Friday, May 30, 2014

Cuti Sekolah

Assalamualaikum, selamat petang

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana kurniakan kesihatan yang semakin baik kepada aku untuk harini. Entry yang lepas aku dah bagitau yang aku tak sihat kan? Harini, semakin sihat, alhamdulillah. :)

Disebabkan makin sihat, terdetik pulak rasa nak update cerita pasal cuti sekolah. Yey ! Alhamdulillah. Akhirnya setelah lama aku menunggu saat2 ini, akhirnya muncul juga. Hehehe. Sebagai seorang yang memegang profesion sebagai guru sekarang ni, cuti sekolah adalah amat bermakna bagi aku. Harini dimana aku boleh stay up lewat dari biasa, wake up lewat dari biasa (bangun untuk Subuh) dan boleh berehat sepanjang hari. Hihi. Tapi bukan tiap2 lah aku buatnya sebab sekarang kan dalam tempoh pemulihan dari sakit. Tak digalakkan huiii.




Apa plan cuti sekolah ni?

Plan asalnya, memang lah rasa nak pi jenjalan kat mana mana pun tak kisah janji boleh hirup udara selain dari kawasan perumahan aku ni. Tapi nak buat macam mana, masing2 busy dengan tugas dan tanggungjawab, takkan lah aku nak pi jenjalan sorang2 kan, lagilah tak feel. Makanya, last2 terperuklah aku dekat rumah bersama abah dan jugak adik. 

Takat ni paling jauh aku melangkah, aku pi Sunshine kat Bertam tu. Hadoiii ya. Memang tak berkembanglah otak aku jawabnya ni. Tabahlah duhai hati. Moga Allah berikan kesempatan untuk kemana mana cuti sekolah yang ada dua minggu saja ni, amin. 

Kadang2 tu timbul jugak rasa iri hati tengok kawan2 yang lain pergi bercuti, ada yang pergi Pulau Langkawi lah, Pulau Redang lah, Pulau Tioman lah dan yang paling best dapat pergi luar negara. Hmm, murah kan rezeki diorang semua. Aku jugak masih disini, penunggu setia Kepala Batas, Pulau Pinang. Haha. Aku tak kisah sangat pun asalkan aku bahagia dengan kehidupan aku yang takdak sapa yang nak kacau aku kan :) InsyaAllah, aku yakin satu hari nanti, pasti akan ada rezeki jugak buat aku dari Allah SWT. Cuma sekarang bukan masanya yang sesuai lagi, yang penting percaya dan yakin dengan Allah ;)

Ok, apa lagi yang aku nak merepek dalam entry ni? Rasanya macam dah cukup banyak hah. Sudahlah ya, bagi can aku update entry lain pulak. Banyak lagi perkara faedah aku boleh kongsi kan nanti, haha. InsyaAllah, cuti dua minggu ni harap2 aku rajinlah update blog, macam biasa doakan tahap kerajinan aku tinggi, amin.


posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, May 28, 2014

Kurang sihat


Buat masa sekarang ni, aku berada dalam keadaan yang kurang sihat, disebabkan aku mengalami demam yang agak panas. Suhu masih tinggi buat masa ni. 

Malam semalam lagi teruk sampai kena balut satu badan dengan selimut bagai, bukak kipas slow sangat. Pertama kali lah untuk tahun ni. Aku pun taktau apa puncanya, sekali dengan cirit birit kena. Ikutkan, memang sejak minggu lepas badan dah panas, tapi panasnya on off. Sekejap panas, sekejap okey. 

Ubat dah makan, harap2 lepasni dah tak kena serang demam yang macam ni dah. Sumpah rasa tak larat sangat2, rasa macam nak baring sepanjang hari, jangan ada yang kacau aku. Macam tu lah lebih kurang. Huhu.

Hajat hati aku nak update banyak cerita dekat sini, banyak sangat. InsyaAllah, harap2 ada kesempatan lah lagi lepas ni. Doakan agar aku bertambah sihat dan bertambah rajin tau, haha. ;)

Dan buat adik2 yang tunggu reply dari akak, akak mintak maaf sangat2 sebab lambat reply, insyaAllah akak akan cuba reply secepat yang mungkin lepasni. ;)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tuesday, May 20, 2014

Kempen Derma Darah Hari Guru Peringkat Negeri Pulau Pinang 2014 @ Hospital Kepala Batas

Assalamualaikum, selamat malam

Alhamdulillah, akhirnya berpeluang juga aku untuk menaip dekat blog ni lagi setelah hampir seminggu menghilangkan diri dari sini. Haha. Bukan menghilang diri ke mana pun, cumanya ada sedikit kesulitan yang menyebabkan aku takdapat untuk bersama di sini lebih kerap. 

Tapi, jangan risau ! Aku kembali untuk menaip dan berada di sini. InsyaAllah, banyak lagi entry yang nak aku publishkan di sini, cuma masih menunggu masa yang lebih sesuai. Mohon doakan tahap kerajinan aku lebih tinggi dari biasa ya, hehe

Ok, untuk entry malam ni aku nak berkongsi tentang program yang aku hadiri harini iaitu ; Kempen Derma Darah Peringkat Negeri Pulau Pinang 2014 bertempat di Hospital Kepala Batas. Bersyukur kerana masih diberi peluang untuk turut serta dalam program kalini dan hadir ke hospital sebagai seorang guru, guru sandaran :) 


Sourvenir dari pihak NUTP kepada guru2 yang terlibat ;)
Dan alhamdulillah, kalini masih dapat menderma darah lagi buat kali ke 4. 3 kali sebelum ni semuanya diserahkan ke Hospital Kulim, dan kalini di Hospital Kepala Batas. 

Nak dijadikan cerita, masa dah sampai hospital, masa nak naik ke tingkat bahagian derma darah tu, boleh pulak aku berjumpa dengan PRP HSJ sebelum ni, Tan Shu Hwa. Sumpah tak sangka boleh jumpa dengan dia dekat sana. Dan dia masih ingat dekat aku tau. Haha, excited yang amat dia dapat jumpa aku, siap nak bercerita macam2 lagi. Harini baru aku tau yang dia dapat posting dekat sana. Tak sangka dia dapat posting dekat Penang juga, hehe. Masa memula nak tegur tadi pun, tak sempat2 dia nak tegur, tak sampai lagi dekat dia, dia dah tegur. Naik pelik cikgu2 yang lain kenapa ada orang yang tegur depa, padahal nak tegur aku, hehe.  Moga ketemu lagi ya, Shu Hwa. Rindu sama kamu ;) 

Muka excited konon2 sebelum start prosedur derma darah tadi. Thanks Cikgu Amelia untuk gambar :)


Alhamdulillah, 350ml berjaya dipump keluar.
Semoga darah yang didermakan dapat digunakan dengan sebaiknya oleh pihak hospital, insyaAllah amin. Moga dapat membantu mereka yang memerlukan. Amin

Oklah, rasanya sampai sini dulu aku coretkan, nak berehat. Rasa penat terlebih pulak harini walaupun dapat balik awal dah tadi dari sekolah, hehehe. Jumpa lagi nanti di entry seterusnya !


posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tuesday, May 13, 2014

Cuti Hari Wesak

Assalamualaikum, selamat malam


Sekarang jam dah hampir ke 12 tengah malam. Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru ja cakap, 'yey ! esok cuti'. Tengok2 esok dah nak start kerja balik dah. Haha. Takpuas pun sebenarnya cuti sehari ni. Almaklumlah, aku ni mana sempat nak cuti lelama lepas habis training kat hospital haritu. Rehat dalam seminggu, masa tu balik kampung, tuptup dalam panggilan kerja. Haha. Alhamdulillah murah rezeki, walaupun kena terima hakikat takdapat nak rasa nikmat cuti macam kawankawan yang lain, hehe.

Ok, sebelum aku merepek dengan lebih panjang lagi, sebenarnya, seperti yang semua dah sedia maklum, harini Selasa, 13Mei kita bercuti sempena Hari Wesak. Alhamdulillah, dapat lah jugak berehat sikit bila ada extra cuti ni kan, hehe. Hajat di hati, esok taknak pergi kerja, tapi bila memikirkan anak2 pelajar yang memerlukan ilmu dari aku, makanya aku gagahi jua tapak kaki ku ini. Haha. Macam lah bebudak tu kisah sangat kalau hang tak mai, Alyaa ooiii :P

Cuti harini buat apa? Hmm, aku tak buat apa2 pun. Bangun pagi, terus kumpul baju untuk dibasuh yang boleh tahan agak banyak di mata aku, haha. Lepastu masak kan sarapan pagi untuk aku dengan kakak aku, yehaaa bukan senang ya nak tengok aku memasak, tambah2 pagi2 buta, kuikui. Belah petang, aku keluar, round2 pi Aeon Big, cuci2 mata apa ada. Nak beli, tak banyak fulus lagi, gaji tak masuk lagi wuu sedih. 

Menjelang malam, aku selesaikan kerja2 untuk dibawa ke sekolah esok. Lepastu tanda buku nota dengan buku latihan budak2. Sangat dan amat tekanan ya bila nak menanda buku budak2 ni. Ada yang tak siap lah, tak jawab lah, haii macam2 rasa ada bila menanda tadi. Itu baru separuh aku tanda, ada banyak lagi yang menanti untuk ditanda oleh cikgu yang agak rajin bagi kerja, pemalas nak tanda macam aku ni, haha


Esok, insyaAllah, aku akan mulakan misi yang dari dulu aku ingin buat sesangat. Harapnya misi kali ini berjaya dan terus berjaya, insyaAllah amin. Sama sama doakan aku boleh? Hehe. ;)

Oh, rasanya sudah cukup panjang dan banyak aku merepek di sini. Rasanya mau undur diri dulu buat seketika. InsyaAllah lepasni aku akan sambung merepek lagi ya, stay tune !

Untuk mereka yang nak berinteraksi dengan aku, boleh berhubung terus di page Alyaa Official Blog. Aku akan ada di sana untuk menjawab segala pertanyaan, insyaAllah mana yang boleh, aku jawab dan aku bantu. :)

Selamat malam semua !



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sunday, May 11, 2014

Alhamdulillah, officially graduated!

Assalamualaikum, selamat malam

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur untuk menghirup udara segar di bumi Mu ini, Ya Allah. Bersyukur masih dapat melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Allah, mendengar butir-butir bicara dan mengungkap bait-bait kata. Alhamdulillah ;)

Ok, nampaknya masih belum terlambat untuk aku upkan entry ni untuk tatapan pembaca sekalian, haha. Alhamdulillah, Jumaat yang lalu, 9 Mei 2014, akhirnya secara rasminya aku telah pun berjaya menamatkan pengajian diploma ku selama 3 tahun ini. 

DIPLOMA IN PHARMACY

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Sungguh tak ku sangka, penantian untuk menamatkan pengajian selama 3 tahun akhirnya sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah. Keputusan untuk semester akhir, sem 6 dah pun diumumkan secara rasminya pada 9 Mei 2014 yang lepas. Terimakasih Ya Allah atas keputusan yang sangat memuaskan hati kecilku ini. Sekurang-kurangnya, aku berjaya meletakkan sebuah senyuman di raut wajah keduadua ibu bapaku. Hehe.

Tiada ungkapan yang lebih besar daripada ungkapan Alhamdulillah tanda syukur yang amat atas rezeki yang Allah kurniakan. Hari yang sama juga, dapat "ganjaran" hasil titik peluh di luar, hehe :) Alhamdulillah.

Sempena dengan itu, beribu ribu terima kasih kepada mereka yang banyak membantu aku untuk mencapai kejayaan yang satu ini. Walalupun kejayaan ini hanyalah kejayaan yang kecil, tapi bagi aku besar nilainya kerna aku tahu bukan mudah untuk sampai macam tahap yang satu ni. Cukup susah, tapi alhamdulillah Allah banyak permudahkan urusan aku dengan menghantar mereka mereka yang banyak membantu aku. 

Jutaan terimakasih untuk :

Mak dan Abah.
Yang tak pernah kenal erti putus asa untuk anaknya yang seorang ini. 
Yang sentiasa ada di sisi untuk berikan semangat moral yang tinggi
Yang sentiasa memberi kata2 semangat tatkala aku down dan lemah
Terimakasih untuk semuanya mak, abah. 

Para pensyarah yang hebat !
Yang tak pernah cepat mengalah dengan anak2 murid macam kami ni,
Yang sentiasa melayan karenah-karenah kami yang pelik-pelik
Yang banyak membantu di kala kami memerlukan bantuan
Terutamanya Sir Fauzi, Sir Nazri, thankyou so much sir for everything
Sangat banyak membantu terutamanya sewaktu saat2 akhir pembentangan FYP

Hari terakhir di Sem 4

MPG bersama pensyarah
Roomates dan housemates.
Atiqah, Aliya, Akidah - Roomates yang sempoi
Rindu hampa semua.
Rindu nak gelakgelak sesama, makan sesama, dan gosip sesama. Haha
Farhan, Aiman, Fatin, Farah - Housemates yang hebakk
Rindu hampa semua jugak
Rindu nak lepak sama2 bila masing2 stress, nak study sama2 lagi
Tahniah jugak untuk hampa semua sebab dapat result yang hebakk, bangga aku jadi kawan hampa

Housematesss 

Classmates, PH1106B
Yang sentiasa membantu aku bila aku perlukan apa2,
Yang telah memberi peluang kepada aku, untuk menjadi wakil kelas selama 2 tahun
Terimakasih sebab tak pernah putus asa dengan aku, kawan2
Aku sayang hampa semua.
Anugerah yang terindah, yang Allah kurniakan kepada aku sepanjang tempoh pengajian 3 tahun,
adalah KORANG semua !

Rindu semua ;(
Batchmates PH110 Mei 2011-April 2014.
Terimakasih semuanya
Terimakasih untuk segala yang diberikan sejak dari awal perkenalan kita
Terimakasih untuk ilmu yang dicurahkan
Mintak halal dunia dan akhirat
Alhamdulillah, kita dah berjaya tamatkan pengajian suka duka selama 3 tahun ini.
InsyaAllah, panjang umur ketemu lagi time Konvokesyen.
Mohon doakan agar kita semua berjaya sambung ke peringkat Ijazah, amin ;)

Batchmates

Teammates FYP,
Farhan dan Hasnita, terimakasih sesangat
Sebab banyak membantu aku, layan karenah aku yang tak ketahuan kadang2 ni, haha
Terimakasih sebab samasama bantu sehingga ke penghujung pembentangan, alhamdulillah

Teammates FYP
Farmasi Hospital Seberang Jaya,
Terimakasih untuk segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberi
Untuk pengetahuan dan kasih sayang yang dicurahkan
Tidak terbalas rasanya segala jasa kalian semua,
Terimakasih warga HSJ ;)

Terimakasih Madam Goay, preceptor kami di HSJ
Team badminton HSJ, hehe
Pegawai farmasi, penolong pegawai farmasi :)


Dan akhir sekali,
Untuk semua yang terlibat secara langsung dan secara tak langsung,
TERIMA KASIH untuk semuanya.

Maaf sebab tak tersebut semuanya di sini, hehe.
Tapi jangan risau, semuanya tersemat di hati aku. :)




Ahli keluarga KlinikKesihatan Seberang Jaya, terimakasih untuk segalanya :)

Alhamdulillah, alhamdulillah. Segala perjuangan, jerit perih selama 3 tahun berbaloi dan berakhir jugak. Terima kasih buat kalian semua. InsyaAllah, berharap dapat sambung ke peringkat yang seterusnya, Ijazah Sarjana Muda. Mohon doakan agar aku dapat sambung ke kursus yang aku minati, hehe ;)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, May 8, 2014

Tak sihat

Assalamualaikum, selamat malam

Haiii semua orang. Alhamdulillah, aku masih dapat update blog ni walaupun dalam keadaan yang tak berapa nak mengizinkan aku untuk update blog, hihi

Act, semalam dan sebelumnya, memang nak publish entry, tapi aku tak larat. And currently, memang aku tengah demam. Dah 2,3 hari dah badan panas. Ubat semua dah ambik, tapi macam biasalah, dah kalau namanya Alyaa, memang lah susah nak makan ubat kan. Haha. Sehari ja aku patuh makan ubat, lepastu kelaut. Hmm, sebab biasanya lepas makan sehari, dah okey dah badan. Ini tak. Badan masih panas. Sobs




Dalam tak sihat ni pun, tetap degil nak pi sekolah. Haha. Sangat degil hokey Cikgu Alyaa ni. Malam ni aku memang tak buat apa2 dah. Sebab tak larat sangat. Baring ja atas katil, hihi

Oklah, nak update yang tu saja. Selamat malam :)

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Monday, May 5, 2014

Cuaca . .



Cuaca.

Sejak akhir2 ni, cuaca macam tak menentu

Sekejap aku rasa panas, tuptup hujan lebat.

Aku pun dah jadi tak berapa nak sihat dah.

Bersin sana, bersin sini.

Risau jugak kalau sakit lama dah menyerang semula

Tapi harap2nya takdak apa2lah. Amin

Korang semua pun, sila jangan kesihatan ya

Sekarang ni makin banyak dah penyakit2 yang ada

Ujian Allah.

Moga samasama kita dapat tempuh.

InsyaAllah, amin 😌😌😌

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, May 3, 2014

Under Construction !


Currently, Alyaa Official Blog is under construction.

I'm trying to give my blog a new look, new excitement

So that every time I open my blog,

My mood to update it everyday is high.

Haha ;)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, May 2, 2014

CPUV 37 dan 38 : Olay AQ Lighthouse I VW Jetta CKD Launch

Assalamualaikum, selamat malam


Alhamdulillah, akhirnya tiba juga hujung minggu yang dinantikan oleh semua pekerja2 seperti diriku ini, haha. Ok, disebabkan malamni aku tak bercadang untuk buat sebarang aktiviti lain, oleh itu aku cuba nak spend time sikit dengan blog kesayangan aku ni yang makin hari makin dibiarkan oleh aku. Hehe.

Tapi, sebelum tu. Syukur, alhamdulillah Ya Allah atas segala nikmat rezeki yang kau berikan kepadaku harini. Sungguh tak ku duga dan ku sangka. Penantian kami selama ni berbayar. Masingmasing senyum besar harini, hehe. :) Dan yang kedua, rasa syukur dan seronok sangat bila tengok akaun Nuffnang aku. Walaupun jumlahnya tidaklah banyak mana, namun aku bersyukur sesangat, sekurang2nya meningkatlah jugak daripada takda langsung kan, haha.

Alhamdulillah, setakat tahun 2014 ni, tiaptiap bulan aku dapat CPUV, dari bulan Januari hingga Mei ni. Dan yang terbaru, adalah daripada Olay AQ Lighthouse dan VW Jetta CKD Launch. Terima kasih En Nuffnang kerna masih memberi kepercayaan kepada blog Alyaa Official Blog ni untuk siarkan iklan2 yang ada walaupun blog ni jarang sekali berupdate. Walaupun dua CPUV yang lalu dah tak ada, tapi datang pula lagi dua. Waah, alhamdulillah, sangat2 syukur.



InsyaAllah, lepasni aku cuba untuk pastikan yang aku akan update harihari supaya ada yang sudi datang menjenguk dan klik iklan yang ada di sini. Haha. Aku cuba, tapi aku tak janji tau. Sebabnya sebelum ni pun aku ada cakap nak try update sehari satu entry kan, last2 kelaut semuanya. Hikhik. InsyaAllah, jika masa mengizinkan, aku update entry entry yang berilmiah dan juga yang tidak berilmiah iaitu lebih kepada luahan perasaan aku, eh? Haha

Dan kepada pembaca semua (ada ka? haha), silalah rajin2kan diri untuk klik kan iklan2 yang sedang berlegar legar di ruangan atas dan juga tepi untuk sama2 bantu aku capai impian untuk cashout kali pertama tahun ni, haha ;)

Ok, jumpa lagi next entry ! Aku nak bagi 'nafas baru' dekat blog ni, babaiiii :P

**Tambahan**

Okay, untuk sedikit tambahan, Olay AQ adalah merupakan salah satu produk terbaru keluaran dari Olay yang diberi nama Olay Aquaction. 

Maklumat yang selebihnya akan aku kongsikan di entry yang seterusnya, insyaAllah semoga bermanfaat untuk semua sebab aku tau ada juga orang2 pembaca aku ni merupakan pengguna Olay :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, May 1, 2014

1 Mei 2014 - Selamat Hari Pekerja



Assalamualaikum.

Sebelum 1 Mei melabuhkan tirainya , sekali lagi ingin aku ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia yang bekerja termasuklah diri aku sendiri. Hahaha

Alhamdulillah, tahun ni dapat merasa hari pekerja 1 Mei ni untuk yang pertama kalinya. Hekhek. Almaklumlah, sebelum ni kan, hanya sebagai pelajar, jadi bila sampai 1 Mei ni, hanya tau untuk cuti sajalah, gittew.

Tapi bila dah kerja ni, besar sungguh erti cuti 1 Mei ni tambah2 kalau cuti ni jatuh memang pada hari bekerja. Haha. Sebab boleh rehat lebih sikit :P. Sepanjang harini pun, memang aku banyak lepak dekat rumah saja, sambil siapkan kerja2 yang banyak tu.

1 Mei 2014, alhamdulillah, selain sambut Hari Pekerja, sebagai seorang umat Islam juga, kami menyambut sekali kedatangan bulan Rejab. Syukur padaMu Ya Allah kerana kau masih izinkan aku untuk bertemu lagi dengan bulan Rejab, dan moga2 ketemu sekali dengan bulan Ramadhan, insyaAllah amin.

Korang semua yang cuti ni buat apa ? Ada yang dah sambung cuti sampai hujung minggu ka? Amboii, bestnya. Haha. Selamat bercutilah untuk semua. Selamat malam.



posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA