Sebenarnya, nak cerita pasal aku dah boleh bersin ! Yeayyy ! Haha. Macam kagum jugak lah bila dapat bersin balik. Sebenarnya, doktor dah lama izinkan aku untuk bersin balik, tapi almaklumlah, aku masih ragu2 lagi dengan tahap kesihatan aku ni. Tapi, nak dijadikan cerita, dan dengan takdir Allah, aku dapat bersin hari Rabu baru ni tanpa mengalami sebarang kesan dan reaksi yang memelikkan sehingga harini. Alhamdulillah. Mula2 takut juga nak bersin tapi sebab dah tak tahan sangat haritu, memang aku bersin ler. Haha. Bayangkan sebulan lebih asyik tahan bersin apa semua, bila dapat bersin balik, rasanya Allahuakbar ! Syukur sangat2. 



Untuk selingan sikit, bersin merupakan pengeluaran udara yang bergelora, separa automatik dari paru-paru melalui hidung dan mulut. Ia biasanya disebabkan kehadiran zarah asing yang menganggun mukosa hidung. Bersin juga boleh dicetus melalui pendedahan mengejut kepada cahaya terang, perut yang agak penuh, atau jangkitan virus, dan boleh mendorong kepada jangkitan penyakit [Wikipedia]

Jadi,agak2 atas sebab aku rasa kerap nak bersin? Haha. Alhamdulillah, setelah sekian lama aku tunggu nak bersin sejak hari keluar dari bilik pembedahan tu, akhirnya dapat juga. Keterujaan tu sajalah rasa nak kongsi dekat blog ni. Itu je, okay baiiiii. Haha. Nak sambung buat kerja yang asyik tertangguh. Nanti aku update lagi. 


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 22 Mei 2013

Tanda tanya . .

Assalamualaikum, selamat malam.


Yeayyy ! Siapa perasan yang aku tak update blog sangat semalam ? Cepat angkat tangan. Haha. Satu entry pendek je kan aku publish semalam. Ya, semalam aku tak berapa nak sihat sangat. Aku memang asyik berbaring je semalam. Aku pun tak faham kenapa aku rasa lemah semacam je. Haha. Penangan ubat mungkin.

Tapi, alhamdulillah harini aku makin sihat. Bolehlah nak gerak sana sini. So, apa benda yang menjadi tanda tanya dekat aku nih? Ewah, dah macam tajuk lagu tanda tanya pulak kan. Haha. 

So, untuk pengetahuan semua, alhamdulillah aku dah pun dibuka balutan sepenuhnya di luar dan juga di dalam. Maknanya kira macam telinga aku kembali mendapat fresh air gituu. Haha. Syukur padamu Ya Allah. :')

Lebih kurang macam ni lah rupanya bahagian dalam telinga aku. (Google)
Bila dah dibuka semuanya, aku tengok la balik dekat tempat jahitan tu. Perghhh. Panjang jugak tempat jahitan yang doktor buat tu. Yang menjadi tanda tanyanya, macam mana doktor salurkan otot2, cell2 dari bahagian luar telinga aku ni ke dalam telinga aku untuk tutup gegendang telinga aku nih. Aish. Memacam aku fikir nak dapatkan jawapan. Haha. Sebab dulu doktor pernah kata dia nak bukak dekat bahagian cuping telinga tu, tapi bila bukak tengok, macam okey ja, tak ada bekas apa2 pun. 

Jadi sampai sekarang aku tanda tanya macam mana operation ni doktor2 pakar buat 15 hari yang lepas. Haha. Macam bengong jugaklah aku ni fikir fikir benda macam ni tapi benda dah lepas kan, malas ah nak ambik tau lagi. Hehe

Oh ya, 2 hari lepas kan aku ada appointment dengan doktor, kau tahu tak, doktor tu gelakkan aku sebab masa treatment aku macam duduk tak diam, mana taknya geli kot masa doktor buat treatment sedut sedut, korek korek, letak ubat kat dalam. Aish, jangan bayanglah sakitnya tu macam mana. Uhuk3


Jadi sekarang ni, aku kena jaga betul2 since dah takdak balutan di telinga ni. Bahaya jugak kau sebab dah takdak benda nak cover telinga aku ni. Dah la takleh kena air, takut ada infection pulak. Risau aku sekarang ni. Harap2 baik saja lah. Btw, haritu doktor ada suluhkan telinga aku, okey ja nampaknya. Merah2 lagi. Hehe.

Okeylah, nak update yang ni je kot takat ni. Nanti aku update lagi okey ? Xoxo. Bye. Haha


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 18 Disember 2012

Dan akhirnyaa aku DISEDUT !


Hai semua. Assalamualaikum dan selamat malam.

Alhamdulillah, dapat juga update blog. 

Well, sebenarnya boleh je nak update bila bila pun, cumanya aku tak larat nak menaip ni hah

So, ingat nak update sikit malam ni sebelum pergi tidur. Haha

Oh ya, kalau siapa ada baca prev entry aku, mesti tau pasai pa aku nak cerita ni

Aku disedut ? Kenapa disedut pulak? Pelik pulak buunyinyaa. HAHA

Ermm. Sebenarnyaa nanah dari telinga aku dah pun berjaya disedut oleh doktor.

Doktor pakar KPJ Penang, specialist ENT.

Tapi, still aku kena pergi next appointment untuk bersihkan lagi.

Doktor kata macam teruk saja bahagian dalam telinga aku kalini

Entahlah, aku taknampak pun apa yang dia nampak. HAHA

Alat yang digunakan lebih kurang macam gambar atas tu. 

Dan oleh itu, aku dapat MC semalam (Isnin) sebab..

Lepas sedut tu akan rasa dunia berputar2, bintang menari2 dikepala.

HAHA. Pening lah maksudnya tu.

Habis untuk hari Isnin.

Hari Selasa pulak (harini) aku dapat MC lagi dari Klinik Putra.

Backpain meh.

Sebab jatuh bilik air haritu. Ada aku ceritakan dalam prev entry.

Sakit kalini memang rasa over teramat ah.

Sampai bahagian atas pun rasa backpain ni.

Last2, dapat ubat painkiller. 

Doktor suruh buat X-ray, aku taknak.

Kang detect mana2 bones masalah ka, takpasal2 kena pi hospital. Taknak ah aku. HAHA.


So, esok (Rabu) aku ada kelas lagi. Harap backpain ni takteruk sangat. Lagipun, esok dah nak start cuti dah. 

Yuhuuuuuuuuuuuu. Tak sabaq meh. Penat dah tengok nota dan ubat2 ni. HAHA

Padahal baru 3minggu lebih duk kat kolej ni hah

Asalnya nak cuti terus sampai esok, tapi macam malas saja. 

Baju2 tak kemas apa2 pun lagi. 

Ermmm. Nak update sampai sini dululah

Dah nak tidur. Sejak2 sakit ni, kerja tiduq awai saja.

Kuikui. 

Semoga esok dan hari2 seterusnyaa aku makin sihat dan sihat.

InsyaAllah. :')

*Google Images*







Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM