Memaparkan catatan dengan label hospital. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hospital. Papar semua catatan

Selasa, 20 Mei 2014

Kempen Derma Darah Hari Guru Peringkat Negeri Pulau Pinang 2014 @ Hospital Kepala Batas

Assalamualaikum, selamat malam

Alhamdulillah, akhirnya berpeluang juga aku untuk menaip dekat blog ni lagi setelah hampir seminggu menghilangkan diri dari sini. Haha. Bukan menghilang diri ke mana pun, cumanya ada sedikit kesulitan yang menyebabkan aku takdapat untuk bersama di sini lebih kerap. 

Tapi, jangan risau ! Aku kembali untuk menaip dan berada di sini. InsyaAllah, banyak lagi entry yang nak aku publishkan di sini, cuma masih menunggu masa yang lebih sesuai. Mohon doakan tahap kerajinan aku lebih tinggi dari biasa ya, hehe

Ok, untuk entry malam ni aku nak berkongsi tentang program yang aku hadiri harini iaitu ; Kempen Derma Darah Peringkat Negeri Pulau Pinang 2014 bertempat di Hospital Kepala Batas. Bersyukur kerana masih diberi peluang untuk turut serta dalam program kalini dan hadir ke hospital sebagai seorang guru, guru sandaran :) 


Sourvenir dari pihak NUTP kepada guru2 yang terlibat ;)
Dan alhamdulillah, kalini masih dapat menderma darah lagi buat kali ke 4. 3 kali sebelum ni semuanya diserahkan ke Hospital Kulim, dan kalini di Hospital Kepala Batas. 

Nak dijadikan cerita, masa dah sampai hospital, masa nak naik ke tingkat bahagian derma darah tu, boleh pulak aku berjumpa dengan PRP HSJ sebelum ni, Tan Shu Hwa. Sumpah tak sangka boleh jumpa dengan dia dekat sana. Dan dia masih ingat dekat aku tau. Haha, excited yang amat dia dapat jumpa aku, siap nak bercerita macam2 lagi. Harini baru aku tau yang dia dapat posting dekat sana. Tak sangka dia dapat posting dekat Penang juga, hehe. Masa memula nak tegur tadi pun, tak sempat2 dia nak tegur, tak sampai lagi dekat dia, dia dah tegur. Naik pelik cikgu2 yang lain kenapa ada orang yang tegur depa, padahal nak tegur aku, hehe.  Moga ketemu lagi ya, Shu Hwa. Rindu sama kamu ;) 

Muka excited konon2 sebelum start prosedur derma darah tadi. Thanks Cikgu Amelia untuk gambar :)


Alhamdulillah, 350ml berjaya dipump keluar.
Semoga darah yang didermakan dapat digunakan dengan sebaiknya oleh pihak hospital, insyaAllah amin. Moga dapat membantu mereka yang memerlukan. Amin

Oklah, rasanya sampai sini dulu aku coretkan, nak berehat. Rasa penat terlebih pulak harini walaupun dapat balik awal dah tadi dari sekolah, hehehe. Jumpa lagi nanti di entry seterusnya !


posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 11 Ogos 2013

Cuti dah habis, esok sudah kerja !

Assalamualaikum, selamat malam..


Huwaaaaa, mood tengah tak berapa nak best ni, sebab esok dah start kerja balik. Sobsob. Oh btw, kerja yang aku maksudkan ni ialah praktikal ya. Aku lebih selesa guna term "kerja" tu dari praktikal sebab kami memang BEKERJA pun sebenarnya, haha. Cuma yang bezanya kami kerja takda gaji, takdak OT. Dan juga takdak cutiii, so sebelum atau selepas raya memang tak bercuti lah kami. Melainkan kalau aku nak cuti, boleh, apply dengan isi borang dan sebagainya, lepas tu nanti kita ganti time hujung minggu. Wiwiwi, itulah yang aku tidak mahunya. Sebab family aku ni kekadang jenis yang pergi mana2 hujung minggu, so spoil lah kan kalau tetiba family ada plan, then aku kena kerja. Haha. Takmau ah. Jadinya, terpaksa pasrah bila tak cutiii ~



4 hari bercuti kalau ikutkan, memang lah tak cukup sebenarnya. Tapi, dah tuntutan kerja, aku ikutkan sajalah. Lagipun, mak dengan abah pun dah start bekerja balik esok. Jadinya, kira fair lah memasing kena pergi kerja. Hehe. Cumanya, mak aku ambik cuti sehari sebelum Raya, tapi aku dengan abah tak ambik cuti. Haish, tetiba rasa malas yang amat nak pi kerja esok. Almaklumlah, staff masih ada yang tengah bercuti lagi sekarang ni, jadinya mesti macam takcukup staff tetambah dekat OPD tu. Harap2nya patient tak ramailah esok yaa, sebab aku kena lunch call kalau ikutkan esok. Entahlah, aku ni bukan ingat sangat jadualnya, esok pepagi baru pergi tengok. Haha

Selamat tinggal unit CDR ! Unit multitasking bagi aku ! Haha

So, malas nak merapu lagi panjang, jadinya SELAMAT BEKERJA lah untuk diri sendiri dan untuk sesiapa juga yang akan mula bekerja esok. Juga untuk mereka yang akan memulakan kuliah esok hari. Hmm, esok dah masuk ke unit lain dah. Therapeutic Drug Monitoring (TDM), please be nice to me in this 3 weeks, okay ? Harap2 tak banyaklah sample darah yang datang minggu2 orang beraya ni. Hihi.

Selamat hari raya ke 4 semua ! :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 3 Julai 2013

Jun berlalu pergi, Julai menjengah diri

Assalamualaikum, selamat malam


Wahhh, dah berapa hari tak hupdate entry blog ni? Macam lama ja rasa. Hehe. Hmm, tangan ni memang gedik2 ni nak menaip tapi disebabkan malas nak mengecharge laptop, jadinya tertangguh sampai ke sudah. Padahal rasanya banyak cerita yang nak diceritakan disini. Sobsob.

So, sekarang ni pun aku mencuri curi update. Kenapa mencuri? Sebab aku mencuri waktu tidur aku niiii. Sepatutnya sekarang ni aku dah selamat tidur melayari keindahan di alam lain. Haha. Saja nak hupdate, taknak orang tercari cari aku kemana menghilang. *Eh, ada ka yang mencari?* Muehehe

Dipendekkan cerita, sekarang dah pun masuk 3hb Julai. Wahhhh, cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah hampir sebulan aku berpraktikal di Hospital Seberang Jaya. Macam mimpi pun ada. Iyalah, masa nak masuk mula2 dulu, kemain nervous lagi kan. Haha. Sekarang ni, dah okeyy dah. Seronok juga sebenarnya walaupun penat ya Rabbi. 


Okay, sebenarnya aku ada banyaakkkkk lagi benda nak taip kat sini, nak kongsi dengan semua orang, tapi masa sangatlah terhad tambah2 sejak akhir2 ni, bilamana aku kena uruskan keperluan adik aku sebab mak dengan abah tengah sibuk uruskan hal rumah baru tu. Hmm, dengan penat balik kerja lagi, nak basuh baju, kemas bilik, blablabla, tengok2 jam dah pukul 11 malam. Jadinya, takkan nak berjaga lagi kan, mata pun dah kuyu, jawabnya tidurlah. Haha.

Apa2pun, selamat datang bulan Julai, selamat datang bulan Ramadhan. Arghhhhhhhh, tak sabaqnyaaa nak berpuasa. Kehkeh. First time pulak puasa di tempat baru, a.k.a hospital. Jadi, rasa nervous sikitlah. Dan alhamdulillah, terimakasih ya Allah atas segala urusan yang Kau permudahkan sepanjang bulan Jun. June behave veryy excellent. With all the things happened, i'm glad i'm here, being part of them. :)

So, malas nak memendekkan entry yang semakin merapu dengan mata yang separuh tutup ni, ingin aku maklumkan sekali lagi, silalah rajin2kan jari jemari anda, exercisekan mereka dengan menekan iklan yang ada di blog picisan ku ini. Hihi. Jasa anda amat saya hargai, dan terima kasihhhhhhhhhhhhh ! 

Wassalam, selamat malam. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 8 Jun 2013

Seminggu berPRAKTIKAL di Hospital Seberang Jaya

Assalamulaikum, selamat malam.

Apa khabar semuaaaa ?? Rindu aku takk? Baik mengaku kata rindu. Haha. Ok, tetiba rasa kekok pulak nak menaip kat sini. Almaklumlah, dah lama tak menaip panjang panjang ni. Aceh, padahal baru seminggu tak menaip. Kahkah.

Ok, mula2 sekali, alhamdulillah, aku telah pun selamat menjadi sebahagian daripada 'staff' Hospital Seberang Jaya pada 3 Jun 2013 yang lepas. Dan harini hari Sabtu, jadi aku tak kerja dan boleh rehat. Nikmat baq hang ! Haha.

So, apa pengalaman aku sepanjang di Jabatan Farmasi Hospital Seberang Jaya ? Untuk seminggu ni, boleh dikatakan agak banyak juga pengalaman yang aku dapat. Itu baru seminggu, belum sebulan dan setahun lagi. Haha. Sabaq je lah awak eh. Haha. Untuk memudahkan pembacaan, moh la kita baca dari hari ke hari. Actually, aku memang nak menaip masa hari pertama aku masuk praktikal haritu, tapi disebabkan letih amat tersangat, makanya aku tangguhkan dulu, dan cerita sekaligus dalam satu entry ni. Senang. *pemalas*

Hari Pertama :

Hari pertama masuk HSJ, memang rasa awkward teramat sangat sangat. Sumpah tak tipu. Dengan pakai baju uniform praktikal nya lagi, nak pergi cari pintu masuk nya lagi. Haha. Memasing orang yang dalam hospital tu, tengok ja kami sebab jalan satu group kan, baju semua sama pulak tu. Muehehe. Tapi, ada aku kisah? Redah ja masuk kat farmasi tu. Bukannya pi redah sorang2. Jadi, nak dipendekkan ceritanya, Local Preceptor (LP) kami takdak haritu mungkin atas sebab salah komunikasi macam mana tah aku pun malas nak ambik port. Katanya madam kami a.k.a lecturer tak maklumkan yang kami akan masuk haritu. Maka, menadah telingalah kami hari berikutnya. 

Disebabkan itu, kami 1 group berpecah dan diletakkan di lain lain unit buat sementara waktu sementara menunggu hari orientasi hari berikutnya. Agak nasib tak baik utk aku, sebab kena attach sorang2 masa hari pertama tu. Yang lain semua kena pasang-pasangan. Redha jelah. Kat mana aku kena? Dekat Unit Farmaseutikal dan Pengeluaran ataupun lebih dikenali sebagai Galenikal. Perghhh, mulamula masuk sini ingatkan kena observe saja, rupa2nya dah kena buat kerja bagai. Penat tu takpayah kata lah tetambah kita ni traineer baru pulak. Haha. Tapi, apa2pun, ianya satu pengalaman yang baru buat aku dan aku sangatlah seronok kat sana walaupun sehari je sebab staff2 dalam tu sangatlah teramat peramah. Dekat jabatan ni buat apa? Haish, macam tak thrill cerita awal2. Nanti bila aku dah kena attach betul2 aku cerita details, okay?

Tempat kerja untuk external preparation

Prepacking, masuk ubat, buat ubat semua dekat area ni. 
Attach dekat sini lepas kurang kena attach dekat OPD. Sakit kaki takpayah cerita. Balik balik rumah rasa macam nak cari tukang urut saja. Haha

Buat prepacking sodium dihydrogen phosphate. 
Tempat menimbang 

Buat prepacking cream

Hydrocortisone cream

Lap peluh. Haha. Banyak juga buat

Department ni kena pakai selipar, takboleh pakai kasut dalam ni

PPE penting dalam kawasan galenikal ni.

Okay, sudah cerita pasal Galenikal Department ni. Nanti aku dah attach di sana, bolehlah baca selanjutnya.

p/s: Satu ja taksuka duk sini, ppf suka tanya banyak. Haha

Hari Kedua :

Hari ni kami hanya ada orientasi. Dengaq taklimat dari semua department yang ada dalam hospital. Dari OPD [Outpatient Department], IPD[WardSupply], TDM[Therapeutic Drug Monitoring], TPN[Total Parentaral Nutrition], CDR[Lupa nama penuh. Haha] . Kami dibawa pusing setiap department yang ada. Emm, taksemua jugaklah tapi adalah buat lawatan tu. Haha

Kami juga diperkenalkan dekat semua orang yang kami jumpa. Rasa macam femes sekejap. Kahkah. Alhamdulillah, hari kedua ni rasa tak teruk sangatlah. Kami juga jumpa dengan preceptor kami, Madam VJ. Kena bagi warning siap siap suruh buat elok2 praktikal ni. Masa ni rasa macam takmau masuk praktikal dah. Seram waa cakap lu. Dalam hati berbisik, "Kenapalah aku masuk bidang ni. Hmm.". Serius rasa nak lari diri dari bidang ni lepas lalui hari orientasi. Haha

Hari Ketiga, Keempat, Kelima :

Masa ni jadual dah keluar dan aku kena attach di OPD. Di OPD ni, macam aku kata lah, hati kena kental, kaki kena kuat. Kalau rasa2 tak kuat, mohon jangan masuk farmasi. Haha. Masuk department ni juga, otak kena kuat, dan pantas sebab nak ingat kedudukan ubat ubat dengan pantas dan cepat. InsyaAllah, aku akan ditempatkan di sini selama sebulan. Ok, aku taknak cerita pepanjang dalam entry ni sebab entry ni pun dah panjang sangat kan. So, tunggu esok. Aku akan cerita dengan lebih details dan emosi. Haha. *Aku tau aku hutang 1 entry pasal semester 4 aku kan* Nanti aku buat lah ya. Buat auto publish lah kut. Hehe

So, sampai sini dululah aku cerita ya. Maaf kalau rasa annoying dengan entry aku lepas2 ni sebab semuanya akan berkisar tentang praktikal dan hidup aku saja. Haha. Selamat malammmm ~





Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM