Ahad, 11 Mei 2014

Alhamdulillah, officially graduated!

Assalamualaikum, selamat malam

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur untuk menghirup udara segar di bumi Mu ini, Ya Allah. Bersyukur masih dapat melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Allah, mendengar butir-butir bicara dan mengungkap bait-bait kata. Alhamdulillah ;)

Ok, nampaknya masih belum terlambat untuk aku upkan entry ni untuk tatapan pembaca sekalian, haha. Alhamdulillah, Jumaat yang lalu, 9 Mei 2014, akhirnya secara rasminya aku telah pun berjaya menamatkan pengajian diploma ku selama 3 tahun ini. 

DIPLOMA IN PHARMACY

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Sungguh tak ku sangka, penantian untuk menamatkan pengajian selama 3 tahun akhirnya sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah. Keputusan untuk semester akhir, sem 6 dah pun diumumkan secara rasminya pada 9 Mei 2014 yang lepas. Terimakasih Ya Allah atas keputusan yang sangat memuaskan hati kecilku ini. Sekurang-kurangnya, aku berjaya meletakkan sebuah senyuman di raut wajah keduadua ibu bapaku. Hehe.

Tiada ungkapan yang lebih besar daripada ungkapan Alhamdulillah tanda syukur yang amat atas rezeki yang Allah kurniakan. Hari yang sama juga, dapat "ganjaran" hasil titik peluh di luar, hehe :) Alhamdulillah.

Sempena dengan itu, beribu ribu terima kasih kepada mereka yang banyak membantu aku untuk mencapai kejayaan yang satu ini. Walalupun kejayaan ini hanyalah kejayaan yang kecil, tapi bagi aku besar nilainya kerna aku tahu bukan mudah untuk sampai macam tahap yang satu ni. Cukup susah, tapi alhamdulillah Allah banyak permudahkan urusan aku dengan menghantar mereka mereka yang banyak membantu aku. 

Jutaan terimakasih untuk :

Mak dan Abah.
Yang tak pernah kenal erti putus asa untuk anaknya yang seorang ini. 
Yang sentiasa ada di sisi untuk berikan semangat moral yang tinggi
Yang sentiasa memberi kata2 semangat tatkala aku down dan lemah
Terimakasih untuk semuanya mak, abah. 

Para pensyarah yang hebat !
Yang tak pernah cepat mengalah dengan anak2 murid macam kami ni,
Yang sentiasa melayan karenah-karenah kami yang pelik-pelik
Yang banyak membantu di kala kami memerlukan bantuan
Terutamanya Sir Fauzi, Sir Nazri, thankyou so much sir for everything
Sangat banyak membantu terutamanya sewaktu saat2 akhir pembentangan FYP

Hari terakhir di Sem 4

MPG bersama pensyarah
Roomates dan housemates.
Atiqah, Aliya, Akidah - Roomates yang sempoi
Rindu hampa semua.
Rindu nak gelakgelak sesama, makan sesama, dan gosip sesama. Haha
Farhan, Aiman, Fatin, Farah - Housemates yang hebakk
Rindu hampa semua jugak
Rindu nak lepak sama2 bila masing2 stress, nak study sama2 lagi
Tahniah jugak untuk hampa semua sebab dapat result yang hebakk, bangga aku jadi kawan hampa

Housematesss 

Classmates, PH1106B
Yang sentiasa membantu aku bila aku perlukan apa2,
Yang telah memberi peluang kepada aku, untuk menjadi wakil kelas selama 2 tahun
Terimakasih sebab tak pernah putus asa dengan aku, kawan2
Aku sayang hampa semua.
Anugerah yang terindah, yang Allah kurniakan kepada aku sepanjang tempoh pengajian 3 tahun,
adalah KORANG semua !

Rindu semua ;(
Batchmates PH110 Mei 2011-April 2014.
Terimakasih semuanya
Terimakasih untuk segala yang diberikan sejak dari awal perkenalan kita
Terimakasih untuk ilmu yang dicurahkan
Mintak halal dunia dan akhirat
Alhamdulillah, kita dah berjaya tamatkan pengajian suka duka selama 3 tahun ini.
InsyaAllah, panjang umur ketemu lagi time Konvokesyen.
Mohon doakan agar kita semua berjaya sambung ke peringkat Ijazah, amin ;)

Batchmates

Teammates FYP,
Farhan dan Hasnita, terimakasih sesangat
Sebab banyak membantu aku, layan karenah aku yang tak ketahuan kadang2 ni, haha
Terimakasih sebab samasama bantu sehingga ke penghujung pembentangan, alhamdulillah

Teammates FYP
Farmasi Hospital Seberang Jaya,
Terimakasih untuk segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberi
Untuk pengetahuan dan kasih sayang yang dicurahkan
Tidak terbalas rasanya segala jasa kalian semua,
Terimakasih warga HSJ ;)

Terimakasih Madam Goay, preceptor kami di HSJ
Team badminton HSJ, hehe
Pegawai farmasi, penolong pegawai farmasi :)


Dan akhir sekali,
Untuk semua yang terlibat secara langsung dan secara tak langsung,
TERIMA KASIH untuk semuanya.

Maaf sebab tak tersebut semuanya di sini, hehe.
Tapi jangan risau, semuanya tersemat di hati aku. :)




Ahli keluarga KlinikKesihatan Seberang Jaya, terimakasih untuk segalanya :)

Alhamdulillah, alhamdulillah. Segala perjuangan, jerit perih selama 3 tahun berbaloi dan berakhir jugak. Terima kasih buat kalian semua. InsyaAllah, berharap dapat sambung ke peringkat yang seterusnya, Ijazah Sarjana Muda. Mohon doakan agar aku dapat sambung ke kursus yang aku minati, hehe ;)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ,saya nak tanya. Selepas dh dpt diploma farmasi,berapa tahun tempoh belajar utk degree pula ya?

AlyaaIBH berkata...

@Anonymous

waalaikumsalam. lepas dapat diploma farmasi 3 tahun, akak sambung pengajian ke degree farmasi selama 4 tahun :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM