Memaparkan catatan dengan label love nuffnang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label love nuffnang. Papar semua catatan

Selasa, 10 Februari 2015

Cerita En Nuffnang

Assalamualaikum selamat malam

Alhamdulillah dapat menaip lagi malam ni. Haha. Ini sebab dan akibat bila mana rasa bosan teramat sangat berada di rumah sewaktu cuti semester. Hah, gittew ceritanya. 

Harini terasa nak cerita pasal Nuffnang. Rasanya macam dah lama tak up entry pasal Nuffnang ni. Haha, macam mana lah nak dapat income kalau buat entry pun malas, hihi. Ok secara keseluruhannya aku bersyukur sangat sebab tahun lepas, income Nuffnang aku sangatlah membahagiakan aku. Walaupun taklah banyak macam blogger2 lain tapi aku bersyukur sebab setelah sekian lama, akhirnya ada peningkatan juga dalam income kat situ hihi. 

Untuk sepanjang tahun 2014, boleh dikatakan setiap bulan aku akan dapat CPUV paling kurang pun adalah satu setiap bulan. Alhamdulillah ;) Tapi kalau tak silap, dua bulan terakhir dalam tahun 2014, aku takdapat langsung CPUV sebabnya masa tu kan aku tengah busy dekat kampus. Busy dengan study lagi tak payah cakap lah kan haha. Sampai terabai terus blog ni. Sobs



Dan harini, aku kembali menaip entry mengenai Nuffnang ni sebabnya aku baru dapat CPUV baru untuk harini. Haha, tak sangka pun sebenarnya. Sebab asalnya nak menaip pasal CPUV yang lepas ja. Tup2 bila bukak ada juga baru masuk harini, alhamdulillah rezeki ;) Terimakasih Maggi Kari sebab sudi nak tayang iklan dekat blog yang biasa2 ni hehehe. Macam tahu sangat yang aku memang suka Maggi walaupun tak berapa bagus untuk dimakan. Tengah cuba elak sekarang sebab kawan baik asyik marah tak bagi makan haha. 

Hasil carian Google

Hasil carian Google

Terimakasih juga untuk Lactacyd 150ml Promo. Ok, untuk pengetahuan Lactacyd ni merupakan produk penjagaan wanita yang tengah glamer sekarang ni. Kebetulan, aku memang merupakan pengguna Lactacyd ni. Tapi masih baru lagi. Haha. Hujung tahun lepas baru start guna tak silap aku. InsyaAllah berbaloi dengan harga yang kita bayar. ;)


Seterusnya, dari pihak Physiogel. Ini kali pertama aku dengar pasal Physiogel ni. Jadinya aku Google lah sikit apa benda ni, kegunaan dia dan sebagainya. Rupa rupanya Physiogel ni produk untuk rawat kulit kering lebih kurang mcam lotion lah. Untuk kulit sensitif pun jugak sebab dia boleh bertindak sebagai intensive cream untuk kulit. Untuk maklumat lanjut, bolehlah google sendiri yer, hihi. Bukan apa takut juga andai aku tersilap beri info kat sini kan. 

Hasil carian Google 
Dan last sekali ialah dari pihak Nike. Ya ya siapa yang tak kenal dengan brand Nike? Tipu tipu. Orang yang tak main sukan sangat pun tahu Nike tu apa. Haha. Ringkasnya, Nike meruupakan syarikat pengeluar barangan sukan macam kasut sukan, baju, dan lain2 lagi. Dan yang terbaru mereka perkenalkan Nike Running Tight iaitu seluar sukan tight yang boleh dipakai untuk pelbagai acara sukan. Biasanya orang lelaki suka pakai seluar tight macam ni sebab senang katanya tambah2 masa main bola. Haha, betul kan? Jadi, bolehlah try dapatkan produk terbaru dari Nike ni, mana tahu kena dengan diri, aku promote saja HAHA

Hasil carian Google. Hah macam ni rupanya Nike Running Tight ni
Ok sampai sini dulu. Apa2pun terimakasih sesangat Nuffnang. Moga ada rezeki lebih lagi tahun ni. InshaAllah amin :) 



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 25 Jun 2014

CPUV bulan Jun dari Nuffnang..

Assalamualaikum selamat malam


Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk taip entry harini. Ok harini nak taip pasal CPUV dari Nuffnang yang terlekat di blog ni. Alhamdulillah tak sangka masih ada rezeki untuk dapat CPUV walaupun sekarang ni macam dah jarang update blog disebabkan kesibukan aktiviti harian. 

Untuk tahun 2014, boleh dikatakan setiap bulan akan ada satu CPUV yang Nuffnang nak bagi, alhamdulillah ada jugak rezeki sikit bila berblogging ni kan. Haha. Untuk entry harini, aku nak kongsi CPUV yang aku dapat dari Nuffnang untuk bulan Jun.

Setakat 25hb Jun ni, aku dah dapat 3 CPUV dari Nuffnang. Alhamdulillah bolehlah daripada tak dak kan. Hihi. CPUV yang pertama dapat pada 11 Jun 2014 iaitu Huawei Ascend P7.


CPUV yang ni merupakan CPUV untuk smartphone. Aku antara orang yang gilakan gadget suatu masa dulu. Hampir setiap kali ada model baru mesti aku akan update. Tapi itu dululah sekarang ni dah jarang sikit. Masih uptodate jugak cumanya takdaklah advance macam dulu. Haha. Tak terkejar kau nak review semua, busy kerja hah, hihi. 

Huawei Ascend P7 merupakan antara model terbaru yang dikeluarkan oleh Huawei untuk para penggunanya. Setakat yang aku ushar pasal phone ni adalah mengenai kamera dia, kamera depan 8MP, memang jadi kegilaan untuk orang yang suka selfie, haha dan kamera belakang pulak dalam 13MP, memang wow sangat dah hampir sama dengan smartphone Sony.

Untuk segala features mengenai Huawei Ascend P7 ni, bolehlah baca di SINI.

Ok, bergerak ke CPUV yang kedua iaitu Bulgogi Brothers Korean BBQ Restaurant. Untuk CPUV yang ni aku dapat pada 18 Jun yang lalu. Masa dapat tak perasan pun yang ni, bila tengok balik benda apa ni kan, rupa2nya restoran. Haha. Terimakasih En Google sebab banyak bantu kalini. :)


Bagi peminat Korea, semestinya tahu tentang kewujudan restoran ni yang tak silap aku sudah ada 3 cawangan di Malaysia dan salah satunya di MidValley. Tapi bagi bukan peminat Korea seperti diriku ini, ini merupakan sesuatu yang baru untuk aku. Terimakasih Nuffnang untuk CPUV ni sekurang2nya satu tau juga mengenai kewujudan restoran ni, haha

Dekat restoran ni macam macam menu ada disediakan, daripada yang menu yang ringan sehinggalah yang berat. Antara contoh menu yang aku dapat daripada Google ialah :



Jadi, untuk mereka yang nak cuba, bolehlah pergi ke website Bulgogi Brothers untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai lokasi mereka. Selamat menjamu selera ! ;)

Dan akhirnyaaaa, untuk CPUV yang paling last aku dapat untuk bulan ni (setakat entry dipublishkan) adalah Stadium Astro World Cup iaitu pada 23 Jun haritu. Tak sangka pun nak dapat lagi sebab dah ada dua yang sedang on going kan. Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi, kita terima sajalah. Haha

Well, sekarang kan memang musim demam piala dunia, jadinya memang lah akan ada CPUV yang macam ni. Kan3? Ok, untuk itu, bagi peminat bola sepak yang tegar bersama dengan pasukan pilihannya, bolehlah menonton siaran secara langsung dan juga siaran tertunda perlawanan bola sepak yang diadakan di Brazil pada tahun ini bersama Astro. Jadual perlawanan juga boleh didapati di sana. 

Semoga tahun ni Germany atau Brazil dapat jadi juara World Cup, haha. InsyaAllah. ;)


Ok, sampai sini saja entry mengenai CPUV yang aku dapat. Untuk hangpa semua yang nampak ketiga tiga CPUV ni berlegar legar di kawasan sekitar blog ni, silalah ringankan tangan untuk klik ya. Jangan lupa ! Selamat malam :))

p/s: Nuffnang dah bertukar wajah dah. Makin cantikkk Thumbs up Nuffnang's team !



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 2 Mei 2014

CPUV 37 dan 38 : Olay AQ Lighthouse I VW Jetta CKD Launch

Assalamualaikum, selamat malam


Alhamdulillah, akhirnya tiba juga hujung minggu yang dinantikan oleh semua pekerja2 seperti diriku ini, haha. Ok, disebabkan malamni aku tak bercadang untuk buat sebarang aktiviti lain, oleh itu aku cuba nak spend time sikit dengan blog kesayangan aku ni yang makin hari makin dibiarkan oleh aku. Hehe.

Tapi, sebelum tu. Syukur, alhamdulillah Ya Allah atas segala nikmat rezeki yang kau berikan kepadaku harini. Sungguh tak ku duga dan ku sangka. Penantian kami selama ni berbayar. Masingmasing senyum besar harini, hehe. :) Dan yang kedua, rasa syukur dan seronok sangat bila tengok akaun Nuffnang aku. Walaupun jumlahnya tidaklah banyak mana, namun aku bersyukur sesangat, sekurang2nya meningkatlah jugak daripada takda langsung kan, haha.

Alhamdulillah, setakat tahun 2014 ni, tiaptiap bulan aku dapat CPUV, dari bulan Januari hingga Mei ni. Dan yang terbaru, adalah daripada Olay AQ Lighthouse dan VW Jetta CKD Launch. Terima kasih En Nuffnang kerna masih memberi kepercayaan kepada blog Alyaa Official Blog ni untuk siarkan iklan2 yang ada walaupun blog ni jarang sekali berupdate. Walaupun dua CPUV yang lalu dah tak ada, tapi datang pula lagi dua. Waah, alhamdulillah, sangat2 syukur.



InsyaAllah, lepasni aku cuba untuk pastikan yang aku akan update harihari supaya ada yang sudi datang menjenguk dan klik iklan yang ada di sini. Haha. Aku cuba, tapi aku tak janji tau. Sebabnya sebelum ni pun aku ada cakap nak try update sehari satu entry kan, last2 kelaut semuanya. Hikhik. InsyaAllah, jika masa mengizinkan, aku update entry entry yang berilmiah dan juga yang tidak berilmiah iaitu lebih kepada luahan perasaan aku, eh? Haha

Dan kepada pembaca semua (ada ka? haha), silalah rajin2kan diri untuk klik kan iklan2 yang sedang berlegar legar di ruangan atas dan juga tepi untuk sama2 bantu aku capai impian untuk cashout kali pertama tahun ni, haha ;)

Ok, jumpa lagi next entry ! Aku nak bagi 'nafas baru' dekat blog ni, babaiiii :P

**Tambahan**

Okay, untuk sedikit tambahan, Olay AQ adalah merupakan salah satu produk terbaru keluaran dari Olay yang diberi nama Olay Aquaction. 

Maklumat yang selebihnya akan aku kongsikan di entry yang seterusnya, insyaAllah semoga bermanfaat untuk semua sebab aku tau ada juga orang2 pembaca aku ni merupakan pengguna Olay :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 27 Mac 2014

KFC Zinger Reloaded

Satu pergi, satu yang lain pulak datang

Begitulah kitaran hidup Mr Nuffnang aku sekarang ni. Haha. Tak sampai beberapa hari aku up entry pasal Mr Nuffnang ni, tetiba merajuk, membawa diri yang lara lalu meninggalkan kesan di akaun Nuffnang aku. Walaupun kesan yang ditinggalkan, tidaklah sehebat mana, namun aku bersyukur, dan berterima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang sudi menjenguk lalu meringankan diri mengclick kan iklan yang ada. Hehe.

Alhamdulillah lepas satu pergi, dua datang menjenguk diri. Salah satunya ialah KFC Zinger Reloaded. 

Ehsan _Google
Wah, tengok gambar pun dah macam meleleh kan. Tipu, tipu kalau tak rasa nak pi makan. Wuuu, aku tetiba pulak rasa macam nak pi rasa benda ni. Nampak macam sedap sangat, dan rata2 comment dari kawan kawan aku semua kata Zinger Reloaded ni sedap. 

Hmm, okeylah kalau macam tu, nak kena ajak member pi lepak KFC lah nanti, nak rasa jugak sedap ke idok benda ni. Sebab kalau makan burger yang biasa, Zinger burger tu pun aku dah suka sebab sedap, inikan pula yang reloaded ni, nampak isinya lagi mantap. Haha. 

Kalau tak silap, burger Zinger Reloaded baru saja dilancarkan oeh KFC ni. Biasalah, dalam nak tarik pelanggan lagi, mestilah kena pelbagai menu di francais mereka. Iye dok ? Hekhek 

So, KFC Zinger Reloaded ni datang dalam dua combo iaitu :-


KFC Zinger Reloaded Combo Meal A – RM9.95
  •  1 Zinger Reloaded
  • 4 pcs potato sides
  • 1 soft drink (regular)

KFC Zinger Reloaded Combo Meal B – RM11.85
  • 1 Zinger Reloaded
  •  1 pc chicken
  • 4 pcs potato sides
  • 1 soft drink (regular)

Jadinya, awak awak semua bolehlah ke KFC yang berhampiran untuk merasa burger yang baru tak berapa nak baru ni lah. Hahaha. Kalau sedap, bagitau, kalau tak sedap, sila simpan rasa tu, jangan utarakan, eh, hehe. 

Pesanan penaja : Silalah rajinkan diri untuk klik iklan di blog picisan ku ini. ;) Terimakasih :P

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM