Jumaat, 30 Mei 2014

Cuti Sekolah

Assalamualaikum, selamat petang

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana kurniakan kesihatan yang semakin baik kepada aku untuk harini. Entry yang lepas aku dah bagitau yang aku tak sihat kan? Harini, semakin sihat, alhamdulillah. :)

Disebabkan makin sihat, terdetik pulak rasa nak update cerita pasal cuti sekolah. Yey ! Alhamdulillah. Akhirnya setelah lama aku menunggu saat2 ini, akhirnya muncul juga. Hehehe. Sebagai seorang yang memegang profesion sebagai guru sekarang ni, cuti sekolah adalah amat bermakna bagi aku. Harini dimana aku boleh stay up lewat dari biasa, wake up lewat dari biasa (bangun untuk Subuh) dan boleh berehat sepanjang hari. Hihi. Tapi bukan tiap2 lah aku buatnya sebab sekarang kan dalam tempoh pemulihan dari sakit. Tak digalakkan huiii.




Apa plan cuti sekolah ni?

Plan asalnya, memang lah rasa nak pi jenjalan kat mana mana pun tak kisah janji boleh hirup udara selain dari kawasan perumahan aku ni. Tapi nak buat macam mana, masing2 busy dengan tugas dan tanggungjawab, takkan lah aku nak pi jenjalan sorang2 kan, lagilah tak feel. Makanya, last2 terperuklah aku dekat rumah bersama abah dan jugak adik. 

Takat ni paling jauh aku melangkah, aku pi Sunshine kat Bertam tu. Hadoiii ya. Memang tak berkembanglah otak aku jawabnya ni. Tabahlah duhai hati. Moga Allah berikan kesempatan untuk kemana mana cuti sekolah yang ada dua minggu saja ni, amin. 

Kadang2 tu timbul jugak rasa iri hati tengok kawan2 yang lain pergi bercuti, ada yang pergi Pulau Langkawi lah, Pulau Redang lah, Pulau Tioman lah dan yang paling best dapat pergi luar negara. Hmm, murah kan rezeki diorang semua. Aku jugak masih disini, penunggu setia Kepala Batas, Pulau Pinang. Haha. Aku tak kisah sangat pun asalkan aku bahagia dengan kehidupan aku yang takdak sapa yang nak kacau aku kan :) InsyaAllah, aku yakin satu hari nanti, pasti akan ada rezeki jugak buat aku dari Allah SWT. Cuma sekarang bukan masanya yang sesuai lagi, yang penting percaya dan yakin dengan Allah ;)

Ok, apa lagi yang aku nak merepek dalam entry ni? Rasanya macam dah cukup banyak hah. Sudahlah ya, bagi can aku update entry lain pulak. Banyak lagi perkara faedah aku boleh kongsi kan nanti, haha. InsyaAllah, cuti dua minggu ni harap2 aku rajinlah update blog, macam biasa doakan tahap kerajinan aku tinggi, amin.


posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM