Assalamualaikum, selamat malam
Alhamdulillah, akhirnya berpeluang juga aku untuk menaip dekat blog ni lagi setelah hampir seminggu menghilangkan diri dari sini. Haha. Bukan menghilang diri ke mana pun, cumanya ada sedikit kesulitan yang menyebabkan aku takdapat untuk bersama di sini lebih kerap.
Tapi, jangan risau ! Aku kembali untuk menaip dan berada di sini. InsyaAllah, banyak lagi entry yang nak aku publishkan di sini, cuma masih menunggu masa yang lebih sesuai. Mohon doakan tahap kerajinan aku lebih tinggi dari biasa ya, hehe
Ok, untuk entry malam ni aku nak berkongsi tentang program yang aku hadiri harini iaitu ; Kempen Derma Darah Peringkat Negeri Pulau Pinang 2014 bertempat di Hospital Kepala Batas. Bersyukur kerana masih diberi peluang untuk turut serta dalam program kalini dan hadir ke hospital sebagai seorang guru, guru sandaran :)
Sourvenir dari pihak NUTP kepada guru2 yang terlibat ;) |
Dan alhamdulillah, kalini masih dapat menderma darah lagi buat kali ke 4. 3 kali sebelum ni semuanya diserahkan ke Hospital Kulim, dan kalini di Hospital Kepala Batas.
Nak dijadikan cerita, masa dah sampai hospital, masa nak naik ke tingkat bahagian derma darah tu, boleh pulak aku berjumpa dengan PRP HSJ sebelum ni, Tan Shu Hwa. Sumpah tak sangka boleh jumpa dengan dia dekat sana. Dan dia masih ingat dekat aku tau. Haha, excited yang amat dia dapat jumpa aku, siap nak bercerita macam2 lagi. Harini baru aku tau yang dia dapat posting dekat sana. Tak sangka dia dapat posting dekat Penang juga, hehe. Masa memula nak tegur tadi pun, tak sempat2 dia nak tegur, tak sampai lagi dekat dia, dia dah tegur. Naik pelik cikgu2 yang lain kenapa ada orang yang tegur depa, padahal nak tegur aku, hehe. Moga ketemu lagi ya, Shu Hwa. Rindu sama kamu ;)
Muka excited konon2 sebelum start prosedur derma darah tadi. Thanks Cikgu Amelia untuk gambar :) |
Alhamdulillah, 350ml berjaya dipump keluar. |
Semoga darah yang didermakan dapat digunakan dengan sebaiknya oleh pihak hospital, insyaAllah amin. Moga dapat membantu mereka yang memerlukan. Amin
Oklah, rasanya sampai sini dulu aku coretkan, nak berehat. Rasa penat terlebih pulak harini walaupun dapat balik awal dah tadi dari sekolah, hehehe. Jumpa lagi nanti di entry seterusnya !
posted from Bloggeroid
0 ulasan:
Catat Ulasan