Memaparkan catatan dengan label Cuti sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cuti sekolah. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Mei 2014

Cuti Sekolah

Assalamualaikum, selamat petang

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana kurniakan kesihatan yang semakin baik kepada aku untuk harini. Entry yang lepas aku dah bagitau yang aku tak sihat kan? Harini, semakin sihat, alhamdulillah. :)

Disebabkan makin sihat, terdetik pulak rasa nak update cerita pasal cuti sekolah. Yey ! Alhamdulillah. Akhirnya setelah lama aku menunggu saat2 ini, akhirnya muncul juga. Hehehe. Sebagai seorang yang memegang profesion sebagai guru sekarang ni, cuti sekolah adalah amat bermakna bagi aku. Harini dimana aku boleh stay up lewat dari biasa, wake up lewat dari biasa (bangun untuk Subuh) dan boleh berehat sepanjang hari. Hihi. Tapi bukan tiap2 lah aku buatnya sebab sekarang kan dalam tempoh pemulihan dari sakit. Tak digalakkan huiii.




Apa plan cuti sekolah ni?

Plan asalnya, memang lah rasa nak pi jenjalan kat mana mana pun tak kisah janji boleh hirup udara selain dari kawasan perumahan aku ni. Tapi nak buat macam mana, masing2 busy dengan tugas dan tanggungjawab, takkan lah aku nak pi jenjalan sorang2 kan, lagilah tak feel. Makanya, last2 terperuklah aku dekat rumah bersama abah dan jugak adik. 

Takat ni paling jauh aku melangkah, aku pi Sunshine kat Bertam tu. Hadoiii ya. Memang tak berkembanglah otak aku jawabnya ni. Tabahlah duhai hati. Moga Allah berikan kesempatan untuk kemana mana cuti sekolah yang ada dua minggu saja ni, amin. 

Kadang2 tu timbul jugak rasa iri hati tengok kawan2 yang lain pergi bercuti, ada yang pergi Pulau Langkawi lah, Pulau Redang lah, Pulau Tioman lah dan yang paling best dapat pergi luar negara. Hmm, murah kan rezeki diorang semua. Aku jugak masih disini, penunggu setia Kepala Batas, Pulau Pinang. Haha. Aku tak kisah sangat pun asalkan aku bahagia dengan kehidupan aku yang takdak sapa yang nak kacau aku kan :) InsyaAllah, aku yakin satu hari nanti, pasti akan ada rezeki jugak buat aku dari Allah SWT. Cuma sekarang bukan masanya yang sesuai lagi, yang penting percaya dan yakin dengan Allah ;)

Ok, apa lagi yang aku nak merepek dalam entry ni? Rasanya macam dah cukup banyak hah. Sudahlah ya, bagi can aku update entry lain pulak. Banyak lagi perkara faedah aku boleh kongsi kan nanti, haha. InsyaAllah, cuti dua minggu ni harap2 aku rajinlah update blog, macam biasa doakan tahap kerajinan aku tinggi, amin.


posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 1 Jun 2013

Cuti yang masih berbaki sehari.

Assalamualaikum, selamat petang


Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur hingga ke harini. Masih dapat menghirup udara yang nyaman ini. Syukur. 

So, harini dah pun masuk hari Sabtu. Bermakna plus minus tinggal lebih kurang 48jam saja lagi untuk aku memulakan sesi praktikal aku di Hospital Seberang Jaya. Ya Allah, takut tu tak payah katalah. Seram sejuk kaki ni hah. Dah lah tak prepare sangat ni. Study pun tak untuk praktikal ni. Aku sememangnya mencari nahas. Haha. Kalau rajin nanti, malam ni lah aku belek2 nota sikit. Jadi, mohon doakan aku rajin sikit nanti ya. :)

Tapi lega sikit sebab baju semua dah basuh dan kering semalam, nametag pun dah cari balik dan jumpa, kasut, stoking, tudung semua dah siap. Alhamdulillah, takpayah pening2 sangat lagi. Hehe. Cuma tulah, ilmu di dada masih kurang. Perlu polish juga malam ni. Semoga aku rajin. (:

Jadi untuk mereka yang akan memulakan semester baru macam aku ni tak lama lagi, silalah manfaatkan cuti anda dengan sebaiknya okey? Lepas ni susah dah la nak dapat cuti lelama macam ni. Sobsob. 




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 10 Disember 2012

Cuti sekolah ?



Cuti sekolah ? Apa kaitannya dengan aku ? Haha. Maaf ya, saya pelajar universiti. Hewhew.

Well, sekarang kelas pagi dah habis. Tunggu kelas sesi petang pulak.

Apa yg nak aku ceritakan ya ? Okay, biasanya pagi2 untuk ke kampus Bertam, kami akan naik bas dari kampus induk kat Pmtg Pauh tu. Nak dijadikan cerita, pagi tadi aku naik bas dan bas tu kan ambik route yg selalu punya. So, akan lalu depan sekolah. Dah jadi habit aku suka duduk tepi tingkap, jadi suka tengok kat luar. Bila time lalu saja depan sekolah, aku suka tengok budak2 sekolah rendah tu beratur berbaris dekat perhimpunan pagi. Comel2 je semua. Hehe

Then pagi tadi bila lalu depan sekolah tu, aku tengok kosong je. 'Eh, mana budak2 ni' Monolog aku sendiri. 5 saat lepas tu baru teringat budak2 tengah cuti sekolah. Haha. Macam mehgong je kan. Rindu pulak nak tengok budak2 tu beratur. Kena tunggu tahun depan lah gamaknya. Hoho

So, blabla punya tulis, nak cerita pasal tu je. Haha. Saja nak tulis pepanjang. Feel sikit. Lagipun tengah bosan ni hah tunggu next class. Babai, see u later blog. :)

*Google Images *

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM