Memaparkan catatan dengan label blogging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blogging. Papar semua catatan

Ahad, 6 Julai 2014

Blogwalking..

Assalamualaikum, selamat petang


Blogwalking...

Blogwalking...

Blogwalking...

Rasanya nak dekat hampir setahun lebih aku tak berblogwalking secara serius. Secara serius ni maksudnya aku akan cari link2 blog di mana mana saja yang ada, dah jika menarik aku akan follow. Tapi kalau tak menarik pun, kekadang aku follow ikut mood. Sebab boleh jadi yang tak menarik tu akan jadi menarik, yang menarik tu akan jadi tak menarik. Kan?

Jadinya, sekarang ni aku rasa dah tiba masanya buat aku start kembali aktiviti blogwalking aku ni seberapa banyak yang mungkin. Oh lupa pulak, bagi orang macam aku, berblogwalking secara serius ni maksudnya aku akan tinggalkan komen di entry ataupun tinggalkan jejak di chatbox. Itu cara aku lah sebab kategori blogwalking aku terbahagi kepada dua, secara serius dan sajasukasuka. Haha. Lain orang lain caranya, lain blogger, lain cara blogwalking, hihi. 


Tetapi kenapa baru sekarang Alyaa?

Haha. Sebab makin lama aku makin bosan dengan dashboard blogger aku ni yang macam tak bergerak sangat. Kalau ikutkan memang dah banyak blog yang aku follow sebelum sebelum ni, cumanya mungkin sekarang ni ada yang tak aktif dah kan. Jadinya, dashboard blogger aku hanya naik nama blog yang sama saja, haha. Aku ni siap dah boleh agak dah blog ni hari hari update ataupun seminggu sekali update macam aku, hihi. Sebenarnya, ukanlah bosan apa, cumanya aku nakkan sesuatu yang baru, yang segar. Barulah rasa macam blogging namanya. :) Lagipun dalam hidup ni kan perlukan perubahan, kalau asyik di takuk lama saja, sampai bila nak berubah? Haha. Kan dah kena tazkirah petang ni. 

Ok, jadinya pada mereka yang aku dah pun start follow dan blogwalking ke blog anda, sememangnya ada sangat bertuah sebab dapat kunjungan daripada orang malas blogwalking macam aku ni haha. Gurau jelah. Kalau rajin, silalah balas kunjungan. Tinggal jejak kat chatbox kata 'hai' pun dah ok. Tak paksa, cuma kata. :) 

Rasanya cukup sampai sini dulu entry aku, niatnya nak taip pendek dan ringkas entry ni, sekali dapat taip kat keyboard, berjela jela aku taip. Haha. Terimakasih sudi baca, kalau ada yang kurang, janganlah cerca. Selamat berbuka puasa! ;)



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 23 Mac 2014

Mr Nuffnang

Dear Mr Nuffnang, 

Thank you for your kindness , giving me and other bloggers to gain some benefits from you

Such a pleasure to have you in my blog , in my life

You still here, standing beside me, even though

I don't much time to entertain you.

Thank you.

Hope that you're giving more and more things to us, as a blogger. ;)

Cause of you, we are here , standing to keep updating our blog

Thank you Mr Nuffnang. 


The latest CPUV I've got is LINE Shopping and University of London Education. 

Hope both of you will stand here as long as you can.

I do love both of you and others,

Keep appear here in my blog ok. ;)




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 16 April 2013

Kembali bergiat aktif dalam dunia blogging (:

Assalamualaikum, selamat malam


Alhamdulillah, syukur kita pada Allah kerana masih dipanjangkan umur. Hai semua, apa khabar ? Rindu tuan punya blog ni takkk ? HAHA.

Ok, seperti yang dah aku beritahu entry sebelum ni, aku dah pun selamat memulakan semester break untuk 1bulan setengah plus minus. Syukur, dapat jugak berehat seadanya. Hehe. Penat sepanjang semester ni tidak terkata bagi aku. Sibuk, sibuk dan sibuk. Sampai blog ni kelip2 mata saja aku tengok. Bukan takdak idea atau cerita nak dikongsikan kat sini, banyak. Tapi kekangan masa itu sangatlah sedih. 

Tapi, since dah start cuti ni, insyaAllah aku akan kembali bergiat aktif seperti sedia kala. Lagipun, aku banyak benda nak kongsi, nak cerita kat sini. Biarlah walaupun cerita2 yang aku nak cerita ni macam dah lapuk sangat. Haha

So, sebagai mukadimahnya, ini saja dulu entry pertama. Entry2 seterusnya adalah sorotan daripada entry yang ini. Haha

Tajuk entry selepas ini akan jadi Pahit Manis Semester 4 Bahagian I, Bahagian II, Bahagian III dan seterusnya. Tengoklah berapa bahagian yang ada. Haha. 


Kalau rasa nak ikuti, silakan. Kalau tak, tak mengapa. Nama pun blog aku ya dak, mestilah nak taip jugak kat sini hah. Hehe.(: Oklah, nak pi buat draft entry dulu. Bye, Assalamualaikum.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 22 November 2012

Bila semangat hilang. =_=

*Google*
Idea nak update blog sangat sangatlah banyak dan mencurah curah. Tapi, bila semangat nak menaip tak dak, semuanya hilang. Lalu dibawa angin sepi. Uhuk3. Banyak benda nak dikongsikan di blog ni especially part pergi bercuti haritu. Tapi, macam tak terupdate jugak. Aishh. Dengan masalah laptop lagi, memang sangat mencabar minda dan emosi kala ini. Kesihatan pulak makin teruk. Erm. Mungkin perasaan aku saja kot, ubat dah telan banyak walaupun terpaksa. Hmmmphh. Aku akan cubalah untuk update jugak story aku bercuti haritu. Tapi, sikit2 saja, taip panjang panjang bukan ada yang nak baca, buat habeh tenaga saja. HAHA. So, babai.. Jumpa lagi bila aku update nanti. :)))

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 4 Ogos 2012

Rindu blogging teramat.

Assalamualaikum semua. Selamat pagi.



Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah masuk 15 Ramadhan dah harini. Kejap je rasa kan. Erm, aku masih lagi macam ni. Sihat seperti biasa. Dan sibuk juga seperti biasa. 

Ermm.. Sejak sejak dah masuk belajar balik kan, aku dapat rasa yang aku makin kurang menaip di blog ni. Visitors pun dah makin kurang. Viewers pun dah menjunam. Entahlah, aku bukannya malas. Cuma kadang-kadang tu ada saja halangan untuk aku update ni. Lagipun, aku kenalah dahulukan tanggungjawab aku sebagai pelajar kan. Satu lagi problemnya, tiap kali kalau ada idea nak menaip, mesti internet buat hal. Itu yang kadang2 macam malas tu. 

google
Aku update ni pun sebabnya aku rasaaa rindu sangat dekat blogging ni. Rindu nak taip banyak banyak entry, comment entry orang, blogwalking ke sana ke mari, join segmen itu dan ini. Aish.. Bilalah aku dapat buat semua ni lagi. Mungkin lagi tiga empat bulan kot. Sebab sekarang ni, aku rasa ingin fokus pada belajar dulu. Tapi insyaAllah, ada masa aku akan cuba update lepas ni. Paling kurang pun sehari satu entry. InsyaAllah. :)

Oklah, yang ni je dulu yang aku nak bercerita. Kejap lagi kalau ada lagi yang aku nak update, aku taip kat entry baru. Haha. Misi membanyakkan entry yang ada. Hihi. :) So, babai. Selamat berpuasa dan bersahur. ^^

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM