Memaparkan catatan dengan label hari guru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hari guru. Papar semua catatan

Selasa, 20 Mei 2014

Kempen Derma Darah Hari Guru Peringkat Negeri Pulau Pinang 2014 @ Hospital Kepala Batas

Assalamualaikum, selamat malam

Alhamdulillah, akhirnya berpeluang juga aku untuk menaip dekat blog ni lagi setelah hampir seminggu menghilangkan diri dari sini. Haha. Bukan menghilang diri ke mana pun, cumanya ada sedikit kesulitan yang menyebabkan aku takdapat untuk bersama di sini lebih kerap. 

Tapi, jangan risau ! Aku kembali untuk menaip dan berada di sini. InsyaAllah, banyak lagi entry yang nak aku publishkan di sini, cuma masih menunggu masa yang lebih sesuai. Mohon doakan tahap kerajinan aku lebih tinggi dari biasa ya, hehe

Ok, untuk entry malam ni aku nak berkongsi tentang program yang aku hadiri harini iaitu ; Kempen Derma Darah Peringkat Negeri Pulau Pinang 2014 bertempat di Hospital Kepala Batas. Bersyukur kerana masih diberi peluang untuk turut serta dalam program kalini dan hadir ke hospital sebagai seorang guru, guru sandaran :) 


Sourvenir dari pihak NUTP kepada guru2 yang terlibat ;)
Dan alhamdulillah, kalini masih dapat menderma darah lagi buat kali ke 4. 3 kali sebelum ni semuanya diserahkan ke Hospital Kulim, dan kalini di Hospital Kepala Batas. 

Nak dijadikan cerita, masa dah sampai hospital, masa nak naik ke tingkat bahagian derma darah tu, boleh pulak aku berjumpa dengan PRP HSJ sebelum ni, Tan Shu Hwa. Sumpah tak sangka boleh jumpa dengan dia dekat sana. Dan dia masih ingat dekat aku tau. Haha, excited yang amat dia dapat jumpa aku, siap nak bercerita macam2 lagi. Harini baru aku tau yang dia dapat posting dekat sana. Tak sangka dia dapat posting dekat Penang juga, hehe. Masa memula nak tegur tadi pun, tak sempat2 dia nak tegur, tak sampai lagi dekat dia, dia dah tegur. Naik pelik cikgu2 yang lain kenapa ada orang yang tegur depa, padahal nak tegur aku, hehe.  Moga ketemu lagi ya, Shu Hwa. Rindu sama kamu ;) 

Muka excited konon2 sebelum start prosedur derma darah tadi. Thanks Cikgu Amelia untuk gambar :)


Alhamdulillah, 350ml berjaya dipump keluar.
Semoga darah yang didermakan dapat digunakan dengan sebaiknya oleh pihak hospital, insyaAllah amin. Moga dapat membantu mereka yang memerlukan. Amin

Oklah, rasanya sampai sini dulu aku coretkan, nak berehat. Rasa penat terlebih pulak harini walaupun dapat balik awal dah tadi dari sekolah, hehehe. Jumpa lagi nanti di entry seterusnya !


posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 22 April 2014

Sibuk kah ?

Assalamualaikum dan selamat malam semua.


Alhamdulillah, aku masih mampu nak menaip kat sini telah hampir seminggu lebih menghilangkan diri dari dunia blogging ni. Ya Allah, rindunya rasa. Apa bendalah yang aku sampai sibuk sangat hingga abaikan blog kesayangan aku ni ? Haha

Aku pun sekarang ni seolah olah hilang dalam dunia sendiri, baru perlahan2 nak munculkan diri sekarang ni. Entahlah kemana tenggelam aku pun taktau, haha. Untuk berlaku jujur, aku sekarang ni memang agak sedikit sibuk dengan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru ganti di sebuah sekolah menengah dekat2 sini. 

Hah, sebut ja jadi guru mesti orang ingat kerja senang, mai kerja 7.30 pagi balik rumah pukul 2.00 petang. Oh, sesungguhnya itu semua hanyalah dusta semata mata. Silalah jangan percaya. Aku dulu pun sebelum terima tawaran sebagai guru ganti ni pun, percaya lah bulat2 yang nak jadi cikgu ni senang. Padahal, realiti nya punyalah susah dan agak mencabar terutamanya jika kita tak ada basic pendidikan langsung. Serius aku cakap, bukan senang. 

[Google Images]

Sebab aku sendiri pun bukannya berlatar belakangkan pendidikan, ataupun daripada maktab perguruan, NO ! Kerjaya aku yang sebenar lain, lebih menuntut kepada berhadapan dengan ubat ubatan dan pesakit. Tapi alhamdulillah, aku terima semua ni sebagai satu cabaran hidup buat aku. Sekurang2nya aku dapat cari pengalaman sebanyak yang mungkin dan sekurang2nya aku dah buat didedahkan kepada kehidupan sebenar seorang pekerja kerajaan. Haha. 

Aku masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri walaupun dah hampir sebulan aku bertugas. Mana taknya, jadual kerja aku takmenentu masa pulangnya. Dipendekkan cerita pulak, aku ni pi kerja berhantar dan berambil oleh hero aku yang satu ni. Jarak dari rumah ke sekolah pula dalam 20-25minit perjalanan. Jika aku dimaklumkan awal yang aku akan ada program pada petang harinya, aku takdak masalah. Ni dah last2 minit yang terakhir, barulah kata ada perjumpaan segala bagai. Huwaa, kekadang hangin jugak, haha

Oklah, macam dah panjang pulak aku merapu meraban dekat entry yang satu ni kan. Oh sebelum terlupa, sepuluh jari aku susuun mohon ampun dan maaf kalau ada pertanyaan2 yang tak sempat di respons oleh aku dalam keadaan segera. Kalau urgent sangat, PM saja di pages aku okeh? InsyaAllah akan cuba direply secepatnya ;)

Sekian saja dari cikgu garang Alyaa.  





Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 16 Mei 2013

Happy Teacher's Day !

Assalamualaikum dan selamat malam.


Apa khabar malam ni? Panas ? Biasalah, Malaysia makin panas sekarang. Bertahan sajalah ya. Ini baru panas dunia, bukan panas akhirat lagi. *Insaf sekejap*

So, alhamdulillah hari ni dah pun 16 Mei 2013. Seperti yang ramai sedia maklum, hari ni ialah 

HARI GURU ! 



Yeayyy ! Haha. Seronok ya cikgu cikgu di luar sana. Mestilah, penat lelah mengajar anak murid selama ni dihargai dalam satu hari yang istimewa. Tak gitu ? Lepas tu dapat hadiah dari anak anak murid semua pada hari ni kan. Mesti penuh satu kereta. Haha. Teringat masa zaman dulu dulu. Rajin bagi hadiah dekat cikgu cikgu tanda menghargai penat lelah jerih perih ajaq student macam aku ni. Hehe.

So, kepada guru guru di luar sana, di dalam Malaysia mahupun di luar negara sana, selamat hari guru aku ucapkan. Terima kasih atas ilmu ilmu yang dicurahkan, tak henti henti mengajar dan mendidik kami dari kami kecik hinggalah besaq. Hanya Allah saja yang mampu membalas saja2 cikgu semua. Tanpa cikgu, tak adalah doktor atau engineer mahupun Perdana Menteri sendiri. Semuanya bermula dari didikan seorang insan yang bergelar cikgu dan guru. Terima kasih cikgu ! :)

Dan kepada cikgu cikgu yang pernah mengajar aku dari aku kenal ABC, alif ba ta sampailah aku kenal apa itu metronidazole, E.coli, parkinson, acetylsalicylic acid dan lain lain lagi, selamat hari guru aku ucapkan. Mohon maaf andai ada salah dan silap sepanjang saya menjadi pelajar cikgu. Saya tahu saya memang nakal sikit dolu dolu. Hehe. Ucapan ini khusus kepada guru guru di :-

-Taski Abim Taman Fahim. - SK Permatang Bertam
- SMK Dato' Onn Butterworth
- SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun, Trg
- MRSM Kuala Berang, Hulu Trg
- UiTM Penang

Jasa dan pengorbanan cikgu terlalu besar bagi aku. Dulu pernah jugak bercita cita nak jadi cikgu, almaklumlah makcik2 ramai cikgu, tapi malangnya takdak rezeki. Dari sekolah rendah kot nak jadi cikgu. Hehe. Alih alih bidang sains juga menjadi pilihan aku. Haha. InsyaAllah, mana2 bidang pun boleh jadi cikgu walaupun secara tidak langsung kan. :)

Paling rindu cikgu cikgu ni. Sangat rindu. Selamat hari guru cikgu ! :)

Lecturers merangkap cikgu di universiti. :)

Homeroom Ibnu Batutah ! Rindunyaaa bonda Aida. :)
Semoga cikgu cikgu terus menyumbang bakti dalam mendidik kami sebagai anak muridmu untuk menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara. Terima kasih cikgu, maafkan kami cikgu ! :)

p/s: Rasa rindu dengan zaman sekolah. Hampir 3 tahun meninggalkan zaman persekolahan namun sampai sekarang masih belum punya peluang nak berkunjung semula ke sekolah. Harap masih ada masa untuk aku. Hehe. :) 


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM