Memaparkan catatan dengan label tak sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tak sihat. Papar semua catatan

Ahad, 14 Julai 2013

Mana menghilang ?

Assalamualaikum, selamat tengahari.

Wahhhh, lamanya tak menaip dekat sini. Lamanya, lamanyaa, lamanyaaaaa. Kemana menghilang wahai Alyaa? Haha. Alhamdulillah, masih ada di sini, masih diizinkan Allah untuk menghirup udara segar di bumi milikNya ini. 

Sebenarnya, aku tak berapa sihat sikit sejak sejak akhir ni. Ditambah dengan penat bekerja sesungguhnya amat menduga aku. Tapi, alhamdulillah, kekuatan Allah hulurkan pada aku untuk terus berpuasa seperti biasa. Cumanya terawih aku tepaksa skip sehari disebabkan aku tak mampu lagi nak memaksa diri ini. Aku betul2 perlukan rehat malam tu, dan sekarang ni dah kira okeylah sikit. 

Oh ya, lama rasanya tak bercerita tentang praktikal aku kan? Tuptup, esok dah hari Isnin, minggu baru dan minggu terakhir di TPN. Hmm, sekejapnya masa berlalu aku rasa. Harini pula dah 5 Ramadan 1434H. Ya Allah, sungguh cepat rasanya. Semoga terus dipanjangkan umur untuk berhari raya pada tahun ini. InsyaAllah, amin. Dan mengenai praktikal aku ni, nanti aku ceritakan di post yang baru. Hmm, TPN memang best, tapi sangat strict yang amat, padan muka aku siap kena tegur bagai dengan ketua TPN. Haha. *habislah markah logbook aku, redha*

Soooooooo, nak bagitau apa lagi ya? Rasanya setakat ni dululah aku nak bebel, almaklumlah, tak sihat. Nak pergi jumpa doktor, doktor pulak takda. Jadinya kenalah tunggu sampai doktornya ada, baru boleh pergi checkup. Menahan jelah sakitnya ni. Sobsob. 

Rindu zaman study. :(

Dan rindu kawan2 juga. Wuawua :'(




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 19 November 2012

Demam


Assalamualaikum dan selamat malam

Wahhh. Sudah hampir seminggu ya aku tak update blog ni. Sunyi semacam saja trafik kat sini. Ermm.. Takpelah, tak kisah pun. Hihi. 

Kepada mereka yang ternanti, *eh, ada kaa? * HAHA. Sebenarnya, aku tak berapa sihat ataupun bahasa senangnya aku DEMAM ! Sangat tragis, balik balik dari bercuti saja terus demam. Hambikk kau !

duadua gambar dari uncle google

Aku dah balik Penang dah pun Jumaat haritu, tapi dek kerana sangatlah taklarat nak menaip bagai, makanya terbengkalailah blog ni. Haha. Online FB dengan Twitter pun pakai phone saja. Malas on laptop. 

So, semalam baru pi klinik, dan jumpa doktor comel*ehem3*. Baru ambik ubat dan makan. Padahal demam since balik haritu lagi. Biasalah orang degil nak makan ubat macam aku ni, dah teruk baru nak pi klinik ambik ubat. Kihkih.

Erm, sekarang dah getting better, cumanya kena rehat banyak. Blood pressure tak normal, bunyi pernafasan dan corak pernafasan pun tak stabil. Lain macam saja. Uhuk3

In shaa Allah, kalau takat nak update blog ni, boleh lagi lah kot lepas ni. Sebab dah takleh keluaq pi mana mana kan. Haha.

Kepada kawan2, mohon doakan agar aku cepat sembuh dan sihat ! Amin. :)

p/s: Jadi pelajar farmasi, taksemestinya aku suka dengan ubat2an ni especially bila kena makan ubat. Huhu.


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM